Sekarang ni persiapan raya lebih tertumpu pada anak-anaklah kan. Untuk kita ni tak ada sangat pun. Untuk bapak budak, dua lai T-Shirts dengan sepasang baju melayu. Untuk aku tahun ni haa lebih sikit. Tapi jauh lagi nak lawan Che Ta. Aku beli 4 pasang baju dapat free 1. Kahhh. So ada 5 pasang. Hekhek. Tidaklah semata sebab nak pakai raya, kita kan jarang membeli, so alang-alang jumpa yang ada saiz, sauk lebih sikit sebab sudahnya, baju2 ni laa yang kita pakai buat gi kerja yea dak? Hekhek. Tapi aku rasa OK sangatlah, sebab tahun ni aku takde membeli baju lagi.. Punyalah hidup!
Part baju-baju kasual anak-anak aku dah settled since March, sebelum GST kekdahnya. Anak-anak punya biasalah beli kat Sogo. Mestilah sebab rege kan. Budak tengah membesar, buat apa nak beli yang mahal-mahal. Pakai tak lama pun depa.
Tiba tang baju melayu and baju kurung, aku gi la tengok kat Jalan Tar. Tapi sudahnya, takde choice. Takde kaler yang kita nak. Susah kalau dah kata berkaler-kaler tema ni. Mak aku nak kaler kuning. Tapi sekarang kan banyak mustard. Tu yang jenuhhh. Ada kaler, takde saiz. Ada saiz, takde kaler. Orang kedai tu cakaplah, stok raya belum masuk. Dekat2 nak raya nanti baru banyak. So aku cakap kat laki aku, kita beli nantilah. Yang laki punya dah beli awal-awal kat Aeon. Kebetulan ada kan.
Tuptaptuptap, MIL passed away awal puasa. Since then, memang kerja kitorang balik bukak puasa and bermalam kat umah FIL bila tiba hujung minggu. Bukan apa, belum pukul 12 tengahari lagi, kalau belum sampai sure FIL dah menelefon nangis-nangis bagai. Aku pernah tengok mak aku kehilangan pasangan hidup, tapi aku rasa orang laki hilang isteri lagi parah kot. Iyealah, especially dalam kes FIL aku yang semua benda memang MIL aku yang uruskan, hatta amikkan air segelas. Tempoh perkahwinan 54 tahun ni bukan tempoh yang singkat. Syahdu menengok tahap orang makan pun tak lalu. MIL aku pulak tukang masak, memang sedaplah masakan dia. Mana la nak kena dengan makanan tapau kat bazar Ramadhan. Tu yang salah satu sebab FIL aku terkesan sangat tu agaknya.
Hari biasa dah kerja, memang tak sempatlah nak keluar carik baju anak-anak. Mana nak masak lagi. Kalau dah hari minggu kat rumah orang tua, memang jadik last minute la kerjanya. So last weekend, since dah takde weekend nya, kami mintak excuse dengan FIL. Pergi jugak bukak puasa sebab dia dah called awal-awal ajak pergi kubur. So pergi la. Tuptaptuptap, bukak puasa kemas itu ini, kul 10 sampai rumah. Lepas tidokan anak-anak bagai, pukul 11pm kami gegas ke KL Rayafest. Gila seramai umat. Merasa aku jadik statistik yang kerajaan kata tak terkesan dengan ekonomi merudum atau perlaksanaan GST. Haktuih sungguh.
Dapat la baju kurung sepasang untuk si Rifa Aleesya. Dah takde baju melayu si abang pulak. Bergegas pulak ke Jalan Tar. Dah 3/4 Jalan Tar yang kami jejak, baru dapat kaler kuningnya. Apa yang susah bebenor ni?? Marah aku! Kaki pun dah naik kematu. Elok jumpa, lepas tu berderet-deret jumpa. Hangin betul.
Settled shopping, dah pukul 1 lebih dekat pukul 2. Daripada tinggalkan rumah 11 Julai, dah masuk 12 Julai dah pun. Birthday laki aku, so aku ajaklah dia gi sahur. Belanja makan sahur. Kekdahnya.
Happy birthday, husband. Dia pilih nak makan dekat Chop & Steak, Kampung Baru. Layannn
Balik rumah dekat pukul 3am. Tuptaptuptap, kul 330am tdo. Esoknya bangun terus suruh budak2 berdua ni try baju raya depa. Kot2 nak kena alter ke. Maklumlah tak bawak tuan punya badan kan.
Perfect dah la kiranya. Hensem lagi cun. Hok labuh sket2 kita pejam mata ajelah
Around pukul 2pm aku ajak laki aku gi H&M, topup skirt Rifa. Beli selai je pun, then balik singgah kat JJ carik kek befday laki and pizza untuk berbuka.
Balik cecepat masak lebih kurang aje. Ikan bakar, tomyam campur n telur dadar aje, kira cukuplah tu dengan pizza lagi.. Berbukak la kami anak-beranak campur dengan adik aku laki bini.
Ko rasa, birthday sape, birthday anak ke bapak? Hover anaknya!
Gitu je lah yang nak ceritanya. Hadiah befday aku dah cakap kat laki aku, aku bagi untuk tahun ni, tahun depan n tahun satu lagi terus! 3 tahun takleh claim apa2 sebab pakcik menang motor wehh. Udah-udah la tu..
4 comments:
wah dapat hadiah motor lakinya yer..hheeh..aku pun raya ala kadar ajer la dah gst sana sinin..baju mak sepasang jer topup blouse..hehehe.anak2 yg lebih mcm biasa.
selamat hari raya..penat rasa jadual puan belog hehe
Hensem dan comel jer dua bradik tu dengan baju raya nya. suka tengok senyuman abang... ah, sebak tetiba!
saya pun beli baju raya bebudak kat H&M jeee... murah dan cute... janji hado
Post a Comment