Wednesday, September 25, 2013

Tak habis-habis kisah maid..

Haah. Tak habis-habis. Orang lain sibuk kes Mat Yo, kita bising kes maid. Hehehehe.. Takde la bising mana.. Maybe sebab dah banyak kali kena, so dah a bit cool as opposed to dulu2.. Takde la nak react gila2 marah ke apa. Nak buat macamana, things are not always in our control. Cuma harap-harap sentiasa dipermudahkan je la.. ;-)
 
Ok, sedikit flash back. dari umur Rayyan Ariff 9 bulan (tahun 2009), sampai la sekarang ni dia dah 5 tahun (tahun 2013), kami dah ada 4 maids dalam masa less than 4 years.. Amboiii.. Gila kerap hadap imigresen youuu.. Ibaratnya setahun sorang. Kalau tengok pada statistik(chewahh!), macam kita ni majikan yang jahat plak tak lekat maid.. Wallahualam. Mungkin yea jugak, salah dua-dua pihak le kot.. Hahahahha..
 
Ok, maid yang first tu memang we're on a good term la kan.. Dia pun sayang Rayyan Ariff and Rifa Aleesya. Masa kawen adik aku hari tu pun dia datang (of course we paid for the ticket lah!). Dia selalu SMS tanya khabar even dah balik Indon for good. Tapi tu la, sayangnya, dia takleh nak kerja kat sini sebab komitmen keluarga. Yang second tu gone; kaput! Yang third plak, bulan 2 hari tu baru ambik and bulan 8 dah hilang pergi tak kembali, gituuuu..
 
Honestly, aku ni jenis mudah kesian. Baru kerja sekejap pun orang mintak nak balik raya, bagi je la.. Even though dah tau chances of not coming back is very high.. Kita kesian sebab pikir, time raya, kita pun nak happy2 dengan family kita, ape lagi dia kan? Kiranya maid ni balik sesaje gitu je dengan tiket penerbangan ditanggung majikan and takdak hold gaji ke apa.
 
Actually, before balik tu dia dah sakit. Tapi nak di bawak ke klinik or apalagi hospital tak mahu dia. Katanya batuk-batuk biasa, pening kepala sj. Gitulah. So balik la dia.. Hari yang dia sepatutnya datang, dia tak datang. Agen called bagitau ms kami dh dalam kereta nak gi amik dia kat airport. Luckily masih tak jauh.
 
So tanya la status dia cemana. Nak datang lagi ke tidak. Agen kata dia check dulu and revert nanti..
 
Esoknya agen called, kata bibik kata dia kerja "tenat" di rumah kami. Penat angkat Rayyan Ariff sana sini.. Dia sakit sebab bila dia riba Rayyan Ariff, Rayyan akan hantukkan kepala kat dada dia and sebab tu sakit tak baik-baik. Pastu katanya lagi, majikan suka marah-marah. Majikan tak bawak gi spital even though maid sakit (gila fitnah! 16 kali aku ajak, 20 kali dia takmo, ibaratnya!)..
 
Ok, part majikan marah-marah tu aku boleh sabar lagi. Even it is very obvious that orang takkan sesaja marah ko kalau ko tak salah. Kot kalo korang, maid hisap rokok dalam bilik depan anak korang  pun korang tak marah, memang baik tahap dewalah kan.. Tu pun tak ngaku. Bila dah kantoi geledah beg dia baru la nak mintak mahap. Benda-benda lain pun aku pernah cerita dalam entri INI.
 
Tapi yang tu biarlah. Yang paling aku tak puas hati bila dia salahkan Rayyan Ariff punca dia sakit. Sedihlah jugak. Mentang-mentanglah anak aku cenggitu, sampai macam tu ko nak fitnah dia eh.. Yang ko nak angkat dukung dia merata tu kenapa? Aku pimpin je ha.. Biar dia jalan sendiri.. Dah memang berat tak payahlah gatal nak dukung. 15kg wehh..
 
Dah tu pandai pulak dia cakap yang dia batuk and demam teruk sebab Rayyan Ariff hantuk kepala kat dada dia. Kalau dia hantuk kepala kat dada ko, ko larilah wehh.. Bukannya dia kejar ko.. Yang paru-paru dia abnormal + hisap rokok tu tak pulak dia nak sabitkan.. Politikkkkk..  Ni haa.. Aku pernah citer bab paru-paru dia kat SINI.
 
