Monday, December 19, 2011

Bercerita tentang kewajipan..

Ok, saya tahu isu ni cukup sensitif.. So ada disclaimer di sini.. *Sila baca dengan minda dan jiwa yang terbuka dan jangan judge sesuka hati yea..*
.
Saya memang failed breastfeed Rayyan Ariff suatu masa dulu di atas sebab-sebab yang pernah saya ceritakan di dalam entri-entri lama saya. Walaupun beria pumped every 3 hours to maintain milk production when he was in NICU, tp my journey of breastfeeding Rayyan Ariff tak pergi jauh pun..
.
Untuk Puteri Rifa macam mana pula? Honestly, I failed to exclusively breastfeed her as well. 
.
Selepas beberapa jam dilahirkan, Puteri Rifa dibawa kepada saya untuk disusukan. Seperti yang saya ceritakan di dalam beberapa entri yang lalu, pengalaman melalui pembedahan kali ini adalah sangat-sangat menyakitkan. Dan kali pertama menyusukan Puteri Rifa, saya dibantu oleh jururawat sepenuhnya..
.
"Kita tengok dia pandai hisap ke tak.. Eh pandailahh.." Ceria sekali suara jururawat itu kerana dengan hanya sekali letak, Puteri Rifa terus sahaja menghisap dengan kuat. Dan kala itu, bermulalah perjalanan saya menyusukan sang puteri..
.
Dengan keperitan dan kesakitan pada luka pembedahan, sememangnya pada malam pertama kami bersama, saya meyusukan Puteri Rifa dalam seribu kepayahan..
.
Pada mulanya, hanya ada cecair jernih yang dikenali sebagai colostrum dan sang puteri masih menghisap dengan gagah. Setelah sehari berlalu, saya mila gusar kerana susu masih belum keluar dan pastinya sang puteri akan kelaparan. Mulalah saya bertanya-tanya kepada teman-teman dan jururawat di hospital. Menurut mereka, bayi mampu bertahan selama 48jam tanpa makanan sebaik dilahirkan. Makanya, colostrum itu sudah cukup untuk menjadi santapannya..
.
Namun malam kedua, saya mula merasakan tidak sampai hati kerana risau Puteri Rifa akan kelaparan dan meminta ibu saya memberikannya susu formula. Itulah kali pertama Puteri Rifa diberikan susu formula. Dan keesokan harinya iaitu hari ketiga, saya mula merasakan bengkak susu dan bermula dari situ, tiada lagi susu formula untuk sang puteri..
.
Menyesal? Memang ada rasa kesal kerna bertindak memberikan formula kepadanya hanya berdasarkan kebimbangan yang tidak bertepi. Namun setelah itu, Puteri Rifa hanya menyusu badan sahaja.. Di tambah pula bacaan jaundice yang agak tinggi, saya menyusukan Puteri Rifa dengan kerap dan hanya susu badan sahaja.. Dan syukurlah, berkat susu ibu, bacaan jaundice Puteri Rifa menurun dan dia tidak perlu dimasukkan ke wad.
.
Namun kerna terbiasa dengan susu formula untuk Rayyan Ariff, sekali lagi saya tewas dalam kegusaran. Bimbang benar rasa di hati kerna saya tidak tahu kuantiti susu yang masuk ke dalam badan Puteri Rifa berbanding Rayyan Ariff yang minum 60ml setiap 3 jam. Sering saya merasakan dia tidak cukup minum kerana dia hanya menyusu sekejap-sekejap sahaja. Sementelah pula, setiap kali di pam, maksimum hanya 2oz sahaja yang terhasill.. Maka makin yakinlah saya bahawa susu badan saya tidak banyak.. Tetapi kali ini saya tidak memberikan formula kepada Puteri Rifa kerana dihalang oleh ibu saya.
