Tuesday, September 29, 2009

Saya terfikir..

Kalau mahu ditutup terus blog ini, sayang pula.. Banyak kenangan kami di sini.. Kalau mahu dihadkan kepada pembaca terpilih, tidak adil pula memandangkan ianya hanya untuk 100 pembaca sahaja..
.
Sungguh ada 'sesuatu' yang mengganggu.. Bukan mahu lari, tapi mungkin ini sahaja caranya..
.
Untuk langkah pertama, mungkin akan tiada lagi archives.. Maaf!
.
Dan langkah seterusnya, akan ditentukan kemudian..

Sunday, September 27, 2009

For a sick child..

Susahnya bila anak sakit.. Melihatkan kesakitan yang ditanggung tubuh kecil itu cukup meruntun hati. Begitu sekali kasih seorang ibu. Setelah bergelar ibu, barulah terasa susahnya membesarkan seorang anak..
.
Mata Rayyan sudah berat dan susah untuk dibuka. Mengantuk. Namun tubuh kecil itu berkalih ke kiri dan ke kanan tanda tidak selesa.. Sesekali merengek kecil. Hidung yang tersumbat membuatkan dia sukar untuk bernafas.
.
Sesuatu yang tidak pernah saya jangka akan saya lakukan ialah mengeluarkan hingus dengan cara menyedutnya keluar. Namun ianya telahpun saya lakukan demi Rayyan setelah cubaan menggunakan nasal aspirator gagal. Setelah itu, barulah Rayyan kelihatan sedikit lega. (Oh, saya memang penggeli.. Call me a bad mother, tp smpi skrg sy still meloya bila basuh berak Ian.. Bukan apa, tak tahan bau.. :P)
.
Cepatlah sembuh anak.. Banyak perkara yang perlu kita kejar.. =)
.
Petang semalam, suhu badan Rayyan mencecah 38.8. Setelah diberikan ubat dan dilap badannya, barulah suhu badannya turun. Perlu lebih berjaga-jaga kerana risau fits yang boleh menyerang bila-bila masa sahaja seandainya suhu badan terlampau tinggi.
.
Mujurlah saya tidak perlu ke pejabat. Kalau tidak, seperti kebiasaannya, melangkah meninggalkan anak yang sakit dengan hati yang berat..
.
P/s - Phuh sembuh!!! *Buat gaya sembur cam bomoh*

Saturday, September 26, 2009

Cerita raya kami..

Hmm.. Rata-rata blog bercerita tentang kisah hari raya.. Masing-masing nampaknya masih di dalam mood raya.. Kami? Nampaknya hari raya kami pada tahun ini tidak semeriah tahun2 sebelumnya. Namun Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. Masih diberikan peluang olehNya untuk bertemu sanak saudara dan bermaaf-maafan..
.
Kenapa saya katakan tidak semeriah seperti tahun2 yang lalu? Kerana dua hari sebelum raya, hubby demam selsema. Masuk hari raya ketiga, saya pula yang dijangkiti dan hubby mula-mula beransur pulih. Dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, tentunya banyak masa dihabiskan berehat-rehat di rumah sahaja. Tidaklah ke rumah saudara-mara seghairah tahun-tahun terdahulu..
.
Hari raya pertama, kami beraya di 3 negeri, (Selangor-Pahang-Kelantan).. :P
Pagi di Rawang dan selepas bersalam-salaman, terus bergerak ke rumah makcik-makcik hubby di Ampang. (Ohhh.. KL tidaklah 'sekosong' yang saya gambarkan.. Masih banyak kereta-kereta yang berada di jalanan! Harus ditangkis tanggapan 'boleh tidur di jalanraya'). Pukul satu, kami bertolak balik ke Kota Bharu dan tiba pada jam 7.30 malam.
.
What a good boy he was.. He slept in his seat most of the time..
.
Gambar hari raya ke-5. Kata salah seorang kawan saya, "Tau la anak ko pakai kasut Adidas, takkan la sampai bawak tido kot.." Actually, ni masa baru sampai rumah. Tuan kecik ni tido since dalam kereta. Kot bukak kasut kang, dia sedar plak.. Redha jer la kan..
.
Sebelum bertolak balik KL. Sibuk dengan bola dia.. Yes peeps! You guys are looking at the future Steven Gerard.. :P
.
Dapat duit raya from Atuk & nenek.. Thanks a lot.. =)
.
Kami bertolak jam 9.00am dan selamat sampai jam 4.30pm semalam. Kesesakan lalulintas hanya sekejap sahaja di Bentong.
.
Gambar-gambar hari raya masih di dalam kamera kerana kabel tertinggal di kampung. Mungkin di lain waktu sahaja gambar-gambar keluarga orange akan di upload.. =)
.
Hari ini, sepatutnya kami ke Musikhaus (we call it, sekolah Ian), tapi pagi ini, seawal jam 6 pagi kami dikejutkan oleh suara Rayyan Ariff, barulah kami sedar, Rayyan demam selsema!! Mungkin berjangkit dari mama. Aduhh.. Mama semakin beransur pulih, dia pula yang terkena. Cepatlah sembuh nak.. Kita harus teruskan eksplorasi.. Mama hanya ada 5 bulan lagi untuk bersama kamu sepenuh masa..
=(
.
P/s - Kelas hari ni terpaksa ponteng. Esok ada kelas ganti minggu raya.. Rugilah kalau masih tidak dapat pergi.. Rayyan Ariff, cepatlah sembuh nak.. =(
Yang paling penting, ada Raya Portraiture.. Sudahlah gambar hari raya kebanyakannya kabur.. Janganlah sampai Raya Portraiture session dgn Auntie Munirah ditunda lagi.. Huhuhu.. =(

Thursday, September 24, 2009

Aidilfitri yang lalu..

This was last year..
.
Eid Mubarak 2008
.

In this photo, Rayyan Ariff was only 5 months old..

And this was taken recently..

