Thursday, May 31, 2012

Ini jiwa. Ini cinta.

Puteri mama. Besar-besar jadi ustazah yea nak.. :-)

Abang pun sama yea.

 Abang @ 1 yr++

Eh silap. Abang jadi imam eh.

Wednesday, May 30, 2012

Tentang rezeki dan anak-anak..

Lama tak update. Bukan taknak, tapi alasan yang sama kot. Klise pulak rasanya.

Banyak yang nak dikejar dalam masa terdekat ni. Harap-harap, selesailah semuanya. =)

Bulan ni, paling banyak kuar duit untuk tuan kecik ni.

Hydrotherapy RM472. Amik pakej untuk 5 sessions. Rasanya buat 1 session every 2 weeks je la kot. Kalo buat weekly, hamboiii.. Dah jadi RM472 sebulan. Tak mampu kot. Kalo buat every 2 weeks, kiranya RM472 tu dah leh cover for 2 bulan setengah. Boleh la bernafas sket. Almaklumlah, mak ko bukan director apa lagi minister nak..

Sarjit dok cerita ada parents yang antar anak dia 3 times per week. Takpe la, dah parents dia mampu. Kot semua nak ikut orang, memang tak terkejar la..

Bulan ni jugak, buat cermin mata untuk Rayyan Ariff. Pejam mata kuar RM350. Bulan ni jugak beli peanut ball untuk physio, dah kuar lagi RM330. Takpe, bola ni bleh pakai sampai lebam. Silap2, dengan Adik sekali mama tarik suh wat physio. Hehehehe..

Hah. Total dah RM1152 untuk yang ni je. Nasib baik hantar service hearing aids takyah bayar sebab still under warranty.

Kenapa semua bulan ni? Bulan lepas kan dok tumpu kat Rayyan Ariff's health issue. So memang tak terbuatlah. Bila buat semua sekali harung, terasa kesakitan pada poket. Hehehhee..

So nak gi jalan mana cuti sekolah ni? Balance duit dah takat hidung ni.. =P

Tapi takpe, anak macam Rayyan Ariff ni murah rezeki. Jangan dok berkira tang duit yang keluar sebab ada je jalan yang Allah SWT buka. Pernah dulu one of my friend transfer RM2K untuk Rayyan Ariff. Hadiah birthday kata dia. Ya Allah, taktau macamana nak cakap.. Segan giler nak ambik siap nak transfer balik tapi she refused to give her account number.

Syukur dan terima kasih je yang saya boleh cakap. Pernah jugak masa gi bank, staff bank tu bagi RM100. Jumlah tu besar kot untuk orang yang kita tak pernah kenal and first time jumpa.

Segan wehh. Bila mana kita refused to take, tapi orang still insist. "Rezeki dia, rezeki anak awak." Kata diorang.

Jauh di sudut hati, syukur sangat sebab ramai yang sayang Rayyan Ariff. Itu tak masuk lagi bab urusan jadi mudah and cepat. Kat kaunter imegresen ke. JPN ke. Management ke.

Bila list down macam ni, baru perasan yang banyak urusan yang dipermudahkan bila bawak Rayyan Ariff. Mungkin orang tengok kesian even tho kita tak meminta-minta. Tapi just like others, saya pun sama tak suka nak usung anak bila nak run errands. Susah. Leceh. Mana kita nak uruskan hal kita, mana kita nak layan kerenah dia. Tambah2 Rayyan Ariff bukan leh jalan sendiri lagi. Tapi kalau dah terpaksa, angkut juga la.. Especially bila takde orang nak jaga. 

Korang nak pinjam Rayyan tak? Eh.

Hahhahhaha..


Dengan Adik dia sekarang, dia dah boleh main elok-elok. Tapi kadang-kadang tangan melayang jugak. So memang takleh nak dibiar berdua. Adik pulak manja lebih. Gegurl la kata.

Satu hal Rayyan Ariff ni, taknak share toys dengan Adik. Adik pulak, bila barang yang dia pegang orang ambik or barang yang dia nak tak dapat, meraung la sambil menceceh.


Rasa awkward bila tengok Adik merangkak. Rasa macam cinonet sangat. Ialah, biasa tengok Abang yang toddler besar panjang ni merangkak, rasa macam pelik je la bila tengok Adik merangkak sana sini. Tapi Adik, movement dia ni lemah lembut sket. Gegurl la kata.

Adik manja sangat. Dalam fasa, nampak mama je nak melekat. Pagi2 dah tau ngikut mama nak gi keje. Sweet. Kalau balik keje, mama amik abang dulu baru amik dia, meraung la jawabnya.. Jealous tahap tak ingat.. :P

Ish, tak sabar nak tunggu dua beradik ni dapat kaki. Eh. Tetiba.


