Wednesday, July 29, 2015

Cerita hari raya yang so-so

Tahun ni aku declare, raya macamkan tak raya. Kihkihkih.
 
Raya kat umah FIL dulu kat Rawang. Then gerak balik Kota Bharu kul 12pm. Angkut bawak FIL sekali. Dia kan tahun pertama beraya bujang, tak sampai hati nak tinggal. Aku sebenarnya berat hati nak balik. Dengan cuti tak seberapa nak ada, dengan memikirkan traffic nya, tu yang berat hati. Kalau dengan anak-anak, kami biasanya gerak pagi2 buta. Kul 4am ke, baru tak panas anak-anak. Biasanya by 10 or 11am dah sampai kan. Ni pukul 12 baru nak gerak, berat sikit hati aku.
 
Iyealah, dengan FIL takkan nak turun masa tu. Dia pun nak beraya dengan anak cucu dia kan. Dah tu nak settlekan kat surau apa semua.

Gambar raya pertama yang tak semengah. Takde gambar lain. Posing pesen ni aje. Hekhek

Betul kata aku. Kali ni kena 9 jam dalam kete. Daripada pukul 12, kul 9pm sampai. Si Rayyan Ariff dah tergeleng-geleng kepala dah hidung tersumbat. Lama sangat dalam aircond. Nak off aircond dalam-dalam kete dok merayap, lemas bau asap kot nak  bukak tingkap. Dalam pada tu Alhamdulillah sihat dia, takde demam ke apa.

Sampai dah malam, lepas dinner sempoi-sempoi. Terus masing-masing beradulah. Penat wehhh.

Esok paginya, gerak ke rumah makcik-makcik aku aka Kakak-kakak abah. Pakcik aku aka adik beradik laki abah sorang kat Terengganu, sorang kat Shah Alam. Yang Shah Alam pagi-pagi raya kedua dah gerak ke Perak, turn orang rumah so tak dapat jumpa jugak. Takpe kita kawtim yang mana ada aje.
 
Ni anak sepupu aku, muka Shin Chan habis. Comel ok Tengku Zarif ni. Tengok dia tetiba menggelinjang nak anak laki lagi. Aku cakap kat Rifa, I think I like this boy. I want to take him as my son. Rifa jeling aku then tanya, "What about this son?" Sambil tunjuk kat abang dia. Elleh, jeles la tu.. Kahkahkah.
 
Nak balik dah, dan-dan tu lah dia sibuk nak berebut rocking chair ni. Iyea la, nanti kita beli 2. Rifa ni pesen takleh lama kat umah orang, kang mulalah tanya bila nak balik umah nenek. Dok umah nenek dia pun sama, sibuk tanya bila nak balik KL. Perumah dia ni.
 
Balik rumah makcik-makcik, bantai tido tak hengat. Sekali mek ni demam la pulak. Gigih aku minyakkan dia sepanjang kat kampung. Demam dia shot up sampai 39 kot. Sampai pijar-pijar tangan aku minyakkan dia. Oregano Essential Oil setiap 15min and Peppermint Essential Oil constantly. Harap aku tak bawak balik suppository, tidak dah masuk ubat bontot dah main dengan suhu tinggi kemain. Tuhan nak test aku dengan Essential Oil la tu, tengok setia ke tak. Hekhek.
 
Batuk kungkangkungkang toksah cakaplah makcik kecik ni. Sampai KL hari Isnin memang aku bawak terus ke Klinik. Takut apa2 kan. The fact that demam dia dah break from every 4 hours to only 2-3 times per day of temp spikes, menunjukkan its breaking and she's getting better. Alhamdulillah. So far sejak berEO ni, even demam batuk tak melarat sampai ke ambik antibiotik la so far, cumanya mak kena gigih. Sebab EO ni bukan macam ubat, makan 3 kali sehari n dok dendiam. Kena increase frequency of application kalau dah teruk. So untuk yang tak rajin or yang bekerja, susah la sket.

Muka sadis orang demam. There goes our raya. Takde beraya dah lepas dia tak sihat. Aku dok umah dengan dia. Mana-mana bapak dia nak pegi, angkut Abiyen dia aje la.. Alhamdulillah Rayyan sepanjang kat KB sihat walafiat. Aku lebih ke cuak kat si abang sebab abang dia yang fragile biasanya.. Dah la KB tu sepanas alam.

Aku bagi berendam dalam air, titik sket Idaho Blue Spruce Essential Oil, mujur tak cair plastik pool. Kahhhhh. Dapat berendam tetiba demam hilang ehh..
 
Malam raya kedua mak aku buat solat hajat untuk adik ipar aku yang tengah pregnant. Then buat sekali tahlil arwah untuk abah and MIL aku. 

Hero pojaan hati aku..

Sepupu sepapat, kaum keluarga.
 

Itu ajelah cerita raya. Hari Ahad lepak aje kat rumah takde pergi mana-mana. Then pagi isnin, pukul 4am dah gerak balik KL. Gambar raya pun takde belah mak aku. Takpelah, kang kita gi studio. Tunggu aku bagi turun 5kg dulu. Eh.
 
Selamat hari raya korang.  Maaf zahir batin.

No comments: