Monday, December 5, 2011

Cerita tentang kelahiran, berpantang dan pemilihan nama..

Kita rangkumkan semua. Senang, sebab taktau bila lagi boleh online balik.. Nak update blog pakai BB? Ampun mak tak reti.. Boleh bukak FB, Maybank2u and Email tu pun dah kira hokayyy.. :P
.
First sekali, tentang kelahiran.. Tiada yang extraordinary tentang kelahiran Adik.. 31 Oktober merupakan check up mingguan yang menjadi rutin setelah memasuki bulan ke 9 kehamilan.. Kerana kesakitan yang saya rasai pada parut pembedahan terdahulu, Doktor memaklumkan luka lama dan dinding uterus agak nipis dan sekaligus agak berisiko untuk saya mencuba melahirkan secara normal kerana sekiranya rahim pecah sewaktu meneran, bukan hanya akan memberi kesan kepada si ibu, malahan pada bayi juga..
.
Pelikkan? Jarak pembedahan terdahulu dengan kehamilan yang ini sudah menjejak 3 tahun setengah. Sepatutnya selamat untuk saya mencuba normal delivery.. Tiada jawapan daripada Dr saya, dan di pihak saya pula, hanya ada cerita di entry INI yang saya bisa kaitkan. Wallahualam.. Mungkin inilah takdir..
.
Memandangkan saya sendiri sudah merasa pelbagai kesakitan, maka saya meminta dipercepatkan tarikh pembedahan iaitu pada keesokan harinya, 1 November. Pada pagi 1 November, saya masih ke pejabat seperti biasa.. Menyambung kerja-kerja yang tidak pernah berhabisan dan menyiapkan appraisal form untuk tahun 2011. Sepatutnya saya mendaftar di hospital pada jam 1.00 petang kerana pembedahan dijadualkan pada jam 4.00 petang. Namun kerana terleka dengan kerja pejabat, saya hanya meninggalkan pejabat pada jam 1.30petang.
.
Sementara mendaftar dan bersiap sedia ke dewan pembedahan, saya masih sempat berSMS dengan gynea saya. Sejujurnya, saya sebetulnya tidak rela dibedah lagi.. Pelbagai persoalan saya utarakan kepadanya dan akhirnya, dia mengakhiri SMS dengan bertanya, "Have you checked in at the hospital?".. Hahahha.. Mungkin dia bimbang saya tidak akan muncul.. :P
.
Sebelum di bawa ke dewan bedah..
Seperti dahulunya, saya diberikan epidural. Sakit? Ya, sakit!! Mungkin kerana badan yang gemuk dengan lemak yang tebal.. :P
.
Dan Puteri Rifa Aleesya lahir pada jam 4.50 petang.. She was very loud!! Tangisan dan jeritan yang sangat panjang sehingga saya bertanya pada Dr, "Is there something wrong with her? She's sooo loud!!".. Runsing, itulah kata yang paling tepat.. Kali pertama Adik di bawa kepada saya untuk menyusu, pandai sahaja dia terus menghisap.. Dan hisapannya juga kuat dan gagah..
.
Detik-detik awal ketibaan sang puteri..
Selesai pembedahan sejam kemudiannya, sudah terasa pedih dan sakit di tempat pembedahan yang mana ia memaksa saya meminta ubat bius itu ditambah.. Hanya pada petang hari ketiga barulah saya benar-benar OK untuk bangun dan berjalan walaupun masih ada seribu kepayahan..
.
Saat yang paling melegakan apabila Dr. Yong, pakar kanak-kanak yang sama merawat Rayyan Ariff tempoh hari mengatakan Rifa Aleesya baik-baik sahaja.. Tiada yang perlu dikhuatiri.. Alhamdulillah.. Lega benar hati seorang ibu.. 
.