Friday, May 25, 2012

Gigit telinga??

Sengih-sengih @Klinik Audiologi UKM. 25/5/2012
.
"Dia ada campak-campak hearing aids dia tak puan?"
"Ada kot..  Sebab ada a few times kita picked it up from the floor. Nak pakaikan paed clips dia taknak."
"Kat bahagian tepi ni macam ada kesan kena gigit ni Puan.."

Amboiiii. Hebatnya budak bertuah ni. Hearing aids ni RM8K sepasang nak, bukan RM8. *Pengsan*
Esok kena bawak gi servis lagi. 
*Lap peluh*
 

Monday, May 21, 2012

Untuk seorang anak??

Gunung pun sanggup panjat kan?
:P

Sekarang, tengah usaha cari a bigger place to stay.
Nak buat satu bilik untuk Rayyan Ariff. Bilik tidur dan bilik terapi.
Rumah sekaang cuma 3 bilik.
1 master bedroom. 
2nd bedroom aka bilik Rayyan Ariff dah occupied by Nenek.
3rd bedroom dah tentu2 bilik bibik.
So kena cari a house with 4 bedrooms.

Duit cukup tak cukup lain kira. 
Yg penting banyak ruang untuk Rayyan Ariff.
Doctor advised Rayyan Ariff tidur sendiri with certain things to be switched on as his therapy devices e.g. blinking lights and loud radio turned on. Nak stimulate hearing and vision.
Iyalah, kalau nak tidur dengan kita2 macam sekarang ni, mampu ke nak lelap kalau dah nk pasang loud sound? Rayyan Ariff lainlah kan..

Dilema betul.
Nak rumah besar-besar semi-d ke apa, kena la cari area jauh2 sket. Rawang ke, Sungai Buloh ke, Puchong ke, Puncak Alam ke, Semenyih ke.. Klang ke.. Memang heaven la kan? Rumah besar, halaman pun luas..

Nak cari area Ampang, memang ada yang within budget, tp saiz, MasyaAllah, kecik benar..
Nak cari area Subang Jaya or Shah Alam pun sama la jugak. Harga tinggi melambung.
Kalau tengok kat mudah tu, Ya Allah, rumah huduh yang amat tapi jual beratus ribu.. 
Tak menahan, laku wehhh...

Apa istimewanya nak area Subang or Shah Alam? Dekat dengan hospital Rayyan Ariff. Apa2 hal senang. Tiap kali dia admitted kat SDMC, memang bercinta la kami berulang alik from Ampang. Penatttt.. Bukanlah doa dia masuk spital ke ape, tapi dh memang chances tu tinggi.. Itu tak masuk ulang alik untuk terapi lagi.. *sigh**

Apa istimewanya nak area Ampang? Sebab sayang sekolah sekarang kot. Sekolah Ok, cikgu pun Ok, fasiliti Ok. Memang puas hati..  *Rate Ok, bukan superb.. Kalo nak superb, sila pergi skolah kat WQ Park, RM2k++ per month*

Kalau tukar tempat, kena tukar sekolah lagi. Kalau kena skolah yang Ok takpe la. Kalau yang tak Ok? Memang nangis sorang-sorang je la.. Nape nangis sorang-sorang? Ye lah, anak macam Rayyan Ariff ni, nak makan taktau mintak kalau makanan tu takde depan mata. Kalau ada baru dia leh tunjuk tanda nak.. Kalau pampers basah lencun pun tak reti nak mintak tukar. Buatlah apa pun, memang tak reti mengadu. Cuma bergantung harap pada orang yang menjaga sahaja. 

Kalau ada ehsan, Alhamdulillah.. Kalau tak ada, takpelah. Bukan tahu cara nak mintak kasihan belas.

Eh. Melalut pulak.. 

Tengah pikir. Yang mana hendak.
1) Rumah kat area kawasan jauh2. Sure murah. Rawang ke.. Sg Buloh ke. 
2) Rumah kat area Subang Jaya or Shah Alam so that dekat dengan hospital.
3) Rumah kat area Ampang so that boleh terus continue sekolah kat tempat sekarang.

Macam mana nak house hunting kalau area pun takleh decide. *sigh*


Kalau takde duit juta-juta lemon, jangan mimpi nak dapat rumah-rumah dari pakcik google kat atas ni.. Rumah cenggini kat area Ampang or Subang?? Mak aihhhhh, berpuluh tahun lagi pun tak tentu leh beli.. Lain la kalo jadi retis n ada kenal mana2 VIP. Ehhh..

Ish, kalau dapat rumah spacious cenggini with swimming pool, dapat pulak takyah keje, memang saban masa mama dedicate waktu untuk terapi kamu nak.

Eh, berangan plak. Takpe, tak kena bayar pun..

