Dari umur Rayyan Ariff 9 bulan hingga sekarang, dah 3 org bibik berkhidmat utk kami. Since the first maid had to go back for good due to family problem after 3++yrs of service, kami nekad tanak amik maid lagi. Tapi keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang turun naik membuatkan kami tak ada pilihan. Then we took in a new one. Yg 2nd ni mmg budak la sgt and her lack of experience mmg menyusahkan especially in handling Rayyan Ariff. Tapi satu lebihnya dia, sayang Rifa Aleesya sungguh2.. Tak sampai setahun pn dgn kami, she went back.
After giving it a serious thought, we took in another one. Macam maid2 sebelum ni, kami ambik based on recommendation. This agent was introduced by a good friend of mine. Dengan my friend ni, mmg bagus la.. So we said yes.
Arrangement mmg simple, kami bayar a few thousands, bagi dokumen2 n dia akan uruskan everything. Tunggu dapat permit je. Medical n passport bibik dia akan bg bila dh settle uruskan permit, sbb dia nak kena bg kat Imigresen dulu. Ok fine, kami terima.
Bila dah bayar mahal, kita expect dpt la yang bagus, yang well trained, tapi ke laut. Maid ni blur gila.. Bila kita bgtau, "Ya.. Ya.." Dia jawab. Tapi lain yg kita suruh, lain yg dia buat. Beg skolah Rayyan, kalo tak check, mmg patah balik la jawab dia.. Ada je yang tertinggal, susu la.. bekal la.. Kalau balik mana-mana, kita tak suruh keluarkan baju drpd beg, duduk la baju tu berminggu-minggu kat situ nya pun.. Pendek kata, semua kena bersuruh hatta tukar cadar sekalipun.
Tapi one good thing about her, sangat-sangat menghormati majikan dan sanggup utk belajar. Suruhlah dia, tegurlah dia, patuh sgt. Selagi kita tak masuk tido, dia pun tak tido. Duduk la dia bersimpuh kat dpn pintu bilik dia, standby tunggu arahan katanya. Selagi kita tak makan, memang dia takkan makan. Walau lapar macamana sekalipun. Cuma satu part je kena tahan. Suka mintak duit nak beli topup n mintak gaji awal.
Tak berapa lama bibik ni sampai, dia mula batuk-batuk. Katanya, adjusting period. Iye lah, tak biasa dengan aircond, tak biasa dengan kipas. Tapi lama-lama, batuk ni merebak kat anak-anak esp Rifa yang dok dalam kain gendong bibik almost sepanjang masa bila kami gi keje.. Batuk Rifa teruk tahap muntah almost setiap malam. Bawak gi klinik, tak tahan mana pun.. Dh byk kali check. Dalam pada tu, batuk bibik pun makin menjadi-jadi jgk..
Waktu submit permit (which at the end sdr yg submit, agen taktau apa-apa), agen suruh bagitau dia before buat fomema. Katanya, X-ray bibik ada problem sket ari tu.. Tapi nothing serious. Before buat fomema, suruh bibik minum susu pekat nak bg clear x-ray film.
Masa tu dah start rasa tak sedap n mula tanya itu ini. Tapi agen keep on insisting that takde apa-apa.
Bila batuk bibik and anak-anak tak baik-baik, kami bgtau bibik yang kami nak bwk semua gi klinik. Bibik mati-mati tak mahu n bg macam-macam alasan. Dia suruh belikan ubat sahaja. Rasa tak sedap makin meninggi.
The next day, kawan yang ambik maid dengan agen yang sama bgtau something. Katanya, agen tu bgtau maid dia yang dia ni tgh risau takut my maid ni tak lepas medical check up. Tak lepas fomema. Kalau tak lepas, mana la dia nak cari org nak ganti. Katanya, paru-paru Maid kami ni bermasalah.
Subhanallah, masa dengar ni, marah giler, bengang giler. Semata-mata nak kejar duit, sanggup bawak org yg ko dh tau ada problem. Gile ke manusia? Bkn ke ko dh tau maid ni akan jaga 2 org budak kecik?? Sorang baru umo 14bulan n sorang lagi mmg dh sah-sah ada health issue. Dari awal lagi aku bgtau ko kan? Mmg takde hati perut la bila ko boleh buat 'buta hati' n hantar org yg "paru-paru ada masalah sikit"
Patutlah bibik pn sama naik, banyak kali ckp takmo buat permit. Kerja iillegally, nnt balik pakai pasport tendang. Rupanya nak lari dari fomema!
Hari tu jugak, sy balik mengejut, angkut semua gi buat medical check up. Turns out, mmg x-ray result bibik abnormal. Tapi Alhamdulillah, bukan tibi. Kalau sungguh, sumpah, tak tahu nak kata apa! Memang kalo nk mengamuk pun dh takde guna. Dr. pn marah2 sbb kes macam ni dh byk jd. Tipu medical la.. tak buat lgsg la.. Macam2. Kata Dr. lg, result maid awak ni kena refer kat specialist. Kalau specialist reject, tak payah la proceed dgn permit application. Mmg takleh buat fomema pn. Kalau buat, mana-mana clinic pn takkan approve.
Masa ni, marah mmg meluap-luap. Manusia ni, kalau akai dh letak kat lutut, semua pn sggp buat dak?? Kata bibik, dia tak buat check up masa kat Indon. Kata agen plak dh buat tp takde apa-apa. Taktau mana yang betul. Tp the fact that ko mmg dh tau something is not right with the maid's lungs, mesti la dh buat kan? Wallahualam.
