Wednesday, June 17, 2009

Hari mendera Rayyan.. :P

Seperti biasa, kalau bab-bab mendera Ian ni, Uncle la dalangnya.. Mama plak, tukang gelak n yang menurut perintah.. :P
.
Ni semua video-video lama yang Uncle record. Keje record2 ni memang favourite uncle la.. Aksi-aksi dinamakan, sesi terapi sambil bermain.. =)

video

In this clip, bleh tengok camne Ian amik n buang bola berduri tu, dia memang extremely geli ngan bola ni.. :P
.
video
Abaikan suara Mama yang mengilai cam hantu.. Happy dapat 'dera' anak.. Ian pun cool jer.. Siap sengih2.. :P
.
video
And this one, operasi melatih Ian untuk duduk..

Ian actually memang mampu duduk tanpa sokongan untuk beberapa minit. Tapi susahnya anak ini, baru sahaja diletakkan di dalam sitting position, dia sudah menangis. Kalau moodnya ok, dia akan tersenyum sambil menolak badannya ke belakang. Memang disengajakan! Kalau disambut, berderailah tawanya!

Tapi ada juga waktunya, dia memang tidak mampu untuk bertahan lama. Kerana tulang belakangnya belum cukup kuat. Pernah sewaktu bersama therapistnya, Ian menunjukkan kebolehan duduk tanpa sokongan untuk jangka masa yang agak lama. Memang mengkagumkan.

Apabila badannya condong ke kanan, dia akan menolak ke kiri untuk mengimbangi badannya sendiri. Sehinggakan therapistnya berkata, "Hmm.. He's getting better at sitting. I think you can let him sit for a little longer than usual." Tapi itulah, hanya di hadapan Ms. Sarjit. Bukankah bagus kalau dia menunjukkan kerajinan yang sama sewaktu di rumah? Hmmm.. Well, kids will always be kids. Lebih cenderung untuk bermain.. :P

These are some of Ian's so-called-gadget to help him to overcome his sensory problem:
.

Ada bola berduri, Mr. Bebo, berus basuh kain, berus cat n thera-putty.. Thera-putty ni harga dia RM65 untuk sebesar bekas dadih. Rupa dia cam plastisin tapi lebih licin. And, it's toxic-free.. Safe la kalo baby terjilat ke apa.. :P

P/s - Kata doktor rehab Ian, anak yang mampu duduk tanpa sokongan, punya peluang yang tinggi untuk berjalan kerana mereka tahu untuk mengimbangi diri.. Mudah-mudahan.. =)

25 comments:

suealeen said...

budak ni memang camtu kan. Syafiah pun suka beno tunjuk terror depan specialist/therapist.. nyampah I!

Syaz said...

insyallah 1 hari nnt ian bole berjalan...

AiYa said...

Ian sgt la comel.

Ema@Red said...

mudah2an..... jiey...aminn

Queens said...

Insyallah jiey..
Semua akan ok..
Kita doa sama2 anak kita berjaya sihat dan walafiat..
Doa ibu mustajab..

Ian geli benda berduri tu yer? tiara x leh view video sayangnya.. kat opis ni diaorg block apa tah. nnti balik tiara nk view ar.. x sabar..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

saya pun salu kena buli ngan Ummi dan Abah :(
sama ar kiter Ian...
Betsnya bola duri awak, mintak satu..saya ada bola gak tapi tadak duri :D

xoxo,
Nuha

Leen Die said...

tregelak tgk masa uncle Ian letak cam apa entah kaler orange atas muka Ian..tercari2 Ian yer..heheheh..comel..Insyaallah Jiey Ian pasti boleh berjalan..doa smeoga dipermudahkan segalanyaa

Marsha~ said...

hehe.. pandai pulak dia tepis bola tu ek... heheheheh.. takpe.. sebabkan Ian sgt istimewa, dia pasti akan dpt berjalan suatu hari nanti... dia saje je nak manja2 lebih dgn parents dia..nanti dah jalan, manjanye dah kurang..

alyyani said...

1st - sampai 3 video amik masa bape lama ko tunggu nak upload nih? kalau aku, nak tunggu 1 pun, jenuh weh. menguji kesabaran..

2nd - ian nye pe'el macam nia. kalau didudukkan sengaja nak telentang balik mcm nak masuk gimrama je aku tgk. tau la bebudak ni elastik kan. takut telepas je.

3rd - part balin2 bola tu sebab geli ke sebab dia mmg tak suka bola tuh? sama mcm nia tuh, dia da boring dia campak terus mcm ian buat tu la..

puterikurekure said...

pandai Ian baling bola tu ek. dia tak suka, dia baling kan je. hehehehe.

SyahNur said...

comeynye Ian.. suke betul tgk dia tersengih2 n gelak2 kegelian.. comel sgt.. mcm nasuha yg suke gelak2 & guling2..

bagus la jiey, selalu buat teraphy utk Ian.. keep it up!

eiNa said...

aler..xleh tgk video..huhuu rugi!! Insyaallah Ian bleh jalan nnt.. Ian kat strong.. nnt leh jalan xtekejar mama dia.. :P

miela77 said...

Salam...moga Ian cekal menjalani latihan2 nya...Auntie Iela doa2kan...

Reena said...

for sure...rayyan satu hari nanti pasti berjalan

IEM said...

salam,
insyallah 1 hari nnt ian pasti bole berjalan...kita doa sama2 key...

izzahazfar said...

Semua ibu2 berharap anak mereka cepat pandai membuat sesuatu kan kak..

doa ibukan berkat..harapan kita yang kuat juga mungkin membantu disamping usaha yang berterusan..

Ian comel..!jgn luntur semangat ya..!

niza said...

Ian...u can do it dear!!!nnti bila dah pandai jln...leh main kejar2 ngn mama...

Farah said...

waah..byknye gadget ian..termasuk berus basuh kain??hahaha

insyaAllah jiey...ian pasti boleh berjalan pula lepas ni..

misz_nierah said...

happy sgt tgk sume video td..ske tgk Ian senyum2..really mengusik hati sy.hehhe..anyway, gud luck Ian! ^_^

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

dah bleh duduh nanti bleh tatih..
tatih Ian tatih..jgn mls ok

mamamiera said...

geramnye tng0k aksi Ian.. bg sy Ian bijak n cpt belajar.. Ian mesti 'b0leh' same mcm ank2 sihat yg lain..

ibu_umairah said...

insayallah...boleh ian!!!pelan2......

Mamapinkie said...

Jiey, tadi jumpa Ian...manisnya senyuman dia...and he tried to say babai lah bila akak cakap babai kat dia...try to talk right in front of him yea and tunjuk your mouth movements, Insya-Allah akak rasa dia leh cuba ajuk nak cakap and who knows actually say the word one day ;) amin..insya-Allah...oh and akak ada kasi pamphlet about twiddlewink kat bibik Jiey, hopefully dia kasik Jiey nanti...nak tahu lebih about twiddlewink leh kita beremail or calling2x nanti yea...take care...and kisses to Ian yang comei tu!

yatie chomeyl said...

Insya Allah berkat doa semua dan usaha x putus2 dari mama dio, Ian mesti bulih jale mace baby2 lain...gambatte ne *wink wink*

Lea Spykerman said...

Hi, I found your blog through Google. Where can I buy Theraputty in KL, Malaysia?