Jom pikir balik. Nak space ke? nak spital ke? nak sekolah ke? Bila dah habis pikir, baru kita decide next course of action.

Hartanah meletup-letup harga sekarang ni.. Advertised la berapa pun, ada je yang sanggup beli.. Bila saje2 je google harga jualan rumah yang kami duduk sekarang, telan air liur tengok orang letak berbanding harga belian kami dulu. Ishhh.. Sangat tak rugi beli..

K la, nak pergi berfikir sambil layan the RA siblings. Semoga dipermudahkan setiap urusan. Aminnnn..

Sunday, May 20, 2012

Puteri hati kami..

Jarang-jarang Adik jadi main topic kat blog mama ni eh.. Kenapa? Bukan sebab tak sayang. Sayang sangat-sangat. Sayang melimpah ruah. Anak perempuan mama. Puteri hati mama..

Adik comel macam anak burung.. :-)

Terima kasih tuhan, dalam kelalaian aku sebagai hambaMu, Kau masih mengurniakan aku nikmat kehidupan berkasih sayang yang bukan sedikit. 

Ada anak lelaki. Ada anak perempuan.
Ada anak istimewa. Dan ada pula anak tipikal. 
Kasih sayang yang sama. Namun rasa dan pengalaman yang berbeza..
Syukur Ya Allah..
:-)

Puteri Rifa Aleesya.. Membesar seadanya anak-anak tipikal yang lain. Dengan keletah dan ragamnya yang tersendiri.. Umur-umur sebegini, sedang enak dipeluk cium.. Comel tatkala melihat tubuh kecil dengan bontot bulatnya bergoyang-goyang merangkak. Super comel!  Suka tengok gerakan adik yang lemah lembut.. Anak perempuanlah katakan. Super duper comel!

Umur 5 bulan 26 hari - kali pertama kena conjunctivitis

Kecik-kecik dah kena sakit mata, berjangkit dengan ayahnya.. Mujur tak lama.. :-)
Puteri Rifa Aleesya ini rasi benar dengan Bibik Titin. Panjang leher setiap kali memandang Kakak Titinnya dari kejauhan.. Kalau tak diambil, melompat-lompat teruja.. Bila diagah, mengekek-ngekek ketawa..

Adik juga anak manja mama berbanding ayah. Bonding yang lebih. Masih punya rezeki untuk menikmati air susu ibu. Sewaktu kesibukan mama bergelumang dengan kesakitan Abang Rayyan Ariff, stok susu Adik berkurang, malahan hampir tiada apabila mama tidak punya ruang untuk mengepam. Apabila ditambah dengan susu formula, Adik menolak. Malahan tidak sesuai dengan perut Adik..

Untuk Adik, mama giatkan usaha. Alhamdulillah.. Rezeki Adik masih ada.. Semoga akan berterusan, InsyaAllah..

Puteri kesayangan Mama, semoga menjadi hambaNya yang taat, anak yang solehah dan berbudi.. Aminnnn.. 

Friday, May 18, 2012

Anak bujang dan anak gadis kami yang manja..

Eh, comel eh baby besar pakai sleepsuit? Dont know about others, to me, super duper cute and sweet!! And betul, susah nak cari sleepsuit in big size (ke saya yang taktau cari?? :P)..  Oh, I found one for Rayyan Ariff kat Reject Shop and it's not expensive at all. Saiz pulak ngam2 jer.. Memang takleh pakai lama.. For babies takde getah kat tapak kaki, for Rayyan Ariff's size, ada getah for better grip.. So that tak licin masa jalan la kot..

How I wish I could find more of this. Ye la, elok untuk budak-budak yang tak suka pakai selimut ni.. Pakai sleepsuit ni dah terus cover kaki kan.. :-)

Jom let me share more photos of the siblings in their sleepsuits.. :-)

 Nampak, apa yang Adik pegang, Abang surely pegi tarik.. Even dok tengah minum susu pun sanggup wehhh..
.
 Ni plak turn Adik. Abang dok elok-elok menconteng, haaa.. dia gi ambik pulak..

 Bila Abang dah bagi renungan makrifat tuh, berjaga-jaga la.. Kang ada yang kena cepuk..

At times, Abang baik jer.. Adik ambik pun dia biar jer..  

 Haa.. Dah dapat dah kat Adik.. :P

 Being a good brother he is, khusyuk jugak menulis without really care that Adik is trying to steal away his paper.. :P

 Adik pulak, mentang-mentang Abang tak marah, lagi dia tarik..

 Renungan penuh makrifat kedua dari Abang.. :P

 Kertas dah renyuk kecik pun still Abang kita ni sibuk menulis.. Hahaha..