.
Itu tidak termasuk dengan episod puting yang luka kerana hisapan sang puteri yang terlalu kuat. Mujur ada krim Bephanthen!
.
Selain itu, saya juga merasakan badan Puteri Rifa juga seakan semakin susut. Namun ibu dan teman-teman saya meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu khuatir. Andainya dia kelaparan, tidak mungkin dia tidur lena.. 20 hari usianya, Puteri Rifa ditimbang dan beratnya ialah 3.6kg. Dengan berat lahir sebanyak 2,9kg, tentu sahaja kenaikan itu menggembirakan saya dan saya mula menerima bahawa susu saya cukup untuknya.. 
.
Namun episod memberikan susu formula tidak terhenti di situ. Seperti  yang saya nyatakan di dalam Entri Pada Saat Kita Diberikan Kesakitan, saya diserang migrain dan tension headache sewaktu di dalam pantang. Natijahnya, saya tidak mampu bangun untuk tempoh 3 hari! 3 hari yang dahsyat.. Hanya berbaring sahaja.. Kepala bagaikan mahu meletup setiap kali saya cuba bangun. 
.
Makan minum sendiri pun ke laut, apa lagi mahu menjaga seorang anak kecil. Mujur ada ibu saya. Untuk menyusu sambil berbaring / mengiring adalah sesuatu yang sukar kerana masih ada rasa pedih pada luka pembedahan.. Untuk tempoh 3 hari itu, beberapa kali Puteri Rifa diberikan susu formula.. Hanya pada waktu yang benar-benar bisa sahaja saya gagahkan diri untuk bangun dan menyusukan.. 
.
Setelah melalui pengalaman itu, saya mula mengepam dan membuat stok untuk kegunaan waktu kecemasan.. Sementelah pula, waktu itu, pam elektrik yang saya beli dari Izzah baru sahaja sampai..
.
Dalam tempoh kurang 15 hari dari sekarang, saya akan kembali bekerja.. Jumlah susu di dalam simpanan saya hanyalah 90oz sahaja.. Jumlah yang sangat sedikit dan saya tahu saya perlu bekerja lebih untuk membuat stok dan tidak boleh malas-malas lagi.. 
.
Melalui pengalaman ini, saya akur bahawa pemberian susu ibu adalah tergantung kepada rezeki anak itu sendiri.. Semuanya sudah tertulis.. Berjuta kesungguhan yang kita berikan sekalipun, andai sudah tersurat bahawa bukan rezeki anak itu, apalah daya kita.. Jadi tiada istilah ibu yang memberikan susu lembu kepada anaknya adalah ibu yang tidak baik..
.
Dan saya bersyukur, sesekali, kakak sepupu saya akan bertanya dan mengingatkan saya tentang penyusuan susu ibu.. Walaupun dengan hanya soalan sependek, "Enjoy breasfeed?" Itu sudah cukup untuk mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya kepada Puteri Rifa.
.
Selagi termampu, saya akan memberikan Puteri Rifa susu ibu.. Namun seandainya perjalanan ini tidak panjang, saya tetap redha kerana semuanya adalah ketentuan rezeki. No preassure yea!! :-)
.