"Hi Alimin, Wan.. First I saw Wan's name and I was thinking that she could be Rayyan's sister.. The moment I saw Alimin's name, then I just knew that she is Rayyan's sister.." Doktor yang peramah ini masih mengingati kami walau sudah bertahun kami tidak bertemunya.. Semenjak Rayyan Ariff di bawah jagaan Dr. Sofiah, terus sahaja kami tidak ke sana lagi..=)
.
Jumlah bil untuk pembedahan ini termasuk bil tuan puteri adalah lebih kurang RM9.5K.. Yang mana RM4.5K adalah dibiayai oleh majikan saya dan selebihnya, wang kami sendiri.. Sayang juga sebenarnya, namun di dalam kesakitan, saya inginkan keselesaan dan itulah harga yang perlu kami bayar..  
.
Tentang berpantang? Biasa-biasa sahaja.. Santapan wajib adalah ikan bakar di makan bersama lada hitam.. Sesekali saya memaksa juga diri menelan sup ikan haruan. Stokin tidak pernah ditanggal dan mengurut hanya 4 kali.. Tidak terlalu serius bukan?? Berbanding Rayyan Ariff dahulu, hampir setiap hari saya memakan sup ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat..
.
Padahnya, pada hari ke-30, ada darah pada tempat luka! Takut tak usah ceritalah.. Tambahan pula Doktor mengatakan ada jangkitan.. Maka dengan penuh tekun, haruan dan gamat mula bertukar menjadi menu utama.. Di samping tugas tambahan mencuci luka, menyapu krim khas dan memakan antibiotik.. Takut okkkk.. Selepas 4 ke 5 hari, luka mula sembuh dengan cantik.. Yea, salah saya kerana ambil mudah perihal makan! =P
.
Murung jugalah seketika apabila mengingatkan luka yang masih tidak baik walau sudah sebulan berlalu. Tambahan pula, hanya ada sebulan lagi untuk saya mula bekerja.. Lagi pula, berpantang kali ini sedikit lasaklah dengan 2 orang anak.. Yang abangnya, sibuk mahu mencuri perhatian.. Yang adiknya, sibuk berjaga malam! Stressss!!!
.
Tentang pemilihan nama pula, Puteri Rifa Aleesya adalah nama yang dipersetujui bersama dengan En.Hubby.. Puteri bagi mencerminkan anak perempuan dan sementelah pula, kesemua cucu-cucu perempuan di sebelah En.Hubby mempunyai Puteri di pangkal nama bagi menggantikan Tuan..
.
Rifa pada saya adalah satu nama yang unik dan masih jarang dipakai.. Paling penting, ianya membawa maksud muafakat.. Satu sifat yang sangat ingin saya lihat di dalam diri adik kepada Rayyan Ariff.. Semoga ianya menjadi ciri utama puteri tercinta.. Paling penting, bermuafakat dengan abangnya di dalam segala segi dan tidak sesekali melihat abangnya sebagai individu yang punya kekurangan..
.
Aleesya pula menjadi pilihan En. Hubby walau saya turut mencadangkan nama Aryana kepadanya.. Kata En.Hubby, Aleesya dan namanya, Alimin rhymes nicely.. Memandang nama Aleesya itu sendiri membawa maksud yang indah iaitu Yang Dilindungi Allah, saya menurut sahaja.. Dari sini, lahirlah nama Puteri Rifa Aleesya untuk sang puteri.. Semoga keperibadiannya mencerminkan namanya dan semoga kamu sentiasa dilindungi Allah wahai sang puteri.. Aminnn..
.
Puteri Rifa Aleesya @ 1 month old dengan berat 4.25kg.. Quite a  gain from her  birth weight of just 2.9kg.. Berkat susu  ibu.. =)
Ok, till then.. :-)  