So bila dia kata dia keje teruk, aku replay CCTV and snapped tunjuk kat agen. Takyah replay banyak, aku replay sehari je pun dah cukup.. Hari last yang dia kerja before balik cuti raya.  
 
Pukul 8 lebih..
 
Pukul 9 lebih

Pukul 10 lebih..
 




Penutup dia pukul 4 lebih.. Macam-macam gaya dok depan TV! 
 
Korang nilai la sendiri betapa 'penat' nya dia kerja kat rumah aku. On 2/8/2013, setiap jam dia ada masa dok depan TV sementara aku sampai umah kul 5pm. *Tengok kat time sebelah date tu* Pukul 1 lebih je takde.. Maybe busy sket la sebab Rayyan Ariff balik sekolah. So kena bagi makan tukar baju ke apa lah kan..
 
Aku tak kata dia ni pemalas tahap gaban tak buat kerja langsung sampai dok melanguk depan TV je. To be fair to her, dia pun buat kerja jugak even though not as tip top as Bibik Paridah, our first maid. Tapi aku nak tunjuk kat agen tu yang, look, dakwaan minah ni kata dia sakit sebab anak aku or kerja teruk adalah baseless. Obviously dia banyak gila masa lapang dok depan TV. Kerja dia lagi relax daripada kita yang kat office ni kot..
 
Honestly, aku kesian jugak kat dia sebab aku tau dia susah and perlu duit. The reason why agen tu called aku bgtau bibik kerja penat ni, katanya more to nak negotiate kurangkan beban kerja bibik. Bagi cuti lebih sampai dia sihat before boleh balik Malaysia untuk kerja balik. Aku boleh aje nak extend cuti dia, tapi beban kerja apanya yang aku nak kurangkan? Masak memang tak payahlah sebab aku yang masak. Rumah kecik je kalau dia rasa terbeban dengan kerja rumah. Tu pun bab mengemas bagi rapi, aku yang buat setiap hujung minggu. Minggu ni target dapur. Minggu depan target bilik dan seterusnya..
 
Aku kesian jugak bila agen bagitau yang si bibik ni bagitau dia rindu kat Rifa Aleesya. Teringat sangat-sangat.  Aku tau Rifa Aleesya pun sama. Banyak kali ketuk pintu bilik bibik, panggil2 bibik.. Dah tu, dia ambik cawan yang bibik selalu guna and bagitau aku, "Bibik.. Bibik.." So benda-benda macam nilah yang aku consider to keep the maid even banyak hal yang aku tak puas hati. Pada aku, it is as simple as, ko kerja tak OK pun takpe, as long as ko treat anak-anak aku well, aku dah syukur sesangat. Tapi bila ko buat cerita and fitnah anak aku, dah agak melampau la jugak.
 
Terdiam dia bila agen tunjuk gambar yang jadi bukti betapa 'teruk'nya dia kerja ni.. So instead of negotiate anything, agen terus replaced with a new one. Alhamdulillah, responsibled jugak la agen ni.
 
As for the new maid, ada jugaklah 'buah' dia. But again, as long as dia OK dengan anak-anak aku, tak pukul, tak buat jahat, dah besar rahmat bagi aku.. Hopefully yang ni tahan la lama sket.. Aminnnn..
 
Note - Penat weh bertukar maid.

Friday, September 20, 2013

Advance birthday present..

Dalam masa plus minus 20 hari lagi, umur akan bertambah. Satu lagi angka selepas nombor 30. 31 tahun dah haa.. Last year sambut bukan main, siap ke Penang, siap dapat several gifts.
 
This year? Seriously, sama je dengan tahun-tahun lepas. Tak mengharap apa-apa. Umur kita pun dah tinggi dah takde rasa nak seronok dunia cucuk langit bagai. Hidup terasa lengkap dengan ikatan kekeluargaan..
 
3 weeks ago, masa kat office, husband called tanya, "Handphone apa dah yang awak suka?" Selamba badak jawab S4. Dia pun replied kata OK. Tu je la conversation kami masa tu. And of course I didnt expect anything.
 