Bibik pulak dh merayu-rayu. Katanya dia perlu kerja, nak sara anak di kampung. Kata dia lagi, dia tak sggp nk balik sbb dh syg dengan Rayyan n Rifa. Sayang pn, kamu nk suh sy buat cemana Bik?
Alhamdulillah, tuhan tolong. Result full medical check up bibik dh keluar semalam and things came back normal. Even though x-ray result tu tak 'secantik' org biasa, tapi 'kelainan' tu bkn disebabkan penyakit berjangkit atau seangkatan dengannya. Batuk tu pulak, batuk berkahak biasa. Maybe betul, she's adjusting herself to a new environment.
Result bibik..
So kesimpulannya di sini, sbg majikan, kita sepatutnya check things thoroughly.. Dont take agent's words macam tu je.. Jgn dia kata sihat, kita pn ikut. Apa-apa sekalipun, periksa, periksa, periksa. Kalau agen bg alasan dokumen takde sbb dh serah kat imigresen, bgtau awal2 kata before buat submission, dia WAJIB tunjuk original dokumen n buat copy utk kita.
Agen pn satu, jgn nak pikir untung semata. Nyawa manusia bukan boleh dijual beli. Kalau ada jual kat kedai, agaknya takde la jutawan n hartawan sakit dan meninggal. Boleh tak hargai setiap 'kehidupan'? Kalau dh tau ada yg tak kena, awal2 lg jgn hantar. Menyusahkan org, tahu?
Dalam kes kami, Alhamdulillah, masih rezeki kami.. Kalau dibuatnya mmg Bibik ada penyakit berjangkit, kesian budak kecik yg jd mangsa. Duit ribu-ribu bg kat agen tu satu hal, tapi yang plg penting, kesihatan tu bkn benda yg boleh dijual-beli.
Alhamdulillah anak-anak pn OK. Just batuk berkahak. Sy kan dah selalu tgk kesakitan seorang anak. Serius tak sggp. Sbb tu lah mek melenting berdenting-denting.. Hehehehe.. Sekian. Harap-harap terjawablah pertanyaan kawan2.
Kalaulah upfront kami tahu pasal condition bibik ni, maybe kami takkan amik kot.. Iye la, even tho bkn penyakit berjangkit, tapi tanak amik risiko. Tanak lgsg. Tp the fact that she's already here and everythig is currently being processed, redha je la.. Mohon pada Allah SWT, semoga setiap satunya di antara kita, terus-terusan di dalam lindungan rahmatNya. Aminnnnnn
7 comments:
Sbb tu kalau d cni kami prefer ambik maid cari sndiri melalui maid2 kwn or cari la d kawasan2 yg byk pekerja buruh asing tgl..atau tnggu la kat kawasan yg mmg byk org2 asing indon ni tgl lalu2..melalui agen mmg la mereka ni base on duit..kebajikan amanah semua blkg kira..dn yg bekerja mncari maid2 ni pn org indon yg mkn gaji..demi duit mereka sanggup menipu..4 org maid2 sy sblm ni semua sy yg bt urusan permit fomema semua tu..penat tp puas hati n byk save duit ctu..cuma terpaksa berkorban masa ckit..tp bla semua dokumen well prepare complete kjb shj urusan tu..hopefuly ur maid getting well..kalau sy dlm situasi ni pn kompom ambik maid drpd send anak2 g nurseri..
Mnusia dkg ni..tau nk untung jr kn..sib baik xpe2 rayan n rifa..klu x .huhhhhh!...
Sama la dgn kami, first maid amik thru kawan. Alhamdulillah, ok.. Permit pn kami urus sdr. 3, 4,5 kali ulang alik frm Ampg tu Putrajaya nun.. Tp maid ni kena blk after 3yrs sbb masalah ank2.. Smpi skrg still keep in touch..
Maid kedua, amik thru kwn jgk. Mak dia keje kat umah kwn offc, mak dia bwk masuk dia n kitorg urus permit sdr. Mak dia ni dh 4 thn keje dgn kwn ni.. Tu yg konfiden amik..
Kita dh turun naik imigresen wat permit, lps keje bbrp bln, blk x dtg dh.. Sbb mak dia pn dh x keje dgn member offc tu..
Yg ni plak, kan ke starting frm March lst year kan Imigresen x kuar dh JP Visa. Individual submission plak x terima. So nk taknak, kena amik thru agent.. Kitorg booked maid ni since Nov lst year.. Agen ni pn bkn main redah agensi je.. Thru a friend's recommendation jgk. Sbb agen ni dia cuma supply jiran n sedara mara je.. So chances maid lari adalah kurang.. Dio pn ok bab mengganti..
Skali jd macam ni.
Some more, starting frm 15 Jan ths year, JP Visa dh keluar blk. End up, maid ni pn kami proses permit sdr n agen return blk RM2.3k..
Yg lbh tu mmg agen fees la.. Rasa syg jgk sbb rege bg kat agen pn dh lbh rege sblh hearing aid Rayyan. Kalo keje superb takpe la gak.. Haishhh..
Itu la.. Kalo x, taktau la nk kata apa..
Aduh, lecehnya bermain dengan maid ni. Ada gak dgr kisah2 maid ni dari kekawan, macam2 hal. Alhamdulillah saya tak perlu melalui hal2 berkaitan maid ni. Tapi untuk mereka yang sememangnya terpaksa kena deal dgn maid saya just mampu doakan agar mereka diberikan maid yg baik.
Post a Comment