Eid Mubarak 2009
.
Notice the difference??
.
It's the head control!!!!
.
Last year, even he was already 5 months old, he has no head control.. He can barely lift his head up, let alone to hold it for even 1 minute!!
.
Another thing that can be put into his "achievement lists" right??
=)
.
Ian with Kak Long and Kak Effa.. Kak Effa ni la yang selalu tanya ummi dia kenapa kepala Ian "tinggi" :P
.
P/s - More update bila dah blk KL.. Kawan2, Selamat Hari Raya (Errr.. Raya pun dah selamat kan??).. Kalo ada yang buat open house, jemput2 la ek.. :P

Friday, September 18, 2009

I did it!!!

Finally, I did it!! I drove all the way from Ampang to SJMC!!
After 8 years of having a driving license, now I found it useful!!
.
P/s - Ketar lutut wooo.. Tmbah2 bila ada lori kat blkg or dpn.. Rayyan Ariff, if it's not because of you, I will still be keeping my license in the drawer.. :P
.
P/s (2) - Korang, kalo nampak Kancil Silver ngan budak kecik kat sblh, bg la laluan.. Jgn ajak racing plak.. Tu mesti mak dia nk bwk ank gi fisio tuh.. Kalo nampak Perdana Putih, lantak korang la nk wat ape pun.. :P

Thursday, September 17, 2009

Biarkan emosi itu berlalu pergi..

Memetik komen yang ditinggalkan Adinina di dalam entry semalam mebuatkan saya tersedar betapa tidak selalunya saya mampu bersikap positif.
.
"I noticed that these feelings of yours keep coming back once in a while."
.
Dan setelah meluahkan segalanya di sini, saya mampu kembali tersenyum. Satu terapi yang baik mungkin.
.
Bagaimana saya di luar? Saya orangnya mudah tertawa. Saya orangnya sukar untuk menunjukkan emosi, tapi pada masa yang sama, saya mudah mengalirkan air mata kalau kena dengan caranya.
.
Percaya atau tidak, walau bagaimana rasa yang membeku di hati, saya jarang berbicara dengan hubby atau mana-mana ahli keluarga saya. Mungkin ada waktu, terutamanya setiap kali mendengar khabar kurang baik dari doktor2 Rayyan Ariff, saya akan bercerita pada mommy. Namun kebiasaannya, dengan nada bersahaja. Sebaik mungkin melindungi kedukaan di hati. Mungkin ini menjadi penyebabnya, mengapa rasa itu datang sesekali waktu.
.
Berbicara tentang perasaan, masih teringat bagaimana 2 hari sebelum melahirkan Rayyan Ariff, kami ke majlis perkahwinan rakan saya di Putrajaya. Di sana, saya dan rakan-rakan lain bergurau senda seperti biasa. Malah, beberapa rakan bertanya bilakah due date saya.. Dengan senyuman saya menjawab, "Esok lusa meletup la kot.". Walhal, due date saya masih 2 bulan di hadapan. Waktu itu, kami sudah menetapkan tarikh untuk elective c-section. Perasaan waktu itu memang sedih, namun seperti kebiasaannya, saya tidak mahu rasa itu terpamer.
.
Begitu juga sewaktu setiap kali kami ke klinik untuk pemeriksaan kandungan. Saya akan dilihat sebagai seorang yang kononnya kuat. Mahu melakukan segalanya sendirian. Tidak perlu di pegang suami pada setiap prosedur yang dilakukan. Sebenarnya, bukan tidak mahu, namun tidak ingin rasa di hati dikesan sesiapa. Itulah saya. Dan ruang ini menjadi terapi terbaik untuk saya. Sehingga kini.
.
Dear, thanks for making me realizing it. InsyaAllah, I'll try to be more positive. I'll try.. =)
.
Seterusnya tentang anak bujang saya, semakin nakal dan suka tertawa. Dia sukakan bola. =)
Mengekek tawanya apabila kami bermain bola bersama. Dengan bermain bola juga saya dapat merangsang dia berjalan.
.
Rayyan Ariff juga dapat mengenalpasti baju, seluar, stokin dan kasut. Apabila diletakkan baju di hadapannya, dia akan menolak tangannya untuk memasuki ruang untuk tangan. Begitu juga dengan seluar. Stokin pula, apabila ditunjukkan, dia akan menguis-nguis dengan kaki, seperti mahu memakainya. Mungkin pencapaian ini tidak besar bagi anak-anak lain. Namun pada saya, itu menunjukkan otak Rayyan Ariff mampu berfikir dan mengaitkan benda-benda yang dilihat dan dilakukannya setiap hari. Alhamdulillah..

Ini rakaman semalam ms nak bg makan.. Mind mama's voice. Tu nk provoke Ian supaya gelak. =) Lately suka benar kalo kita teleng2kan kepala.. And then dia akan ikut buat.. Kalau tak buat camni, tanak mkn dia.. :P

Ok.. Kami tinggalkan anda semua dengan ucapan, selamat hari raya.. Maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa & terkurang bicara.. To those who'll be driving, have a safe journey home..

P/s - Thanks for everything.. =)

Wednesday, September 16, 2009

Tafakur di kesyahduan..