25 comments:

Puteri Satu said...

akak setuju sangat apa kata jiey... rezeki anak kita dah ditentukan... kadang2 orang suka mengadili kita bila kita stop bf anak... tapi diorang tak paham situasi yang kita perlu lalui... apapun.. insyaallah anak2 kita tetap sihat walu diberi susu formula....insyaallah... don wory jiey.. akak pun nyusukan naufal 3 bulan saja.. walupun niat nak fully..tapi tuhan lebih tahu apa yang direncanakan untuk ktia...

Ma Ri Ni said...

process breastfeeding memang sangat mencabar, process pumping akan lebih mencabar kesabaran. walaupun campur susu formula, just maintain ur milk supply, pump kat office sesuai jadual yg u tetapkan, kalau dapat siket, tak payah sedih and stress, kalau stock tak cukup, ccampur dg formula, pump kat office tujuan utama adalah supaya susu tak kering, boleh menyusu sampai anak 2 tahun walaupun campur...

Jiey^Mien said...

Puteri 1:
Betul kak.. Setiap mak pun surely nk yg terbaik untuk anak kita.. Tp dah rezeki smpi situ je.. Yang penting kita usaha kan? :-)

Ma Ri Ni:
Lepas recover frm sakit ari tu, dh tak campur lagi dh.. Sbb baby pn tak brp nk minum formula.. Harap2 pasni pun takyah campur lagi dh.. Tp kalo terpaksa gak, nk wat camne.. *tarik nafas dalam2 bagi kuat semangat*
=)

iKhRam said...

semua ibu mahukan yg terbaik utk anak2..
namun pada saya, susu formula itu masih lagi salah satu usaha memberikan yg terbaik utk anak2..

bak kata emak..
saya kcil2 menumpang menyusu dgn mak cik yg mempunya anak kecil seusia saya.. hehehe

kan dah ada saudara susuan.. hahaha

Papa, Mama & Azra said...

Memang Jiey...seksa sangat kan masa nak start breastfeeding. It's not something yang comes in naturally. Banyak effort huh letih. I pun sampai hari ke 10 baru ada susu. Sebelum tu memang sengsara la kesian kat Azra tak dapat minum sebab tak keluar apa pun. Puas la mengepam spectra plak sampai lambat, I guna manual pam sampai bergilir mengepam dengan hubby sebab tangan dah lenguh. Then I top-up je dengan fm. Terpaksa. Bila dah start ada milk baru I stopkan fm. Bila production menurun, I top up balik. Sampai bertin tin susu expired kena buang sebab tak habis guna separuh je. Later my milk memang cukup2 makan for her kesian je tapi Alhamdulillah until now, masih ada rezeki untuk dia. Sekarang nak wean off plak masalah. Huhu. Ingat senang nak bf??!!! Orang lain takyah nak komen negatif2 ye. Buat down the mothers je nanti.

mrs.krie :O) said...

hye jiey...pejam celik pejam celik...lagi 2 minggu dah nak naik keje yer...betul jiey cakap...bab menyusukan anak ni sumenya bergantung pada rezeki olehNYA...kita yang ibu ni mampu berusaha untuk berikan yang terbaik buat anak2 kan...don't worry about ur stock...saya memula nak buat stock dulu, 1st 2 weeks sekali pam cuma dapat 1.5oz-2oz jerk....keep pumping n make sure hati berbunga selalu...hati yang gusar akan mengganggu sikit production from my own experience la...insyaallah...moga ada rezeki rifa untuk terus mendapat susu ibu dia:O)...my 1st pun tak fully bf...siang2 kat umah makdah dia campur jugak....pasti kita tau yg terbaik buat anak2 kita kan.....so do enjpy ur breastfeeding journey ok:p...kalo rajin jengok la blog dr harlina..best jgk baca blog dia pasal bf baby dia :P take care..peluk cium buat abang ian n baby rifa...ntah bila la ada rezeki kita nak jumpa:P

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

jiey.... selagi termampu untuk BF baby rifa, jiey kene teruskan.. ade mase 15 hari lagi...cukup sgt tu utk buat stok...jiey skg dah ade 90oz++ ..so top up lagi dlm mase 15 hari ni..kuatkan semangat...niat bagi yg terbaik utk anak....kalu jiey tak buat sape lagi nak buat kan...

bile dah masuk keja nanti, pam every 3-4 hrs...minum air byk2..minum susu..amik shaklee bf trial pack..byk cara nak banyakkan susu badan jiey...longan jiey rebus, minum air...sgt sedap dan mmg milk booster...mkn sayur bendi, sawi, bayam..dan yg hijau..kalu lalu nak makan alfalfa sprout, jiey buat sup alfalfa..esoknye bole bengkak susu...hehehe kurma pun sgt bagus...chocolate cadbury tu milk booster jugak, pilih la flavor ape jiey suke..asalkan jiey tenang, gembira dan suka, lagi byk hormon oksitoksin..susu pun byk dikeluarkan..


