Saturday, June 6, 2009

Rumput untuk Ian!

Hari ahad lalu, kami ke Sungai Buloh untuk membeli rumput. Kami memilih 2 keping rumput Philippines yang berukuran 1 x 2 sf. Kami memilih untuk menanam rumput buat Ian bagi membolehkan dia duduk dan bermain di atasnya. Mahu dia merasakan kepelbagaian tekstur.
.

.
Bila melihat bunga-bunga yang cantik ini, terasa ingin berkebun.. Tapi saya tahu, kebiasaannya, saya cuma hangat-hangat tahi ayam! :P
.
.
.
Ian yang ditidurkan bibik sementara menunggu kami memilih..
.

.
Inilah hasilnya, hanya sebesar but kereta kancil. Cukuplah untuk Ian yang kecil molek itu. :P
.
P/s - Kalau difikirkan, agak kelakar barang-barang yang kami dapatkan untuk stimulasi Ian. Berus cat, berus kain, bola yang berlainan bentuk, bola plastik berduri, teddy bear yang berbulu dan pelbagai jenis tuala.. :P
.
Projek seterusnya, pasir!! =)

16 comments:

shima said...

jiey, akak pun tengah tercari rumput tuk rumah baru.rumput bsar tu brp RM ye. cantik2nya bunga kat situ. harus ku terjah nanti tu...:)

mayra_solace said...

Jiey,

Good effort utk stimulate kemahiran manipulatif darling Ian.. bg kita mende2 tu sume besa je keliling kita tp for Ian mende2 different tekstur gitu helps a lot utk deria dia..good work mommy!

yatie chomeyl said...

nok wat gapo rumput tu jiey?

Noina said...

bagus la jiey ni..hehe..ina pun tak terpikir nak beli rumput yang sikit untuk Nabila..yelah..nak biarkan laman kat umah Rawang tu berumput..alamatnya berlalang la..nak simen depan umah ada la..hehe..emm..Bagus jiey!..teruskan usaha!..ina pun banyak belajar dari blog jiey sebenarnya..!Dan ina dapat rasa keberkesanan jiey dalam mendidik Ian..Sebab Ian dah pandai macam-macam..Ina gembira sgt..nanti nak cuba untuk Nabila pulak..!

ibu_arifa said...

bagus tu Jiey..saya pun kalo boleh nak cari semua/byk barang utk rangsang perkembangan anak. tp umah flat ni kecik je..tak muat nak beli apa sgt pun..kalo beli satu barang baru..mesti kena satu barang lama kena simpan (beli walker- rocker kena simpan)hehehe

mOmmy of Triplets plus One said...

alar..lupe nk bgtau awal2. patut beli cow grass biasa jer. sbb rumput philipine ni certain angle tajam bile sentuh..kang lagi lar melompat anak u bila disuruh sentuh

nk main pasir, jemput dtg umah! =)

Dina said...

Bagus Jiey, pasnih Ian boley geli geli kaki die lagi :P

Macam macam ek Ian dapat.
Untung betul Ian syomel sorang nih!
^____^

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

wah..!! iyan dah dapat rumput la... Jiey, kedai yg mana satu pie..? kat ngn hospital sg buloh ker..?
berapa harga sekeping tue..?

~Puteri-Nuur~ said...

jiey, jangan lupa juga beras dan kacang hijau :) bungkus macam batu seremban :D

AppleCrux said...

Teruskan Jiey! My son masa first time kasik pijak rumput pun, terus bengkok kaki..mungkin betul kot petua org tua2 dulu, kasik anak pijak embun kat rumput pagi2 kalo nak cepat jln..in a way its a stimulation kan?

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

ian dah g sg buloh ye...nape tak singgah umah aqil aqif sekali..hehe dah dekat sgt dgn nursery bunge2 tu..

Cikpid said...

Aritu balik kampung..letak afieq kat rumput2..bg die pijak2..sgt suke itu budak..tapi nenek die ckp.."hei..kang msk cacing main tanah tu.." kekekekke...tapi sbnrnye bagus kan bg budak2 rase different tekstur...

puterikurekure said...

takpe jiey. asalkan Ian dapat belajar . penting tu. biarpon bai orang2 lain, benda2 tu remeh je. kadang2, yang remeh tu jadi penting kat Ian. kan?

miezrina said...

wahhhh... siap beli rumput... gigihnya jiey

bangga betul kalo na jadi rayyan... hihi

Queens said...

kadang2 kat kedai bunga tu..tgk bunga2 segar bugar..
kang dah beli bw balik umah tanammm
habis layu..agaknya kena beli air tangan tukang tanam tu sekali kut..hi hi hi

mummy_adam said...

go rayyan go.. big boy..