Balik-balik, tengok dalam almari, ada kotak. Belum sempat bukak, dah berebut dengan dak kecik. So mengalah biar dia bukak.
 
Samsung Galaxy S4. Advance birthday present kata En.Hubby.
 

Orang dah bagi ambik sajelah kan? Terima kasih daun keladi. Seriously tak sangka dia nak beli. Main sebut je S4 masa hubby tanya. Kalau tahu, I would have ordered Note 2. Eventhough software S4 lagi canggih and whatnot, tapi screen Note 2 besar. Lagi puas tengok. Tunggu Note 3 lagi canggih? Takle kot..
 
Software, processor, apa ke benda skali pun yang canggih manggih, aku bukannya reti pun. Handphone ni bagi aku, ni je function dia - call, SMS, whatsapp, IG, FB, email, Internet browsing and satu lagi Kakaotalk. Tu je la kot.. Hat lain harammm taktahu. So honestly, aku tak pernah looking forward nak handphone canggih manggih.
 
In fact, untuk all my previous phones, semua harga tak lebih daripada RM700. Takde handphone beribu rege macam orang lain. Nak lagi canggih, iPad ke, Tab ke, semua takde. Ok tipu. Tab ada la yang brand China yang rege dua tiga ratus seketul tu. Tu pun beli kat anak-anak kononnya. Tapi hampeh, pakai sekejap dah rosak. Pastu ada la iPod Shuffle yang RM165 untuk stimulate hearing Rayyan Ariff dan laptop seketui.
 
Memang bukan gadget savvy or gadget lover.
 
Sebenarnya, paling besar bila nak kuar duit untuk benda-benda ni, aku akan fikir, Ish, kalau seketul handphone harga RM2K, dah boleh dapat 66 sesi stimulaterapi untuk Rayyan Ariff. Kalau seminggu buat 3-4 kali, dah dapat buat untuk 16 minggu aka 4 bulan. Belum lagi kira kalau nak buat intensif. Belum lagi kira kos minyak and tol travel nak gi stimula So benda-benda macam ni yang buat aku tak willing nak spend few thousands on smartphone. Bukan keperluan pun.
 
Tapi as we climb higher, orang-orang yang kita jumpa pun orang besar-besar la kan.. As a regulator, bila kita call org for a meeting for example, investment banker etc, yang datang pun haruslah orang-orang besar syarikat. Takkan nak hantar management trainee jumpa regulator kan? Kena pulak hal regulations and laws. Honestly, kadang-kadang ada seganlah bila nak kena keluarkan handphone kat depan orang. Nak SMS admin staff hantar minute paper tertinggal ke.. Nak SMS admin bgtau kata air tak sampai lagi ke. Takkan la nak call dah namanya dalam meeting room. So kena la kuar phone. Orang lain keluar handphone canggih manggih, seketul makcik kat depan ni keluar handphone sadis.. Korporatlah sangat! Hahahahha..
 
Tapi pada aku itu tak mengganggu mana pun. Malu segan takleh bayar treatment anak aku. So lantak pi lah kan.. Tu tak masuk lagi colleagues yang pakai phone canggih manggih dok buat lawak kat handphone aku.. Hahahaha.. Ada makcik kesahhh??
 
So secara rasminya, inilah kali pertama ahkak pakai telepon canggih deknonnn.. *fitammmss*
 
Yang tak tahannya, berebut dengan makcik kecik tu la. Tak bagi kang bukan dia dengar pun. Nak beli tab murah-murah memang dah tak mahu dah. Beli rosak, beli rosak. Nak beli iPad ke tak le kot.. Tunggu la Bang Ian jalan sendiri dulu ke.. Akakaka..
 
So nak elak dari berebut, we got her this:

Kecik-kecik dah beruntung budak sekarang.. Mama? Harapppp je la nak merasa semua ni..
 
So bukan saya sorang yang dapat advance birthday gift. Dak Rifa Aleesya pun dapat. 11.10.13 nanti dah takde hadiah la for me eh? 01.11.13 nanti, dah takde hadiah la untuk Dik Sya eh??
 
Harap-harap ada orang belanja makan la eh. =P
 

Thursday, September 19, 2013

Entry hari raya??

Haah. Entri pasal raya. Kuang kuang kuang.

