Thursday, September 10, 2009

Musim membesarkan keluarga.. =)

When my grandma came last sunday, she told me that my cousin is expecting her number 2. I was a bit shocked since no.1 is just 18 days younger than Rayyan Ariff. My cousin found out about it when she was at the clinic to take a jab for family planning **Ohh.. Ni kes accident la neh**
.
Bila melawat blog kawan2 pula, berita yang sama yang saya baca.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Ramai betul yang tengah pregnant sekarang ni..
.
Me? InsyaAllah belum lagi kot. *Kalau ada rezeki saya terima*.. :P
.
Sebelum ini, saya agak teruja mahu hamil lagi dalam tahun ini atau pun tahun hadapan. Supaya beza Rayyan Ariff dan adiknya nanti hanya 2 tahun. Tapi kebelakangan ini, rasa itu sudah berkurangan, malah hampir sifar..
.
Satu, kerana saya ingin mendapat kembali berat badan sebelum mengandungkan Rayyan Ariff sebelum mengandungkan anak kedua.. *So that bila pregnant lagi badan takde la terlampau besar.. :P*
.

Ini target saya. Kebaya ini bersaiz S. Kalau pakai sekarang, sahih takleh butang. Agaknya masuk pun separuh badan je kot.. Oh besarnya sasaran! Hehehhe.. :P

Dua, kerana kami belum bersedia dari segi kewangan. Bukan untuk membesarkan anak, tapi sebelum dan semasa kehamilan. Dulu, sewaktu mengandungkan Rayyan Ariff, dari segi kos memang agak tinggi melainkan saya memilih untuk ke hospital kerajaan. Tapi rasanya, saya sudah cukup selesa dengan gyne lama saya.. Biarlah kami mengeluarkan lebih belanja sedikit. Lagi pula, doktor inilah yang pernah memberi semangat untuk kami, makanya, biarlah untuk kehamilan yang akan datang, dia juga yang menyambutnya.. InsyaAllah..
.
Ketiga, kerana kami belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Saya tahu saya kena kuat. Sebelum hamil lagi, saya perlu menjalani ujian dahulu. Pil-pil supplement juga mungkin akan menjadi makanan ruji. Dan sewaktu mengandung juga, mungkin saya harus menjalani pemeriksaan yang kerap dan beberapa ujian juga perlu dilakukan. Ahh rumit!
.
P/s - Harap2 kehamilan selepas ini dan seterusnya berjalan lancar. If I were to be put in the same situation again, what would be my choice this time? Seriously, I dont have the answer to this question. Sukar.. 'Sakit'nya susah untuk digambarkan.. Sewaktu mengandung, sewaktu melahirkan, sewaktu berpantang dan sewaktu membesarkan.. Tidak mahu 'rasa' itu lagi.. Cukuplah sekali.. Aminnnn (kawan2 cepat aminkan! bulan ramadhan nih!) :P

24 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Amin... everything will be orait..

Pnut said...

Insya-Allah Jiey, next pregnancy will be ok. Memang takut utk laluinya kan, tapi bila tiba masanya kita akan teringin sangat nak lalui lagi sekali dan sanggup mengambil semua risiko..

macam akak, masa pregnant dugaannya.. dengan darah tinggi yang sangat tingginya.. sampai tahap kena bed rest saja di katil hospital berminggu, malah berbulan.. the first one dua bulan duduk wad, sebulan sebelm dibersalin, dan kemudian berpantang kejap kat umah then masuk balik for a month nak jaga baby dia wad NICU..

second one juga begitu, tapi lebih tenang sikit sbb dah pandai pujuk rayu doktor untuk rest di rumah, and dptlah mc berminggu-minggu..

dengan kena karpal tunnel syndrome, iaitu jenis kebas tangan yang agak kronik sampai nak suap makanan pun sakit tangan,

seriau bile kenang semua itu berlaku, one of my fren dah kena sawan masa pregnant sebab darah tinggi and koma for a few weeks, bila dah sedar pun dia macam blurrrr je.. takut dan ngeri kot terjadi pada kita, and anak pulak jadi anak istemewa juga, kerana masa sawan tu terjadi dia lambat ke hospital, dan keaadan itu menyebabkan bekalan oksigen ke baby tak sampai, dan effect otak baby...

phobia gile akak..

