Monday, December 5, 2011

Cerita tentang kelahiran, berpantang dan pemilihan nama..

Kita rangkumkan semua. Senang, sebab taktau bila lagi boleh online balik.. Nak update blog pakai BB? Ampun mak tak reti.. Boleh bukak FB, Maybank2u and Email tu pun dah kira hokayyy.. :P
.
First sekali, tentang kelahiran.. Tiada yang extraordinary tentang kelahiran Adik.. 31 Oktober merupakan check up mingguan yang menjadi rutin setelah memasuki bulan ke 9 kehamilan.. Kerana kesakitan yang saya rasai pada parut pembedahan terdahulu, Doktor memaklumkan luka lama dan dinding uterus agak nipis dan sekaligus agak berisiko untuk saya mencuba melahirkan secara normal kerana sekiranya rahim pecah sewaktu meneran, bukan hanya akan memberi kesan kepada si ibu, malahan pada bayi juga..
.
Pelikkan? Jarak pembedahan terdahulu dengan kehamilan yang ini sudah menjejak 3 tahun setengah. Sepatutnya selamat untuk saya mencuba normal delivery.. Tiada jawapan daripada Dr saya, dan di pihak saya pula, hanya ada cerita di entry INI yang saya bisa kaitkan. Wallahualam.. Mungkin inilah takdir..
.
Memandangkan saya sendiri sudah merasa pelbagai kesakitan, maka saya meminta dipercepatkan tarikh pembedahan iaitu pada keesokan harinya, 1 November. Pada pagi 1 November, saya masih ke pejabat seperti biasa.. Menyambung kerja-kerja yang tidak pernah berhabisan dan menyiapkan appraisal form untuk tahun 2011. Sepatutnya saya mendaftar di hospital pada jam 1.00 petang kerana pembedahan dijadualkan pada jam 4.00 petang. Namun kerana terleka dengan kerja pejabat, saya hanya meninggalkan pejabat pada jam 1.30petang.
.
Sementara mendaftar dan bersiap sedia ke dewan pembedahan, saya masih sempat berSMS dengan gynea saya. Sejujurnya, saya sebetulnya tidak rela dibedah lagi.. Pelbagai persoalan saya utarakan kepadanya dan akhirnya, dia mengakhiri SMS dengan bertanya, "Have you checked in at the hospital?".. Hahahha.. Mungkin dia bimbang saya tidak akan muncul.. :P
.
Sebelum di bawa ke dewan bedah..
Seperti dahulunya, saya diberikan epidural. Sakit? Ya, sakit!! Mungkin kerana badan yang gemuk dengan lemak yang tebal.. :P
.
Dan Puteri Rifa Aleesya lahir pada jam 4.50 petang.. She was very loud!! Tangisan dan jeritan yang sangat panjang sehingga saya bertanya pada Dr, "Is there something wrong with her? She's sooo loud!!".. Runsing, itulah kata yang paling tepat.. Kali pertama Adik di bawa kepada saya untuk menyusu, pandai sahaja dia terus menghisap.. Dan hisapannya juga kuat dan gagah..
.
Detik-detik awal ketibaan sang puteri..
Selesai pembedahan sejam kemudiannya, sudah terasa pedih dan sakit di tempat pembedahan yang mana ia memaksa saya meminta ubat bius itu ditambah.. Hanya pada petang hari ketiga barulah saya benar-benar OK untuk bangun dan berjalan walaupun masih ada seribu kepayahan..
.
Saat yang paling melegakan apabila Dr. Yong, pakar kanak-kanak yang sama merawat Rayyan Ariff tempoh hari mengatakan Rifa Aleesya baik-baik sahaja.. Tiada yang perlu dikhuatiri.. Alhamdulillah.. Lega benar hati seorang ibu.. 
.
"Hi Alimin, Wan.. First I saw Wan's name and I was thinking that she could be Rayyan's sister.. The moment I saw Alimin's name, then I just knew that she is Rayyan's sister.." Doktor yang peramah ini masih mengingati kami walau sudah bertahun kami tidak bertemunya.. Semenjak Rayyan Ariff di bawah jagaan Dr. Sofiah, terus sahaja kami tidak ke sana lagi..=)
.
Jumlah bil untuk pembedahan ini termasuk bil tuan puteri adalah lebih kurang RM9.5K.. Yang mana RM4.5K adalah dibiayai oleh majikan saya dan selebihnya, wang kami sendiri.. Sayang juga sebenarnya, namun di dalam kesakitan, saya inginkan keselesaan dan itulah harga yang perlu kami bayar..  
.
Tentang berpantang? Biasa-biasa sahaja.. Santapan wajib adalah ikan bakar di makan bersama lada hitam.. Sesekali saya memaksa juga diri menelan sup ikan haruan. Stokin tidak pernah ditanggal dan mengurut hanya 4 kali.. Tidak terlalu serius bukan?? Berbanding Rayyan Ariff dahulu, hampir setiap hari saya memakan sup ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat..
.
Padahnya, pada hari ke-30, ada darah pada tempat luka! Takut tak usah ceritalah.. Tambahan pula Doktor mengatakan ada jangkitan.. Maka dengan penuh tekun, haruan dan gamat mula bertukar menjadi menu utama.. Di samping tugas tambahan mencuci luka, menyapu krim khas dan memakan antibiotik.. Takut okkkk.. Selepas 4 ke 5 hari, luka mula sembuh dengan cantik.. Yea, salah saya kerana ambil mudah perihal makan! =P
.
Murung jugalah seketika apabila mengingatkan luka yang masih tidak baik walau sudah sebulan berlalu. Tambahan pula, hanya ada sebulan lagi untuk saya mula bekerja.. Lagi pula, berpantang kali ini sedikit lasaklah dengan 2 orang anak.. Yang abangnya, sibuk mahu mencuri perhatian.. Yang adiknya, sibuk berjaga malam! Stressss!!!
.
Tentang pemilihan nama pula, Puteri Rifa Aleesya adalah nama yang dipersetujui bersama dengan En.Hubby.. Puteri bagi mencerminkan anak perempuan dan sementelah pula, kesemua cucu-cucu perempuan di sebelah En.Hubby mempunyai Puteri di pangkal nama bagi menggantikan Tuan..
.
Rifa pada saya adalah satu nama yang unik dan masih jarang dipakai.. Paling penting, ianya membawa maksud muafakat.. Satu sifat yang sangat ingin saya lihat di dalam diri adik kepada Rayyan Ariff.. Semoga ianya menjadi ciri utama puteri tercinta.. Paling penting, bermuafakat dengan abangnya di dalam segala segi dan tidak sesekali melihat abangnya sebagai individu yang punya kekurangan..
.
Aleesya pula menjadi pilihan En. Hubby walau saya turut mencadangkan nama Aryana kepadanya.. Kata En.Hubby, Aleesya dan namanya, Alimin rhymes nicely.. Memandang nama Aleesya itu sendiri membawa maksud yang indah iaitu Yang Dilindungi Allah, saya menurut sahaja.. Dari sini, lahirlah nama Puteri Rifa Aleesya untuk sang puteri.. Semoga keperibadiannya mencerminkan namanya dan semoga kamu sentiasa dilindungi Allah wahai sang puteri.. Aminnn..
.
Puteri Rifa Aleesya @ 1 month old dengan berat 4.25kg.. Quite a  gain from her  birth weight of just 2.9kg.. Berkat susu  ibu.. =)
Ok, till then.. :-)  