Sama naik Abang and Adik ni.. tengok gelagat dua beradik ni memang rasa sejuk hati.. *Apart from Abang hits Adik, Adik hits Abang scenes la*

Since Rayyan Ariff keluar hospital, dia memang manja sket.. Orang datang rumah je, tak kira siapa, bersungguh-sungguh dia gi duduk kat riba orang. Dengan nenek dia apatah lagi.. Dengan Mama pulak, dia macam jauh sikit.. Maybe terasa.. Ye la, Mama asyik kepit Adik..

Bukan niat Mama nak kepit Adik. Dah Adik breastfeed, harus la melekat masa breastfeed especially masa nak tidur. Tambah-tambah Adik dalam fasa, tengok Mama, kalau tak ambik, meraung.. Pantang Mama melintas kat depan!

Pukul 4 pagi tadi, dalam separuh mengantuk masa tengah susukan Adik, secara tak sengaja Mama termarah Abang. Walau sikit je, rasa bersalah tu membawak sampai sekarang. Sangat tak sengaja, tapi tak tertahan.

Lately, tabiat lama Abang datang balik. Suka main kaki orang. Tak tahulah kenapa. Dah lama Abang tak buat. Sekarang ni timbul balik. Bukan setakat pegang, tetiba jilat kaki orang. Kaki sesiapa sahaja yang dia dapat.

Pegang pun Mama tak suka, apa lagi jilat, mestilah Mama marah. Abang pegang kaki orang yang entah dari mana, pastu Abang gigit jari sendiri.. Abang masukkan tangan dalam mulut. Kan ke kotor tu. Jilat terus lagilah.. Kalau dapat infections, Abang yang sakit.. Sebab tu Mama marah.. :-(

Dah puas Mama explains tapi Abang still buat.. Tadi Abang nangis and merajuk bila Mama marah. Abang cuba pujuk nak berbaik dengan Mama. Tapi Mama tak layan. Mama nak Abang tahu Mama serius tak suka. Dalam hati Mama sedih sangat bila terpaksa marah Abang.

Pagi tadi jugak Nenek cakap pada Mama, "Manja sungguh Ian sekarang ni. Tadi cium pipi mommy, pastu sibuk pulak nak duduk kat riba Titin. Mintak-mintak la takde apa-apa.. Iye la, bila perangai berubah ni kita takut la.."

"Risau ke?" Tanya Mama pada Nenek.

"Iye lah.. Bila cakap pasal Rayyan kan, macam-macam boleh jadi.." Jawab Nenek senada.

Betul. Dan hati Mama berbaur. :-(

Tuesday, May 15, 2012

Apa khabar hero pujaan hati yang handsome dan bijak itu???

Hahahaha.. Tajuk tak hengat. Saja la, kata-kata tu kan doa.. Ramai yang baca, ramai yang berdoa.. Tak ke bagus tu.. :P

Rayyan Ariff. 

Kesihatannya masih belum stabil. Semalam muntah-muntah dan kelihatan cukup berlainan. Kecut sudah perut kami sekeluarga kerana risaukan ianya sesuatu yang serius sepertimana peristiwa yang berlaku pada tahun 2010. 

Sudah berkira-kira mahu ke A&E Pantai Med Centre sekiranya ianya berlarutan. Tapi mujurlah beberapa jam selepas itu dia sudah kembali OK. 

Tadi, kami ke SDMC lagi. Kali ini, Rayyan Ariff diberikan flu vaccine. Seperti biasa, anak kuat mama tidak menangis tatkala punggungnya ditusuk jarum halus. Sedikit meronta namun terkawal. Biasalah, hero remaja.. Eh salah, hero mama.. :P

Banyak yang ingin diperkatakan, namun masa agak suntuk. Cukuplah dengan status updates di FB ini menjadi ringkasan,:

Despite his unstable health condition, Rayyan Ariff has been getting good remarks from his neurologist.. More alert, more active, more playful and so on.. In fact, when we're at the clinic earlier, one lady that we met last year said "Hi" and told me that Rayyan Ariff looks strong and his steps are nice. He also looks cheerful and happier.. Hmmm.. Maybe the recurrent infections is a blessing in disguise because not only we got a stronger Rayyan, his hearing also improves! 

Tiada kalimah lain selain daripada Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah..
Lengkap dan melengkapi.

Ini cinta. Ini jiwa. Noktah.

Sunday, May 13, 2012

Our miracle baby is already 4 years old!

12 May 2008. Lahir.
12 May 2009. Setahun.
12 May 2010. Dua tahun.
12 May 2011. Tiga tahun.
12 May 2012. Empat tahun. 

Masa berlalu cepat sekali kan? 4 tahun yang membawa satu kisah namun dipenuhi dengan pelbagai rasa dan naik turun. Apa sekali pun, terima kasih Ya Allah di atas kurniaan yang terlalu besar nilainya ini..

