Maaf, sekali lagi sunyi. Baru balik from Bandung and Jakarta. Ingat before pergi nak up a few entry. Tapi tak sempat. Hopefully I can find some time during this CNY break to write some entries, do some blogwalking and replying to some emails. Fuhhhhh.. *LapPeluh*
This entry is actually dedicated to a friend yang mintak buat review on Gold Coast Morib Resort. We went there on the 23rd of Jan and it was just a one night stay. Tengok yang promo voucher tu, just pay RM150 altogether, dapat 2 days and 1 night stay kat diorang punya studio suite with jacuzzi, buffet dinner for 2 pax, buffet breakfast for 2 pax and 2 tickets to their Water Theme Park.
Gila murah kan?
Tengok kat website, macam grand la tempat dia. Tapi dalam hati takde la kisah sangat. Tak percaya pun ada. Iye la, with RM150, what do you expect? Takkan la best tahap Pullman kot. So I was expecting something like Hotel Seri Malaysia je la..
Tapi turns out, not bad at all. Tersangat-sangatlah OK with the price paid. Sangat-sangat.
Sampai-sampai je, the RAs lepak-lepak dulu..
Sampai pun dah almost 5pm even bukan jauh mana pun.. Patutnya check in kul 3pm tapi sebab antara pergi dengan tak tu sama banyak, tu yang jadi gerak lambat tu.. The RAs ni tak berapa sihat, demam+selsema+batuk berkahak. Especially the Abang. Tu yang contemplating tu..
Hok belakang tu relax je eh? Orang tak sihat la kata.. Hok depan tu memang nature gitu la.. Takmo dok diam.. Tapi dia pun mmg dah batuk2 dah jugak..
Ni dalam kete, before sampai. Ngamuk takmo dok diam. Singgah Petronas, beli set masak-masak ni.. Hoh, masaklah kau di situ!
The RAs..
Since sampai dah kul 5pm and anak-anak pun tak berapa sihat, takde la plan nak gi beach bagai.. Kira datang semata-mata sebab dah bayar je pun. Takmo membazir. So, kita lepak bilik je la.. Alang-alang, mandikan the kids dulu..
Mek ni happy dapat jumpa air..
Si Abang tu action je lebih. Dok sekejap nangis nak kuar.. Padahal hantu air. Nampak benar tak sihat.. =(
Ayah bawak si Abang kuar, bagi makan ubat siap-siap and Mama plak layan si Adik main air sorang-sorang. Bagi chance lama sket, pastu naik siap-siap coz nak gi dinner pulak..
Kata pompuan, make up lebih sket dak?? ;P
Sebelum dapat baby chair, letak kat atas meja dulu. Ayah tukang ambik makanan while Mama tukang jaga the RAs.. Budak ni kaki makan. Dapat kopok diam elok je makan..
Lembik je kan orang tak sihat ni? Makan pun tak banyak.. Dah memang bangsa tak banyak makan pun..
Balik ke bilik, dia sambung ronda-ronda dalam bilik. Sedap la mek ni tawaf sebab bilik dia quite spacious..
Kami just lepak-lepak dalam bilik, tengok TV and rehat-rehat jer.. Pastu tidur. Esoknya, belom mandi, just basuh muka and gosok gigi, turun breakfast..
Ni lepas makan. Dia punya dining area tu buat dekat tempat lapang. Depan tu beach. So singgah sekejap ambik gambar.. Semua pun gamba pakai henpon je sebab kamera memang tak bawak.. Nampak narr acuh tak acuh je pergi kan? Hehehehe..
Then lepak-lepak kat lobby.. Cuci mata, tengok orang lalu-lalang.. Hahahaha.. Sungguh takde arah tuju!
Sekarang kan dah musim raya cina.. So ada la Encik-Encik singa ni.. Tapi statik je kat situ. Takde yang berkeliaran pun..
Since dah ada free ticket nak masuk theme park, so kami decided masuk la jugak.. Tapi free ticket untuk dua orang jer, so Rayyan Ariff punya kena la topup. Rifa Aleesya tak payah sebab height level OK lagi. Lepas.. Tiket berapa RM tak pulak saya ingat sebab Rayyan Ariff cuma bayar RM10 jer.. Special price for the disabled.
Yang si Adik nangis sebab nak mandi. Yang si Abang tukang tengok je.. Memang tak berdaya nak buat apa2 pun. BTW, lepas ayahnya sakit ari tu, he decided to go with rambut pendek. No more ekor yang dah bertahun bela kat belakang. Azam ke nazar ke tatau la plak..
Inflattable ni tak basah. So boleh la duduk-duduk amik gambar.. =P
.
.
Adik tu sibuk dok tengok budak-budak tengah main.. Muka cam excited nak join..
