Thursday, September 17, 2009

Biarkan emosi itu berlalu pergi..

Memetik komen yang ditinggalkan Adinina di dalam entry semalam mebuatkan saya tersedar betapa tidak selalunya saya mampu bersikap positif.
.
"I noticed that these feelings of yours keep coming back once in a while."
.
Dan setelah meluahkan segalanya di sini, saya mampu kembali tersenyum. Satu terapi yang baik mungkin.
.
Bagaimana saya di luar? Saya orangnya mudah tertawa. Saya orangnya sukar untuk menunjukkan emosi, tapi pada masa yang sama, saya mudah mengalirkan air mata kalau kena dengan caranya.
.
Percaya atau tidak, walau bagaimana rasa yang membeku di hati, saya jarang berbicara dengan hubby atau mana-mana ahli keluarga saya. Mungkin ada waktu, terutamanya setiap kali mendengar khabar kurang baik dari doktor2 Rayyan Ariff, saya akan bercerita pada mommy. Namun kebiasaannya, dengan nada bersahaja. Sebaik mungkin melindungi kedukaan di hati. Mungkin ini menjadi penyebabnya, mengapa rasa itu datang sesekali waktu.
.
Berbicara tentang perasaan, masih teringat bagaimana 2 hari sebelum melahirkan Rayyan Ariff, kami ke majlis perkahwinan rakan saya di Putrajaya. Di sana, saya dan rakan-rakan lain bergurau senda seperti biasa. Malah, beberapa rakan bertanya bilakah due date saya.. Dengan senyuman saya menjawab, "Esok lusa meletup la kot.". Walhal, due date saya masih 2 bulan di hadapan. Waktu itu, kami sudah menetapkan tarikh untuk elective c-section. Perasaan waktu itu memang sedih, namun seperti kebiasaannya, saya tidak mahu rasa itu terpamer.
.
Begitu juga sewaktu setiap kali kami ke klinik untuk pemeriksaan kandungan. Saya akan dilihat sebagai seorang yang kononnya kuat. Mahu melakukan segalanya sendirian. Tidak perlu di pegang suami pada setiap prosedur yang dilakukan. Sebenarnya, bukan tidak mahu, namun tidak ingin rasa di hati dikesan sesiapa. Itulah saya. Dan ruang ini menjadi terapi terbaik untuk saya. Sehingga kini.
.
Dear, thanks for making me realizing it. InsyaAllah, I'll try to be more positive. I'll try.. =)
.
Seterusnya tentang anak bujang saya, semakin nakal dan suka tertawa. Dia sukakan bola. =)
Mengekek tawanya apabila kami bermain bola bersama. Dengan bermain bola juga saya dapat merangsang dia berjalan.
.
Rayyan Ariff juga dapat mengenalpasti baju, seluar, stokin dan kasut. Apabila diletakkan baju di hadapannya, dia akan menolak tangannya untuk memasuki ruang untuk tangan. Begitu juga dengan seluar. Stokin pula, apabila ditunjukkan, dia akan menguis-nguis dengan kaki, seperti mahu memakainya. Mungkin pencapaian ini tidak besar bagi anak-anak lain. Namun pada saya, itu menunjukkan otak Rayyan Ariff mampu berfikir dan mengaitkan benda-benda yang dilihat dan dilakukannya setiap hari. Alhamdulillah..

Ini rakaman semalam ms nak bg makan.. Mind mama's voice. Tu nk provoke Ian supaya gelak. =) Lately suka benar kalo kita teleng2kan kepala.. And then dia akan ikut buat.. Kalau tak buat camni, tanak mkn dia.. :P

Ok.. Kami tinggalkan anda semua dengan ucapan, selamat hari raya.. Maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa & terkurang bicara.. To those who'll be driving, have a safe journey home..

P/s - Thanks for everything.. =)

17 comments:

ibu_umairah said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI& MAAF ZAHIR BATIN.....

yanadzul said...

selamat hari raya jiey

Bukan Bidadari said...

Selamat hari raya jiey..
cute Ian buat camtu

Puan ApasH said...

salam aidilfitri dari kami sekeluarga..

Anasfadilah said...

Jiey,selamat hari raya dari kami sekeluarga :)

3740Journal said...

selamat hari raya jiey & family. jgn sedih2 lagi okeh.. take care..

mirah said...

boleh tahan juga aktif rayyan kat seat dia tu, mulut pun bising je.. comel dia lentok2 tu.. :)
btw, selamat hari raya jiey...

Jue @ atanayuiman said...

*** selamat hari raya jiey...

maaf zahir batin..

Marsha~ said...

salam aidil fitri buat Jiey dan Rayyan ARiff sekeluarga... semoga berbahagia di hari mulia nanti... maaf jika ada tersilap kata terlanjur bicara ye.. ;)

ieda said...

selamat hari raya jiey..
maaf zahir & batin.
enjoy your raya.

MeL said...

comel nye Ian main lentok2 kepala ;) Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin utk Jiey & family ;)

Farah said...

SELAMAT HARI RAYA JIEY N FAMILY!

mesti ian dpt byk duit raya nnt!

Izan Ishak said...

selamat hari raya...maaf zahir batin, jiey...
**comeeeiii je ian dah pndai teleng2 kepala

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.com . Berhati-hati di jalan raya.

p/s: Kami ingin menjemput anda semua menyertai komuniti blogger kami di Malaysian Blogger Community

[I][T][A] said...

Perkembangan ian semakin bagus.. teruskan usaha jiey...

Dan salam idulfitri buat jiey and family... Dr ita sekeluarga...

Jiey balik kelate ker raye tahun ni?

Nour El AiN said...

Selamat hari raya k. jiey
maaf zahir dan batin..
salam sayang untuk ian..
MMMMMuahhh! sayannnnnng sungguh kat ian =) amik gambar hensem2 tau raya ni.. auntie nak tengok =)

Adinina said...

Just read this entry Jiey.:)
After reading this, (and the fact that you quoted me), it made me feeling guilty. Have I hurt you? I'm sorry Jiey. I didn't mean it.

Maksud saya , erm...saya rasa Jiey memahaminya. Kita manusia biasa, pasti kalah juga sekali sekala. Dan meluahkannya adalah satu terapi seperti kata Jiey. Kami semua setia mendengar dan memberi sokongan pada Jiey. Wpun saya tak pernah jumpe Jiey dan Ian, tp saya ingin selalu 'dekat' dan mengikuti perkembangan kalian berdua. :)

Selamat Hari Raya buat Jiey dan keluarga. Maaf Zahir dan Batin. :)