Tuesday, June 23, 2009

Melihat langkahmu di dalam mimpi-mimpiku..

Mata memandang tepat pada kaca TV sambil tangan memeluk Ian yang duduk di ribaan. Khusyuk dia melihat iklan di TV. Sesekali memandang ke arah mamanya dan melemparkan senyum. Indahnya menikmati masa bersama anakanda tercinta, namun otak ligat memikirkan banyak perkara..
.
"Senaman Ian masih belum di buat."
"Flash card masih belum ditunjukkan."
"Masih belum bermain dengan activity toys lagi"
"Masih belum memberi urutan untuk Ian"
"Masih belum membuat rangsangan untuk deria rasa Ian"
Dan segala macam "masih belum" yang berlegar-legar di kotak fikiran..
.
Ada waktu, terasa ingin berhenti memikirkan tentang keperluan Ian sebagai seorang anak istimewa. Mahu melayan dia seadanya dan hanya bermalas-malasan sepanjang hari.. Namun apabila mengingatkan ini semua pelaburan untuk masa hadapannya, diri ini mula memaksa si kecil untuk mula 'bekerja'..

Tidak sesekali saya mahu berhenti menjadi ibu kepada Rayyan Ariff. Cuma ada waktunya, mahu berhenti menjadi ibu kepada anak istimewa.. Melupakan seketika segalanya dan hanya menikmati saat indah menjadi ibu.. Satu anugerah yang tak ternilai.. Namun diri ini tersedar, inilah kelebihan yang Allah berikan kepada saya.. =)
.
Beberapa hari ini, sering termimpi-mimpi Rayyan yang gagah berjalan ke sana ke mari. Bukan hanya saya, malahan teman-teman rapat dan bibik sendiri juga berkata demikian. Mimpi yang sama. Kebetulan? Atau ada sesuatu di sebalik mimpi? Wallahuaklam..
.
Satu istimewanya Rayyan, dia menunjukkan perkembangan yang cepat dalam banyak perkara.. Alhamdulillah di atas kurniaanNya.. Namun hati ini sering dihambat rasa bersalah. Kerana kekangan waktu, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan untuk Rayyan Ariff.. Keluar dari rumah seawal jam 645pagi dan hanya kembali apabila malam sudah melabuhkan tirainya.. Sudahnya, dia ketinggalan. Banyak sasaran yang ditetapkan tidak tercapai. Maaf. Maaf. Maaf.
.
Pedih rasa hati apabila dia menangis sewaktu bibik mengambilnya dari dukungan saya setiap pagi. Sedih apabila dia menarik-narik baju saya sambil merengek, tanda tidak mahu pergi kepada bibik setiap pagi. Syahdu melihat senyuman bahagia dan sinar matanya apabila melihat wajah saya yang pulang baru dari pejabat.
.
Betapa setiap langkah saya dibebani rasa bersalah yang mendalam kerana melepaskan tugas menjaga dan mendidik anak seistimewa Rayyan kepada orang lain. Mempersia-siakan waktu yang berharga di dalam hidupnya. Dua tahun pertama dalam hidupnya sedang berlalu dengan pantas. Sedangkan, waktu inilah yang paling penting untuknya.
.
Maka kami sudah berbincang dan membuat satu keputusan. Moga dipermudahkan segala urusan.. Aminnn..
.
P/s - Rekod tertinggi so far, tiba di rumah jam 12am dari pejabat, which was last friday.. Hehhehe.. Rajin tak rajin la mama Ian nih.. Ni pun sbb dah kawen n ada anak.. Cuba bujang, mahu kena stay smpi kul 1 atau 2.. Haihhh.. Nasib badan..

35 comments:

cerevisieae said...

jiey..moga dipermudahkan segala urusan... InsyaAllah...

p/s: Jiey mmg berbakat menulis la.. ;)

wanie_putra said...

itu la ibu...cukup bertuah kita dapat melihat zuriat kita..pewaris kita..berbanding dgn insan yg tiada zuriat..memang penat tp cuba tukarkan dia kepda keseronokan melihat telatah mereka...

jiey..semoga hari2 mendatang memberikan seribu kenikmatan dan keindahan...sabar tau...

yatie chomeyl said...

ore doakan mimpi2 tu akan cepat2 jd kenyataan jiey.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

moga mimpi jadi kenyataan..Insya Allah...nanti awak jalan laju2 sampai mama awak tak leh kejar tau!!

