Thursday, September 4, 2014

Update laju-laju tentang hari raya

Masih dalam mood beraya ke? Totally nope! Hahaha. Cukuplah kot.
 
Tahun ni merasa beraya dengan penuh beria. Hekhek. Alhamdulillah. Beraya sakan kekdahnya. Syukur setinggi-tinggi lafaz kepada yang Maha Mencipta di atas nikmat sihat yang Dia kurniakan. Syukur sedalam-dalam penghayatan kepada yang Maha Mengatur di atas perancangan yang Dia susunkan. :-)
 
Sekarang, En. Suami tidak lagi berkhidmat dengan bank pelaburan yang menjadi tempat mencari rezeki bertahun lamanya. Mula melakukan sesuatu yang tidak mengikat dan memberi lebih fleksibiliti masa seperti berniaga sendiri. Dengan masa yang lebih fleksibel, dialah yang mengambil dan menghantar anak ke sekolah sekarang. Dan setelah itu, ke Alam Impian untuk stimulaterapi, ke Kelana Jaya untuk Craniosacral therapy dan Ara Damansara untuk speech dan occupational therapy. Maka setiap hari sememangnya ada sahaja aktiviti untuknya. Setelah selesai, barulah masa untuk dia bekerja.

As for me, memang sukalah. Even though kata pendapatan tetap tu dah tak ada, tapi aku taklah serabut dan berpenat lelah berkejar ke sana ke mari. Tahu sahajalah, kerja bank yang melibatkan daily operations, memang tak dapatlah nak cuti sesuka hati. Ada pula kewajipan ambik consecutive leave of 8 days bagai. Sedangkan kita ni sehabis daya nak maximise cuti tahunan untuk appointment anak or time anak tak sihat. Letak lapan hari in a row tu dah rupa nak gi melancong plak. Hahaha.

So all in, pada aku perancangan Allah SWT ni adalah yang terbaik.

Berbalik pada cerita raya, kalau tahun-tahun lepas, kami memang tak berkesempatan nak beraya sakan macam orang lain. Sabtu ahad nak turun naik rumah orang attend open house memang tak dapat la kan. Main reason, sebab hari Sabtu dan Ahad tu dah penuh dengan segala maknenek terapi Rayyan Ariff. Now that terapi dia kita dah susun nicely on weekdays; 1 hari 1 terapi, memang legalah. So marilah kita berjimba memenuhi undangan jamuan rumah terbuka setakat terdaya.. Hekhek.

Ok, ni bukan gambar untuk semua rumah yang we attended. Especially kalau rumah kengkawan En.Suami, gambar dalam phone dia lah kan.. Chrono of event pun adalah berterabur. Dah tua-tua gini tak ingat mana dah turutan. Kena makan memo plus ni. Hekhek.

We are Maherians, class of '99. Of course the wives lah. The husbands and the children idok la kan..

Yang baju pink tu Lalily. This is another photo taken dekat rumah Laily jugak. Kawan dari masa Form 1 tu.. Hekhek. Open house umah dia kat Jalan Kebun, Shah Alam.  

Style gambar gini "in" la sekarang kan? Compare dua masa kekdahnya. Hat atas tu kat umah Laily 2 years ago. Laily makin kurus, hakakkk?? Hazabedah. Geng gosip, geng kaki shopping, geng yang bertanggungjawab berjaya mengubah penampilan aku dari selekeh pakai tudung instant ala bibik ke tahap reti pakai shawl dengan eye-liner bagai ko! Hakhak. Kawan kapal selamanya kekdahnya.

Ni pulak kengkawan masa matrix. Matrikulasi KPM 2000. Ni geng2 stok suara pecah speaker. Hahahah.. Bergema rumah Alyyani hat pakai baju pink tuh. Alyyani neh blogger glemer. Cuma sebab mak anak tiga, dia kurang sikit momentum dan masa nak hapdet belog. Kahhhhhh

Tengok muka propa masing-masing. Kahhhhh. Teringat zaman-zaman dok Dorm 2/2 dengan aksi tido, tido dan tido. Hahahah. Ape la hobi tido. Separuh usia remaja habis dengan tido. Dang. Bahagianya idup zaman alam remaja takdak tanggungjawab takyah bayar loan rumah kereta kekdahnya. Hahaha.