Telah saya maklumkan sebelum ini, banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Namun 'rasa' untuk benar2 menulis tidak juga kunjung tiba. Saya cuba mencari sebab musababnya. Hati dipenuhi rasa syahdu dan hiba.
.
Setelah puas mencari jawapan kepada persoalan yang saya sendiri tidak pasti, akhirnya saya temuinya pada gambar ini..
.
Rayyan Ariff and Miriam @ Musikhaus
.
Hari sabtu yang lalu, setelah hubby pulang dari bengkel kereta, kami bergegas ke Musikhaus di Mutiara Damansara untuk mengikuti kelas percubaan untuk Rayyan Ariff. Berbagai aktiviti berunsurkan nyanyian dan bunyian di lakukan pada sesi tersebut. Dan seperti yang kami jangkakan, hanya Rayyan Ariff satu-satunya anak istimewa di situ.
.
Di hujung sesi, kami berbual dengan pengetua Musikhaus dan sepakat untuk mendaftar Rayyan Ariff di sana.
.
Perbualan dengan pengetua itu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya sehingga ke hari ini. Apatah lagi menyaksikan perbezaan Rayyan Ariff dan anak-anak lain yang seusia dengannya di sana. Dan hari ini, perbincangan saya sewaktu bersama Ms. Sarjit pada sesi fisioterapi Rayyan Ariff, sekali lagi mengundang gelora di hati.
.
Saya tahu, tidak adil untuk saya membandingkan Rayyan Ariff dengan anak-anak yang lain. Sekiranya saya meletakkan diri ini di dalam situasinya, mampukah saya sekuat dirinya? Belum tentu. Saya juga tahu, membanding-bandingkan Rayyan Ariff dengan insan lain seusianya bagaikan menzahirkan ketidakredhaan di jiwa. Kalau benar redha itu di situ, pastinya persoalan ini tidak akan timbul sama sekali.
.
Beberapa ketika bersama Rayyan Ariff, Alhamdulillah, keadaan semakin baik. Saya sudah berjaya mengawal Rayyan Ariff dan dia semakin mudah diurus. Tiada lagi tangisan dan raungan yang memeritkan.
.
Seketika waktu bersamanya juga membuatkan saya lebih 'mengenali' Rayyan Ariff. Hilai tawanya menjadi muzik di telinga. Setiap kesusahannya menjadi mainan di mata. Perkara yang pada dasarnya mudah bagi kita, kelihatan amat sukar pada Rayyan Ariff.
.
Setelah sekian lama bertahan, hari ini, usai solat maghrib, air mata saya berlinangan sewaktu memohon padaNya agar dipermudahkan segalanya untuk Rayyan Ariff. Saya tewas dengan emosi. Satu kekalahan yang tidak pernah saya jangkakan.
.
Di luar kamar, kedengaran suara Rayyan Ariff memanggil 'Ma-Ma' beberapa kali setelah tersedar dari lenanya. Alunan yang cukup syahdu. Pada usia 16 bulan, dia hanya mampu memanggil saya untuk pergi kepadanya. Seandainya dia bisa berjalan, pastinya dia akan bangkit dari tempat tidurnya dan menjelajah dari satu bilik ke bilik yang lain untuk mencari di mana mamanya.
.
Dan peristiwa petang tadi kembali berlegar di ruang mata. Sewaktu Rayyan Ariff berbaring di katilnya, saya hulurkan tangan untuk mengangkatnya. Dan dia, mendepakan kedua tangannya tanda tidak sabar mahu ke pangkuan ibunya. Saya tidak bergerak, hanya tangan yang terhulur. Setelah mencuba untuk bergerak dengan susah payahnya, Rayyan Ariff hanya merenung tangan saya yang masih terhulur kerana tidak berjaya sampai ke arah saya. Sukar untuknya.
.
Melihatkan perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan emosi saya terganggu. Ini hanya secebis dari apa yang saya lalui setiap hari. Apalagi setelah ianya dikaitkan dengan perbincangan saya dengan pengetua Musikhaus dan Ms. Sarjit. Namun saya kembali mengingatkan diri, Rayyan Ariff adalah yang terpilih. Dan kami juga terpilih untuk bersama-sama mengharunginya dengan Rayyan Ariff.
.
Tidak semua orang yang berpeluang menjaga anugerah seistimewa ini. Seandainya diberi kuasa, pastinya akan saya pulihkan segalanya pada Rayyan Ariff. Seperti mana ibu-ibu yang lain, saya juga mengimpikan kesempurnaan dan kebijaksanaan pada Rayyan Ariff. Namun kuasa itu bukan pada saya. Yang ada pada saya hanyalah sekeping hati yang InsyaAllah, akan terus bertahan selagi termampu.
.
Dan mungkin, suatu waktu nanti, apabila Rayyan Ariff menyertai perlawanan bola sepaknya yang pertama, atau pun menamatkan pertandingan lumba larinya yang pertama, saya akan kembali membaca catatan ini dengan senyuman. Dan mungkin juga, apabila menyaksikan Rayyan Ariff melangkah ke pentas sekolahnya bagi menerima hadiah pelajar cemerlang, saya akan kembali membaca catatan ini dengan tertawa kecil.
.
Dan seandainya segala yang saya impikan di atas tidak tercapai, saya masih lagi akan berbangga dengan Rayyan Ariff kerana sudah berada di satu tahap yang tidak pernah kami impikan.
.
Ya Allah, maafkan hambaMu kerana terlupa seketika. Alpa untuk bersyukur diatas kurniaan yang terindah ini..




Tafakur
By Diwani

Dikeheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janjiMu tuhan
Bantuan di perjuangan

Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Ya Allah
Ya tuhanku
Ku sujud pada kudratMu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradatMu

Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah ya tuhanku

Tuesday, September 15, 2009

Jatuh cinta lagi..

Hati sudah terpikat..
Pada dikau yang kuat mengikat..
.

.
Pasti sungguh berseri..

Apabila berpadanan dengan langsir warna selari..

Namun apalah daya diri ini..

CAVENZI kata, kaler tu dah takdak..

Dlm paper silap cetak!

Kalo mau pattern sama, yang ada cuma kaler cokelat..

Cheitt!!

Masa mokcik tepon, korang kata ada..

Bila mokcik nk gi byr, tetiba jadik takde??

Huh!

Sekarang?

Mokcik tongkat dagu..

Pokcik senyum sumbing..

Sofa lama dah selamat jual..

Kureng seri la Aidilfitri mokcik..

Seb baik anak teruna mokcik ada..

Penghibur hati nan lara!

Huhuhu..

