Thursday, September 29, 2011

How do you know that your baby has entered toddler-hood??

Kalau anak-anak tipikal, memang senang la kan.. Bertambah umur, bertambah kematangan.. Tapi when it comes to a special needs child, takde sebarang standard umur.. Sebabnya, umur mungkin bertambah tapi other things, still sama.. Dari segi kemahiran, pemahaman n etc.. 
.
Pertambahan umur ni ada pro n con, bila makin meningkat umur, tantrum pun dah makin lain kan? Tapi the best part, pemahaman pun makin bertambah..
.
Same goes to this lil miracle of mine.. Kalau sebelum ni, proses untuk ambik ukuran earmold for his hearing aid memang azab la.. At least 2/3 adults are needed just to hold him.. Dia punya menggelupur tu macam orang kena pukul.. At the end, the exact size is no where to be found and end up dengan acuan yang tak betul saiz which caused the hearing aids to make unnecessary painful sound..
.
Tapi not this time around.. He's big enough to understand that we are not torturing him and the process will not take long.. So, last Saturday, it was a calm and cool moment for everyone. No tears and no struggling, at all.. :-)
.
Mula sampai, relax lagi main bag.. 
.
Mula2 check telinga.. Takut ada wax kot.. 
.
Then masukkan benang dengan kapas or something..
.
Tenang jer Abang Rayyan ni ehhh?? :-)
.
Siap boleh tengok cermin even tho muka masam mencuka... :-)
.
Then masukkan menda alah alas plastisin ni untuk membentuk acuan...
.
Pastu, just tunggu menda alah ni kering.. :-)
.
Bagus tak bagus, bila suh tengok cermin and asked him to smile, dia pun willingly buat..
.
Hasil shopping kat Hearing Solutions last Saturday.. Beli terus semua benda-benda yang dah habis.. Justified la kan kalau parents to special children dapat tax waiver banyak, sbb the amount that we spent pn banyak.. 
:-)
.
Ok, that's all.. Sepagi bersama Abang Rayyan Ariff.. Sangat abang-abang kan?? :-)

Wednesday, September 28, 2011

Sisi indah dalam diari seorang ibu.. :-)

Putera sulung yang sentiasa menjadi kebanggaan Mama & Ayah.. Cinta hati terindah kerna melalui senyumannya, segala permasalahan bisa terungkai pergi.. Dia jiwa, dia cinta.. Tiada titik tiada noktah kerna kasih sayang untuknya terlalu luas berarus..
.
Rayyan Ariff, hadirnya dengan seribu satu cerita.. Mengundang sejuta air mata dan menggamit sejuta keinsafan.. Dia keajaiban yang dikirim tuhan untuk hadir ke dalam keluarga kecil kami.. Segalanya.. Itulah satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan erti kehadirannya di dalam kehidupan kami..
.
Setiap waktu, anak ini berkembang dengan kadarnya yang tersendiri.. Fasa yang seringkali mengujakan, namun memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.
.
Kini, dia semakin aktif meneroka.. Di mana sahaja dia akan bangun berdiri.. Di meja makan, di pintu almari, di rak TV dan sebagainya.. Dia juga mula memanjat gril besi di pintu cermin sliding.. Menidurkan dia setiap malam juga mula menjadi tugas yang mencabar.. Di kepala katil, dia akan berpaut dan bangun berdiri.. Melompat-lompat di tilam spring vono mama yag sudah berusia 2 tahun.. Lasak dan penuh tenaga.. Seringnya, mama yang terlelap dahulu sebelum dia terlena..
.
Namun manjanya juga bukan sedikit.. Sering sahaja kepalanya terlentok di bahu Mama dan Ayah dalam menzahirkan kemanjaannya itu.. Setiap kali penat bermain, dia akan datang kepda Mama untuk memberikan senyuman dan ciuman sayang.. Penuh cinta.. Sungguh, hidup mama penuh terisi dengan kasih sayang setelah kehadiran kamu..
.
Semalam, sewaktu terjaga pada jam 2am, BB Mama di tangannya.. Apabila di buka bahagian Blackberry Messenger, dua tiga mesej sudah di hantar.. Salah satunya kepada Mama Biey.. Penuh smiley dan pastinya Mama Biey menerima BBM itu dengan rasa kehairanan.. Putera mama, tidak habis-habis meneroka..
.
Aktiviti wajib setiap hari, kemas rak TV..
.
Tengok TV dekat-dekat pun aktiviti wajib jugak.. Haihhh la anak, ada yang kena hang TV kat dinding ni..
.
Setiap satunya perkembangan Rayyan Ariff juga mendapat perhatian daripada Sarjit, physiotherapistnya.. Kata Sarjit, langkah Rayyan Ariff semakin cantik tersusun.. Kadar keseimbangan badan juga semakin bertambah, terutamanya apabila perlu dipimpin hanya pada sebelah tangan sahaja apabila berjalan.. :-)
.
Bersama Speech Therapist, Ms Tey juga Rayyan Ariff menunjukkan kemajuan yang tersendiri.. Kata bijak  tidak pernah terlucut daripada mulut Ms Tey walau ungkap degil dan keras kepala sering datang bersama perkataan itu.. Respon yang diberikan oleh Rayyan Ariff juga baik walaupun kadarnya tidaklah begitu cepat.. Sebabnya hanya satu, sehingga sekarang Rayyan Ariff tidak sukakan Ms Tey kerana baginya, Ms Tey begitu memaksa di dalam pemakaian hearing aid..
.
Sesi terapi pertuturan..
.
Apabila kata bijak pandai itu terluah untuk Rayyan Ariff, saya bersetuju bukan kerana saya ibunya.. Namun untuk seorang anak yang melalui trauma kelahiran yang bukan sedikit, tentu sahaja dia bijak di mata mereka yang berpegang pada fakta sains..
.
Melihat secara holistik juga, bagi seorang insan yang dilahirkan dengan sel otak yang terlalu minima pada kadar kurang daripada 5% berbanding manusia normal, memang saya berbangga memiliki anak genius yang tetap berstatus OKU di mata dunia ini..
.
Rayyan Ariff, terima kasih kerana hadir menghiasi kehidupan Mama..
Dan tuhan, syukur Alhamdulillah kerna mengurniakan kesihatan dan perkembangan yang baik untuk anak ini.. :-)