Mula-mula ingat nak hapdet pasal majlis sanding my bro, tapi biarlah dulu. Silap-silap kita tapau sekali dengan entri menyambut menantu bulan depan eh.
 
Nape ntah gatal tangan nak hapdet pasal Office's raya do. Tahun2 lepas tak hapdet pun even dah masuk 8 tahun keje kat suruhanjaya ni.. Ekekeke..
 
Untuk ingatan katanya. So that bila nak mengenang-ngenang masa lampau suatu masa nanti, aku akan terus ingat yang aku pernah menjadi a part of an organisation that adopts high performance culture and whatnot (katanya!) *mana tahu esok lusa dapat better offer ke.. ekekeke*
 
Kita starts dengan Division's potluck raya. Potluck ni buat on 16 Aug. Elok2 hari Jumaat lepas raya tu.. So ada yang tak masuk office lagi.. Tapi tu la.. Nak dapat date yang semua ada memang susah. Potluck ni, seperti biasa, consist of 3 departments. So makanan memang banyak la kan.. Kerja kitorang dok berulang makan sampai membawak ke tapau menapau.. Hehehehe..

Nasi dagang and gulai ikan..

Nasi briyani ayam ke nasi Arab ntah.. Hat sebelah tu capati and kimma.. Sebelah lagi tu mac and cheese yang sngt superb!

Mee kari ketam.. Marvellous weh.. Ketamnya menimbul-nimbul..

Hat ni spaghetti bolognaise and carbonara.. Yours truly yang bawak.. Sebelah spaghetti and nampak ayam tu, nasi tomato with ayam masak merah..

Satay n nasi impit..

Roti jala, kari ayam, rendang..

Chicken and fish pie. Popiah basah super pedas..

Nasi impit, lemang, rendang

Fruit salad, dengan gravy.. Kambingnya tak masuk gambar.. Mak kan allergic kambing.. =P

Dessert. Kek lapis sarawak, Choc banana cake, Red Velvet cake and super sedap banoffee pie!!

Mata kucing, rambutan, dokong and pavlova..
 
 Makan sampai lebam. Sampai muntah..

Then, Commission's raya do pulak. Tahun lepas-lepas, food were from Le Meridian. Tahun ni tukar ke Westin Hotel. Serious kureng!




 

 

Since makanannya adalah buffet hotel, so takyah la nak explain lebih2 eh. Makanan hotel gitu la rupa dia. Macam yang korang biasa-biasa makan jugak la kan..
 
Yang ada gambar Tan Sri Rafidah Aziz tu sebelum makan-makan bermula. We invited her to give a talk under our Merdeka Leadership Talk Series. Kan masa tu dekat nak 31st Aug. Tapi her talk on her experience before merdeka tu memang very eye opening. Cerita macam mana pengeboman zaman jepun, suasana org berlari-lari waktu malam. Fighting komunis and whatnot. Subhanallah, beruntungnya kita anak-anak lepas merdeka ni..  

Ok. Sekian hapdet lapuk.

Tuesday, September 17, 2013

Selamat melayari bahtera rumahtangga dan semoga berbahagia..

Masih berhutang entri hari raya, tentang maid, tentang birthday pressie and what not. Kita KIV dulu. Harap2 adalah masa nak mencelah bab2 tu nanti.
 
As of now, kita cerita about my one and only lil' brother. Adik-beradik tak ramai. Sorang Abang, sorang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Dulu masa masing2 still kecik, rasa macam, "Ya Allah.. Ramainya la adik-adik aku! Penat wehh tolong mak jaga Adik2!" And now that masing2 dah besar, memang betul la... 4 orang tu sangat tak ramai! Takpe la.. Dengan bertambahnya pasangan masing2, dah double up dah jumlah tu kan? So nanti, anak2 mommy kira 8 orang la yea.. ;-)
 
Event ni sangat signifikan so takleh simpan lama-lama. Pada aku, keluarga adalah segala-galanya. Sanggup semua, boleh belaka, apa saja untuk mereka.. Korang pun sama kan?? =)
 
Seperti yang ditetapkan oleh arwah Abah dan dipersetujui kedua belah pihak, tanggal 13 September adalah tarikh yang dipilih untuk menyatukan adik lelaki aku and his high school sweetheart, Mariati. 14 September adalah tarikh untuk majlis persandingan dan 15 September pula untuk majlis menyambut menantu. Tarikh-tarikh ni mengambilkira pemergian Abang kami ke luar negara untuk menyambung pelajarannya nanti. Tapi apakan daya, perancangan kita tak sebesar perancangan Allah SWT.
 