P/s - Mood di kala ini :- Hangit! Hangit! Hangit! Mana nk cari sofa chantek nih???!! =(

Monday, September 14, 2009

Banyak perkara

Banyak perkara yang ingin dikongsi, namun tiada rasa untuk menulis. Biarlah dahulu.. Bila rajin itu datang, InsyaAllah akan saya coretkan di sini.
.
In a few days, our house will be sofa-less.. Hehehe.. Saya sudah jual itu set sofa di internet.. kehkehkeh.. Tanpa disangka, ramai pula yang berminat.. Sofa baru pula, hanya akan sampai selepas hari raya.. Nampaknya, kami akan sofa-less untuk seketika waktu.. :P
.
Semalam. hari hujan.. Hanya berbaring di katil sambil melayan Rayyan Ariff dan berbual-bual dengan hubby..
.
Saya : Abg rasa bila waktu yang sesuai nak tambah anak?
Hubby : Kalau ikut abang, malam ni pun ok.. *sengih nakal sambil angkat kening.."
Saya : Abang ni!! Kita serius dia main2 plak..
Hubby : Takde la.. Sekarang pun ok. Sebab abang kesian jugak tgk Ian. Nampak sangat dia nak main2 skrg ni.. Macam dekat kelas tadi.. Elok jugak kalau dia ada adik untuk jadikan teman bermain..
Saya : Nape abang tak cakap before this? (All this while I thot he wants to wait first)
Hubby : Abang tengok adik cam tak bersedia.. Abang tanak la sebut2..
Saya : *Berkata-kata dalam hati* Ooh.. Macam tu ke? Huish.. Harus diet betul2 nih.. By next year bleh ah try.. :P
.

Ian and his cousins and grandma - Entah apa la yang dia nk cakap tu..

P/s - Nk gi masak untuk tuan kecik.. Penat jadik housewife.. Tghari masak for 'Tuan' kecik.. Ptg masak utk 'Tuan' besar.. Tu la.. Sape suh kawen ngan Tuan.. Kot yea kawen ngan Megat, kena masak untuk Megat plak.. Muahahha..

P/s (2) - Kak Pinut, akak masak utk Mior kan? Hehehhehe..

Saturday, September 12, 2009

Membeli belah bersama bayi?? :P

Melawat blog kawan2, majoritinya sibuk bercerita tentang kisah membeli belah untuk hari raya. Dan banyak juga blog yang bercerita tentang shopping di SOGO. Betul, saya sangat terpengaruh. Mahu pergi bersama hubby, tentu sekali saya harus menunggu hingga hujung minggu. Sedangkan waktu itulah SOGO dipenuhi umat manusia.
.
Mahu dilupakan terus niat ke sana, kasihan pula dengan Rayyan Ariff. Takkanlah hanya mahu beraya dengan sepasang baju melayu sahaja. Sudahnya, saya nekad, pergi dengan Rayyan Ariff sahaja.
.
Rasanya ramai tahu tentang 'masalah' saya dengan kereta. Makanya, walau kereta hubby tersadai di tempat letak kereta, saya terus sahaja menelefon teksi. Tambang pergi balik sahaja sudah RM40. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya saya tidak perlu bersesak dengan orang ramai.
.
Memang benar, kerana hari khamis adalah hari bekerja, tidaklah begitu ramai orang di sana. Kami tiba jam 11.00 pagi dan tanpa berlengah, saya terus memulakan operasi mencari. Pada awalnya, Rayyan Ariff memberikan kerjasama yang baik. Namun selepas itu, mula merengek minta di dukung. Tentunya sukar, sebelah tangan sibuk mendukung badannya yang seberat 8.5kg itu dan sebelah lagi pula menolak buggy.
.
Melihatkan dia yang mengantuk, saya berhenti sekejap, kembali meletakkan dia ke dalam buggy dan memberikan susu kepadanya sambil duduk di lantai. Kalau ada blogger di sana, tentunya gambar saya akan dirakam dan entri bertajuk "bila makcik shopping dengan anak" akan di post. :P
.

Mula2 ok lagi, pegang sendiri..

Pastu dah kena mama yang pegang.. :P
.
Terus terlena.. Alhamdulillah.. Senang kerja mama.. :P
.
Bila letak 'ubat tidur' kat mulut dia, makin syok la tido.. :P
.
Hasil tangkapan.. :P
.
Kami tidak lama di sana. Mungkin kerana sudah ada sasaran apa yang mahu dibeli. Mujurlah Rayyan Ariff tidur dengan lena sekali dan hanya bangun sewaktu kami dalam perjalanan pulang. Jam 2 petang, kami sudah berada di rumah. Sekejap sahaja bukan? =)
.
3 helai t-shirts untuk ayah.. Aikk?? Org tak keje belanje org keje?? Terbalikkk!!! Duit raya claim lebih ok!!
.
5 helai t-shirts untuk Ian.
.
3 helai jeans untuk Ian.. Selebihnya topup dengan jeans sedia ada.. :P
.

3 pasang baju tidur raya.. :P

Untuk cousin Ian.. =)

Rasanya, bulan ini, duit banyak dibelanjakan untuk tambang teksi sahaja. Pergi balik ke SJMC sahaja sudah RM70 dari Ampang, sedangkan kami ke sana lebih dari sekali seminggu. Memang saya nekad, lepas raya nanti saya mahu beranikan diri memandu. Kalau duit minyak kereta, tentu sahaja tidak melepasi RM70, paling2 hanya RM20 sahaja. Semoga diberi kekuatan untuk itu. *Saya mengaku, I'm a lousy driver and I'm not good at it. Lagi2 bawak baby, harus cuak.. Tapi practice makes perfect kan??*

Sewaktu di dalam teksi ke SOGO, pemandu itu bertanya kenapa saya tidak bekerja. Apabila saya memberitahu saya sedang bercuti panjang, makin panjanglah perbualannya. Bila saya katakan saya mahu meluangkan lebih masa untuk Rayyan kerana dia istimewa, dengan selamba dia berkata, "Cacat apa anak kamu ni?" Oh yes, people can be so insensitive.. Makanya saya sudah belajar, kalau ada lagi mulut yang bertanya, saya akan menjawab, "Saja cuti.. Nk spend time dengan anak.. Kumpul duit banyak2 pun bukan boleh bwk masuk kubur.. Kurang2 boleh tengok anak membesar depan mata.. Kang anak lagi kenal bibik dari mak sendiri.." Mula-mula ingat nk cakap. duit kitorg berlambak, saya tak kerja pun takde kesan langsung.. Tp takut kena kidnap ngan driver teksi tu plak.. ngehngehngeh

P/s - Hari ini terlepas sesi raya portraiture dan fisio Ian.. *sigh*

Friday, September 11, 2009

How bad things are??