Monday, September 26, 2011

Persiapan pada minit-minit terakhir.. :-)

Minit-minit terakhir la sangat. Title kena hoverrr sket eh.. :P
Ini cerita jumaat lepas. Actually nak gi masa lunch hour, tapi ada changes in our plan so saya just stay in during lunch hour and petang, kuar office sharp at 5pm, terus gi Ampang Point.
.
Dan inilah hasil merayap selama 2 jam setengah. Alhamdulillah, semua dah settle.. Tinggal lagi nak beli breastpump.. :-)
.
Nampak macam sket jer, tapi bilo tengok balance dalam purse, nak nangis!! Seb baik malam tu dah gaji.. :P
.
Ini budak yang kalau boleh nak duduk bawah ketiak mama jer.. Tak boleh bergerak sket.. Ni baru pas nangis ni.. Sebab mama balik lambat.. :P
.
Untuk Baby RA, dah complete la barang-barangnya.. Tinggal nak keluar jer lagi.. :-)
.
Untuk mama pun dah complete la kiranya.. :-)
.
Since ramai yang dropped comment and suggested for jamu by Nona Roguy, so I've decided to give it a try.. As recommended as well, tak beli set pun.. Just ambik single bottle jer, and topup with a  few other things such as bengkung and losyen panas tu. Pastu beli la baju maternity/ nursing sehelai.. Kira ambik syarat la ni..
.
So pasni kalau nak topup apa, kira lepas pantang je la.. My mom bising jugak nape beli dress, headband etc awal2.. So I took her back to Rayyan Ariff's birth, yang mana, tak banyak yang kami prepared for him.. So by the time he got to come home, keluarlah saya dalam keadaan masih berpantang gi cari barang-barang yang sewaktu dengannya.. Sebab En.Hubby ni not the type yang kita boleh harap beli apa-apa barang.. Tak jumpa la, tak tahu la.. So might as well I just prepared everything as to my wants although sesetengah orang berpendapat tak baik prepare barang awal-awal..
.
Lagi pun, masa Rayyan Ariff dulu tak sedia barang awal-awal pun, kalau tuhan dah tulis for something unexpected to happen, jadik jugak kan? :-)

Sunday, September 25, 2011

Snapshot aktiviti semalam~

Kata snapshot, so sket je la kan.. ;-)
.
Keluar rumah jam 10am, smpi umah kul 5pm, terus flat.. Tido sampai kul 630pm.. :P
.
Mula-mula, gi Brickfield buat acuan telinga baru n service hearing aid abang Rayyan Ariff ni..
.
Tengok muka tak puas hati masa ambik ukuran.. Mulut muncung masam mencuka, tapi comel tak ingattt.. :-)
.
Then hantar Mama Biey gi USJ14, Subang Jaya.. Ber open house la sekejap.. Tak lama sebab nakgi terapi pulak.. Kali pertama jumpa dengan Baby Khalish yang super comel.. :-)
.
Seterusnya, fisio n speech therapy.. :-)
.
Full detail, next entry la yea kalau rajin.. :-P

Friday, September 23, 2011

Tentang Ayah, Mama, Tuan RA dan Puteri RA

Diam bukan takde cerita, diam takde masa nak bercerita.. Penat, mengantuk dan sakit situ sini dah jadi sebahagian daripada perkataan wajib dah.. :-)
.
Contraction every now and then memang menakutkan.. Jangan la Baby RA keluar waktu-waktu sekarang.. At least biar la cukup 36 weeks dulu. Semalam ada fortnightly routine check up, so bagitau la Dr pasal contraction. Alhamdulillah, bila Dr scan, everything is just fine so most probably, just braxton hicks.. Cuma dia bagitau la jugak, kalau sakit ke apa, just contact him la..
.
Berat pulak, naik 1.2kg within 2 weeks time.. Herkkk.. So, between pre-pegnancy weight and current weight, I've gained 3kg in total.. Baru 32Wks++ tu.. Huhuhuhu.. Jangan la naik banyak-banyak sangat.. Makcik teringin nak kurus balik ni.. Berat Baby RA pulak, 1.8kg.. So OK la.. Not too big and definitely not that small.. So-so itulah yang kita cariiii.. Hehehhe..
.
Dr pun dah bagitau yang I can try for normal delivery.. So, banyak-banyak la minum air akar fatimah nanti coz bagi mudah bersalin.. Hehehhe.. Berdebar OK.. Pengalaman first la katakan.. Masa Rayyan Ariff dulu, sihat2 jer pergi check in kat spital sebab memang scheduled kan.. Tak sempat pun nak merasa pregnant sampai 8 bulan lebih.. So syukur sangat-sangat sebab tuhan bagi merasa dua pengalaman berbeza.. :-)
.
Semalam sempat jugak gurau dengan my gynea, "Since you told me from the beginning that its a girl, I've bought dress and headband for her already.. You better be sure yea Dr.." Dengan konfiden nya dia replied, "There's no bird or anything similar. Just cheeseburger. I'm pretty sure it's a girl.. If not, all amount that you have spent so far for check ups and later, for delivery, it will be on me.." Hahhaha.. Syok jer dengar.. .
.
Honestly, excited jugak nak timang baby with opposite sex ni.. To be honest, before this, mengharap jugak for another baby boy.. Tapi sekarang, teruja sangat-sangat nak ber baby girl.. Betul la orang kata, shopping for baby girl ni feeling dia lain.. Before this, every time orang cakap camtu, mesti cakap, "Sama jer.. Barang baby boy pun banyak sekarang ni.." Tapi betul, adalah sangat-sangat tak sama.. :-)
.
Cant wait to timang-timang baby RA!! Hopefully everything will turn out to be just fine.. Aminnnn..
.
Rayyan Ariff pulak macam biasa la.. Makin lasak, makin cheeky.. Buat sepah memang main activity tiap2 hari.. Yea la.. Bosan takde kerja nak buat la tu.. Tido pulak makin kurang.. Siang tido sket, malam tido lewat tapi pagi-pagi buta dah bangun.. Taktau la mana dia dapat energy.. Lately ni suka sangat punggah keluar barang-barang nenek dalam almari kecik kat bilik dia tu.. Seb baik la ada bibik yang leh tlg kemas balik..

