Thursday, June 16, 2011

Dugaan yang bertimpa~

Banyak yang jadi.. Tapi tak sempat nak share kat sini.. Cerita balik kg pn tak sempat nak share.. 
Life is a bit challenging at the moment.. =(
Tapi since dugaan tu salah satu cara yang tuhan ingat kat kita, so takyah la kelam kabut eh?
.
Encik Perdana yang pancit tayar masa OTW balik KL.. *sigh* Alang-alang, tukar dua bijik tayar je terus..

Budak yang baik jer menunggu.. =)

Siyan budak comel ni.. He had another seizures attack on Sunday masa kat KB.. Siyan tengok terperit-perit mata menahan sakit kepala.. Takpe la, budak ni kuat.. =)

Jangan fokus pada mainan tuan kecik yang bersepah, sila tengok TV comel kiut miut saiz 14" itu.. Seb baik ada TV ni utk sementara waktu.. Boleh TV kitorang tiba2 terbakar smlm.. Ni mesti tuan besar tgk tak brenti ni.. Maklum la, dah berbulan MC
Yang takde dalam gambar ialah, Cik Kancil yang juga sedang sakit akibat accident.. Hadoiii la... Patah kaki mokcik!! Dah 2hari turun naik LRT sekarang ni.. Jangan harap la nak bawak Encik Perdana sebab mokcik ni alah pada kereta yang saiz lebih2 ni.. Takpe la, kurang2nya adik mokcik yang drive kete tu sorang2 waktu malam buta selamat n takde ape2..
.
Yang kedua takde dalam gambar ialah, ibu jari kiri saya yang masih berdenyut.. Sakit wohhh.. Nak ketuk ais, terketuk jari sendiri.. Dari hari ahad lepas sampai hari ni still berdenyut.. *Ok, salah sendiri sebab cuai*
.
Yang ketiga takde dalam gambar ialah, betis yang tegang dan sakit bagai ditarik-tarik. Berjalan pun perlahan n terkengkang dah dibuatnya. Kalau turun tangga lagi la azab! Ni sebab gegaran dek gempa bumi di Sumatera Utara hari selasa lepas.. Bila bangunan pejabat pun bergoyang, memang kena kosongkan buillding la kan.. Bayangkan, mokcik gemuk-pendek-pregnant dari tingkat 5 which is the highest floor for this building, kena menapak turun tangga sampai LG1.. 6 tingkat tu bai.. Balik tu panjat n turun tangga LRT plak.. Terus urat-urat kat betis ni bagai di tarik-tarik!! Subhanallah, sakit yang amat!!
.
Yang keempat takde dalam gambar ialah Encik Suami.. Since his last knee surgery, still lagi jalan terhencot-hencot n it seems like he is still in pain.. Semalam dia ada follow up check up and the doctor said that there's something wrong with his tendon. So kena buat lagi satu minor surgery in 2 weeks time..
.
Banyak betul dugaan mokcik sekeluarga ehhh.. Semua stok2 dugaan yang melibatkan duit dan kesakitan.. Takpe la, Dia janji rezeki cari lain la tu kot.. =)
.
Itu bila kita hitung dugaan, cuba kita tgk the bright side of life..
Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan diberi kesihatan untuk terus beribadat kepadaNya.
Alhamdulillah, bangun pagi masih lagi disambut dengan senyum manis dan gelak tawa Rayyan Ariff
Alhamdulillah, tidur malam masih lagi bersebelahan dengan suami tersayang..
Alhamdulillah, di saat kaki yang sakit teramat dan tak boleh mintak suami urut-urut manja, masih lagi ada adik lelaki yang redha menyapu minyak panas dan memicit betis kakak dia yang macam batang balak ni..
.
Life is full of blessings kan? Cuma kita yang tend to ignore, especially the littlest things..
=)

9 comments:

AIN NAZRI said...

akak.. kesiannya kena turun bangunan 6 tingkat.. kalu ain confirm rela dok kat opis.. dah tak larat nak berlari turun dah... kena urut betis tu kalau tak makin melarat laa gamaknya...

sabar ye kak.. insyaallah di atas segala kesusahan nie.. akan ada hikmah yang kita tak perasan..

Bicara hati ibu aisya said...

Di sebalik setiap dugaan dan ujian yang mendatang sebenarnya ada kelebihan dan nikmat yang tersembunyi.Insyaallah, i know u are strong sis.Semoga lebih kuat dan terus kuat.

hug for rayyan ariff.

Ina said...

moga sabar dan tabah ye. insyaAllah ada plak sinar pelangi yg menanti lepas dugaan ni semua :)

mama akid said...

sabar k.jie dugaan selagi kita hidup bermcm dugaan yg kita akan hadapi..

Unknown said...

banyak betul dugaan yang kenakan .kesian ian kena seizure attack.sabar je ok.ada hikmah semua tuh

Lynn Abd Latib said...

jiey

suka entry nih di penghujungnya..wpun berderet2 dugaan kecik..kita bisa tersenyum bila memikirkan rahmat setiap satunya..

apapun take care !!

Idayu said...

sabar yea..setiap yg berlaku ada hikmahnya...

Unknown said...

moga jiey terus kuat yer...dan juga rayyan...hehe tak sabar nak tgk baby RA...moga kesihatan terus miliknya....salam sayang dari kak nanie dan Iman...

shaliza said...

Salam Jiey,
Klu balik KB berurut la ngn bidan...
time pregnant mmg cepat kejang...