atas semua alasan tu, akak tekad bertarung nyawa untuk lahirkan sorang lagi anak..and Alhamdullillah semuanya sudah selamat skrang walaupun dua-dua anak prem, dan bertarung nyawa untuk hidup..

and for me.. enuf ni two.. no more, tak sanggup lalui sekali lagi..

izzahazfar said...

kenapa ye kak jiey...
bila zah baca coretan akak..mesti air mata ni mengalir..tak faham tul ngan perasaan zah ni..

apapun...zah doakan utk kehamilan seterusnya Allah itu mendengar permintaan akak..sebab satu jer...Allah itu hanya berikan dugaan sebab dia tahu akak dan suami mmg kuat utk hadapinya..

p/s: kak...raya lg 10 hari..sumer dah siap ker..?

Elyn Sani said...

aminnnnnnnnnn - ha cukup ke panjang??

hihihi teringin tgk jiey pregnant!!

AppleCrux said...

Insya-Allah, semoga dipermudahkan.. I pun nak turunkan berat bdn dulu sblm pregnant utk adik Nazif..hehee..

Unknown said...

AMIN YA RABBAL'ALAMINNNNNNNN....

moga dipermudahkansegala urusan jiey....

muah ian....

Intan and The Boys said...

insyaAllah jiey..next pregnancy takde apa2 tu. ok dear?
kite rasa jiey dah sedia je nak dapatkan number two skang ni. kan? kan?

Bukan Bidadari said...

selalu bile nampak bb baru lahir... hati pun mendetik... nak banak lagi la... tp bile di tolak di tambah di bahagi dan di kali.... ermmmmm....

kalau rezeki...kami terima.. kan jiey kan?

kite hanya mampu merancang...

amin...

Mrs. Simplicity said...

meh aku amin kan. amin.... amin utk 2nd pregnancy dan seterusnya akan diperudahkan. dan amin kan utk target ko nak pakai kebaya saiz S itu. :D

Cikpid said...

Sy aminkan juga..

AAAAMMMMIIINNNN....

semoga adik2 Ian yg seterusnye sihat walafiat... :)

eim said...

Aaaaaminnnnnnnnnnn... everything will be orait..

miezrina said...

ya allah... dengan ketulusan hati aku memohon... kau makbulkanlah doa insan ini.... amin ya rabbal'alamin

Nina said...

Aminnnnnnnn...hope u jiey sihat

pu3qute said...

hi.. jiey, terdetik pula nak nulis disini.. sama la juga dgn pu3. Kekadang bila ternampak bb org lain teringin plak nak menimang anak. Ramai member satu pejabat dok menambah bilangan nie. Tapi yelah bila mengenangkan kesusahan dan keperitannya semasa dan sebelumnya . Huh.. entah la sukar nak diucapkan. Apapun jiey, kita mohon padanya moga kelahiran yang akan datang nie, kita akan di anugerahkan zuriat yang lebih baik lagi. I. Allah.

evyn4ever said...

yup..apa2 pun kita kene bersedia dulu..btul x kak?:)doa2 kan la sya ok:P

yanadzul said...

yana pun nak rancang biar dmia umo 2 thn..mcm abg dia dulu masuk 3thn dah dapat adik..

tapi kalo ada rezeki terima saja..

jiey nanti kita plan sama2 ok..baru ada geng..

lel said...

aaaaminnnnnnnn
cepat2 capai target tu yea kak~

Drama Mama said...

amin!! hehe...insyaAllah bila ada rezeki nanti, everything will be okie. :-D

ibu_umairah said...

insayallah..kalau rezeki tak ke mana kan!!!!

NM said...

tengok tajuk igtkan ian nk dpt adik dh.hehe

Eliss said...

Amin :) moga dikurniakan baby twin yang gebu2 dan comel2 :) twin, bleh?hahahaha

ibu_Arifa said...

takpe...insyaallah semuanye ok nnt tu..amin..
risau lah bila sebut bab adik nih.. syok mengandung tp tak suka bila saat melahirkan dan hari2 berpantang..waaa..waa..

Unknown said...

chewah..dah pandai ngamuk my 's0n' nih.. tp tu p0n perkembangan yg bag0z..

mommykaseh said...

think positive...insyaallah positive things u'll get:)
btw..psl nk kurus n jaga kesihatan as yr preparation bfore pregnant balik...can i suggest u Alpha Lipid Colostrum? insyaallah..it's good not only for pregnant lady...but to all:)

ezira