Tuesday, January 12, 2010

Masih kepenatan..

I was away for a couple of days.. Atas tuntutan kerja, to be exact.. I left Rayyan Ariff with my younger sister.. The first day when I was not around, Rayyan refused to eat and only took his milk. But the next day, he was ok already.. Though at times, he'll make sounds like he's protesting..

.

Where I was..
.
I was so tired and only today I managed to get back the normal me.. Seriously, if just I have loads of money, I would certainly choose to be at home without have to think of masalah negara.. (Yup, my job requires me to think about masalah negara yang tak akan pernah selesai! ~@Sudah bosan@~)..
.
Not just that, I'm catching up with physiotherapy for 3 times a week, occupational therapy and speech therapy  for once a week. Driving with a spoilt brat from Ampang to Subang Jaya for five times a week is no joke when most of the time, the lil' brat will try his best to pull his mother's arm, shirt and even tudung because he wants to hold his mother's hand throughout the journey.. How can one drive with just one hand when she's yet to be a pro driver? Seriously, he needs to sit at the back on his own!
.
Luckily bibik will be back by end of this week.. So I can now focus more on Rayyan and let her handle the house chores.. =)
.
When things are getting out of control, this indescribable feelings of sadness and emptiness starts to kick in.. It seems like no matter how hard I've tried, I still cant put  all the puzzles in place.. So it makes me wonder, when I'm not around later, who'll be taking care of Rayyan and most importantly, how independent can he be? I know it's a question that no one can anwer, but all of us can still pray for the best right? =(
.
And today, another hectic day. I'm quite occupied with something that really need to be done before I go back to work in less than 2 months time.. The registration for OKU card. Yes, I've been scolded for doing this but seriously, this is the best for Rayyan Ariff. To me, by holding the card, he will never be less normal compared to us, but the fact that he's different, will be addressed. So to heck with those who just know how to talk.. If you wanna talk or even scold me for this, let's "walk the talk" with me.. Coz everytime I talked, I'm looking for solutions.. Bukan simple talk sahaja kerana ini bukan NATO ok.. =)
.
Ok peeps, just a quick update.. Need to get back to work.. *~muah to all~*

Sunday, January 10, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009


Name : Tuan Rayyan Ariff Tuan Alimin
DOB : 12 May 2008
.

Here are the two links that need to be included:
Link to MomBloggersPlanet : http://mombloggersplanet.com
Link to the nomination page :


And of course, banner on the sidebar.. =)
.
Looking at the number of participants and the prizes offered, this contest is seriously big.. Bigger than AJL (in the context of bloggermommies at least!)..  Though we won a consolation prize for November's contest, it's definitely not enough for us to secure a place to the finale. So here we are again.. Hopefully, luck is on our side this time around.. =)
.
There are still 6 hours left until 12am.. So come on proud parents, do submit your entry!! =)
.
P/s - Dalam kesibukan sana sini, serious tak sempat nk redeem gift.. Pastu bila tgk org pki purse hook, rasa nak gi curik jer org tu punya.. boley?? Buruk nar perangai!! 

Wednesday, January 6, 2010

Tentang sempurna seorang wanita..

Kata seorang teman, Alhamdulillah hidupmu sudah sempurna sebagai seorang wanita.. Kerana menjadi isteri dan menjadi ibu adalah impian semua wanita.. Katanya lagi, anak merupakan satu kelahiran yang menyempurnakan kitaran hidup seorang wanita.. Katanya..
.
The one who made me a mother:
Dan dia berkata-kata lagi, tiada ketidaksempurnaan pada jiwa kecil ini apabila hadirnya memberikan kesempurnaan pada takrifmu sebagai wanita..
.
Dia terus meluahkan rasa yang berbaur dihati.. Apabila perkahwinan selama sebelas tahun masih belum dikurniakan zuriat sebagai penyeri. Lebih menyakitkan apabila dikhabarkan dia tidakkan mungkin dapat melahirkan benih cinta untuk suaminya kerana penyakit kronik yang dihidapinya.. Penyakit yang membuatkan dia bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dan membataskan segala pergerakannya.. Musnahlah segala harapan.. Terpadamlah segala impian, katanya juga..
.
Hingga satu saat, dia menyifatkan ini sebagai pembalasan tuhan kepadanya.. Kerana dia punya adik beradik seramai 13 orang. Sebagai anak perempuan sulung, tergalas dibahunya beban membantu ibunya menguruskan adik-adik dan keperluan rumah.. Menyebabkan dia sering merungut setiap kali ibunya hamil lagi.. Dan kini, dia nyatakan segala kekesalan di atas kata-katanya yang lalu.. Sungguh kesal, katanya.
.
Dan kala itu, saya hilang punca dan tiada kata-kata untuk menenangkannya.
.
Kawan, aku tidak sesekali melihat ini sebagai pembalasan tuhan kepada dirimu.. Kerana suatu waktu dahulu, kamu hanyalah seorang gadis sunti yang inginkan kebebasan dan inginkan ruang untuk diri sendiri. Lalu kamu melihat tugasan itu sebagai bebanan dan melepaskan keluhan yang bukannya sesuatu yang benar-benar kamu maksudkan. Dan tika itu, kamu juga masih jauh dalam menjejak kematangan. Kerna itulah kamu melafazkan sesuatu yang tidak pernah ingin kamu katakan..
.
Jangan menghukum dirimu di atas sesuatu yang bukannya menjadi kesalahanmu. Aku tidak layak menasihatkan kamu supaya bersabar dan terus tabah.. Kerana aku tahu, kekuatan yang ada padamu wahai sahabat, cukup kuat untuk menongkah segala arus yang mendepani! Aku kan senantiasa disisimu wahai sahabat!