Thursday, November 24, 2011

Pada saat kita diberikan kesakitan..

Barulah terasa betapa berharganya nikmat sihat!
.
Berpantang kali ini benar-benar menduga saya dari segenap segi..Pengalaman yang sangat berbeza sewaktu berpantang setelah melahirkan Rayyan Ariff suatu waktu dahulu.. Bersama Rayyan Ariff, lebih kepada cabaran mental dan pengurusan emosi. Seorang ibu muda yang sering dikejutkan dengan pelbagai berita yang menakutkan yakni, anak yang dilahirkan tidak dapat melihat, anak yang dilahirkan tidak dapat mendengar, anak yang dilahirkan kaku tubuh badannya.. Dan pelbagai perkhabaran yang menekan benteng kesabaran..
.
Pada saat ini, bersama Rifa Aleesya, sang puteri yang dinanti-nanti membawa bersama cabaran fizikal untuk si ibu. Karenah si puteri yang hampir setiap malamnya berjaga dan mahu mengempeng hingga ke pagi adalah sangat memenatkan. Ditambah pula dengan si abang yang cuba mencuri perhatian dengan cara yang mencabar kesabaran, menjadikan bukan sahaja fizikal yang keletihan.. Malahan emosi juga!
.
Kesudahannya, saya hanya terbaring tanpa bisa bangun untuk beberapa hari lamanya.. Migrain dan tension headache menurut doktor.. Maklumlah, berjaga dari jam 1.00am sehingga ke jam 8.00am bukanlah satu perkara yang enteng..
.
Lebih memeritkan, apabila urat leher terkehel mungkin kerana posisi tidur-tidur ayam yang tidak kena. Ialah, apabila si puteri mengempeng sahaja, hampir keseluruhan malam saya tertidur di dalam posisi duduk sebelum tersedar dikejutkan dengan tangisan si kecil itu..
.
Subhanallah.. Sakit yang memeritkan sehingga hampir menitiskan air mata.. Syukurlah, saya semakin pulih kini..
.
Rayyan Ariff, usah ditanya.. Pantang ditinggalkan bersama adiknya, ada sahaja karenahnya.. Rambut adik ditarik, telinga adik cuba dikoreknya, dan pelbagai lagi kerenah yang mencuit rasa sabar yang menipis.. Kalau dilarang, rajuknya bukan sedikit.. Habis rambut bibik ditarik-tariknya sehingga ada yang gugur bertaburan! Bibiklah yang menjadi mangsa tempat dia melepaskan amarah!
.
Cabaran. Namun saya percaya ini hanyalah satu fasa dan pasti segalanya akan pulih di kemudiannya.. InsyaAllah.. 
.

Abang kena sayang adik, sebab adik pun sayang abang!

Sampai di sini dahulu.. :-)
*Rindu mahu berblogwalking!!

Monday, November 14, 2011

The importance of good nutrition during pregnancy!!

Being pregnant again after the first one is really something that we’re looking forward to. This time around, the feeling is all mixed up since we went through quite a difficult pregnancy last time. Despite celebrating the joy of being pregnant again, scared and nervous are the two feeling that accompanied hubby and I most of the time.

Soon after we discovered about the pregnancy (yup, it was unplanned but most welcomed in all angle!), I straight away consumed folic acid and started taking milk. During the 6th weeks++, we went to the same old gynea that was handling Rayyan Ariff’s case for check up and consultation, so I took the opportunity to ask him about the milk that I’m taking. He’s not too keen with the milk product as he claimed that the sugar in the milk can caused unnecessary weight gain. Mind you, I’m on the big side of the scale so weight is definitely a major concern!

Having to hear that, I stopped taking the milk and was only relying on all the supplement pills. Then, I was introduced to Mamil Mama by a friend through a function.. At that point of time, I’m already in my 20th week.. After giving it a thought and browsed through Dumex’s website, I’m really satisfied that this maternal milk contains no sucrose!
.
The new packaging~ NICE!@!
.
Having to know that this milk product is sugar free formulated, I asked my husband to get me one. Since Rayyan Ariff is also taking Mamil Gold which is from the same line of Mamil Mama, hubby was totally okay with my request since we can obviously see the benefit that Mamil Gold has given to Rayyan Ariff.

Like Mamil Gold, Mamil Mama also contains IMMUNOFORCE that can help maintain a good intestinal environment that will help to support your immune system.  Mamil Mama also provides high folic acid, calcium and irons which can help contribute to the development of our unborn child. Having all these vitamins, Mamil Gold is not just perfect for pregnant mother, it also caters the need of someone who’s trying to conceive.

And when I was in my 3rd trimester, I still took my Mamil Mama and I’m currently still taking it even after I gave birth as I am breastfeeding my child.. If you’re breastfeeding, Mamil Mama is definitely one milk brand that you should consider as it has vitamins and minerals that can help to refill your body’s nutrient.
. 
Being a chocolate lover, I would totally recommend you to try Fine Cocoa flavor!! It’s not just about the taste, but I truly believe that a healthy mother can lead to a healthy child.. :-)
.
Little princess has safely and healthily arrived.. :-)