Kalau dulu, tido siang berjam-jam.. :-)

Banyak betul invitation open house sekarang ni.. En. Hubby je la yang pergi.. As for me, memang tak larat la..  Kalau nak pergi umah my friend jer, macam tak fair.. So kena gi umah his friend as well.. Kesimpulannya, takyah gi dua2.. As for him, kalau dia rajin nak gi umah kawan dia, dia gi. Kalau tak, takla..
.
Plan untuk esok taktau la macam mana.. Sebab nak gi wat ear mould Rayyan Ariff dulu kat Brickfiled.. Pastu attend his therapies as usual la kan.. So taktau la ada energy lebih ke tak kalau nak attend open house pulak.. Huhuhu.. Maybe sbb badan huge tu yang tak larat nak jalan.. :P

Tuesday, September 20, 2011

Minda yang senantiasa mahu meneroka~

Itulah Rayyan Ariff. Membesar dan membangun di dalam fasanya yang tersendiri, namun ada sahaja eksplorasi darinya.. Sayang kerana keadaan mama tidak mengizinkan untuk melakukan banyak aktiviti bersama anak ini. Waktu malam, hanya mampu berbaring di katil sahaja.. Kasihan kamu nak..
.
Kalau ke pasaraya, sudah tahu meminta untuk menaiki kereta atau permainan lain.. Kalaulah ruang di rumah mencukupi, pasti sahaja kami belikan sebuah untuknya.. Takpelah, lain kali mungkin.. :-) 




Ingin sekali kami menyambung kembali persekolahannya yang terputus.. Kasihan melihat dia yang kebosanan di rumah. Persekolahannya tempoh hari terhenti kerana En.Hubby yang menjalani pembedahan yang mana dia mengambilmasa selama 2 bulan untuk kembali berjalan walaupun jalanannya masih tidak sempurna. Untuk tempoh itu, terpaksa saya harapkan bibik untuk menguruskan keperluan dia di rumah.
.
Apabila bibik berada di rumah, persekolahan Rayyan Ariff terpaksa dihentikan sementara kerana saya tidak yakin untuk menghantar Rayyan Ariff ke sana seorang diri. Tambahan pula ada seorang kanak-kanak autisme yang hyperactive dan pernah beberapa kali hampir terpijak Rayyan Ariff yang masih belum mampu berjalan sendiri. Di saat yang sama, guru kelas Rayyan Ariff berhenti dan melepaskan tanggungjawabnya kepada seorang guru muda yang baru bertugas.. Kelam kabut cikgu itu mahu mengawal anak-anak yang masih baru dibawah jagaannya. 
.
Atas dasar itu, saya tidak yakin.. Tambahan pula, mereka tidak membenarkan saya meletakkan carseat di dalam van sekolah yang membawa Rayyan Ariff pulang. Hanya bergantung kepada seorang guru pengiring di dalam van tersebut. Lagilah saya rasa tidak sedap hati..
.
Apabila saya menyatakan mahu menghentikan Rayyan Ariff untuk seketika, saya diminta agar terus membayar yuran bulanan yang bukan sedikit walaupun Rayyan Ariff tidak ke sekolah. Pada saya permintaan itu adalah  tidak wajar namun alasan yang diberikan ialah, Rayyan Ariff datang atau tidak, gaji cikgu masih perlu dibayar. Pelik.. Pada saya, sama ada Rayyan Ariff bersekolah di situ ataupun tidak, gaji cikgu tetap sama jumlahnya.. 
.
Semenjak hubby kembali ke pejabat awal Ramadhan lalu, saya masih berkira-kira mahu menghantarnya Rayyan Ariff kembali ke sana atau tidak. Kalau mahu, mungkin perlu membayar yuran selama 3 bulan yang mana pada tempoh itu, Rayyan Ariff tidak bersekolah. Tambahan pula, saat itu sudah ada hint bahawa bibik mahu pulang terus ke Indonesia. Lantas kami memutuskan untuk tidak menghantar Rayyan Ariff ke sekolah setelah mengambilkira beberapa faktor iaitu jumlah yuran 3 bulan itu, bersekolah hanya sebulan, cuti hari raya dan kemungkinan ketiadaan bibik selepas hari raya, siapa yang boleh diharapkan untuk melihat keadaan Rayyan Ariff di sekolah?  
.
Namun kini, hati ini begitu meronta untuk Rayyan Ariff kembali bersekolah. Bukan tidak ada sekolah baru, tapi bak kata Ina Ibu Nabila, kasihan juga pada Rayyan Ariff.. Bersekolah untuk tempoh hanya sebulan lebih dan kembali bercuti selama 2 bulan kerana mama bersalin, bukankah lebih baik jika dimulakan kembali sesi persekolahan pada tahun hadapan sahaja.. Hmmm.. Memang ada benarnya. Tapi sangat kasihan melihat dia bermain sendirian..
.
Mungkin, saya akan kembali menghantar Rayyan Ariff ke sekolah lamanya.. Mungkin.. Sangat mungkin.. Biarlah hanya untuk tempoh sebulan lebih sahaja.. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu untuknya.. Mungkinnn.. Walaupun tidak memenuhi standard yang saya inginkan.. :-)
.
P/s - Terima kasih untuk setiap pendapat yang diberikan pada entri sebelum ini.. :-)