Oh yessss!! Things are getting worse!! He's becoming too clingy!! *Mati kutu* *Mati akal* Tatau nk buat apa dah.. Masa dia tidur, semua benda nk kejar.. Penat ok!! **bibik.. blk la..**
.
Ni, tinggal kejap je coz nk gi amik makanan dia :
.
Dia punya melalak smpi muka tuka color.. Dia punya meraung bagai nk kuar anak tekak.. *saya tensi* *saya tensi*
.
Ni pun nasib baik he's stuck kat besi sofa tu.. Kalau tak, mahu masuk semua badan bawah sofa tu..
.

Masa mama tinggal, kat arrow tuh.. Tgh main ngan toys dia.. Dtg blk dah terperosok bawak sofa!! Goshh!! Mengamuk tak hengat dunia.. Sakit hati makcik.. Seb baik muka tuh boleh tuka 2 color jer - color ori n merah.. Kalau tak mesti dah jadik kelabu.. Tak pun purple!!!

He's totally not like this before. Even when I left him with my MIL last week, he was so baik and my MIL keep on giving him compliments for that. Yup, with others, you can barely hear him cries.. Arghhhhh.. WHY WITH ME??

One thing in my mind now, should I go back to work?? I cant tolerate a spoil brat under my roof.. Esp my own son. I dont want to over spoil him..

Plus, my boss would love to have me back.. At least the Commission can save some times on findings my temporary replacement!!

On the other hand, Yes, he's showing more progress.. Cheekier, funnier, better at standing and he called me Ma-Ma last night!! He kept on saying Ma-Ma, Ma-Ma while his hands were pulling my t-shirt.. Another way of saying, "Mama, tolong angkat anakmu ini!!!"

This video was taken yesterday.. Cant let him see the handphone coz it will distract him from saying Mma.. :P

Macam mana nk bgtau dia, "Ian, mama cant carry you all the time.. It's better if you can stay on the floor and lift your head up high. It can help you strengthen your back bone. You're special is so many ways.. That's why you need to do all this things.."

Oh yea, yesterday, I did tell him this. And I screamed. Just to make sure he can hear my voice. I dont know whether he understand or not but he stopped pulling my shirt after that. *Ada ke, dia duduk, kita pun duduk, lagi dok tarik2 baju suh riba dia.. Mokcik marah la..*

P/s - Sambung buat keje before lil' Ian bangun!! Oh, hari emo.. Bagus untuk meluah perasaan..

Thursday, September 10, 2009

Musim membesarkan keluarga.. =)

When my grandma came last sunday, she told me that my cousin is expecting her number 2. I was a bit shocked since no.1 is just 18 days younger than Rayyan Ariff. My cousin found out about it when she was at the clinic to take a jab for family planning **Ohh.. Ni kes accident la neh**
.
Bila melawat blog kawan2 pula, berita yang sama yang saya baca.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Ramai betul yang tengah pregnant sekarang ni..
.
Me? InsyaAllah belum lagi kot. *Kalau ada rezeki saya terima*.. :P
.
Sebelum ini, saya agak teruja mahu hamil lagi dalam tahun ini atau pun tahun hadapan. Supaya beza Rayyan Ariff dan adiknya nanti hanya 2 tahun. Tapi kebelakangan ini, rasa itu sudah berkurangan, malah hampir sifar..
.
Satu, kerana saya ingin mendapat kembali berat badan sebelum mengandungkan Rayyan Ariff sebelum mengandungkan anak kedua.. *So that bila pregnant lagi badan takde la terlampau besar.. :P*
.

Ini target saya. Kebaya ini bersaiz S. Kalau pakai sekarang, sahih takleh butang. Agaknya masuk pun separuh badan je kot.. Oh besarnya sasaran! Hehehhe.. :P

Dua, kerana kami belum bersedia dari segi kewangan. Bukan untuk membesarkan anak, tapi sebelum dan semasa kehamilan. Dulu, sewaktu mengandungkan Rayyan Ariff, dari segi kos memang agak tinggi melainkan saya memilih untuk ke hospital kerajaan. Tapi rasanya, saya sudah cukup selesa dengan gyne lama saya.. Biarlah kami mengeluarkan lebih belanja sedikit. Lagi pula, doktor inilah yang pernah memberi semangat untuk kami, makanya, biarlah untuk kehamilan yang akan datang, dia juga yang menyambutnya.. InsyaAllah..
.
Ketiga, kerana kami belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Saya tahu saya kena kuat. Sebelum hamil lagi, saya perlu menjalani ujian dahulu. Pil-pil supplement juga mungkin akan menjadi makanan ruji. Dan sewaktu mengandung juga, mungkin saya harus menjalani pemeriksaan yang kerap dan beberapa ujian juga perlu dilakukan. Ahh rumit!
.
P/s - Harap2 kehamilan selepas ini dan seterusnya berjalan lancar. If I were to be put in the same situation again, what would be my choice this time? Seriously, I dont have the answer to this question. Sukar.. 'Sakit'nya susah untuk digambarkan.. Sewaktu mengandung, sewaktu melahirkan, sewaktu berpantang dan sewaktu membesarkan.. Tidak mahu 'rasa' itu lagi.. Cukuplah sekali.. Aminnnn (kawan2 cepat aminkan! bulan ramadhan nih!) :P

Wednesday, September 9, 2009

Tidak seperti dulu..