waktu pam pulak kene maintain...pam kat opis 2 ke 3 kali..malam sebelum tido sekali...kul 3 pagi dan 7 pagi...waktu sepertiga malam tu yg paling bagus..hormon mencanak2 naik mase tu..mau dapat 10-12 oz nanti...sgt seronok jiey kalu kite dah ade rentak dalam Bf ni...


yeah..enjoy breastfeeding!!

teacher bonda said...

kuatkan semangat jiey, sy dl pon sizer. sakit time nk bf anak. tp masa pantang, sy banyak dibantu oleh keluarga. dan mmg betol, sumanya adalah ketentuan dariNya. kita hanya mampu berusaha yg terbaik buat anak2 kita, kan..:) no pressure ok. kalo x, nnt susu drop. just enjoy ur breastfeeding..

Lynn Abd Latib said...

JIEY

apapun yg sudah lepas -let it be..
even x b/f pun..as mom sure kita akan provide yg terbaik..akan beli FM yang terbaik..recommended- MAMIL

smg perjalanan akan dtg lebih mudah..i/allah!!

iDa WiTh aLoNG said...

Jiey..setiap anak itu ada rezeki masing2...semua ibu nak yang terbaik untuk anak kan..begitu juala dgn ida..ida pernah dulu pump untuk buat stock sehinggakan susu bercampur darah...masa tu tersangatlah sedih mengenangkan susu itu tak dapat diberikan pd anak di NICU..

Habibah said...

Jiey, u kira kuat semangat la jugak tu. Saya bf anak saya x smpi 2 mggu tu pun masih campur dgn susu formula. Ntah la..sbb susu x byk ke atau saya yg x usaha lbh. Kadang jealous jugak dgn kengkawan yg fully breastfeed anak diorng kadang sampai umur 2 thn. I'allah andai ada rezeki, saya pun ingin bf anak kedua.

AMIIZAA@Mieja said...

salams mama,

syukur alhamdullilah susu byk:):)

mama kena kuat semangat siang + mlm, utk dapatkan susu yg melebihi permintaan mama kena mengepam waktu mlm, kerana waktu mlmlah susu akan merangsang jdk byk.

Mengepam mengikut jadual yg selari setiap hari. Sambil mengepam boleh bg bb rifa menyusu dulu atau pam dulu lepas tu bg rifa minum, secara tidak langsung susu akan jdk byk jugak.

Pengalaman akak, akak mengepam sprt jadual dibawah sepanjang hari, alhamdullailah susu menjadi terlebih dr permintaan.

12am, 3am, 6am,9am, 12tgh,3pm, 6pm, 9pm

Pemakanan mama kena jaga jugak, makan 6kali sehari utk ibu-ibu menyusu.

Supplement asas juga jgn ttinggal sprt: kalsium, obimin, vit c, + omega 3.

Setiap kali mengepam baca surah albaqarah ayat 60.

Pemakanan yg membanyakkan susu juga perlu makan setiap hari sprt alfalfa fresh, lobak putih, logan+red date kering, dll.

dan perkara plg penting, mama kena kuat semangat utk mengepam mlm, sentiasa simpan dlm otak 'susu aku byk utk rifa' insyaallah mama boleh buat stok melebihi dr permintaan.


Take care mama :)
kiss buat rayyan + rifa juga...

Liyana said...

Wan, buat dek je apa yg org lain nak kata...
apa2 pun mind set tu yg penting...
kalau kita tension or preassure masa pump, susu akan automatically kurang...so kena ada positive and clear mind masa pump...
Selamat datang ke dunia pumping...hehehe...nanti nak start kerja boleh jumpa kat breasrfeeding room...Jelisa pun dah start...

Suhaida said...

walau su belum penah bagi susu formula..tp su faham mmg sangat mencabar nak bagi breastmilk ni..