Tiada sambutan besar-besaran untuk anak mama dan ayah kerana Rayyan Ariff masih perlu dikuarantin bagi mengelakkan infection lagi. Sekurang-kurangnya selepas mendapat flu vaccine nanti.. 

Untuk tidak menyambut hari lahirnya langsung, terasa sangat ralat di hati. Tambahan pula, tahun lalu jugak tiada sambutan untuk dia kerana saya masih dengan morning sickness dan ayahnya pula menjalani pembedahan lutut.. Further, he's our baby who survived. Setiap saat, setiap detik waktu bersamanya amat kami hargai.. 

Lantas pada malam sebelum tarikh ulangtahun kelahirannya, saya dan hubby setuju untuk menjemput adik-beradik kami makan malam bagi meraikan hari lahir Rayyan Ariff.. Cukuplah dari langsung tiada. 

Rayyan Ariff sudah tahu memotong kek.. Cuma ianya lebih kepada 'tikam' berbanding potong.. So Mama suh dia buat demo kat cheesecake yang Mak Eiy bagi.. :P

Dengan bantuan Ayah.. :-)

Enjoying myself being a mother of 2.. :-)

My baby boy and I

My baby girl and I


Adik with Ayah Chik

Orang kuat majlis. Kuat makan.. :P

Masakan kampung yang menyelerakan.. :-)

Gulai lemak udang dan daging goreng air tangan mommy. Paprik ayam, sambal sotong, ikan goreng tepung, sayur campur dan telur rebus adalah hasil campak-campak saya.. Paling best, mestilah budu taruk mangga muda.. Oh, Blueberry cheesecake Mak Eiy juga menjadi pujaan ramai.. :P

Last but not least, birthday cake untuk Abang Rayyan.. Nama pun last minute, singgah je kat Kings  dekat umah, tunjuk, suh tulis sket, dah siap! :P

Takpe la Abang Ian, simple-simple je dulu.. Nanti kita celebrate ngan adik eh.. Kita buat poolside party.. Hehehe.. :P


Friday, May 11, 2012

Long way to go~

Rupanya bukan senang nak memupuk semangat kasih sayang antara adik beradik. Tambah-tambah pulak, nak explain pada anak-anak istimewa ni yang dia kena sayang adik. 

Adik, memang nampak excited every time nampak Abang. In fact, masa Abang admitted pun, beria kejar gi kat Abang masa Abang balik rumah. Abang je yang still try to distance himself from Adik. Nampak macam jealous tu ada lagi..

Bab berebut barang takyah citer la. And Abang, suka amik jalan mudah lepuk adik. Takpe, kita usaha lagi explain yang it's not good to hit Adik and he should loves Adik dearly. Vice versa. Lagipun, special needs children kan memang perlukan extra repetitions.. :-)




  Caught in the act. Cubaan buat Adik sebab Adik main dengan toys Abang.. :P

Thursday, May 10, 2012

It takes a village to raise a child??

Bila tahu cucu dia admitted, my Abah came all the way from Kota Bharu. Sampai jer, tak balik pun rumah, terus gi hospital. He was here from Friday morning until Sunday afternoon, sehari pun tak balik rumah.

Tidur, makan, mandi semua kat hospital. Most of the time, sibuk cari food for his grandson who refused to eat this and that. 

At one time, dia pujuk Rayyan Ariff makan by pushing the wheelchair here and there. Satu lap, satu suap. Sudahnya, Abah buat 28 pusingan untuk habiskan sebungkus roti jagung Gardenia. 1 lap, berenti kat pit-stop, saya suap roti, then Abah pushed lagi.

Syahdu sangat bila tengok those moment.   

Pakcik umo 57 tahun pushed wheelchair cucu 28 pusingan, round ward semata-mata nk pujuk bagi makan.. =(

Hubby spent masa kat ward during the nights and saya pulak during the day. Malam susah la sebab Rifa prefers direct bf rather than taking EBM. 

One of the nights, Liverpool vs Chelsea. Hubby mintak tukar shift. Tapi my mom kata, "It's OK, biar Mommy stay dengan Abah je malam ni. Mommy pun tak tunggu Ian lagi.." At first, memang saya tak setuju la.. My hubby pun cakap, takpe la, nnt dia turun gi mamak kat depan SDMC tu je tgk. Sementara tu, biar Bibik la tunggu plak. Tp she insisted nk tunggu cucu dia.

My SIL? Datang dua kali with her parents and also her brother's family. 

My elder brother? He was away. Outstation. Tapi every now and then, mesti SMS tanya khabar. On Monday morning, OTW nak gi airport, my brother singgah lepak tengok anak sedara dia. Back to back dia outstation this month. Baru sampai malam from Kedah, esok dah nk gi Sabah, tapi still datang jenguk anak sedara.