Tuesday, January 5, 2010

Yang teristimewa, kini dan selamanya... =)

Alhamdulillah, setelah sebulan merancang dan mencari-cari tarikh yang bersesuaian dengan semua, akhirnya majlis perjumpaan rasmi ini berjalan lancar.. Kebiasaannya, kami bersua muka di majlis hari lahir anak-anak, rumah terbuka ataupun di tempat Kak Raw, namun kali ini, satu pertemuan khas telah diatur untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin..
.
Pertemuan kali ini dapat menghimpunkan 7 keluarga dengan 7 anak-anak yang cukup istimewa.. Walau ada yang tidak dapat hadir, namun majlis diteruskan seperti yang telah dirancangkan. Semoga di perjumpaan yang mendatang, keluarga Kak Reenaz, Kak Suealeen, Achek Zalina dan lain2nya dapat turut serta memeriahkan suasana..=)
.The superkids: Top L-R; Irfan, Ridhwan, Idris & Aiman. Bottom L - R : Rayyan, Nabila, Sarra & Habib..
.
Aturcara pertama adalah perlawanan bowling. Kami semua berkumpul di Alamanda Putrajaya dan perlawanan bermula sebaik sahaja semua keluarga tiba. Untuk menghabiskan dua games bagaikan terlalu lama sehinggakan anak2 mula merengek.. Kesemua mereka bagaikan mengantuk namun peliknya, tiada seorang pun yang mahu melelapkan mata. Dan saya sendiri, agak sukar mengawal Rayyan Ariff.. Kerenahnya sukar ditenangkan.. Segalanya tidak kena..
.Permainan kerap kali terganggu kerana 'handbag' masing2 mula tidak keruan..:P
.
Setelah selesai permainan, kami sepatutnya piknik di sekitar tasik Putrajaya kerana ada yang mahu mengikuti aktiviti lake cruising. Namun kerana hujan yang turun mencurah, kami terus sahaja ke rumah Put untuk acara surprise birthday party Ita dan makan-makan.
.Sebahagian daripada hasil 'potluck' yang melimpah ruah.. =P
.Supermommies (with one superdaddy terselit) + the Superkids
.
Sepanjang tempoh itu, suasana tidak pernah lekang dengan gelak tawa dan suara masing-masing bercerita. Malam kami diakhiri dengan acara bertukar hadiah sebelum masing-masing bergerak pulang dengan bungkusan bekalan makanan kerana makanan yang berlebih-lebih.
.
.
Malam itu juga menyaksikan kaki masing-masing bagaikan berat untuk melangkah pulang. Meletakkan noktah pada sesuatu momen yang indah memang susah bukan? =)
.
Sesungguhnya, perjumpaan ini benar-benar menyentuh hati saya. Satu pertemuan yang sangat saya nantikan. Pertama kalinya, there are sense of belonging.. Kerana kami berada di dalam landasan yang sama.. kerana kami punya persoalan yang sama.. kerana kami di dalam debaran yang sama.. Kerana kami saling merasai..
.
Inilah wajah-wajah cinta tak bersyarat yang benar-benar menggetar hati saya.. Sungguh, rasa sebak dan terharu menerjah ruang rongga sepanjang saya melihat betapa besarnya nilai kasih sayang yang mereka pamerkan.. Dan kawan2, sungguh saya lebih bersemangat untuk menempuh jalanan ini! Terima kasih teman..
.
*Pertemuan di alam maya membawa persahabatan ke alam nyata.. Syukur Alhamdulillah..*
.
Tiada rasa tersisih di sini.. Terasa seperti inilah ruangnya untuk kami bernafas dengan selesa.. Di sini, kata 'kekurangan' diganti dengan ucap 'keistimewaan'.. Istilah 'tidak sempurna' diganti dengan lafaz 'anugerah terindah'.. Kerana segalanya tanpa hipokrasi.. Bukan saya paranoid untuk menghadapi dunia luar, tidak pernah sesekali kerana dunia luarlah yang telah dan sedang kami hadapi.. Namun ada sesekali waktu, berada di zon selesa sangat memberikan ketenangan.
.
Buat anak-anak, kamu semua adalah yang teristimewa dihati kami untuk selamanya!! Dan kami ibubapamu, tidak akan pernah berhenti untuk menjadi tulang belakang kamu..
.
P/s - The benefit of blogging; monies from the ads can be big.. but friendship; it's priceless! =)
Pic credit to Shah & Zura.. =)