xoxo,
Nuha

alyyani said...

hmm..mungkin bukan ko je rasa bersalah kot bila kua pagi balik malam. sume career mom pun gitu rasanya. bila balik umah, lemau je. tgk je nia main2 sendiri. kesian tgk nye. patut kita ajar dia macam2, sembang- sembang. mmg rasa bersalah sgt...

p/s : apsl kening ian lawa sgt? takyah dibentuk2, mmg tebentuk elok je tuh. senang keje mak andam bila nak kawen nanti. hheheh... advance aunty aly pk tau!

p/s-2 : rekod ko menyamai rekod aku. dah kawen, balik dkt pukul 1 pg. huh, nasib badan, aku kuli...

QM said...

Jiey : I suka tengok mata Ian...bersinar-sinar tanda he is a genius. Genius kids, you boleh nampak what he is thinking you know!!
All my prayers semoga tercapai hajat yang di cita. One day, I want to meet this SPECIAL BRILLIANT kid of yours...

Watie Aziz said...

Jiey, jgn sedey2 yang ...i suggestkan ..masa u gi kerja, suruh Bibik bukak DVD Education untuk Ian, macam Brainy Baby ker, baby Einstein ker, Your Baby Can Read ker..tak kesahlah apa2 pun, janji education. Bukak voice dia kuat sket since u kata Ian ada masalah pendengaran sket kan .. gunakan masa u takder rumah untuk dia lihat & tgk semua tuh, at least u boleh enhancekan mata & telinga dia.

Ulang2 jer 3 4 kali, then tukar video lain, pun 3 4 kali. Macam tuh lah hidup i hari2 kat umah ngan Q yang ...hu hu..memang kala ikut hati, tak larat nak dgr & tgk dah ..ahhaha..tapi pikirkan kebaikan utk dia& dia nampak enjoy ..i dont mind..

bila u balik rumah, if ada masa, then u mainlah flash card.i pun tak lah selalu main flash card ngan Q(walaupun 24 jam ngan dia ..heheheh) If rasa nak main, i main, tapi , time tunjuk & nak test samada dia paham ker tak ..i buat dalam bentuk game...sambil2 nyanyi suruh dia pilih card mana yg betul, sebab i takmo Q rasa i tgh test dia ..baby tak suka di test, so bila kita buat cam game, dia rasa its a game.

i try to understand ur feelings yang ..if i were u, tentu i pun akan rasa bersalah & sedih. Sedang Q yang alhamdulillah, sihat nih pun, i rasa sedih nak tinggalkan dia sorang, apatah lagi u kan ..tapi kan yang ..walaupun kita ngan anak bersama cuma few hours a day, but if we spend only 10 minutes a day -the most precious time to play, hug & study together, i think thats the best ...yang penting masa berkualiti, bukan masa kuantiti ...

my 2 cents opinion..:)

suealeen said...

akak ada masa berhenti menjadi 'ibu' pada anak istimewa. bermalasan. sekadar berinteraksi dan mengusiknya. insyaAllah sentuhan dan rangsangan yang banyak mampu membuatkan si dia itu cerdik juga..

Cikpid said...

sy doakan mimpi2 indaah Ian berjalan jadi kenyataan..

Semoga perancangan rahsia Jiey itu..(ecewah..) utk Ian dipermudahkan, diperkenankan..dan mmberi impact yg bagus pada seluruh family Jiey..

Sy turut doakan..Jiey sekeluarga dimurahkan rezeki utk kepentingan Ian..

Sebenarnye blog Jiey mmbuka mata saya..sy seorang yg pemarah..n rasa penat sgt lps blk keje..rase nk suh AFieq tido cepat..tapi lps jumpa blog Jiey..sy rasa knapa msti sy pentingkan diri??sy patut bersyukur..patut lbh luangkan masa utk anak..

Jadi, skang sy blk umah tak ngadu penat lagi..sebolehnye sy akan layan Afieq main..n layan kehendak die..smpi die tertido..Thanks Jiey..
sorry bebel pnjg..hahaha

PuteriSatu said...

do the best tuk ian jiey... di tahun terawal ini lah yang paling penting untuk dia kan... bukan saje jiey ibu pada anak istimewa yang rasa tiada banyak waktu untuk anak..akak pun rasa benda yang sama.. ada ketika..rasa teringin membuat keputusan untuk berada di rumah tanpa bekerja...dan menikmati setiap saat dengan permata hati... tapi perlu difikirkan dari pelbagai sudut... so jalan terakhir..harus bekerja jua...

