Entry tertunda hujung tahun 2013.
Actually dah lama kitorang tak join geng-geng superkids berjalan. Bukan taknak tapi ada je aral. Masalah kesihatan anak la, hal kerja or hal keluarga, asyik la kena dengan date yang ditetapkan.
Actually untuk gathering kali ni pun kitorang dah nyaris-nyaris takleh join. Sebab Rayyan Ariff was warded few days before the tentative date. Tapi Alhamdulillah dah memang rezeki kami, jadi la jugak.
On the way. Muka excited kan?
Tujuan utama ziarah kami kali ni, sebab nak bersua muka dengan baby baru dalam keluarga kami. Baby Arimi Raihanah, adik Kakak Alisya Qaireen, puteri kedua Abi Farid n Ummi Ita.
Baby Arimi Raihanah Binti Mohd Farid
Teruja sungguh. Mula-mula plan nak gi makan ikan bakar kat muara Sungai Duyung sambil bawak nenek Ian, tapi plan tukar ke BBQ kat rumah nenek Alisya. Nenek Ian pun tak ikut, kami berempat + my youngest sister je. Bibik pun kebetulannya cuti.Since dah lama tak jalan-jalan, mama cari la hotel yang ada entertainment for the kids. And jumpa la Bayou Lagoon Park Resort yang ada its own theme park. So OK la, grabbed aja sbb last minute booking and most of other reasonably priced hotels dah fully booked. Kami just amik studio apartment je instead of 2-bedded since nenek dan bibik tak ikut.
On the 28th, kami gerak kul 10 lebih. Sampai kat Melaka, terus gi rumah nenek Alisya dulu. Jumpa baby n hantar ayam yang dah siap diperap dari malamnya. Siap makan tengahari lagi kat sana. Dah tu gerak gi check in.
View from our room. Mana tak anak dara mek bertasbih kat telinga "Shwimming.. shwimming.."
Petang tu sempat mandi-manda satu round. Itu pun ada budak tu dari tadi lagi tak sabar-sabar dok ajak bapak dia. Jom la ayah. Jom la ayah. Apaknya sibuk dok layan tido.. Kehkehkeh.
Tu apak eh sibuk membuta. Hat gentleman sibuk main lampu. Hat pompuan? *nampak Ciksu tgh tiup floaties*
Ni hat pompuan. Sibuk dok berzikir nak gi swhimming!
Budak excited dengan air..
Korang caya tak, budak umur 2 tahun 1 bulan tuh naik water slide tuh ok? Siap tolak ayah dia nak turun sendiri.. Haruslah ayah dia tak bagi turun sendiri sebab air kat bawah tu quite dalam. *nampak tak org dewasa tu berdiri, mau lemas kot*.. Member excited OK main slides nehhh..
Bang Ian kita ni penakut sket.. Duduk bermain di gigi air ke kot.. Ekekekek..
Sesi mandi-mandi ni takla lama. Dah tu siapkan the kids, lepas maghrib terus gerak for our BBQ partayyy. Sedap wohhh makan-makannya. Nasi goreng pedas meletup. Ada ayam, kambing, siakap dan segala mak nenek la. Rifa Aleesya makan sampai muntah kott..
Ummi Ita and Kakak Alisya. Dah tu siap ada sesi beli-membeli inner chantek & tudung syria dgn tokey kita, Mama Put.
Tokei, Lope dan Baby Arimi. Kecikkan baby? Dah lama takde baby, I've forgotten the fact that baby is so small and fragile. Seb baik tak terduduk kat atas anak dara ummi! Kehkehkeh.
Emak-emak sibuk lagi nak memborak, tapi anak-anak dah penat and sleepy. So bila masing-masing dah started to get cranky, masing2 pun mula gerak balik. Dak Rifa Aleesya awal2 lagi dah lelap. Maklumlah, orang penat shwimming.
Pagi esoknya, si anak dara tu sibuk pulak nak mandi lagi. Suh la bapak dia bawak while momma busy kemas sana sini. By the time momma, bang Ian dah siap, budak berdua tu tak naik-naik lagi. Momma yang dah start naik angin. Nak call, si ayahnya tak bawak tepon. Nak turun malas. Dekat pukul 1045 kot baru depa dua org ni naik. Itu ini, dekat kul 12 baru sampai umah nenek Alisya.
Before checkout. Tengok hat pompuan tu, dah dengan baju gentel dah. Tangan masuk jari tu tanda ngantuk le tu.
Patutnya breakfast nasi lomak meletup kat umah nenek Alisya. Kumpul ramai-ramai then amik group photo. Kesian depa ni tunggu kami lama. Masing2 ada hal lagi lepas tu.. Maap yea kawan2..
Sampai je, terus kami cepat2 makan. Rifa Aleesya makan bukan main lagi. Lapar kot.. Lama berendam. Next, group photo session.
Us. Masa ni tak cukup korum lagi. Tengah dok setting phone.
Us in freestyle.
Itulah aktiviti jalan-jalan penutup tahun 2013. Lepas tu masing-masing bawak haluan sendiri. Kami terus gerak balik KL. Ada yang sampai ke Muar, ada yang melencong ke PD.. Seronok.
Geng superkids, see you guys in Kota Bharu April 2014!! Kita berjimba lagiiiii.. :-)
1 comment:
syoknya ramai2 kan
Post a Comment