Ni plak acara potluck raya dengan geng-geng stimulaterapi di Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin, Alam Impian, Shah Alam. Seronok menjemah dengan depa ni. Lenguh mulut Kak Senah. Sambil2 anak berterapi badan, mak-mak berterapi mulut. Hakhak.

Hari yang sama adalah birthday Kak Ija, owner Al-Muqmin yang banyak membantu anak-anak stimula. Panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya selalu.. *Nyanyi*Nyanyi*

Yang ni memang rare lah. Aku cilok drpd IG Datin Tiara Natasha ni. Alhamdulillah, merasa kenal mengenal bila dia jemput kami sekeluarga ke openhouse cum birthday party Ayra Rahadatul 'Aisy. 6 tahun kenal secara maya nih, dari anak baby-baby lagi, akhirnya dapat jugak aku cekak pinggang dia yang macam kerengga tuh. Mau tak jeles hakak?? Aku pulak muka dah minyak2 bagai sebab ni dah umah ketiga. Before tu umah BIL kat Puchong and umah jiran sebelah. Tudung pun dah jatuh senget benget rupa Abby Abadi. Pin hilang kekdahnya. Hakhak.

Okeh, tu je la kot gambar yang ada dalam phone aku. Yang takde gambar kita takyah citer dululah. Boleh? Boleh aje. Hekhek. Next open house aka raya do kat office plak.

Ni raya-do Division. Kalau department macam kecik sangat so kita combined division terus. Kot tak, ada la budak2 department aku dalam 16 orang. Ko pandang aku, aku pandang ko. So nak lagi eksaited, kita buat division terus. Hat ni potluck. So makanan tu takyah cakap la banyaknya, siap bertapau bagai.

Ni kawan dari mula-mula aku join Suruhanjaya ni. Kira taraf kakak-kakak aku lah. Memang banyak sangat jasa dia kat aku. Susah senang, nangis gelak bulih la sangat dengan akak ni. Member gosip aku kat office ni. Hehehe..

Next majlis hari raya yang Suruhanjaya plak organised. Makan-makan mula pukul 12pm, pagi tu ada merderka series talk. Tahun ni depa panggil Dato' Lat. Best lah dengar citer orang-orang lama ni. Tapi honestly, aku lagi suka yang Tun Rafidah Aziz punya sesi dalam banyak2 tahun.

Kata Datuk Lat kan, gift mestilah buku dia. Ni breakfast buddy aku ni. Janice nama dia. Kalau takde sesi brekkie dgn dia, bleh gigil lah. Rasa kosong hidup. Hahaha..

Datuk Lat. Mula melukis kartun dari zaman budak2 lagi. Dari zaman perkataan kartunis orang tak cipta lagi. Hebat dapat title dah dia. Aku ni haa.. Dok la lagi makan gaji.
 
  Sesi makan-makan. Tahun ni depa pakai Le Meridien Hotel. Sedap tak sedap macam biasa la, macam hat korang dok makan-makan buffet hotel tu.

Hari yang sama ada townhall session. Ni antara muka-muka team InvestSmart SC utk Malaysian capital market kononnya.
The team kononnya dapat la penghormatan bila Chairman suh bangun bagai. Hahaha. Bila time berpeluh ketiak buat program bagai, nan hado dh semua ni.. Nak tergelak plak aku. Eh.

Selain daripada makan-makan openhouse ni, ada jugak yang buat kerja kahwin. Since ni ex - colleague punya wedding, aku hayun jugaklah even tak sihat time ni. Weekend raya ke berapa ntah lupa dah.

Muda-muda cantik aje kan? Dah tggl mokcik-mokcik macam aku ni, nan hado dah cantiknya.

Hat baju putih ni merangkap ex-boss dan kawan jugak. Banyak bagi toys kat anak-anak aku ni. Banyak bagi nasihat kat aku. Hat sorang lagi ni junior aku. Bijak budaknya ni. 
 
Aku tataulah apa yang aku merepek dalam entry ni. Yang pasti, aku enjoy dengan peluang berjalan-jalan raya ni. Ni la yang korang rasa every year rupanya yea. Hekhek. Mak cewi!

1 comment:

Mrs. Simplicity said...

mmg laju betul update ni. semput mak membaca nye.

zaman matriks tido sampai tahap orang nak baca yaasin. takde apa nak fikir masa tu. waahhhh rindu gile!