AIN NAZRI said...

akak never give up.. insyaallah akak can do it.. ain doakan akak berjaya.. as long as akak enjoy then iot should be ok.. lagipon lagi kerap akak bg Direct feed lagi banyak susunya..

RieNa said...

kuatkan semangat jiey. saya pun skali pam dpt x byk mana pun, 2-3oz sj, tp setakat ni masih cukup utk baby. baby dah 5 bulan, wpun peti ais saya tak meriah susu mcm ibu2 lain, tp baby tak ambik formula lg stakat ni. alhamdulillah. susu penuh peti pun kalau x abis minum pun, no point jgk kan? byk mana dpt, byk itulah rezeki anak. yg penting jgn stress, dan keep on pumping!

oren said...

takpa..cuma jgn cepat putus asa yer..

at least, jiey dah cuba buat yg terbaik..am very sure of that...

~aSHa~ said...

sy pun baru lepas bersalin dan dah masuk keje...anak dah berusia 3 bulan lebih...

sedih sgt bila rasa mcm tak ckp susu je..tapi usaha jugak..sehari dpt pam 2 botol je dlm 8oz...tapi hari2 dia minum 3 botol...tak tahu lagi ari mendatang mcmane nak dpt kan 3 botol sehari tuk cover yg dia minum 3 botol sehari tuk siang saje...

malam bagi direct...
sy pun berharap moga dpt beri yg terbaik tuk anak2

aZeeMaH said...

salam...takpe...usaha dan usaha lg...jgn giveup k.dapat smpi umur puteri rifa 6 bulan pon dah ok kan...anyway..jgn give up eh..


salam perkenalan dari saya...tehehheheh

('',)

mama_kimey said...

situasi sya lg buruk jiey, hny mampu beri kimey 3 titik susu shj kpd kimey

walau dh mencuba berbagai urut ke mkn ubat spy susu kuar ke..sume sudah tp xberhasil.. sya pasrah terpaksa beri anak susu formula..

dgn berpantang sendiri..dikelilingi oleh ipar yg fully bf anak2 diorg... keadaan sya mmg sungguh tertekan

Unknown said...

as a mother memang kite nak anak kite fully breastfeed... sham pn dah anak ke tiga baru dapat buat...n now masih dlm perjalanan nak cukupkn 2thn... mudah2an.. yang penting dalam berBF ni 3perkara utama.. usaha,doa,tawakal jom terjah my blog..

http://samsinor79.blogspot.com/2011/01/terima-kasih-shaklee.html

june said...

salam dear.. cuba makan lobak putih.. alhamdulillah susu akan jadi banyak pastu minum Horlickss.. Insya Allah...

Anonymous said...

yg penting jgn stress..
buat apa2 pun if stress sumer jd tk tentu arah
suma mama akan cuba..akan bg yg terbaik utk anak dia..
org-org cuma pandai berkata-kata..mama jer tau apa yg dibuat..apa yg akan dia bg utk setiap anak-anak dia..
juz enjoy apa yg sedang diusahakn sekarang..selebihnya berserah kerana perjalanan takdir itu lebih indah...

Angah said...

Breastfeeding itu indah. Nikmati moment2 bersama Puteri Rifa semasa direct nursing. its more about bonding.

Usaha selagi mampu dan bertawakal. Jika ditulis rezeki Rifa sebegini dan sbegitu, anda harus bangga kerana telah berusaha untuk beri Rifa yang terbaik.

Yaati Nor said...

betul jiey..boleh ikut petua kak mieja tu..dia tu dah pakar tu..yang penting kita kena positif pasal BF nie..jangan terlalu takut susu tak cukup. saya masa zahra dulu dalam pantang lansung xde ilmu nak buat stok.pump pun tak xde ms tu..lagi semingu nak keje baru risau nak buat stok..tapi alhamdulillah dapat susukan 1thn 2 bulan full tapi ada campur sikit dan langsung sampai 2thn 3 bulan..