My younger brother? Sama la dengan my elder brother. Later when Rayyan Ariff was discharged, baru ada masa nak borak dengan my mom. She told me, "Jek kata, kesian sangat-sangat tengok Ian. Badan panas, menggigil-gigil, separuh sedar.. Ish, kalau boleh tukar tempat, Jek sanggup tukar. Kita orang tua sakit takpe.. Kalau tengok budak kecik, kesian sungguh."

Saya cuba sorok rasa syahdu and just replied, " Tu dia baru tengok sekali. Kita yang dah tengok berulang-kali ni.. Hmmm.." Tapi the thought that he's willing to take Rayyan Ariff's place really touched me deeply.

These are some of the examples. Banyak lagi. During these tough situation, ramai lagi yang show their care and concern. My aunties, uncle, cousins and friends *you know who you are*.

Juga pada readers Kerna Kasih Kita. Terima kasih yang tak terhingga di atas setiap utusan doa dan air mata. Terima kasih.

And of course, 2 thumbs up to the nurses as well. Kaw kaw diorang jaga. Memang tiptop, to the extend tolong mandikan and cebokkan budak cirit birit ni sampai saya rasa canggung. Ye la, dah anak kita, haruslah kita nak mandi and cebukkan sendiri..

I guess it's true, it may take a village to raise a child. What more a special needs child kan? 
Terima kasih. 
Terima kasih dalam-dalam. 

Tuesday, May 8, 2012

Pejuang kecil itu kekal hebat~

Sekadar update untuk teman-teman. Terima kasih di atas doa semua. Dia sudah kembali tersenyum..

Sibuk main bukak tutup switch lampu..

Alhamdulillah, Rayyan Ariff sudah kembali aktif. Kembali dengan kegemarannya memetik suis lampu, kembali dengan aktivitinya menolak rollator, kembali memaksa mama membawanya turun naik escalator dan lif, kembali bermain air di bilik mandi. Kembali menjadi Rayyan Ariff kami yang sihat..

Menurut doktor, hasil ujian darah menunjukkan kadar jangkitan virus yang tinggi. Doktor mahu mengambil sampel darah sekali lagi pada esok hari. Sekadar untuk memastikan antibiotik yang diberikan benar-benar berkesan.

Kasihan. Dalam masa seminggu, sehingga 3, 4 kali sampel darah di ambil. Dia kan masih anak kecil. Tengoklah. Akan saya cuba memohon agar prosedur itu tidak dilakukan seandainya bisa. 

Tidak sabar rasanya mahu membawa Rayyan Ariff pulang. Penat benar berulang-alik dari Ampang ke Subang Jaya begini. Paling penat, melayan kerenah anak kecil yang kebosanan ini! Jadual saya adalah pada waktu siang hari dan ayahnya pula akan menjaga Rayyan Ariff pada malam hari. Maklumlah, Rifa Aleesya menyusu badan dan tidak mahu EBM waktu malam hari..

Memandangkan sudah agak lama saya meninggalkan pejabat, saya kembali pagi ini. Tengahari tadi, terus sahaja bergegas ke Subang Jaya untuk mengambilalih tugas menjaga Rayyan Ariff. Agak mencabar apabila hanya saya seorang. Puaslah melayan kerenahnya mahu itu dan ini.. Senget-senget badan ini mendukung tubuh panjang Rayyan Ariff ke surau yang terletak di aras bawah untuk tiga waktu; Zuhur, Asar dan Maghrib. Salah sendiri, siapa suruh lupa bawa telekung! Kalau tidak, senang sahaja solat dibilik beralaskan tikar.. =P

Habis wad pediatric ditawaf. Sampai ke kafe bawah. Ke Subway di aras B1. Turun naik lif. Turun naik escalator. Semata-mata mahu memastikan Rayyan Ariff tidak mengamuk dek kebosanan. Malam tadi, jam 8 dia sudah terlena kerana kepenatan. Sebaik sahaja ayahnya tiba, saya bergegas pulang ke rumah. 

Kalau ditinggalkan Rayyan Ariff yang belum tidur, bisa sahaja dia mengamuk. Maklumlah, anak manja mama.. Terbiasa tidur dengan Mama, maka hanya mama yang boleh tidurkan dia. Kalau tidak, proteslah anak kecil itu. Jam 11pm pun belum tentu tidur kalau dengan ayah.. :P 

Setelah bertukar 3 jenis antibiotik, yang terbaru inilah paling berkesan. Rocephin. Namun ianya mengakibatkan diarrhea pada Rayyan Ariff. Kesan sampingan yang biasa, namun menjadi isu kerana episod demam ini memudarkan selera makan dan minum Rayyan Ariff. Mahu atau tidak, kami pujuk jugalah sedikit demi sedikit.. Kalau tidak, mungkin drip terpaksa dipasang kembali. Takut dehydrated. 