Elyn said...

jiey saya pun doakan apa yg awak impikan jd kenyataan ...i'allah.

wafiq dr last week kalo i dh blk keje asik nk melekat je ngan saya. sampai kan lps mandi nk pakai suar pun die still berpaut kat kaki saya ni ha!!!

lawak pun ade bile pangai die camtu tp letih nyer satu keje kat umah x le nk buat. letak je nanes cam kene sebat.

niza said...

insya allah jiey...1 ari nnti pasti akan berlaku...

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

tabah jiey..

cuba balik keja awai..lepas waktu keja..tumpu pada Ian sepenuhnya..

Farah said...

waah lambat jugak jiey sampai ke rumah..saya sejak ade anak plg lewat sampai rumah pukul 10 mlm...

moga2 mimpi jiey cepat jadi kenyataan :D

SyahNur said...

mmg rekod la 12am tu.. sy sendiri sejak kawin, pukul 6 sharp da punch card! haha.. family lagi penting dr kerja.. kerja delay pun x pe! hehe.. mmg x blh jadik pekerja cemerlang..

mmg setiap ibu akan rasa ape yg jiey rasa tiap kali pegi kerja..

nway, gmbr Ian tu tersgt la kiut!...

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

hopefully tercapai impian2 mu... :-)

MRS. K said...

takpe jiey.. buat yg termampu..

eiNa said...

insyaallah nnt Ian pasti blh bejalan ..belari.. bermain mcm biasa..

er.. jiey, u keja smpai kul 12am??
rajinnnnyerrrrrrrrrr/.......... perh!! sallute lah

IEM said...

im doakan mimpi2 tu akan cepat2 jd kenyataan jiey...

misz_nierah said...

speechles...Ian, nk pinjam kekuatan Ian tempuhi hidup ni. huhu...saye sgt tak kuat skrg. sob sob

Adinina said...

12am? wahh saya ingat saya dah habis teruk smpi rumah jam 11mlm ada sekali tu.

ape2 pun, mudah2an 'keputusan' itu yg terbaik utk Jiey sekeluarga. :)

Liana said...

Jiey,
Bila baca...luahan hati jiey ummi sedih sikit! Betapa untungnya Ian punyai ibu seperti Jiey. Aduh! kasihannya anak ummi Husna...Selalu kena marah dengan ummi bila dia buat perangai! Cam mana yer nak jadi penyabar cam nie? Apapun ummi doakan semoga keputusan yang Jiey buat itu adalah yg terbaik untuk Jiey sekeluarga terutama Ian!

Belly-Button said...

sabarlah kak jiey... betol apa kak jiey ckp, sume ni utk pelaburan masa dpn Ian..
semoga hasil usaha kak jiey n fmly diperkenan Allah swt and Ian akan pulih.. =)

Kerikil Kehidupan said...

Jiey sayang..
Kalau kita rasa susah..ada lagi yg lebih susah dari kita..kalau kita rasa sengsara..ada lagi yg lebih sengsara dari kita..Kalau kita rasa tertekan..Ingatlah Allah, sesungguhnya hati kita akan menjadi tenang..Allah tak turunkan ujian utk yg tak mampu menanggungnya..Tapi kita mampu..sebab tu Allah memilih kita..Itulah yg akak fikirkan setiap kali rasa down..Jgn terlalu paksa diri Jiey..kelak Jiey akan tertekan..Lakukan yg terbaik buat Ian..InsyaAllah usaha yg baik akan dapat ganjaran yang sewajarnya..Percayalah..MOga jiey akan terus kuat..dan terus tabah..Senyumlah dan lapangkan fikiran..InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yg betul untuk Jiey pilih..tabahkan hati..Akak sentiasa doakan jiey dan Ian bahagia..

Pnut said...

Insya-Allah, Ian akan terus menunjukkan peningkatan...dia kan hebat... tahniah untuk mama Ian juga kerana kuat walau selalu kata dia tak berapa kuat, but you strong mama Ian...

Jiey^Mien said...

cerevisieae : Mudah2an.. Aminn..

P/s - Agak2, kalo saya tulis novel, awak beli tak? :P

P/s (2) - Amboi.. sakannya berjalan merata-rata.. Luas pemandangan!

wanie : InsyaAllah.. Aminnn..