Entah mengapa, kebelakangan ini, semangat untuk berblogging tidak lagi seperti dulu. Saat di mana hati dan minda nekad sekurang-kurangnya satu entry sehari. Semuanya bagaikan hilang. Mungkin kerana penat dengan kerja rumah yang tak pernah bersisa dan juga kerana melayan kerenah satu-satunya anak teruna yang manja.
.
Dek kerana mahu meneruskan jurnal tentang perkembangan Rayyan Ariff, saya memaksa diri untuk menulis.. Dengan harapan, moga rasa malas ini akan hilang. Moga saya tidak akan putus asa untuk meneruskan tanda ingatan ini buat Rayyan Ariff..
.
Hendak berada lama di hadapan PC bukanlah satu perkara yang mudah. Saat tidurnya Rayyan Ariff, beribu perkara yang hendak dikejarkan.. Saat jaganya, kami menghabiskan masa dengan fisio, flash cards, berbual, menyanyi, bermain dan menonton TV esp The Nanny dan CSI.. :P
.
Susahnya melayan karenah Rayyan Ariff sekarang kerana dia suka memberontak. Kalau kehendaknya dihalang, satu ruang tamu diamuknya. Berguling, menggelupur, meraung, menghentak kaki sambil menggenggam tangan comelnya dan mengetap bibir, serta menangis dengan suara yang dibuat-buat!
.
Sungguh dia anak bijak. Kerana tidak mahu dia 'menang', saya biarkan sahaja dia mengamuk di lantai. Menyedari saya tidak ambil pusing, suaranya makin perlahan. Tapi sebaik sahaja saya menghampiri atau terlihat kelibat saya, tangisannya kembali kuat. Tangisannya sangat dibuat-buat! Tapi sudah beberapa kali saya terlepas merakam momen itu.
.
Kata Ms. Sarjit, itu sesuatu yang baik. Anak-anak seusianya memang suka memprotes dan menunjukkan sifat mahu menang. Sekurang-kurangnya, dia tahu mengekpresi rasa. Namun yang depresi adalah mamanya! Rayyan Ariff yang saya kenali, memang anak baik yang tidak banyak karenah. Dibiarkan bermain berseorangan juga tidak mengapa. Namun kini, mahunya didukung atau diriba sahaja. Penat! Dan saya bukanlah seorang yang mahu tunduk pada karenah anak kecil itu kerana tidak mahu dia merasakan ianya satu kemenangan yang bisa diulang-ulang..
.
Dalam keadaan inilah yang selalu Ian inginkan. Berada di atas tubuh montel mama! =(
.
Dan semalam, sewaktu saya sibuk membungkus order kernakasihcollection, Rayyan Ariff di sebelah sibuk menarik2 baju saya minta di angkat, bila dilayan sekejap, tersengih-sengih hingga ke telinga. Aduhh.. Masa untuk saya amat terbatas.
.
Begitu juga dengan memasak untuk juadah berbuka, diletakkan di dalam jumperoo, tahan hanya untuk 5 minit. Diletakkan di dalam walker, asyiklah dia menarik-narik hujung baju saya dengan tangisan yang syahdu minta di dukung. Sudahnya, saya hanya akan mula memasak apabila hubby sudah tiba di rumah. Itu pun hanya dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Menu yang simple.
.

Rakaman ini adalah sewaktu Ian baru bangun dari tidur. Tanpa alasan, mahu mengamuk! Harus berhati-hati sewaktu menyuap, kalau tidak, habis sudu di rampas dan dilemparnya! Pada hujung rakaman, Rayyan Ariff menggenggam-genggam tangannya kerana geram dan marah. Saat ini, tangisannya tidak berhamburan kerana 'tertarik' dengan kamera.. Betul kata Mama Put, baby blogger tegar.. Tangisannya akan 'surut' seketika apabila melihat kamera.. :P
.
Ini pula photo semalam, pada radius tertntu, Rayyan Ariff sudah mampu menolak badannya untuk duduk.. Kini, dia tidak hanya bersandar pada strollernya.. Mahunya, duduk sendiri dan berpegang pada bahagian tepi strollernya.. Anak, kamu kuat!! =)
.
Satu lagi perkembangan Rayyan Ariff yang saya nanti-nantikan ialah memanggil saya mama. Dan saya nantikan detik itu dengan sedikit rasa tidak sabar.. Puas saya menyebut mama ke telinganya, namun tiada balasan darinya. Kata doktor, it could be because of his brain ability and also, because of his hearing impairment. Dan saya teruskan dengan apa yang saya usahakan selama ini..
.
Dan sehingga kini, dia masih belum memanggil saya mama.. Namun yang sangat mengujakan, dia menggantikan panggilan itu dengan Mmma.. Ya, ada penekanan pada huruf 'M' sebelum bunyi 'Ma' terhasil. Sangat comel!! Perkataan itulah yang dia ulangi setiap kali dia melihat saya dan merayu untuk diangkat. Alhamdulillah.. Dia tahu saya mamanya dan dia sedang belajar untuk memanggil saya. I can live with Mma for the time being, tapi nnt Ian kena tambah satu lagi suku kata ok? It's MA-MA.. :P
.
Pada saya, ini satu pencapaian yang sangat besar. Sekurang-kurang ia menjadi salah satu bukti bahawa Rayyan ARiff bisa mendengar.. Cuma bezanya, mungkin pendengaran dia tidak setajam kita. Contohnya, semalam sewaktu dia sibuk bermain, saya memanggil-manggil namanya dari satu sudut di sebelah kirinya.. Dia bersungguh-sungguh menoleh ke belakang, memandang ke hadapan dan menoleh ke kanan.. Apabila dia menoleh ke kiri, tersengih-sengihlah anak itu.. Rayyan Ariff masih bisa mendengar walaupun masih belum mampu mengenalpasti arah bunyi yang terhasil. Itu sudah mencukupi buat sementara waktu ini. Semoga dengan bantuan alat pendengaran nanti, he will be better.. Oh, sebenarnya, ini sudah tersangat bagus dari apa yang pernah diberitakan oleh doktor suatu masa dahulu.. =)
.
P/s - Hubby juga sibuk mengajar Ian menyebut ayah.. Tapi seperti kebiasaanya, mama will lead the game.. Hehehhe.. :P
.
P/s (2) - Tarikh hari ini cantikkan? Ramaikah yang bertunang atau berkahwin pada hari ini? :P

Monday, September 7, 2009

Persiapan hari raya..