Esok, selain pediatrician neurologist, pakar ENT juga akan memeriksanya sekali lagi.. Semoga ada berita baik untuk kami.. Flu vaccine akan diberi di dalam masa seminggu dari hari esok.. Ventolin dan inhaler akan diberikan sebagai salah satu langkah menguatkan paru-parunya agar kurang sedikit terdedah pada jangkitan kuman. Entah apalah lagi ubat yang akan diberikan. Banyak benar campuran dadah di dalam badannya yang kurus dan tinggi itu.. 

Dan kelakarnya tadi, sewaktu saya sibuk bercakap dengan doktornya, dia yang duduk di katil bersebelahan doktor, terus sahaja mencapai stetoskop yang bergantungan pada leher doktor. Alat itu ditekap ke dadanya sendiri beberapa kali.. Super comel! Hehehehhehe.. Bijak sungguh anak mama! We have a doctor in the house ya'all!! ;P

Semoga esok kami akan dibenarkan pulang. Semoga esok dan hari-hari seterusnya, Rayyan Ariff akan kekal sihat dan kuat. Tidak sakit-sakit lagi, bisa kembali ke sekolah dan terus membangun.. Aminnnn...

Thursday, May 3, 2012

Redha atau pasrah, kesakitan ini tetap milik Allah SWT

Kekangan waktu menghalang diri mencoret di sini. Banyak yang ingin dikongsi namun semuanya tersimpan kemas dek kekangan waktu yang bukan sedikit. Benar bagaikan rasa berhutang pada rakan-rakan pembaca apabila tidak dapat berkongsi tentang banyak perkara yang melibatkan Rayyan Ariff. Kerna saya tahu, di sini masih ramai yang sudi mendoakan anak kecil itu..

Sudah lebih 4 bulan tahun 2012 menjengah, dan lebih kurang selama tempoh itu jugalah Rayyan Ariff teruji dengan kesakitan. Bermula January, dia didatangi demam, selsema dan batuk. Bunyinya seperti ringan. Namun secara realiti, episode kesakitan ini adalah begitu menghimpit jiwa..

Sehingga Mei muncul, selsema dan batuk masih setia menemani. Terkadang di sulam demam yang tinggi. Redanya hanya seketika. Sesuatu yang enteng apabila berlarutan lamanya, mulalah bertukar menjadi sesuatu yang besar.

Makanan tambahan? Supplement? Sudah pelbagai yang kami cuba. Sudah banyak wang yang dihabiskan. Namun hasilnya belum kelihatan.

Kata pasukan audiologist, ada cecair mula berkumpul di bahagian tengah telinga Rayyan Ariff, kesan daripada selsema yang lama. Lalu kami diminta bertemu dengan ENT. Dalam waktu yang sama, beberapa siri temujanji dengan ophthalmologist dan opthortic juga perlu dipenuhi bagi mengetahui keadaan mata Rayyan Ariff. Dan hasilnya, confirmed, Rayyan Ariff memerlukan cermin mata kerna dia rabun jauh.

Selsema dan batuk yang berterusan ini memakan beberapa siri temujanji juga. Dari paediatrician membawa ke immunologist. Recurrent infection? Beberapa ujian dilakukan. Sampel darah di ambil untuk menguji system imuniti anak kecil itu. Seterusnya ujian allergy. Namun kedua-duanya tidak memberi jawapan kepada persoalan yang dicari. Penyebab kepada recurrent infection masih lagi menjadi tanda tanya.

“I’ll give him antibiotic for one month first, if everything is still not resolved, we’ll have to do another round of tests.”

“Then, how would it be?”

“We’ll take some blood sample, then vaccinate him. After 2 weeks, take another blood sample. Then send it to the lab for testing, bla.. bla.. bla..” Panjang ceritanya.

“Most probably we need to drip him with some medication to boost up his immunity system, every month..”

Itu cerita dengan immunologist. Beralih pula kepada pediatrician.

Salah satu saluran pada hidung Rayyan Ariff mula tersumbat. Tidurnya berdengkur kuat, kesan daripada bernafas melalui mulut. Sterimar dan Nasonex menjadi semburan wajib pada hidungnya. Tiap kali itu juga dia menangis marah.

Pertemuan dengan pakar ENT pula mengiyakan penemuan pasukan audiologist. Cecair kesan dari selsema yang panjang sudah berkumpul di bahagian tengah telinga. Cara rawatannya adalah dengan mengawal selsema. Sesuatu yang bagaikan terlalu mustahil untuk dicapai pada saat ini.