Monday, September 19, 2011

Persediaan menyambut Baby RA~

Before ada yang kata macam-macam, saya cuma ada satu permintaan, please let me enjoy this moment as we will never know what will take place in the future.. Sememangnya ada ketakutan apabila berhadapan dengan seribu satu ketidakpastian, same goes to this pregnancy.. But I'm taking the stand that I want to enjoy this moment as much as I could.. Dengan Rayyan Ariff, we dont have the chance to prepare things for him.. Only the most basic things; baju 4 helai, towels 2 helai, diapers, a few pairs of mittens/booties and 2 feeding bottles. Dia anak sulung yang sepatutnya diladeni dengan pelbagai barangan, namun kami takut untuk membuat persiapan untuk kehadirannya kerana kami terlalu ditekankan bahawa dia tidak akan hidup lama..
.
Dan untuk Baby RA, kami tidaklah berbelanja sakan.. Kebanyakan barangan seperti baju, carseat cum carrier, baby cot dan barangan besar yang lain, diwarisi dari abangnya.. Mungkin kami akan mendapatkan stroller baru untuknya, itu sahaja.. Diam tak diam, rasanya barang-barang untuk Baby RA rasanya sudah 80% siap.. Baju baru cuma 3 pasang sahaja.. Saya sangat teringin untuk mendapatkan sehelai dress lace berwarna merah jambu untuk Baby RA.. Dipakai bersama stokin merah jambu berenda sambil dikepala terlilit headband warna senada untuk majlis akikahnya kelak.. Tambahan pula, En.Hubby dan Rayyan Ariff juga sudah punya baju melayu dengan warna yang sama.. Cuma perlu saya sahaja mencari kaftan warna merah jambu.. :-)
.
Yang sukarnya adalah proses pencarian.. Mahu online dirumah, posisi perut yang semakin membesar benar-benar menyukarkan untuk saya duduk di bangku kecil menumpang meja tulis Rayyan Ariff.. Wireless modem baru sudah dibeli bagi menggantikan yang sudah lama rosak namun masih belum dipasang. Beberapa kali saya cuba memasang sediri namun gagal. Tunggu sahajalah abang saya datang nanti.. Meja konsol berwarna putih untuk dijadikan meja laptop dengan kerusi berwarna yang sama juga sudah dibeli, namun masih belum dipasang. Yang itu, perlu menunggu adik lelaki saya datang kerna dialah jaguh kalau bab-bab bertukang.. Kalau sudah lengkap semuanya, barulah boleh melayari internet dengan aman.. Sakanlah saya menjenguk laman-laman web untuk membeli-belah keperluan ibu dan bayi.. :-P

Nama sahaja almari Baby RA, tapi kat dalam, dengan barang-barang ayah sekali.. *Gambar senget sebab most of the time, mama nak dok straight bebetul pun dah tak boleh* :P
.
Bahagian dalam.. Bila dah ada dress, boleh la hang dekat railing tu kan? Ntah bila la nak ada.. Hospital bag baby RA dah siap dekat shelves yang paling atas, Mama punya je belum.. =)
.
Segala-galanya bagaikan pengalaman pertama kerana bersama Rayyan Ariff tempoh hari, tempoh kehamilan saya tidak sampai sejauh ini.. Pada minggu-minggu sebegini, Rayyan Ariff sudah dilahirkan dan sedang berjuang di NICU. Untuk Baby RA, saya dapat merasai bagaimana penatnya melayan frequent urination dan bagaimana tidur yang terganggu disebabkan oleh sakit belakang serta mencari posisi terbaik. Maaf kiranya banyak jemputan rumah terbuka tidak dapat saya penuhi kerana keadaan fizikal yang semakin sarat sangat menyukarkan segalanya.. Bergerak sedikit, sudah senak perut menahan kencing.. Ini jugalah penyebab saya tidak mampu ke kompleks membeli-belah dalam usaha melengkapkan barangan saya dan Baby RA.. Pilihan yang ada; berharap sahajalah pada laman-laman web.. :-)
.
Semenjak daripada peristiwa berurut tempoh hari, kerap kali terasa kesakitan pada luka pembedahan yang lalu.. Perit benar menahan.. Kalau ditanya, memang saya teramat kesal dengan peristiwa itu, namun apakan daya, segalanya sudah berlaku.. Hanya doa yang saya ada agar dipermudahkan segalanya.. Kalau terlebih mengeluh tentang kesakitan kepada En.Hubby, nanti bisinglah mulutnya berbunyi, "Itulah, abang dah kata jangan gi urut.. Gi jugak.. Sejak2 mengada gi ngurut ni dah selalu sangat mengadu sakit sana sini.." Hmm.. Baik diamkan dan tahankan sahaja selagi terdaya..
.
Tentang nama Baby RA, sebetulnya kami sudah sepakat dengan gabungan nama yang diinginkan.. Namun tiba-tiba sahaja, beria benar ibu saya mahukan nama Rania untuk Baby RA.. Rania.. Nama yang indah dan merupakan nama yang saya sediakan sebagai nama alternatif kepada Rayyan Ariff lebih 3 tahun yang lalu.. Sekiranya Rayyan Ariff dilahirkan sebagai puteri, Rania Adriana adalah nama yang kami simpan untuknya.. Namun kini saya sudah punya pilihan lain.. Tapi itulah, bila bercakap tentang kemahuan ibu sendiri, rasa terkilan juga untuk tidak dituruti..
.
Tapi saya benar-benar sukakan nama Baby RA yang sudah dipilih kerana masih jarang yang memakai nama yang bermula dengan pangkal R ini.. Berbanding nama yang bermula dengan pangkal A yang menjadi pilihan hubby, sudah merata yang menggunakannya.. Maka saya melihat gabungan kedua nama ini sebagai unik.. Kalau digabungkan dengan nama Rania, kedua-dua nama itu sudah merata digunakan.. Hmmm.. Mungkin perlu hamil lagi sesegera yang mungkin untuk memenuhi impian ibu saya.. Hahahhaha.. *Rehat dulu yea..* :P
.
P/s - Bagaimana dengan pemilihan nama anak kawan-kawan? Adakah di antara pasangan sahaja atau mengambilkira kemahuan ahli keluarga yang lain sekali?
.
P/s 2 - Any suggestion untuk set bersalin yang bagus??
.
P/s 3 - Any suggestion untuk breastpump yang bagus??

~Thank you in advance~

Friday, September 16, 2011

Dalam hati penuh bunga ala2 English style.. :-)

Tiap kali tengok meja makan yang dah bertahun pakai ni, sure rasa, "Hukk alohhh.. Tak cantiknya!!" Entah bila la nak tukar baru.. Lom jumpa lagi yang berkenan dihati.. Mokcik nak yang ada lapan kusi, pastu nak karer putih.. Table top karer kayu.. Pastu tempat letak bontot pn karer kayu gak.. Design sempoi dengan sedikit ukir-ukir n size yang tak brp besar eventho 8 kusi.. Ye la, umah sekangkang kera kan..
.
Haaa.. Bab berangan tak hengat.. :P
*Sape tau kat mana kita leh wat tempahan perabut eh?? Kalo tanya kat org buat KC or built in wardrobe, mostly diorg tak buat*
.
Tapi lately, tengok je dining table, hati ada bunga-bunga gitu.. 
.
Pasaipa??

Pasai 6 bersaudara ni la.. *Terima kasih En.Hubby~ Hug*Hug*Kiss*Kiss~
P/s - Ahkak Pinut, sesekali bagi la acik nak feeling Engress style jugokk.. Org len dh bertahun pki, acik br nk meraso.. Herkkss.. :-)

Thursday, September 15, 2011

Takde orang nak jaga Rayyan..

