Wednesday, April 7, 2010

Sebelum menginjak ke usia dua tahun..


Rayyan Ariff masih lagi dengan batuk dan selsemanya. Malahan, makin teruk dan sesekali disulami dengan muntah-muntah. Kerana bimbangkan keadaannya, kami membawanya bertemu dengan Dr.Yong, pakar kanak-kanak yang merawat Rayyan Ariff sedari awal kelahirannya. Di PMC, Rayyan Ariff masih seperti biasa, sibuk mahu berjalan ke sana ke mari. Sibuk minta dipimpin.
.
"Good. He's doing good. Quite busy with walking huh? Makin besar makin comellah.." Kata Dr.Yong sebaik melihat Rayyan yang menyusun langkah kecil memasuki biliknya. Malahan, saya juga tidak berkesempatan mahu berbual dengan Dr.Yong apabila Rayyan Ariff sibuk mahu berjalan di dalam kamar Dr.Yong pula..
.Anak comel yang sibuk mahu berjalan. Lihatlah kualiti gambar.. Kalau dengan DSLR tentu lebih menawan kan? *sigh*
.
Kata-kata Dr.Yong tentang kebolehan berjalan itu terus mengingatkan saya pada kata-kata Sarjit dua minggu yang lalu. "I hope we can make him walk before he turn 2 years old".. Mungkin Sarjit meluahkan kembali keinginan yang pernah saya suarakan kepadanya lama waktu dahulu.
.
Kata-kata Sarjit yang disampaikan oleh adik saya itu hanya saya sambut dengan senyuman. "Mana sempat.. Dalam masa sebulan lagi, he'll turn 2. Bukan lama sangat pun.." Saya membalas.
.
"Bukanlah Kak.. His corrected age kan 1 year 9 months, still ada 3 months before he officially turn 2.." Jawab adik saya dengan yakin.
.
Sungguh. Saya terlupa akan hakikat bahawa Rayyan Ariff adalah bayi pramatang yang lahir dua bulan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Saya benar-benar terlupa bahawa dia sepatutnya lahir pada tanggal 12 Julai 2008, dan bukannya pada tarikh 12 Mei 2008 sepertimana yang tertera pada sijil kelahirannya. Namun kekuasaan tuhan melangkaui segalanya..
.
Dalam masa sebulan lagi, Rayyan Ariff bakal menyambut hari lahirnya yang kedua. Saya dan hubby ada berbincang tentang sambutan, sama ada mahu diadakan seperti tahun lalu, atau pun sekadar sambutan yang biasa-biasa sahaja di kalangan keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.
.
Kali ini, kami sedikit teragak-agak untuk sambutan majlis harijadinya kerana keadaan kawasan kondominium kami yang tidak mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi untuk tetamu. Berbanding tahun lalu di mana kami bisa memasang khemah di hadapan rumah. Itulah untungnya tinggal di rumah teres.
.
Kalau kami mengadakan sambutan hari jadi Rayyan Ariff di pool side kondo dengan keadaan tempat meletak kereta yang agak susah untuk diperolehi, adakah yang mahu datang? Tidak enak pula kalau mahu menyusahkan tetamu. Parti di KFC atau MCD? Not at this moment.. Kalau Rayyan Ariff mengamuk kerana mengantuk seperti majlis hari lahirnya tahun lalu bagaimana? Takkanlah mahu ditidurkan di dalam stroller pula. Lebih selesa di rumah.
.
Sejujurnya, berbeza dengan tahun lalu, kali ini hati bagaikan malas untuk memikirkan tentang majlis hari lahir Rayyan Ariff. Semakin dekat dengan tarikh itu, hati semakin sayu apabila mengenangkan tarikh-tarikh yang sama pada dua tahun yang lalu.