Menjadi ibu memang pengalaman yang tak ternilai kan? =)

Yatiey : suh baby nazhan doo etek deh.. =)

Elissmie Jr : Mama saya mmg takleh nk kejar.. dia kan gemuk.. *berbisik*

Aly : Itu la ly, aku rasa semua mak pun akan rasa yang sama.. Tapi bila masuk bab anak istimewa nih, tanggungjwb dia double, jadiknya, rasa bersalah pun double..

p/s - dgn kening camni, mana org tak ingt dia pompuan.. hahhaha..

p/s -2 : aku pun kuli gak.. tersangat2 la kuli.. =(

Jiey^Mien said...

QM : If you know his whole story, I bet you memang akan kata he's a one genius boy! =)

watie : thanks for the tips.. you ni memang supermommy la! hardworking sggh..

insyaAllah I akan buat.. mana ek nak carik video tuh?

Suealeen: betul kan kak sue, kena ada masa 'rehat' gak la.. =)

cikpid : kita sama2 tgk berusaha menjadi ibu yang terbaik kan? =)

puterisatu : tu la kan kak? tuntutan hidup yang membuatkan mak2 skrg terpaksa keluar bekerja.. =(

Jiey^Mien said...

Elyn : Tima kasih.. AMinnnn

hahahhaha.. lawak betul smpi bergantung kat kaki.. :P

niza : insyaAllah...

yanadzul : tak bleh la dear.. keje terlampau byk, dept shorthanded.. kalo blk awal gak, keje byk yg outstanding nnt.. pastu kena la ngan bos.. =(

Farah : itu la.. rasa cam nak jadik cikgu jer.. mesti tak blk kul 11 or 12 mlm kan?

thanks dear.. aminnn

syahnur : takleh la nak clock out by 5.. mesti kena sound ngan bos punye.. =(

Jiey^Mien said...

jue : amin byk2! thanks yea..

mrs k : tapi yang termampu tu tak mencukupi la.. =(

eina : ina, ni bukan rajin.. ni terpaksa.. dlm hati dok nyumpah2 bos.. muahahahha..
tak berkat langsung!

IEM : Aminnn.. Thank yea.. =)

misz_nierah : kuat yea dik.. kuat!

Jiey^Mien said...

Adinina : huhuhu.. terpaksa.. =(

moga2 'keputusan' tu benar2 terbaik.. =)

Liana : Jiey pun masih belajar utk bersabar gak.. biasa la.. kita kan manusia biasa.. ada hari2 yang mudah naik angin.. =)

belly-button : mudah2an.. aminnn

kak nanie : insyaAllah, kita memang mampu.. sebab tu tuhan bagi kat kita.. =)

Kak Pnut : Jgn terlalu tgg mengangkat.. jiey sedang mencuba.. masih jauh lagi perjalanan.. =)

Adwindaa said...

uish2.... by this end of the year ian dh leh berlari berkejaran....... dont worry dear...
semoga sume dipermudahkan untuk mu n hubby n of cause for ian tooo....

Marsha~ said...

Jiey, Jiey adelah ibu paling kuat dan tabah yg sy kenal ni blog2 yg sy singgah...
teruskan usaha demi Ian, demi masa depan dia..

Tapi, sepjg sy baca blog ni kan, tgk perkembangan pesat Ian, sy pasti dia anak yg cerdik. satu hari nanti dia pasti akan membesar seperti kanak2 biasa. percayalah.. berkat doa semua yg sayang pd Ian, dan berkat usaha u, pasti Tuhan takkan kecewakan u dan Ian.. Tuhan sayangkan Ian.. Ian terlalu istimewa. Cuba tgk mata dia tu, senyuman dia.. Sgt comel dan ikhlas..
Peluk cium dr sy dan Qila utk Ian..

shi3la said...

wahaiii Tuan Rayyan Ariff Tuan Alimin..ko tau tak betapa untungnyer ko dapat mama cam mama ko nihhhh...tak byk mama kat dunia nihh cam mama ko tuh tauuuu...

"AKAK" ponn dah admire ngan mama ko nihh...ko lagikkkk lahh kener admire diyer tau..Ingat pesan "AKAK" nihh...

jay said...

tuh lah anugerah xternilai tuk ibu..even kite letih camne pon anak mampu membuang rasa jerih tu jauh2..

mummy_adam said...

InsyaAllah.. tabah kan hati, kuat kan semangat n usaha.. InsyaAllah mimpi boleh jadi nyata..

Ian mmg bagus.. sure dia boleh.. :)