Entah mengapa, tahun ini, saya bagaikan tidak begitu bersemangat untuk menyambut hari raya. Apabila melawat blog kawan2, rasa seronok pula apabila melihat masing2 sibuk membeli-belah untuk hari raya.
.
Hari sabtu, seharian saya di pejabat. Mulanya, berniat mahu berbuka puasa di rumah mertua di Rawang. Memandangkan saya keluar dari pejabat agak lewat, hubby tidak mahu ke Rawang kerana tidak ingin bersesak di jalanraya.
.
Happy.. Gelak2 dengan Uncle Azmi @ Foodcourt Pavillion.. =)
.

Ian & ayah.. =)

Sudahnya, kami mengikut abang saya dan temannya ke Pavillion. Mencari baju raya untuk Rayyan Ariff dan sekaligus berbuka di sana.

Baby Poney, sale hingga 50%. Kebiasaannya, saya akan teruja dengan baju-baju berjenama Poney. Tapi entah di mana silapnya, kali ini, bagaikan tiada mood untuk membeli-belah. Mungkin kerana kepenatan kerana berjaga hingga jam 2 pagi pada malam sebelumnya, demi menyiapkan kerja pejabat dan bangun seawal jam jam 6 pagi untuk menyiapkan nasi Rayyan Ariff dan barangannya untuk ke fisioterapi.

Sudahnya, hanya dua helai kemeja-t yang dibeli. Seluar jeans masih belum di cari. Sandal untuk saya juga masih belum dibeli. Mungkin lain kali sahajalah. Lagi pula, mana-mana kompleks membeli-belah sekarang ini sarat dengan umat manusia yang juga sibuk mencari barangan untuk berhari raya. Pening kepala dibuatnya.

P/s - Ian ada habit baru - geram sampai genggam2 tangan. Sangat comel. Menanti peluang untuk merakam. :P

Friday, September 4, 2009

Kita ingat tuhan..

Semalam, masih juga satu hari yang sibuk.. Saya membawa Rayyan Ariff ke PMC Bangsar untuk pemeriksaan kesihatan dan juga untuk suntikan imunisasi. Sepanjang di sana, Rayyan Ariff menunjukkan perangainya yang playful dan cheeky sehinggakan beberapa kali dia ditegur oleh kakitangan PMC dan juga pengunjung=pengunjung di situ.
.
Suka benar dia menghadiahkan senyuman manis kepada sesiapa sahaja yang dipandangnya. Sewaktu saya sedang berbicara dengan Dr.Yong, Rayyan Ariff juga sibuk mahu turut serta 'berbual'. Tidak cukup dengan itu, asyik benar dia menegur Ruby, pembantu Dr.Yong yang cantik dan kecil molek orangnya.
.
Mana-mana jururawat yang pernah merawat Rayyan Ariff bagaikan kagum melihat dirinya yang sudah 'besar' dan interaktif. Dan salah seorang dari mereka mencadangkan kami ke NICU selepas sesi bersama Dr.Yong selesai.
.
Saya meminta Dr. Yong memeriksa keseluruhan badan Rayyan Ariff dan cuba mengesan sekiranya berlaku bone dislocation seperti mana yang dimaklumkan oleh Kak Raw. Bagaikan berjanji, Dr. Yong memberikan penerangan yang sama yang diberikan oleh Physiotherapist Rayyan Ariff iaitu Ms. Sarjeet. Kedua-dua sependapat, tidak terdapat sebarang masalah pada tulang Rayyan Ariff dan setelah mendengar penjelasan yang sama dari dua orang yang berlainan, tentu sekali saya menerimanya.
.
Kami juga berbincang tentang bentuk kepala Rayyan Ariff. Kata Dr. Yong, hanya satu cara yang ada dan ianya bukanlah satu pilihan. Kalau mahukan bentuk kepala yang cantik seperti orang lain, caranya hanyalah melalui pembedahan pembentukan tengkorak yang merupakan kosmetik semata-mata. Saya setuju ianya bukan satu pilihan. Manusia mana yang sanggup melihat tengkorak anak sekecil itu digergaji dan dicerai-ceraikan hanya atas nama kecantikan dan kesempurnaan. Biarlah. Comel Rayyan Ariff tidak akan hilang hanya kerana kepalanya yang panjang.
.
Keluar sahaja dari bilik Dr. Yong, sami berdua melangkah ke tingkat 2. Sewaktu membuka pintu untuk ke NICU, ada satu 'rasa' yang menyelinap. Saya mula mengimbas memori lebih setahun yang lalu yang mana wad ini merupakan tempat yang saya kunjungi berselang hari. Dengan kaki yang masih bersarung stokin dan langkah yang agak perlahan, pintu inilah yang saya lalui berulang kali.
.
Setelah memasuki wad NICU, bauan antiseptik menusuk ke rongga hidung. Detik-detik lama bagaikan berulang di hadapan mata saya. "Ian, that one used to be your incubator. They used to put you at that corner" Saya berbisik pada Rayyan dengan senyuman sambil jari telunjuk menuding ke sudut kiri wad. Rayyan Ariff hanya tersenyum comel.
.
Tahukah dia bahawa di sinilah dia 'berjuang' suatu waktu dahulu? Tahukah dia bahawa di sinilah dia dirawat suatu waktu dahulu? Saya sendiri tidak pasti.. Tapi dia kelihatannya gembira berada di situ.
.
Saya berbual-bual dengan Sumathi, seorang jururawat di sana. Bercerita tentang perkembangan Rayyan Ariff dan bertanya khabar tentang anak-anak yang pernah berjuang utnuk sebuah kehidupan bersama-sama dengan Rayyan Ariff suatu masa dahulu.
.
"Damia passed away a few months back. In May if i'm not mistaken." Innalillahiwainnailaihirojiun.. Ayat yang datang dari mulut Sumathi benar-benar mengundang gerimis di hati saya. Betapa saya sentiasa teringatkan anak itu dan khabar ini tentunya bukan sesuatu yang saya harapkan keluar dari mulut mana-mana kakitangan di NICU.
.
Suatu waktu dahulu, ketika Damia mula-mula dimasukkan ke PMC, air mata saya gugur sewaktu menyaksikan kekuatannya bertarung untuk hidup. Segala jenis mesin berada di sekeliling katilnya. Wayar-wayar berselirat pada tubuhnya. Dari satu sudut, saya melihat bagaimana ibunya menangis teresak-esak di dada ayahnya selepas berbicara dengan doktor yang merawat Damia. Dari apa yang saya dengar, harapan untuk anak itu hidup amat tipis.
.
Setelah peristiwa itu, ada beberapa kali kami sempat berbual dan bertukar cerita. Damia, puteri tunggal yang ditunggu-tunggu sekian lama setelah memiliki dua putera yang comel dan aktif. Tentu sekali apa yang terjadi memberi kesan yang mendalam kepada pasangan itu. Satu kata-kata ayah Damia yang masih saya ingat hingga kini ialah, "Sebelum ini, kita ingat tuhan.. Tapi apabila diletakkan di dalam situasi seperti ini, kita lebih ingat dan kenal tuhan.." Ada senyuman di hujung bicara. Tenang. Sabar. Tabah.
.
Mereka sering datang membacakan surah Yassin buat puteri tercinta. Sehinggalah Damia melepasi detik2 kritikal. Sepanjang waktu itu, saya saksikan satu jalinan hubungan yang kukuh pada pasangan itu. Semoga kita juga dianugerahkan dengan limpahan kasih sayang yang sama.
.
Kini, Damia pergi menyahut seruan Illahi.. Dia kini menjadi bidadari di syurga yang abadi. Kepayahan menjaga dan merawat anak seistimewa Damia adalah ibadah yang Allah SWT kurniakan kepada hambaNya yang terpilih. Dan saya yakin, pasangan itu melakukannya dengan baik sekali.. Al-Fatihah untuk arwah Nur Damia Farhana.

