Wednesday, June 22, 2011

Anak-anak adalah ujian~

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal: 28]

Cukup jelas bahawa setiap anak itu adalah ujian dan dugaan daripada Allah SWT kan? Tidak kira sama ada anak istimewa ataupun anak tipikal, semuanya adalah dugaan daripadaNya. Dugaan dengan cara yang berbeza..
.
Tidak perlu menekankan bahawa menjaga anak istimewa adalah satu cabaran kerana saya cukup pasti, menjaga anak tipikal juga satu cabaran bukan?
.
Bawalah Rayyan Ariff ke bahagian permainan di mana-mana pasaraya, dia hanya melihat dan memegang penuh minat mainan yang ada di situ.. Apabila di ambil daripada tangannya, tiada amukan marah..
.
Untuk baby RA, saya tidak tahu.. Mungkin seperti mamanya sewaktu kecil dahulu, yang menangis dan meraung sehingga bergema satu kedai mainan, hanya kerana mainan yang diingininya tidak dibeli..
.
Anak yang berbeza, punya cabaran yang berbeza.. :-)
.
Tapi yang pasti, untuk anak-anak istimewa seperti Rayyan Ariff, Alanna Qish, Megat Idris, Mawaddah, Habib Azfar, Ammar Nazheef, Alisya Qaireen, Yasmin Nabilah dan lain-lain, InsyaAllah syurga milik mereka kerana hati mereka putih bersih. Jiwa mereka jauh daripada noda dan hasad dengki..
.
Untuk kamu, kita sama sahaja.. Anak istimewa ataupun normal, semuanya adalah ujian daripada Allah SWT.. :-)

And yes, I'm flattered to be among the chosen ones in raising a very special child.. Kan Mama Put?

6 comments:

zura_habibhaariz said...

:-)

Unknown said...

hanya ibu bapa istimewa yang mampu jaga anak istimewa. =)

Coffee Mama said...

Agree, setiap anak ada ujian masing2, istimewa atau biasa..Raising kids need a lot of patience :-)

Bicara hati ibu aisya said...

Yup..sokong 200%

Angah said...

dunia ini adalah medan ujian. ujian pula bermacam cabang dan bentuknya. hadapilah dengan senyuman...

Lynn Abd Latib said...

jiey


anak lyn pun wpun tipikal..masih mencabar kesabaran..saban masa jatuh sakit..warded..kuar masuk hospital mcm pg playground..susah nak cakap...apapun mmg anak itu ujian & jugak amanah...menduga kita dr setiap sudut!!smg kita sama2 sabar menghadapi dugaan Allah ini..