.
.
Last-last masuk air jugak sebab dah sibuk nak masuk.. Ayah bawak Adik while Mama jaga Bang Ian..
Dah siap packing nak balik, layan amik gambor jap sementara tunggu Adik yang tengah tidur. Sambil tu syok gak tengok TV sebab banyak citer yang ada pengisian agama hari tu.. Maulidur Rasul kan..
Ok, itu aktiviti kami. Now, bab review pulak. To me, for RM150 memang not bad at all.. Moh kita tengok bilik dulu..
.
.
Jacuzzi ni fit for 2.. So besar la jugak. Ada tingkap mengadap ke katil.. Ala-ala untuk org honeymoon la kot.. Kalo dtg masa baru-baru kahwin dulu, nak la jugak mandi seksi meksi sambil bukak tingkap tuh.. Kalau buat sekarang, mau nangis anak-anak ingatkan resakse dalam citer ultraman tuh dok bersiram.. Ngehngehngeh..
Ni pulak view bila dah tutup tingkap kayu ala-ala classic tuhhh,,
Amboiii.. Gamba sinki pun nak ambik ke? Saje berkenan.. Mana la tau ada rezeki nak buat kat umah sendiri.. ;-P
Bilik dia memang spacious. Tengok jarak between katil and cabinet TV, 4 keping tiles yg 2sf. Meaning, ada space 8 kaki kat depan la kot. Lom masuk kiri kanan and balcony lagi.. So memang worth it la for RM150 kan?
Buffet breakfast and dinner pulak macamana? Actually, I was only expecting 2 or 3 types of food. Makanan berat ni mesti nasi + mee je ke apa. Pastu ada la nanti tu buah-buahan barang sejenis dua. Tambah roti n sosej agaknya untuk orang yang tak makan nasi. Cukup.
Boyyy I was wrong! Quite plenty of food and choices wehhh.. Macam dinner, diorang ada nasi ayam, nasi putih, makaroni, mee, kue teow, bihun sup / kari, ulam-ulam untuk makanan berat and a few others for makanan ringan. Buah pun sampai 4, 5 jenis jugak. Sangat la berbaloi..
Breakfast pun sama. Besides the usual nasi and cereals, ada la roti, dim sum, mee, bihun, crossant, omelette etc. Banyak OK! Tak termakan pun. Cuma satu la, kata for 2 pax kan.. So anak-anak yang macam umur Rayyan Ariff tu kena la bayar..
Tapi for Rayyan Ariff, bagus jugak la they dont charge us anything. Melampau la kot kalau Rayyan Ariff pun kena bayar. Dia bukannya reti nak melantak buffet-muffet ni sampai kembung cam kita-kita ni.. Tambah-tambah, masa pergi tu dia tak sihat. Lagi la taknak makan. Habis semangkuk kecik coco crunch je pun pagi tu.. Itu pun puas berperang..
Ni theme park dia..
Theme Park dia pun OK la sangat. Tapi sebab tak ronda betul-betul, tak berani nak review lebih-lebih. Tapi rasa tak jauh beza (or maybe better) than Desa Waterpark je kot.. So not bad la kan?
Kedai-kedai kat area hotel ni pun banyak. Building dia cam apartment gitu.. So kat bawah tu ada kedai mainan, kedai jual barang runcit, souvenir etc. Sempat la kena pau dengan anak-anak. Rayyan Ariff dapat kete control sebijik, yang adik dapat bas sebijik. Rege pun standard la.. Setakat RM20 je pun kete Rayyan Ariff tu.. Lebih kurang kat luar. Tidak la kata dia nak charge sampai RM40 ke apa.. So sangat la OK kan?
So I guess that's all la kot.. Again, bila bayar pun just RM150 per nite for 2 pax, tak perlu lah nak expect grand merand.. To me, ini pun dah sangat-sangat berbaloi.. Bilik ada jacuzzi, buffet dinner + breakfast pastu ada plak free passes to the theme park. Kot korang interested, gi la carik kot2 ada lagi voucher kat streetdeal ke.. groupon ke..
K, bye. Assalamualaikum!
3 comments:
bestnyaaa...blm smpt nak gi lagi, bapa budak busy semedang. dah jadi surirumah ni kena tunggu org pi bawa je la, hehee.
comelnya yg berdua tu, suka abang dah ada kawan.
pada saya pun ini sangat2 berbaloi..saya pun pegi package sama, seronok nak pergi lagi rasanya
Wahh..jiey dah g.ayu pun ada beli gak kat groupon tapi tak set lg tarikh nak g bila.tgk gambar cam best.oklah kan utk bawak anak2 g rehat2 ;)
Post a Comment