Thursday, September 3, 2009

Tak terkejar..

Walaupun sudah bercuti secara rasmi, tapi saya masih perlu ke pejabat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang masih ada berbaki. Susah betul. Semalam, saya titipkan Rayyan Ariff kepada Atuk dan Wan nya di Rawang. Hari sabtu nanti, mungkin saya terpaksa tinggalkan Rayyan Ariff kepada ayahnya.
.
Penat sekali menjadi seorang surirumah. Dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah surut dan melayan kerenah Rayyan Ariff yang perangai mengada-ngadanya semakin menjadi-jadi. Asyik mahu berdukung dan diriba. Waktu tidurnya, berkejaranlah saya mahu melakukan seribus atu perkara. Lamanya bibik cuti.. =(
.
Comment di blog tak sempat dijawab. Untuk meninggalkan comment di blog kawan2 juga berkejaran. Update di KernaKasihCollection juga terkejar-kejar. Buat yang teman2 yang mengirimkan SMS, maaflah kiranya tidak terjawab. Sewaktu mahu dibaca pun sudah berebut-rebut dengan Rayyan Ariff, apa lagi mahu membalas. Apabila sudah dibiarkan, langsung terlupa untuk membalas.. *guilty*guilty*guilty*
.
Bezanya antara menjadi surirumah dan seorang pekerja bawahan adalah, kepala tidak pusing kerana banyak perkara. Yang perlu kita fokuskan hanyalah keadaan anak, suami dan rumahtangga. Masalah orang lain dan negara bukan lagi menjadi beban yang terpikul di bahu kita. (Poyo bunyinya.. Tapi bidang kerja saya memang menuntut saya memikirkan isu kenegaraan dan kerakyatan.. Demmit! Astaghfirullahalazim.. Ikhlas.. Ikhlas.. :P)
.
Selain daripada menghabiskan baki kerja pejabat :-
.

Saya juga masih ada projek untuk Rayyan Ariff.. Yang masih belum berkesempatan untuk disiapkan.. :-

*sigh*

P/s - Petang ini ada appoinment dengan paed Ian. Mahu Ian di x-ray.. Sekadar mahu mencari kebenaran benarkah tulang Ian 'lari' seperti di entry ini -> Pertembungan yang mengusutkan.

Wednesday, September 2, 2009

Dua perkara pada satu masa..

A few days back, I read in one blog that it will be a challenge for a brain injured child to hold 2 things, one in each hand at the same time..
.
And so I tried the same thing on this boy..
.
Not that I dont believe in his ability.. I just couldnt be bothered before. So I really dont know whether he can do that or not.
.
And so he was tested.. :P
.
I gave him a bottle of milk to his right hand, and he managed to handle it nicely. Then, I gave a pacifier to his left hand. HE TOOK IT! And he was playing with the pacifier, while drinking his milk for quite some times!!
.
I was so amazed..
.
And this morning, when I woke up, I gave him a bottle of milk again.. He was holding it with his right hand and guess what the other hand was doing? Playing with his blanket!!
.
Hehhehe.. Looks like someone can really do two things at one go.. It is just the mother that should pay more attention to the boy's ability.. :P
.
P/s - Kena masuk office hari ni.. Huarghhh.. *jadik incredible hulk*