Nenek is still around, plan asalnya nak jaga Rayyan Ariff, tapi since bibik dah datang balik, so most probably next week nenek baliklah..
.
Bibik datang? Yes, a few days after raya, Bibik sent me a few messages asking about Rayyan Ariff and told me that she wants to come back.. Teringat dekat Rayyan Ariff katanya. Ialah, dari umur 10 bulan dia yang jaga Rayyan Ariff, sure lah teringat-ingat..
.
At first, saya memang dah taknak.. Tak sanggup nak berhadapan dengan kerenah dia lagi and I was really hurt with the fact that dia leh je blah camtu despite the fact that I've always told her, kalau nak berenti, saya takkan halang.. Just give me at least one month notice..
.
After a few discussion dengan Mr. Hubby, dia suruh tolak ego jauh-jauh.. We really need her for the moment. Ialah, dengan keadaan saya yang makin sarat, kebetulan pulak Rayyan Ariff demam, selsema & batuk masa raya.. So we need her.. Lagipun nak travel from Ampang to Subang Jaya and to Sri Hartamas everyday bukannya dekat.. dengan traffic lagi, kang ada yang terberanak tengah jalan.. Nauzubillah..
.
Hari jumaat lepas, since I was still on leave sebab babysitting Rayyan Ariff, I went to IMC in Subang Jaya.. So sempat la jumpa anak-anak comel ni.. :-)
.
Nabila & Aimy tengah main.. Cikgu pulak, tengah ajar Rayyan Ariff melukis n mewarna gambar kucing..
.
Anak bujang ni memang suka melukis.. So memang khusyuk la..
.
The teacher n the principal of the school were asking sebab diorang tak dengar suara Tuan kecik ni.. Actually he's that type.. Kalau dengan strangers, it will take at least 4 days for him to say anything.. :-)
.
Actually pelik jugak bila the principal called us a few times nak tanya jadi ke tak kitorang nak enrol Rayyan Ariff.. Nak kata sebab fees, memang taklah kot sebab the fees of RM500 is pretty OK for it school and nursery hours of 8am-630pm.. Siap ada 12 times transportation from Cheras to Subang Jaya every month. So at least, takyah la setiap hari nak kena gi hantar ke Subang.. So I was wondering la jugak..
.
Rupa-rupanya, the principal has registered Rayyan Ariff's in 3 games untuk sukan antara sekolah anak-anak istimewa.. It's quite a big event la jugak and siap buat dekat Stadium Bukit Jalil. Bila saya bagitau my mom, she was also excited and siap cakap, "Kalau Ian masuk games tu, bukan nenek je turun bagi support.. Silap-silap atuk pun turun.."
.
Tapi the things cant be materialized after a few consultations with some friends.. Kalau Rayyan Ariff start sekolah kat sana sekarang pun, it will just be for 1 month++ sebab after I gave birth, I'm planning to go back to Kota Bharu for confinement. Takkan nak sekolah for 1 month plus pastu berenti and starts balik bulan Januari nanti, siyan pulak.. Further, just like what I've mentioned, macam mana la nak drive dengan keadaan yang makin sarat..
.
Bercakap tentang penjagaan Rayyan Ariff, entahlah.. Taktau nak kata apa coz bibik will just be around until January next year.. Permit dia habis, she wants to go back for good.. Bila tanya a few pengasuh, semua replied yang they are OK to take care of adik but not Rayyan Ariff.. Takut katanya.. Tak berani.. Takpelah.. Nak buat macam mana.. Mana boleh paksa..
.
My mom, biasa la, masa tengok Rayyan Ariff dok main sorang-sorang tadi, keluar la keluh kesah standard dia tu, "Siyan Ian, dia tak tahu takde orang nak jaga dia.. Orang pulak, tak tahu, jaga dia ni senang jer.. Peel tak ade, main je sorang-sorang.. Ish, siyan plak mommy tengok dia.."
.
Hahahah.. That's so her.. Takpe, InsyaAllah Dia permudahkan jalan.. Macam mana kami risau nak tinggalkan Rayyan Ariff kat nursery dalam keadaan dia tak berapa sihat sekarang ni, tuhan hantar balik bibik lama dia.. So later, when the time comes, hopefully He will arrange the best for Rayyan Ariff.. Dan harap jugak, kami boleh hantar Rayyan Ariff ke WQ Park as what we've planned before.. Since the school hours is just half a day, semoga ada orang yang baik hati nak jaga Rayyan Ariff bila dia balik dari sekolah and he can stay with Baby RA sampai mama balik keje.. Aminnnn..

Tuesday, September 13, 2011

Chenta hati mama, buah hati ayah, cucu manja atuk..

Nama pun cucu sulung kan, harus la attention lebih.. :-)
.
Honestly, saya memang tak percaya bila orang kata yang anak ni bila nak dapat adik, dia akan jadi manja extra.. Tapi sekarang ni dah 50-50. Sebabnya, tuan kecik ni, cranky yang amat.. Manja yang hoverrr.. Sampai rasa phobia nak balik rumah nak ngadap dia.. Bolehh?? Hahahah..
.
Maybe sebab lama dok bertempek dengan mama.. Ialah, cuti sampai 2mgg dari before raya sampai kelmarin, so dia nyer level of clingy tu memang to the max la..
.
Tinggal nak gi toilet pun nangis air mata leleh-leleh stok kena pukul or kena cubit.. Pastu kalau dia nak apa2, dan dan tu jugak kena ikut yang dia nak, kalo tak, Subhanallah.. Meraung kalah apa! Kalau kata dia nak gi naik kereta, silalah bawak.. Kalau dia nak naik motor.. Silalah ikut..
.
Huhuhuhu.. Tensi.. Last Sunday, masa kitorang nak gi beli barang dapur, bawak kejap dia pusing-pusing pastu bawak naik rumah balik coz nak tinggal dia dengan nenek dia jer.. Masa nak hantar tu, boleh dia pegang gril besi pintu tu kuat-kuat taknak lepas sebab taknak masuk rumah..
.
Ialah, kalau nak angkut dia sekali, shopping ntah ke mana, sibuk nak kena layan dia yang asyik nak sentuh semua benda.. Lagipun, ayah dengan lutut yang tak OK lagi, memang hazabb la kalau nak dukung dia lama-lama.. Mama yang dah makin sarat ni lagi la.. Nak bawak diri pun senget2, mana la terdaya nak dukung budak 13kg tu..
.
Dengan orang lain taknak, yang dia nak dengan mama jer.. Pastu asyik nak berdukung.. Just imagine, lepas mandi, taknak dah kita pimpin and dia jalan sendiri, mesti nak dukung.. Pastu dari  dalam bilik nak menapak 3, 4 langkah je ke living room pun nak berdukung jugak.. Hadoii la, memang ada yang terberanak awal..
.
Kalau kita duduk kat bawah, dia sibuk nak panjat-panjat badan kita.. Panjat perut, panjat bahu.. Hadoiii.. Bila pikir balik, nyesal tak pregnant awal2.. Masa dia kecik-kecik n tak pandai buat peel lagi.. Harus senang sket.. Muahahahha.. :P

