Eh, comel eh baby besar pakai sleepsuit? Dont know about others, to me, super duper cute and sweet!! And betul, susah nak cari sleepsuit in big size (ke saya yang taktau cari?? :P).. Oh, I found one for Rayyan Ariff kat Reject Shop and it's not expensive at all. Saiz pulak ngam2 jer.. Memang takleh pakai lama.. For babies takde getah kat tapak kaki, for Rayyan Ariff's size, ada getah for better grip.. So that tak licin masa jalan la kot..
How I wish I could find more of this. Ye la, elok untuk budak-budak yang tak suka pakai selimut ni.. Pakai sleepsuit ni dah terus cover kaki kan.. :-)
Jom let me share more photos of the siblings in their sleepsuits.. :-)
Nampak, apa yang Adik pegang, Abang surely pegi tarik.. Even dok tengah minum susu pun sanggup wehhh..
.
Ni plak turn Adik. Abang dok elok-elok menconteng, haaa.. dia gi ambik pulak..
Bila Abang dah bagi renungan makrifat tuh, berjaga-jaga la.. Kang ada yang kena cepuk..
At times, Abang baik jer.. Adik ambik pun dia biar jer..
Haa.. Dah dapat dah kat Adik.. :P
Being a good brother he is, khusyuk jugak menulis without really care that Adik is trying to steal away his paper.. :P
Adik pulak, mentang-mentang Abang tak marah, lagi dia tarik..
Renungan penuh makrifat kedua dari Abang.. :P
Kertas dah renyuk kecik pun still Abang kita ni sibuk menulis.. Hahaha..
Sama naik Abang and Adik ni.. tengok gelagat dua beradik ni memang rasa sejuk hati.. *Apart from Abang hits Adik, Adik hits Abang scenes la*
Since Rayyan Ariff keluar hospital, dia memang manja sket.. Orang datang rumah je, tak kira siapa, bersungguh-sungguh dia gi duduk kat riba orang. Dengan nenek dia apatah lagi.. Dengan Mama pulak, dia macam jauh sikit.. Maybe terasa.. Ye la, Mama asyik kepit Adik..
Bukan niat Mama nak kepit Adik. Dah Adik breastfeed, harus la melekat masa breastfeed especially masa nak tidur. Tambah-tambah Adik dalam fasa, tengok Mama, kalau tak ambik, meraung.. Pantang Mama melintas kat depan!
Pukul 4 pagi tadi, dalam separuh mengantuk masa tengah susukan Adik, secara tak sengaja Mama termarah Abang. Walau sikit je, rasa bersalah tu membawak sampai sekarang. Sangat tak sengaja, tapi tak tertahan.
Lately, tabiat lama Abang datang balik. Suka main kaki orang. Tak tahulah kenapa. Dah lama Abang tak buat. Sekarang ni timbul balik. Bukan setakat pegang, tetiba jilat kaki orang. Kaki sesiapa sahaja yang dia dapat.
Pegang pun Mama tak suka, apa lagi jilat, mestilah Mama marah. Abang pegang kaki orang yang entah dari mana, pastu Abang gigit jari sendiri.. Abang masukkan tangan dalam mulut. Kan ke kotor tu. Jilat terus lagilah.. Kalau dapat infections, Abang yang sakit.. Sebab tu Mama marah.. :-(
Dah puas Mama explains tapi Abang still buat.. Tadi Abang nangis and merajuk bila Mama marah. Abang cuba pujuk nak berbaik dengan Mama. Tapi Mama tak layan. Mama nak Abang tahu Mama serius tak suka. Dalam hati Mama sedih sangat bila terpaksa marah Abang.
Pagi tadi jugak Nenek cakap pada Mama, "Manja sungguh Ian sekarang ni. Tadi cium pipi mommy, pastu sibuk pulak nak duduk kat riba Titin. Mintak-mintak la takde apa-apa.. Iye la, bila perangai berubah ni kita takut la.."
"Risau ke?" Tanya Mama pada Nenek.
"Iye lah.. Bila cakap pasal Rayyan kan, macam-macam boleh jadi.." Jawab Nenek senada.
Betul. Dan hati Mama berbaur. :-(
8 comments:
Alahaiiiiii jieyyyyyyyyy haishhh apa laaa pikir mcm tu!!!!!!!!
Itu semua kata kata orang tua je.
Jangan amik port sangattt laaa...
bukan anak ko je menjilat jieyyy! meh dekat kat rayyan ngn anis.. tgk sapa jilat sapa.
Sama je.
Hugs!!!!
jiey cer try tgk kat branded outlet ikano...rasanya ada utk size rayyan..:)
Berdebar rasa dihati baca part yang last2 nie. Semoga Rayyan Ariff baik2 saja. Jauh dari segala malapetaka dan merbahaya. Semoga juga Rayyan Ariff sihat sentiasa!! amin..
Semoga sumenya baik-baik saje untuk rayyan arif.........amin...
bertuahnya ada anak-anak yang comell...geram tgk...
Jiey,
nothing serious kot jiey.he might need extra attention.
Seronok tgk org ada ank spsg nih,different character.apapun sure ian syg rifa kan?
Sweetttt:-D
hehe..sy pn de komen pasal sleepsuit tu kan sis.hehe..tp mmg comel nmpk ian pkai ... semoga ian terus membesar mcm kanak2 lain.
mmg sgt cute jiey. auni tak suka sbb licin hendak jln. org dh dpt kaki, tapi suka pulak pakai stokin. habis dikerjakan stokin adik dia.
adli pun tak suka pakai, susah dia nak kombat. kalau pakaikan juga kaki dia mmgla tak diam, mulut bising. nasib suka pakai selimut.
tapi dua badik ni mmg cute la. esok lusa dah boleh main sama2.
Post a Comment