Lama rasanya tidak singgah di sini. Terima kasih buat yang sudi bertanya khabar. Be it through emails, comments or SMS. Random kindness. Kita tidak pernah bersua muka, namun rasa kasih itu sampai. Rasa prihatin itu dekat. Sangat-sangat menghargainya. Terima kasih sekali lagi.
Ke mana menghilang? Sebetulnya, saya bertugas di luar daerah. Kali ini, berpeluang pulang ke kampung halaman sendiri. Alhamdulillah.. Sempat jugalah berhari raya Aidil Adha di sana. Sesuatu yang sudah lama rasanya tidak dilakukan. :-)
Banyak yang ingin dikongsi. Hmmm..
Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya sudah saya hantar pulang sedari hari Selasa, 23 Oktober 2012. Kerana keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang tidak memungkinkan dia ke sekolah mahu pun ke nurseri, terpaksalah kami meminta adik saya datang menjemput mereka berdua dahulu. Di sana, ada Atuk, Nenek dan adik-adik untuk menjaga mereka.
Saya dan En.Hubby pula hanya dapat pulang pada hari Khamis, 25 Oktober 2012. Jalanraya padat dan sesak. Merasalah perjalanan 12 jam ke pantai timur.. Ada baiknya juga kami mengikuti jalan melalui Cameron Highland - Gua Musang, walaupun jaraknya jauh, tidaklah sampai tidak bergerak..
Panjang beratur..
Kemeriahan hari raya haji memang terasa. Anak-anak juga berpeluang menyaksikan lembu disembelih. Rifa Aleesya juga nampaknya teruja melihat ayam itik di kampung. Tapi sayangnya, kemeriahan sedikit tercalar dengan kesakitan.
Scary pulak tengok ehh.. Kecikkan sikit gambar.. ;P
Cerita tentang demam Rayyan Ariff, agak teruk sebenarnya. Sebetulnya sudah agak kebah pada hari raya. Namun sebaik saya meninggalkan anak itu untuk bertugas di Gua Musang pada hari Ahad, 28 Oktober 2012, demamnya datang kembali dan lebih teruk berbanding sebelumnya. Sementelah ayahnya juga sudah pulang ke Kuala Lumpur.
Menggigil, sukar bernafas, lembik sahaja sepanjang waktu.. Selera makan pun hilang. Uphamol tidak mampu bertahan melebihi 4 jam. Ada waktu, kurang daripada itu. Setiap kali diberikan ubat, lambat juga barulah suhu turun. Mahu tidak mahu, sponging sahajalah jawabnya.
Signing 'peace' dalam demam.. Yes, he's such a strong boy!
Hari Isnin 29 Oktober 2012 dan seterusnya, saya sudah di Kota Bharu. Penat rasanya badan apabila siang harinya bekerja, dan malam pula berjaga untuk anak-anak. Bukan sahaja Rayyan Ariff demam, Rifa Aleesya pula mengalami cirit-birit yang agak teruk. Berlarutan sehingga sekarang walau tidak lagi seteruk dulu. Kasihan betul melihat dia yang meraung-raung setiap kali mahu ditukar lampin ataupun terkena air, bahana punggung yang melecet.
Jam 1am. Bangun main-main bila Mama tukarkan diaper.. Sleepy!!
Hari Khamis, 1 November 2012, tugas rasmi sebagai pekerja sudah tamat. Namun ianya tidak bermakna saya dapat berehat. Demi anak-anak, dengan badan yang masih penat, bertemujanji pula dengan pakar kanak-kanak di KPJ, Pakar Perdana, Kota Bharu. Masa yang diambil agak lama kerana doktor yang biasa kami temui bercuti menunaikan haji.
Banyak soalan yang ditanya oleh doktor ganti yang kami temui itu berkenaan kisah dan kebolehan Rayyan Ariff. Mungkin kerana dia juga mempunyai ahli keluarga dengan kondisi yang sama, bezanya, anak itu OKU terlantar.
Saya hanya tersenyum apabila dia mengatakan keadaan Rayyan Ariff dan saudaranya berlainan kerana saudaranya itu punya terlalu sedikit sel otak saat dilahirkan. Betapa. Kalaulah dia melihat keputusan ujian MRI saat dilahirkan, pastinya dia tidak beranggapan begitu. Saya tahu, untuk kes seperti Rayyan Ariff, kebanyakan mereka adalah OKU terlantar. Seperti kebanyakan doktor yang mengenali Rayyan Ariff sedari awal, pastinya akan berkata, "I didnt expect him to move this much.."
Yea, pada dasarnya, selayaknya dia juga OKU terlantar kalau dilihatkan keadaannya dahulu. Mungkin ini rezeki Allah untuk dia. Mungkin juga ini ujian Allah untuk kami. Untuk lebih memahami konsep ketuhanan dan keagunganNya. Wallahualam.
Hari Jumaat, 2 November 2012, Mr. Hubby tiba dari KL bagi menjemput kami. Keesokannya, Sabtu 3 November 2012, terus sahaja kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sebaik tiba di rumah, Rayyan Ariff yang kebiasaannya melepek, tiba-tiba sahaja kembali bersemangat meneroka. Demam rindukan rumah mungkin.. ;P
Namun malangnya, semalam, hari Ahad 4 November, tuan puteri kecil molek kita ni pula yang demam. Suhu semalam, 39.4! Terus sahaja kami ke klinik walau jam sudah menunjukkan pukul 10pm.
Puteri mama yang masih demam.. Cepat baik yea nak..
Rayyan Ariff pagi tadi. Masih direhatkan daripada bersekolah.
Kalau dilihatkan jadual minggu lalu, memang padat. Mengimbas sahaja sudah penat melihatnya, apalagi berada di dalam situasi itu. Memang tiada ruang untuk berbelog.. Semoga lebih banyak hari yang tenang pada masa akan datang.. :-)
Next entry, sambutan ulangtahun Cik Puteri Rifa Aleesya!
3 comments:
knur pun dah lama tak beraya Aidiladha di kelate. Ian memey strong boy.
Alhamdulillah ian dah semakin baik. semoga puteri comel itu juga akan kebah dari demam dgn cepat ^_^
memang terasa penatnye jaga anak yang sakit n demam bergilir2.. sue pon ari tu 3 minggu menjaga anak2. dgn diri yg sarat pregnant. mujur la masa 2 org anak demam serentak, si kakak tido dgn maid, so sue fokus jaga si adik je... hubby jauh..balik weekend je..
apa pun, ian mmg kuat! rifa jugaaa.. comel kedua2nya..
Post a Comment