Tengok la, selamba jer dia landing kat atas perut Mama yang selambak.. Sakit okkk!!
.
Ayah dalam sakit-sakit lutut tu, memang layan jugak la budak ni.. Bila dia mintak nak naik kereta or motor, bawak jugaklah walaupun kena dukung quite a distance before sampai kat parking kereta.. Siyan pun ada tapi kalau mama nak melayan dia sorang-sorang, harus ada yang terberanak awal..
.
Masa kat kampung itu hari jer tenang sket kitorang.. Sebab dia dok sibuk jadi bayang-bayang atuk.. Mana atuk pergi, mesti dia mengekor.. Pantang atuk jauh sket, mula la jerit-jerit panggil atuk.. :P
.
Ni contoh bayang-bayang atuk.. Atuk tido this side, dia akan baring another side.. Kalau dia bangun tido pagi2, dia la jadi alarm clock atuk.. :-)
.
Mana la atuk bleh tido lena.. Hahaha.. *Atuk seksi sket, tapi takpe.. Nampak belakang jer.. :P
.
Ni masa kat rumah onyang sedara dia.. Tengok, tak habis-habis ngadap Atuk.. And atuk memang takleh pegang baby lain, ada orang jeles.. :P
Bila atuk borak ngan orang lain, dia pun sibuk terjerit-jerit.. Takmo bagi atuk cakap, kalau bleh, cakap ngan dia jer..
.
Ni plak, intai atuk.. Nak tengok atuk gi mana.. Harus la make sure atuk tak gi jauh..
.
Rasa tak sabar nak balik berpantang kat kampung, sebab kat kampung atuk ada leh melayan budak ni.. Takde la dok mengekor mama jer.. :-)

Friday, September 9, 2011

Update on baby RA

So far, baby RA is doing good.. Slightly on the bigger side but Dr. Raman kept on saying, big is good actually.. :-)
.
Throughout this pregnancy, I've gained 2kg.. Came Ramadhan, I've lost 3kg.. And as per yesterday's check up, I've successfully gained 3kg after almost 2 weeks of Raya.. Thanks to Nasi Dagang, Satay and all the kuih muih lah kan.. :P
.
And lately, the urge to eat keeps on coming. Am trying my best to control my rice intake.. Twice a day should be more than enough I guess.. Hubby said that I'm crazy for doing this because he always has the idea that a pregnant woman should eat for 2.. But I guess, somehow, I managed to convince him that what I'm doing is OK since baby RA is nicely growing.. 
.
Last Sunday, I did something that I was not supposed to do. Went to this Mak Bidan Kampung as per my mom's request. Mommy said it wont be a massage session or anything close to that. But when we got there, the Bidan happily gave me a massage and turned baby RA's position as she said baby is in breech position..
.
I was scared to death.. Luckily baby RA is moving and kicking like the usual.. Dont want to take any risk and just to make sure things are OK, I went to see Dr. Raman yesterday.. A day earlier than my actual appointment with him.. 
.
And as expected, he's totally not happy with the massage thingy especially because my last delivery was via LSCS.. He explained that it might effect the old scar because my belly is growing and messaging is equal to messing up with the growing tummy.. And luckily Baby RA is doing good.. Amniotic fluid is enough.. Brain is looking good.. Heart beat is just nice.. And the list continues..
.
Lesson learnt! :-(
.
While I was discussing a few things with Dr. Raman, hubby was holding Rayyan Ariff.. Being the usual him, he  cant sit still and his hands were moving here and there trying to reach for lots of things. Hubby decided to to bring him out and tried his level best to entertain his son.. :-)
.
"Brain OK?" That's the question that he asked me when I stepped out of the room.. I can see that he was a bit dissapointed as he missed the scanning session.. It's OK, we're going there again in 2 weeks time.. :-)  
.
Ayah is getting better in entertaining Rayyan Ariff.. :-)
Oh yea, Ms Anonymous, I know that I'm not obliged to reply to you as what my friends have commented in my previous entry.. But could you do me a favor? Stop giving your comment as it is not welcome here. Call me whatever you want, labeled me with whatever you wish, it will not effect me in any way.. I'm sorry about your baby and it's good if you claim that you are able to manage your emotion better than me.. 

And obviously, you are pretty new here.. There's no way that I felt like I'm the only one with problem.. If you when back to my old entries, you can see that every time I felt like I've pushed Rayyan or myself too hard, I will look at other children with the same diagnosis as him.. Some of them, are still struggling with getting a good head control at the age of 6 and some of them are severely handicapped..
.
Through our routine visit to therapists for the past 3 years, I've seen lots of children with lots of medical condition.. Some of them are doing better than Rayyan and some of them are still at the same stage after years of therapies.. Believe me, I've seen a lot and I definitely dont feel like I'm the only person with problem here..
.
From Mama Kembar 3 : Allah's miracles comes in many ways, shapes and form, and I think Rayyan is one of His many great miracles 

