Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan untuk menzahirkan rasa kesyukuran untuk sebuah kelahiran yang sangat saya dan suami dambakan ini. Setiap kali ciuman kasih singgah ke pipinya, pasti bibir akan mengucapkan kalimah Alhamdulillah di atas nikmatNya. Spontan. Sehingga kini.
Tanpa sedar, 365 hari sudah berlalu semenjak kelahiran puteri hati kami, Rifa Aleesya. Keletahnya, senyumannya, gelak tawanya, adalah segalanya bagi kami. Bahagia yang jitu. Bahagia yang hakiki. Semoga kebahagiaan dan kemanisan ini menjadi pinjaman kami selama yang mungkin.. Aminnn..
.
Sewaktu kali pertama mengumumkan kehadiran sang puteri di laman Kerna Kasih Kita, saya berniat mahu membalas setiap satunya ucap selamat dan tahniah. Setiap satu secara individual. Sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga. Namun kesakitan menghalang. Seterusnya, kelam kabut pula dengan ruang waktu yang bagaikan tidak pernah mencukupi.
.
Maka di kesempatan ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih untuk setiap satunya ucapan selamat yang dititipkan oleh rakan-rakan pada entri ini dan juga entri-entri selepasnya. Terima kasih.
Dan puteri kecil yang Mama susukan buat kali pertamanya pada 1 November 2011, sudah berusia setahun pada tarikh 1 November 2012. Dalam kesibukan bekerja dan kepenatan menghadapi kesakitan, kami adakan juga majlis kecil-kecilan bagi meraikan cinta hati kami ini. Sederhana namun meriah dengan kehadiran kaum keluarga di teratak ayahbonda di Kota Bharu, lewat sehari dari tarikh hari lahirnya, 2 November 2012.
.
Alhamdulillah.. Segalanya tersusun..
.
Alhamdulillah.. Segalanya tersusun..
.
One year old Adik Puteri..
Yea, yea, legging dgn dress tak masuk gitu.. Dah katanya ad-hoc party, sambar je apa yg ada.. Flowery tight ada kat KL, tak bawak balik..
My cheeky princess.. :-)
Menu yang simple - Kue teow goreng, nasi goreng cina, nasi goreng kampung, chicken wing, chicken nugget, creampuff, tembikai dan kek..
Puteri yang cranky.. Mengantuk.. So as usual, Mama yang blow candle and Mama jugak yang potong kek..
Nenek tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan cucu kesayangannya.. Kalau ditanya, keduanya pun sayang. Tapi Rayyan Ariff cucu Atuk dan Rifa Aleesya adalah cucu nenek.. :-)
Puteri yang sleepy..
Cuba bergambar dengan Abang, tapi Adik tak mahu cooperate..
Abang Rayyan dan his favourite sister, Kak Sofea Dalila. Adik Harith is also his favourite. Dari jauh meluru ke arah Adik Harith, ingatkan ank buat apa, rupanya nak kiss Adik Harith yang tengah tidur before majlis berlangsung.. Amboiii, adik orang ko sayang-sayang, adik sendiri ko lepuk-lepuk.. Hahahha
Tertib tunggu Kak Sofea makan.. :-)
Jemput makan..
Atuk dan pakcik kesayangan! Pakcik saya aka Ayah Lah ni penuh jenaka orangnya.
2011 babies.. Muhammad Harith and Puteri Rifa Aleesya..
Puteri mama.. Selamanya.
Doorgift untuk peringkat umur veteran - tasbih dan yassin
Doorgift untuk kanak-kanak - air ribena, jajan dan kek
Sebelum majlis sambutan hari lahir berlangsung, kami mulakan dengan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan kedua anakanda, Rayyan Ariff terutamanya yang kala itu masih tidak sihat..
12 purnama, Puteri Rifa Aleesya Binti Tuan Alimin..
Itu sahaja kisah sambutan hari lahir sang puteri.. Mind the photos. Dalam disk elok jer.. Bila upload kat sini, jadi berbelak-belak.. =P
11 comments:
ala shomelnye puteri reefa alesya.. auntie doakan puteri membesar dengan sihat dan bijak ye... jaga abang long rayyan nanti ye... :)
sekejap jer dah setahun......... happy belated birthday Rifa....
Happy birthday, Puteri Rifa Aleesya!
alhmadulillah, semoga Cik Rifa sihat sentiasa dan membesar sebagai wanita solehah
moga puteri ini terus membawa kebahagiaan buat ayahbonda & abangnya...happy belated birthday to puteri rifa aleesya.
nice dress...
akak teringin nak beli dress2 mcm ni bg nabila pakai...rasa sweet ja.tapi impian tinggal impian la....tengok kat supermarket pun dia dah reject.kalau letak jugak kat badan dia memang dia melalak.tak taulah kenapa.
Happy birthday Puteri Rifa Aleesya! Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik serta permudahkan segala urusan untuk both Rifa Aleesya & Rayyan Ariff, Amin.
Puteri happy belated besday..lmbt nar mama hupdate..ucapan yg aunty xkn lupa utk ucapkn, semoga jadi anak yg solehah n adik yg terbaik n blh jg abg bila besar nnti k...insyaAllah...amin
selamat ulang tahun yer puteri yang comel..berbeza satu tahun dari putera bongsu bonda, ryan masyal 4november2010 :)
Happy birthday Rifa sayang..Ibu rasa macam baru je cium kamu bau-bau baby tahun lepas..hehe..kejap je dah setahun..Moga kamu terus membesar dgn sihat ye sayang.. Amin..
Thank you for the warm wishes aunties.. *hugs*
happy birthday puteri yang cantik.. semoga menjadi anak yang solehah... kiss utk abg ian jg k.. MMuuuahh!!
Post a Comment