Detik di mana kemanisan merasai pengalaman sebagai ibu mengandung diragut pergi dalam satu episod gelap kehidupan. Kalau saya tahu jalan takdir akan membawa Rayyan Ariff hingga ke tahap ini, pastinya saya akan menikmati setiap detik kehamilan itu dengan sepenuhnya..

Apa sekalipun, hanya kesyukuran yang saya panjatkan kepadaNya..

8 comments:

Ina said...

moga cpt sihat ye ian. ihsan pn dok selsema. ubat dh habis tp hingus still meleleh2. susah hati kan bila anak sakit. nway rasa mcm baruuu je baca entry rayyan smbut bday. still ingat lg baju apa dia pakai. dh nk msk 2 thn dh? pantasnyaaa masa berlalu kan? :D

Rizziela said...

sekejap ajer masa berlalu...mesti best kan sambutan birthday ian nanti...

Anti doakan semoga ian dapat berjalan sebelum 2 thn....semuanya bisa berlaku dengan kuasa ALLAH

Marsha~ said...

sekejaaaappp je nak masuk 2 tahun kan??? hermmm.. rindu bau baby budak2 ni... skrg ni bau masam je.. uhuhu

Love... said...

jiey...
no matter what... he is doing well rite... such a strong boy... daa nak besar da ian... go ian go....

Mamapinkie said...

Hope Rayyan cepat sembuh yea Jiey! Tadi pun Sarjit ada beritahu Rayyan tak datang physio ari nie cause demam, then baru teringat entry Jiey...anyway, alhamdulillah Rayyan has progressed very well Jiey, I am very proud of him...at his age, Ridhwan wasn't even standing, let alone crawl pun.. So, you should be very proud of his achievements so far and pray that even better achievements will come to him soon ya, insya-Allah ;) Dah nak masuk 2 tahun dah Rayyan yea..how time flies ya...as Dr. Taayah pernah cakap kat akak...enjoy your child no matter what! ;)

Sue.Aleen said...

believe me, akak tak pernah plan untuk sambut birthday anak. tak kiralah berapa tahun pun usia mereka. even mastura dah nak masuk usia 6 tahun pun, tak pernah buat walau sekali.

anyway, syafiah pun tak sihat juga lately.

Jiey^Mien said...

Ina:
A'ah, mmg cepat jer mas kan? Ye la, Ihsan pun dah besar.. =)
Ala.. Ihsan pun get well soon tau.. Mmg tak keruan kalau anak tak sihat..
=(

**************************************************************************************************

Rizziela:
Huhuhu..Tatau lagi sambut ke tak..
Thanks dear!

************************************************************************************************************

marsha:
betul2.. bau masham.. :P
bau peluh.. hehehhe..

***********************************************************************************************************************

love life:
itu la kak.. Alhamdulillah..
twins akak pun dh 2yo.. kek pun comel banget!
=)

*************************************************************************************************************************************

Kak Reenaz:
Huhuhu.. Am so thankful for everything that he managed to achieve.. Tapi Jiey akan rasa guilty bila fikir, there will always be room for improvement but there's nothing that I could do because I need to go to work..
Ridhwan bertuah sgt that akak is around all of the time with him..
Huhuhuhu.. Moga ada rezeki Rayyan untuk dapat yang sama..
=(
Setuju sangat. Enjoy!!! =)
Kak, nak ikut tak gi visit baby Alanna saturday neh?
Jom ah..

********************************************************************************************************

Kak Sue:
Itu la kan.. Come to think about it, cam membazir pun ada.
Taktau la ayah ian ni camne.. Jiey dah tak brp nk celebrate, dia lak yang beria..
Kak, syukur sgt2 macam ok jer.. Maybe dia muntah sebab kahak la kak..
Thanks a lot yea kak!
Hugs akak byk2!

Intan and The Boys said...

Jiey, cepatnya Ian nak dua tahun dah? kejap je anak bujang auntie intan ni dah besar ye? nak berjalan pulak tu. you really doing great Ian!

:)