That's why I've always called Rayyan as my little miracle.. When we were told that he would only lives a life equivalent to a vegetable and now that he's everywhere, we are thankful and blessed. It's a bonus. Something that we're not supposed to get but He gave it to us. So, we're content no matter what!
.
What's with you and the song??? It's definitely not a moody song to me.. A friend in my workplace even use it as her ringtone.. Should I tell her to change to a nicer music? Music is universal.. To me, this song has its own soul.. And I guess, to some others as well..
.
BTW, it's really funny reading your comment on the part of "you want to wallow in self pity" and "take rayyan in your arm and start celebrate life.." What a joke!! How can you judge my life from just one post and one song?? 
.
Parents with special needs children have their own ways of dealing with things. If there's a day that we took 30seconds to find our strength, pls dont overlook another 23 hours, 59 minutes and 30seconds that we've been happy and laughing.. A friend told me once, that if it's not because of me, she would still thinks that parents of special child are always unhappy with their life.. 
.
I truly believe, that parents should just enjoy their child no matter what.. Kan Dr. Sofiah?? Kan Kak Reenaz? Enjoy2 jugak.. Effort kena lebih.. Nama pun special kan.. :-) 
.
And yes, once again, pls dont leave your comment here, it's not welcome (you can choose to be the stubborn one and keep on commenting, it's all up to you.. but there'll be no more reply from me) 
.
Or even better, just leave this page.. :P

Thursday, September 8, 2011

Tentang permintaan si anonymous dan hati yang berlagu~

Kebelakangan ini, tiada daya untuk berbelog sebenarnya.. Sudah tiada lagi blogger tegar dengan satu entry sehari.. Badan ini terlalu penat untuk bekerjasama walaupun otak punya idea yang mencurah.. Lantas banyak waktu, segalanya berlalu begitu sahaja..
.
Dua hari yang lalu, saya menerima satu 'request' dari pembaca anonymous. Permintaan yang simple namun penuh makna..
Namun jawapan saya adalah se simple permintaannya juga, iaitu, maaf saya tidak boleh.
.
Lagi pula, PC dan laptop kita kan bisa dikawal sendiri.. Apa kata klik sahaja butang mute pada komputer masing-masing sekiranya lagu PadaMu Kubersujud yang berkumandang di belog ini tersangat depressing pada telinga anda.. Bukankah itu mudah?
.
Saya tidak tahu bagaimana dengan anda semua, namun hati saya sering berlagu apabila berbicara tentang kehidupan.. Bersama-sama Rayyan Ariff, hati saya berdendang dan berbicara melalui lagu Seribu Tahun, Hanya Engkau Yang Mampu, Tercipta Untukku, Ayat-Ayat Cinta, PadaMu Kubersujud, Tafakur, Tahajjud Cinta, Maha Melihat dan KebesaranMu..
.
Ini adalah lagu-lagu yang menghuraikan Rayyan Ariff di mata saya. Maaf andai lagu-lagu ini begitu depressing di telinga sesetengah pihak.. Memang ianya bukanlah penghujung kepada sebuah kehidupan and my world wont come to its end just because I have a special needs child, tapi ada lagu yang menceritakan jatuh bangun dan ada lagu yang bagaikan penyuntik semangat..
.
Bersama Rayyan Ariff, ada waktu diri ini bagaikan berada on top of the world.. Contohnya apabila dia berpaut dan berdiri di meja makan yang tinggi semalam, dalam usaha mencapai jag air.. Di dalam hati terucap kesyukuran kerana sering diberi peluang menyaksikan perkembangan Rayyan Ariff.. Perkembangan pada seorang anak yang dilahirkan tanpa sel otak dan berkemungkinan yang tinggi untuk pergi sebaik dilahirkan..
.
Sering kami teruja dengan 'bonus' yang Dia berikan kepada kami. 
.
Namun ada waktu, diri ini terasa bagai ditendang ke sudut bumi yang paling dalam.. Contohnya, peristiwa pada Aidil Fitri yang lalu.. Seiring dengan perkembangan usianya, Rayyan Ariff sudah punya sifat ingin bersosial dan berkawan.. Di rumah seorang teman abah dan mommy, dia menghampiri cucu teman itu dengan penuh keterujaan.. Merangkak dengan penuh bertenaga dan senyuman yang meleret ke sana ke mari mengekori kanak-kanak itu untuk 'berkawan'..
.
"Eeii.. Eiii.. Taknaklah.. Gelilah.. Eiii.. Geliii.." Ucap kanak-kanak itu kepada Rayyan Ariff sambil beberapa kali melarikan diri.. Gelinya dia pada Rayyan Ariff bagaikan anak itu penuh kudis dibadannya.. Bagaikan air liur tak henti meleleh dari mulutnya.. Padahal semua itu tidak ada.
.
Mungkin dia geli pada lirikan mata Rayyan Ariff yang jelas kelihatan julingnya.. Mungkin dia geli pada bentuk kepala Rayyan Ariff yang jelas panjang dan lonjongnya..
.
Wajah Abah berubah tatkala mendengar kata-kata kanak-kanak itu.. "Biarlah dia taknak kawan dengan Ian, Ian kawan dengan atuk yea.." Pujuk abah walaupun Rayyan Ariff masih tersengih-sengih pada kanak-kanak itu. 
.
"Mommyh tak pernah jumpa budak yang lantang macam tu.. Dari awal lagi mommy rasa tak sedap, taknak bawak Ian.. Tapi Abah mana boleh tinggal cucu dia.. Orang luar tak sama dengan saudara mara kita.."
Rawan hati seorang ibu mendengar cerita ini.. Menyembunyikan Rayyan Ariff dari orang luar bukanlah jawapan kepada peristiwa ini.. Jauh di sudut hati ini, saya berasakan bahawa saya gagal sebagai seorang anak kerana memberi cucu yang 'defect' kepada abah dan mommy.. Saya berasa gagal di mata adik beradik saya kerana memberikan anak saudara yang tidak sesempurna insan lain kepada mereka..
.
Namun minda mengajar diri untuk terus bermuhasabah tentang hakikat kejadian Rayyan Ariff. Apa yang ada padanya mungkin menggelikan pada sesetengah mereka, namun saya melihat dia sebagai satu keajaiban yang tak terungkap dek minda manusia.. Dia menolak fakta sedia ada pada dunia perubatan..
.
~ Suatu masa dahulu.. ~Hanya bahagian yang putih adalah sel otak 
.
Mungkin ada yang berkata, huh, dengan anak kecil pun mahu terasa hati.. Bukanlah begitu.. Saya sudah terbiasa dengan pertanyaan seperti "Kenapa dia macam tu?", "Kenapa kepala dia tinggi?" "Eii.. Kepala dia pelik la.." "Kenapa dia tak boleh jalan?".. Ada waktu, pertanyaan itu diajukan terus kepada saya.. Seringnya juga, pertanyaan itu dilontarkan kepada ibubapa mereka sendiri, namun di dalam nada yang masih bisa ditangkap telinga ini.. Saya sudah terbiasa dan hanya mendengar sepi.. Biarlah, kanak-kanak kan penuh dengan rasa ingin tahu..
.
Namun ini kali pertamanya saya dihadapkan dengan hakikat Rayyan Ariff adalah makhluk yang menggelikan di mata sesetengah kanak-kanak.. Saya tidak pasti bagaimana minda anak itu berfungsi atau bagaimana didikan ibu dan ayahnya.. Saya tidak tahu anda bagaimana, namun seingat saya, pada usia 4/5 tahun, saya sudah ada rasa empati di dalam diri..
.
Masih segar di ingatan, sewaktu ke Pasar Siti Khatijah di dalam usia itu, saya terpandang seorang pengemis tidak berkaki yang duduk di bangku kayu beroda. Ada satu rasa sedih dan kasihan yang menyelinap ke ruang hati.. Saya berdoa pada tuhan agar mommy mendermakan sedikit wang pada lelaki itu kerna saya sendiri tidak punya apa, walau sesen pun.. Alhamdulillah, mommy bersedekah padanya walaupun saya tidak membuka mulut dan hanya berdoa di dalam hati..
.
Pernah juga, di kaki lima Pasaraya The Store Kota Bharu, saya memberikan wang seringgit kepada pengemis Myanmar yang duduk beribakan anaknya di situ.. Nilai RM1 adalah tersangat besar bagi anak kecil seperti saya.. tambahan pula, ianya adalah sebahagian daripada duit raya yang saya kumpul hasil dari menjelajah rumah ke rumah.. 
.
Dua kanak-kanak berbeza, di zaman yang berlainan namun pada usia yang sama.
.
Saat-saat seperti ini, dan juga di dalam saat-saat yang menggembirakan, hati saya sering ditemani lagu-lagu yang depressing ini.. Maaf, namun ini hakikat..
.
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat..