Cara kedua adalah melalui pembedahan kecil. Namun ianya tidak begitu sesuai untuk seorang pemakai alat bantu pendengaran kerana ianya mudah terdedah pada jangkitan kuman.


Kesakitan demi kesakitan. Temujanji demi temujanji. Cuti tahunan sudah sedikit bersisa.

Sekarang ini, kami sedang bermastautin di SDMC, Subang Jaya. Sudah 5 hari Rayyan Ariff diserang demam. Suhu yang tinggi dan hanya turun dengan bergantung pada ubat semata-mata. Pagi ini sahaja, keadaan kelam kabut apabila dia dikelilingi oleh 7 jururawat. Suhu mencanak ke angka 40. Mata mula berkelip seakan sawan mahu singgah. Dalam keadaan bogel, badannya dibasahkan dengan air untuk menurunkan suhu.

Sudah dua kali sampel darah diambil untuk menentukan jenis jangkitan dan ubat yang sesuai. Sampel urine juga turut diambil. Kita nantikan sahaja langkah seterusnya.

Bagaimana dengan Rayyan Ariff? Selamanya dia anak kami yang kuat! Dicucuk berulang kali, tahan sahaja dia. Di ribaan ini, dia tidak meronta walau sesekali wajahnya berkerut menahan sakit. Subhanallah, benar-benar pejuang yang hebat..

Proses memasang drip berlangsung mudah. Tidak meronta. Tidak melawan. Rayyan Ariff yang kuat!

Bagaimana pula dengan kami? Apa rasa yang ada di jiwa kami? Berbaur. Air mata bagaikan terlalu murah apabila mengenangkan jiwa kecil yang kerap teruji itu. Ada ketakutan di sudut jiwa apabila memikirkan tentang masa hadapan. Kabur..

Apabila kesakitan menyelubungi, segala rutin terpaksa dihentikan. Tidak ke sekolah. Tidak ada lagi aktiviti berenang. Tiada fisioterapi yang berat. Tiada apa-apa melainkan kelesuan..

Badan yang lesu.. Bibir yang kemerahan menjadi petanda untuk kami mengetahui bahawa badannya panas..

Sesungguhnya, saya benci melihat dia disakiti. Saya benci melihat badannya dicucuk sana sini. Saya benci melihat air mata kesakitannya. Saya benci melihat bibirnya yang kemerahan tanda suhu badan yang tinggi. Saya benci melihat dia menggigil dan menggeletar apabila suhu mencanak naik. Saya benci melihat dia yang kelesuan tanpa tenaga.. Paling saya benci, apabila ada yang mula mempersoalkan keputusan saya melahirkan Rayyan Ariff dengan alasan hidupnya hanya penuh kesakitan!

Aahhhh!! Dangkalnya fikiran seorang manusia. Di mana redha hati wahai manusia? Di mana konsep ketuhanan wahai manusia? Sehingga sanggup kamu persoalkan kualiti kehidupan seorang insan lain..
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Tagaabun:11)
Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban) 
Walau di dalam hati rasa berperang, kami masih lagi teguh berpegang bahawa Rayyan Ariff sedang di perjalanan mengejar syurga Allah SWT. Kesakitan dunia tiada erti untuk sebuah kenikmatan akhirat! InsyaAllah..

Tuesday, May 1, 2012

5 tahun.

It was yesterday actually. Our 5th anniversary and I'm late in posting again.. Nothing new about that right?? :P

We are overwhelm with so many things at the moment. Hopefully I can find time to blog about it later..

Nothing extraordinary on the celebration. I was on emergency leave yesterday after spending most of the night caring and nursing a very sick child. Mr. Hubby BBM me with some sweet wordsn and later, brought back a cake. 


Later at night, the two of us went for a dinner at Timor Place. Not too far from our house as Rayyan Ariff is still recovering and we want to be in an area that is easily reachable should there be an emergency alert from my sister or my maid. 

The kunyahs @ Timor Place

Simplicity.. Nice in its own way.. ;-)

Our dinner went well. Right after we finished our food, we went straight back home.. Quite a hurry actually, it's really a quick one.. 

"Rayyan dah tido ke?" Mr Hubby asked me. Before I could reply to him, he continued with his words..

"Lepas solat tadi, menitik air mata abang berdoa untuk dia.. Semoga dia dapat bertahan.."

Then both of us were quiet. The journey was only filled with some sound from the radio.. 

"Rasa pelik pulak naik kereta berdua.. Kalau tak, mesti ada budak kecik dok berdiri kat tengah-tengah ni.. Either nak suruh kita ambik dok kat depan, or sebab dia sorang nak duduk kat depan.."

Yes, it was very empty without the kids around. Deep inside my heart, I'm praying for good things not only for Rayyan Ariff, but for all.. Amen.