11 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

ohh.. masa pantang dulu paling suka MIL masak sup haruan.. sedap

mila said...

tahniah kak untuk kali kedua.hihi. semoga akk terus happy dgn kehadiran baby baru ni ye :-) berpantang elok2 :-)

Lynn Abd Latib said...

jiey

skrg dah ok?

hopefully masi stick berpantang--jangan jadi macam kita..x pantang betul..badan mengembang semacam..

huhuhu

salam peluk cium utk 2org anak jiey ok!!

Yaati Nor said...

sangat cantik beratnya dengan susu ibu..dah buat stok untuk putri? yang pasal luka tu giatkan la makan ikan haruan dan jeli gamat.geli gamat healin tu pon ok dulu saya mkn tu..dalam 2 botol tak silap.

Eliss said...

comel. putih melepak sang puteri ni :)

Unknown said...

Subhanallah..comeynya dia..sesungguhnya ku da byk ketinggalan...congratulation jiey..moga kehadiran Aleesya menyerikan lg kehidupan Jiey, Ian dan keluarga...nk bc next entry la..agak lama x jengah ..byk ketinggalan..

Unknown said...

waah.. tahniah gie.. lamanya xsinggah sini... dah dpt penyeri hidup yg ke-3;)

Papa, Mama & Azra said...

Macam mana pun chaotic nyer kehidupan bergelar ibu baru (saya percaya bagi setiap kelahiran bayi, ianya juga melahirkan seorang ibu baru tak kiralah kelahiran yang no. berapa), pasti akhirnya sangat bahagia melihat puteri sayang depan mata kan?

afni+hafiz=dani said...

alahai comelnya baby rifa! congratz kak =)

[ibuLUNAZALEA] said...

Alhamdulillah Jiey..
lama tak follow cerita Ian, rupanya Mien da selamat bsalin,..tahniah..sungguh comel sang Puteri itu..

**Luna pon da dapat adik perempuan, 26 oktober yg lepas..'Lu'lu nama nya :')

ch@ said...

biasanya mcm tu kan? kita bersalin normal yg kedua ni setelah yg pertama dulu czer. diberi peluang utk merasa bersalin normal. dulu czer 35w dgn berat 1.8kg. 1st time kena jaga bdk kecik, hari2 pun rasa stress dgn bawa tiub kencing lagiii.

Allah itu adil. hopefully Jie sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan k. Cumeynyaaa Alisha. borang nak buat menantu ada lagi ke? hehe.