Since mommy still dalam edah, so majlis di pihak kami ditunda kepada 13 Oktober. Waktu tu nanti Abang dah selamat berada di bumi Belgium. Harap-harap kami yang kat sini mampu la nak hadap segala mak nenek preparation sesama kami nanti. Iye la, majlis nikah kawen ni bukan kerja mudah. Biasanya, orang-orang tua yang handle. And now that the main 'orang tua' of the house dah takde, we are the ones yang kena take over those roles. Sedih, sebak, segalanya bercampur. Kot ada abang yang sulung, lain sketlah feelingnya.. Sobsobsob.
 
Solat sunat hajat dan tahlil arwah
 
Khamis malam Jumaat bersamaan dengan 12 Sept, kami adakan majlis tahlil untuk arwah Abah. Bersekali dengan solat sunat hajat untuk Abang yang akan berangkat dalam masa seminggu sahaja lagi, untuk Adik lelaki yang akan melangsungkan akad nikah keesokan harinya, dan untuk Rayyan Ariff yang masih diselubungi kesakitan.
 
Usai majlis, masing-masing kembali sibuk. Yang di dapur, di dapurlah. Yang alter pelamin, pelaminlah.. Yang gubah hantaran, gubahlah..
 
By the way, majlis akad nikah dibuat di rumah kami. Permintaan dari mommy yang masih beredah. Luckily, keluarga belah perempuan jenis mudah di bawak berbincang. Since my brother sponsor bab2 gubahan, aku plak sponsor pelamin mini.

Pelamin from Intan Bridal Kota Bharu, owner dia adalah kawan sekolej masa matriks dolu2 kala.. Dah successed dah haa member dengan business sdr.. Aku jugak dok still makan gaji.. Hehehehe..
 
Masa Akad nikah tu, pakai kusyen je la.. Pelamin dah OK, cuma kami tambah kain putih di keseluruhan ruang sebab nak cover dinding kuning tu.. Macam tak masuk plak kalo nampak kaler kuning dalam gambar..

Hasil kerastangan seorang Arkitek Landskap. Penuh dauh, penuh rumput! Hehehehe.. Actually ada cerita di sebalik gubahan hantaran ni.. My bro tempah dengan kawan dia, skali kawan tu sakit and kena operate. Last minute, terpaksa ambik balik and buat sendiri. Seb baik la tangan dia berseni.. Kot aku yang kena buat, memang aku main letak je la.. Ni masa akad nikah, masa sanding, dia pakai batu ko! Sangat Landscape Architect!

Pengantin lamo nak meraso yo..

Sepasang lagi pengantin lamo.. ;-P
 
Keesokan harinya, majlis berlangsung selepas solat jumaat. 13 September 2013. Berdebar namun puas apabila segalanya berlangsung dengan sebaiknya.

Dengan sekali lafaz.. Nampak sangat gateii kamu Dik.. Tak nyempat.. Laju sungguh lafaznya!

Di sebelah adik aku tu, adalah bapa-bapa saudara kami. Abang dan adik Abah. Terima kasih untuk mereka yang sudi turut serta. Seriously sedih sungguh bilamana aku melihat mereka duduk di sebelah pengantin. Alangkah indahnya kalau tempat itu masih milik Abah seperti mana pada majlis pernikahan aku dan juga Abangku. Allahu.. Allahu.. Al-Fatihah Abah.

Selamat datang ke keluarga kecil kami.

Upacara membatalkan air sembahyang..

Son and daughter. Dua-dua budak ni demam. Yang lelaki tu kurus benar dah haa.. Dress code adalah Jubah. Jubah hitam untuk perempuan dan jubah putih untuk lelaki. Tapi untuk Rifa Aleesya saya tak beli pun. Sayang la nak spend RM80 untuk pakai sekali je.. Rayyan Ariff takpe, boleh buat baju tido.. Rifa Aleesya ni lasak bukan main, seksa kot kalo nak buat baju tido..