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud..

Mungkin ada yang berkata, "Oh, baru nak ingat tuhan.. Kalau takde Rayyan Ariff, takde la macam ni eh??"
.
Bukan begitu. 
.
Memetik kata-kata ibubapa Arwah Damya Farhana, teman seperjuangan Rayyan Ariff di Neonatal Intensive Care Unit pada tahun 2008 dahulu, "Sebelum ini, kita kenal tuhan.. Tapi sekarang, kita lebih kenal tuhan.."
.
Ya, saya lebih mengenal keajaiban tuhan dan bersyukur dengan nikmatNya melalui Rayyan Ariff..
.


Wednesday, September 7, 2011

Jom kita pakat join contest jom!!

Kalau menang, pakcik kayooo!! Errr.. Actually it’s for our children~
.
Since it’s gaji time already, we’re stocking up a few stuffs for Rayyan Ariff.. We have to make sure that his vitamins and diapers are all enough until month end and not to forget, his natural immunity booster; Mamil Gold.. ~Beli banyak-banyak kang tak payah nak kelam kabut cari..
.
When I purchased Mamil Gold yesterday, I saw entry forms for participating in “A Solid Foundation Contest”.. I took one and started looking through at the prizes offered..
.
Oh!! It’s a cash give-away!! *Bling Bling Mata duitan*
.
There are weekly and monthly prizes to be won totaling more than RM600K!! ~Mari kita tengok dalam bentuk turutan:-
2 grand prizes of RM50K savings account
5 monthly prizes worth RM10,000
Weekly prizes of 2x first prizes worth RM5,000 savings account
3x second prizes worth RM1000
And 20x third prizes worth RM500 savings account

Yup, it’s all in cash peeps and the contest starts from 1st Sept 2011 until 31st Dec 2011!! Ample time for all to join kan?
.
Serius mak tak sabar nak join you all!! Mana la tau ada rezeki anak bujang terchenta..:-)
.
Jom memeriahkan contest ni jom!! Just trying our luck.. ~But of course, need to get Mamil Gold for your chenta hati first.. then only can join maa* :P
.
Budak Mamil Gold~ Badan sihat otak cergas.. *Terlampau cergas sampai merata alam dia nak explore* 

Tuesday, September 6, 2011

Cerita & gambar raya 2011

Almost semua belog dok bercerita pasal raya eh.. Taknak ketinggalan jugaklah.. Kalau lambat-lambat, nanti basi pulak ehhh~ Let the photos do the talking yeah.. :-)
.
Raya first, kami kat Rawang dulu this year.. :-)
Sesi bersalaman n mintak duit raya maaf

Suasana hari raya.. :-)

Pandai ke Abang Rayyan kira angpow ni??

Menantu hantu mintak maaf bebanyak yea.. :P 

The 3 of us in black.. :-)

Cucu-cucu atuk n wan Rawang~
Rayyan Ariff & Atuk..
Tengahari, gerak gi Klinik Segara kat Ampang amik ubat demam saya dulu, pastu terus balik Kota Bharu.. Sampai kul 7pm.. Fuhhh longlai.. Memang lemahhhh la... Lenguh bontot!!
.
Malam raya ketiga~ Cucu manja Atuk KB.. Pantang Tok gerak, menjerit-jerit panggil Tok..
Mama @ 30wks.. Abg Rayyan nampak cam budak besar dah kan?? Abang yang suka memerap.. :-)
Photoshoot kat KB buat masa hari raya ke 5 sebab tunggu semua ada.. :-)
.
Candid photo.. Kan betul takleh berenggang ngan Tok..

Another candid photo.. Tengok la cucu manja atuk neh.. Cubit kang!

Tahun ni takde warna tema berjemaah macam last year.. Sebab tak raya sama-sama kan.. :-)

Ni nenek pinjam Abang Rayyan sebab nak amik gamba bunga.. Nak ambik sorang2 segan katanya.. :-)

Bunga raya nenek.. :-)
Part paling best raya kali ni adalah masa dapat berkumpul ngan kaum keluarga belah Mommy sebab ada my cousin's wedding.. Bukan selalu dpt kumpul macam ni even bukan semua yang ada.. :-)
Semalam dah balik KL.. Takde la jam.. Cuma sesak kat Raub n Betong jer.. Pastu clear.. :-)