Sunday, November 13, 2011

Tentang Rayyan, Tentang Rifa dan Tentang Mati~

Tajuk sangat dramatik.. Tapi itulah realiti yang saya rasakan beberapa hari yang lalu..
.
Sewaktu Rayyan Ariff tempoh hari, segalanya bagai dipermudahkan di pihak saya. Hari Isnin tanggal 12 Mei 2008, saya dibedah. Hari Selasa merupakan hari saya diletakkan di bawah pemerhatian doktor dan sudah bisa bangun berjalan.. Hari Rabu, terus sahaja saya dibenarkan pulang..
.
Sakit? Langsung tidak ada. Pelik pula bila ada yang bercerita czer itu sakit dan menyakitkan. Semenjak dibenarkan pulang, tidak pernah saya gagal melawat Rayyan Ariff di NICU setiap 2 hari.. Betapa tiada kesakitan.. :-)
.
Berlainan dengan kelahiran Rifa Aleesya. Sakitnya, Subhanallah.. Hanya Dia yang tahu.. Hari Selasa pembedahan dilakukan, sebaik keluar dari dewan pembedahan, terus minta ditambah dos epidural kerana sudah mula terasa perit dan pedih di luka pembedahan..
.
Hari Rabu, bangun berjalan dengan seribu kepayahan dan kesakitan. Menjelang petang khamis barulah kesakitan mula reda.. Lantas dibenarkan pulang pada hari jumaat.. Pada hari ke-enam barulah rasa benar-benar OK. Urat-urat pun banyak yang sakit.. Sebab kali ini saya berpantang bersama-sama bayi yang berjaga pada malam hari dan hampir keseluruhan malam saya tidur-tidur ayam dalam keadaan duduk kerana sang puteri hanya mahu mengempeng.. breastfeed baby..
.
Bila sakit yang amat, hanya kata mati yang ada di minda.. Ada yang berkata, "Oh sudah sepasang. lepas ni boleh la rehat lama sikit yea.." Dalam hati saya menjawab, errr.. cukup la kot.. Mintak yang ada ni panjang umur cukup la.. =P
.
Serik. Itu kata yang tepat. Namun setiap kali mencium bau Puteri Rifa Aleesya pasti ada rasa mahu melengkapkan 3 ahli kecil untuk keluarga saya.. Tapi bila memikirkan kesakitan, perit!! Huhuhu.. Serahkan sahaja pada yang maha Esa.. Wallahualam.. 
.
Sang puteri pada detik awal kelahiran..

Wednesday, November 9, 2011

Abang Rayyan & Adik Rifa~

First time dapat dekat dengan Adik Rifa, bila Adik menggeliat dan keluarkan tangan, Abang Rayyan angkat tangan dia dan tepuk tangan Adik.. High five.. Next thing, dia calit ibu jari adik pulak.. Pastu, dia bagi belon dia kat adik.. Ajak main..
.
We were quite relieved. Looks like Rayyan Ariff boleh terima Adik Rifa Aleesya..
.





Tapi sayangnya tak lama.. The next day, Abang Rayyan Ariff dah tunjuk riak-riak cemburu.. Every time ada adik, dia pun datang melekat dengan Mama.. Sampai Mama takleh buat apa-apa.. 
.
Sampai satu tahap, last night, dia peluk Mama sambil nangis.. Tangisan takde suara.. Cuma air mata mengalir.. Badan teresak.. Syahdu sangat-sangat.. Bila Mama letak Adik Rifa dalam baby cot, baru dia berhenti menangis.. 
.
Hari ni pulak, dia tarik rambut bibik bila bibik pegang Adik Rifa.. Dia gigit kaki nenek bila nenek pegang adik.. Luckily, bila Mama breastfeedadik, tak pulak dia kacau.. Kasihan sangat bila tengok anak bujang yang dah terbiasa jadi anak tunggal ni.. How I wish that Adik Rifa was born 2 years ago.. Masa Abang Rayyan masih tak tahu erti cemburu.. Tapi Allah knows best..
.
Whatever it is, kami tahu abang sayang adik bila mana abang Rayyan tak pernah gagal cium adik Rifa bila Mama pangku adik.. Dan Abang Rayyan tak pernah kasar2 dengan Adik Rifa.. :-)
.


Whatever it is, Mama dan Ayah sayang Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya.. Takde lebih takde kurang.. Abang jangan nakal-nakal eh.. :-)

Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah.. Di atas rahmatNya..

The arrival of..
.


Puteri Rifa Aleesya Binti Tuan Alimin
01.11.11
2.9kg
51cm
Pantai Medical Centre, Bangsar
Elective LSCS
...
Assalamualaikum world!