Ayah and son.

Momma and daughter..

3 generasi. Wanita-wanita penting dalam hidup aku. Semoga dipanjangkan usia mereka-mereka ini semua. Aminnn.. Permintaan setulus hati kerana aku sudah merasai sakitnya kehilangan.
 

Gambar-gambar ni bukanlah dari official photog. Tak ambil pun melainkan side pengantin perempuan yang hire. Lagi best, aku tertinggal DSLR! Lebih ironi, DigiCam pun ada dalam beg DSLR. Nak lagi cun, bawak balik Camcoder tapi charger, kabel dan bateri extra ada dalam beg DSLR jugak. So masing-masing dok snap pakai handphones je la.. Takpe la, pengantin tunggu gambar dari official photog je la yea..
 
Untuk Adik-Adikku, Jek dan Tie, Semoga berbahagia hingga ke syurga dan dapat bertolak ansur dalam melayari bahtera berumahtangga yang bukannya sedikit..
 
"Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.."
 
Ok, next cerita majlis persandingan plak. Till then.
 
 

Tuesday, September 10, 2013

5 minit yang sangat mendebarkan!

Cita-cita aku tinggi. Nak update banyak entri. Dari cerita open house, ke cerita raya do department, raya do suruhanjaya, cerita maid, cerita advance birthday gift, cerita anak-anak.. Tapi tu la, masa tu yang tak berapa nak ada. Ada yang bertanya khabar nape lama tak berupdate blog ni. Actually kat sini je sunyi, kat IG ada je.. IG dgn FB kan linked, so apa yang masuk IG, pegi la skali ke FB.
 
Ok, back to the story. This is the latest 'event' that took place. More to accident actually. This thing happened on Sunday, 8 Sept 2013.
 
Rayyan Ariff was having his late lunch with our new maid (yup, new maid again!). Nasi putih, telur goreng and kicap. As simple as it could be sebab masa tu kami baru balik from Shah Alam and Port Klang. Masa si maid tu tengah suap, I saw her stopped and tepuk2 Rayyan Ariff at the back. For a while, I just let her be sebab ingatkan biasa jer.
 
The next thing, I saw Rayyan Ariff was still quiet and he was falling to one side from his sitting position. I quickly grabbed him and I saw his lips turned blue already. I quickly turned him upside down and tepuk belakang dia sekuat hati. Masa tu dia dah lembik dah pun and I kept on shouting Ya Allah as I was panicking.
 
I turned him up again and looked at his face. This time, his lips were already black and his face started to turn blueish, together with his hands. The thought of me loosing him was there. I was horribly scared. I turned him upside down again and kept patting his back while frantically running out of the house. Everyone were screaming and I saw Rifa and the maid crying. My husband went to get the car while I kept on attending to Rayyan Ariff.
 
Not long after, Rayyan Ariff was jerking for 5 seconds. Sawan due to lack of oxygen. Dah membentuk C-shape dengan kaki ke bawah and tangan ke atas. Badan dia mengeras. Subhanallah, I was so scared! I still kept him in the earlier upside down position and kept on patting him on his back.
 
Inside the car, he slowly gained concious. His body was not blueish anymore. Alhamdulillah. But we still brought him to the nearest hospital, Hospital Ampang because he didnt vomit out the food that caused the choking episode. Might as well just get him properly checked. 
 
This is the beauty of living very near to the hospital, we managed to get help in less than 10min! Straight away he was brought to Zon Merah aka Zon Kritikal where he was given oxygen, blood test and x-ray were also done.
 
Out of the sudden, he got quite significant fever of 38.6. And since he was still drowsy from the seizures, we were advised to keep him there first for observation. Obviously, for fear of the food going down to his lungs that may cause infection. Stay je la even though at first we were thinking of bringing him to SDMC since all of his medical history are there. We need to make sure that he's stable before going anywhere.
 
 
And there we go, Rayyan Ariff first hospital admission in 2013! We stayed in over a night for observation and was released the next morning. His lungs were clear and no more fever etc.  

 
Seriously, I thought I could never see this smile again. Ya Allah, terima kasih kerana masih meminjamkan dia untuk kami.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..