Sunday, January 3, 2010

Detik-detik menjelang tahun baru 2010

It was a wonderful evening..
.My boys are around..
.
So as my BFFs.. (well, at least some of them! :P)
.
The food are simple yet irresistible..
.Last, but not least.. Midnite movie for 4! And Rayyan, he behaved nicely and fast asleep almost throughout the movie.. =)
.
Th movie finished at 1215pm.. So we missed the countdown.. When we stepped out of the mall, there's no more firework left for us.. But it is not a big thing when you have the important peoples around, right? =)

Friday, January 1, 2010

Segala cinta yang ada (II)

Entri pertama di tahun 2010. Kesinambungan dari entri Segala cinta yang ada..
.
Awalnya, saya bagaikan tidak bersemangat untuk membuat recap 2009.. Namun memandangkan ianya tahun yang membawa seribu kisah bahagia buat kami sekeluarga, lantas saya rasakan ianya perlu walaupun ianya tidaklah terperinci seperti tahun 2008..
.
Alhamdulillah, 2009 berlalu dengan membawa pelbagai catatan cinta untuk kami sekeluarga, walau ada juga terselit beberapa kisah duka.. Tahun yang lebih merapatkan saya dan teman-teman juga.. =)
.
Secara amnya, inilah kenangan tahun 2009 kami;
.

Family vacation to;
.

Cameron Highland
.

and Langkawi..
.
Bibik menyertai keluarga kecil kami.. Alhamdulillah.. =)
.
Dua ujian dijalankan ke atas Rayyan Ariff, EEG dan BAEP dan keputusannya;


EEG - ada imbalance brain waves dan mild seizures yang mengganggu perkembangan Rayyan Ariff.
.

BAEP : Profound for left ear and severe hearing loss for right ear.. He can only detect sounds at certain frequency level..
.
Rayyan Ariff juga menunjukkan banyak peningkatan dari segi fizikal:
.

Better head controls.
.

Managed to finish a bottle of milk by himself
.

First physiotherapy session with Ms Sarjeet.. If we had found her earlier, mungkin perkembangan fizikal Rayyan Ariff akan lebih pesat.. Sadly to say, kami hanya berjumpa Ms Sarjeet pada usia Rayyan Ariff sudah 11 bulan.. Banyak peningkatan yang Rayyan tunjukkan di bawah bimbingan Ms Sarjeet..
.

Semakin cheeky.. Gigi pertama pada usia 12 bulan.. =)
.

Rayyan can officially sit without support at the age of 13 months..
.

Pertama kali berdiri tanpa dipegang pada usia 15 bulan..
.
Dan banyak lagi yang boleh dirujuk pada entri: Milestone Updates
.
Sambutan hari lahir Rayyan Ariff yang pertama
.

Moody kerana mengantuk..
.
Hari ulangtahun kedua perkahwinan kami
.

.
Berpindah ke rumah sendiri

.

.
Lebih waktu bersama keluarga dan teman2 kerana saya bercuti tanpa gaji..
.


.
Dan bakal ada pertambahan ahli keluarga yang akan berlaku nanti..Alhamdulillah..
.

.
Segala kenangan yang tercipta akan terus terpahat meskipun 2009 telah pergi meninggalkan kita..
.
Dan hari ini, 1 Januari 2010, merupakan hari lahir seorang insan yang sangat penting didalam hidup saya;


HAPPY BIRTHDAY MOMMY!! SEMOGA BAHAGIA SENTIASA MILIK KITA!!

.


Terima kasih cinta untuk segalanya..