Sunday, August 23, 2009

Pertembungan yang mengusutkan

Setelah beberapa kali tertunda, akhirnya, pada hari sabtu semalam, kami membawa Rayyan Ariff ke G*edangsa untuk diberi rawatan alternatif oleh Kak Raw. Saya banyak mendengar keberkesanan rawatan Kak Raw dari teman-teman. Malahan, physiotherapist Rayyan Ariff juga seakan mengakui keberkesanan rawatan Kak Raw.
.
Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan sanggup membawa Rayyan Ariff ke sana. Sewaktu pertama kali melihat bagaimana cara rawatan yang diberikan, hati saya sudah dipagut pilu dan saya menanam satu 'rasa' bahawa saya tidak akan sesekali membawa Rayyan Ariff untuk rawatan seperti itu. Namun akhirnya, saya memungkiri 'rasa' yang pernah wujud di hati saya satu waktu dulu.
.
Kami ke sana bersama keluarga Put, mama Idris. Seawal jam 4.45pagi lagi kami sudah membelah kedinginan pagi dengan menyelusuri jalanraya yang agak lengang. Saat ini, terdetik di hati saya seandainya Rayyan Ariff seperti anak-anak lain, tentu sahaja kami masih enak dibuai mimpi atau mungkin juga saya masih kalut di dapur untuk menyediakan juadah sahur kami. Ahh.. Biarlah.. Jangan diikutkan kata hati.. Jalan takdir setiap manusia itu berbeza dan kita patut redha bukan?
.
Dan kami tiba di sana sewaktu jam menghampiri pukul 630 pagi. Orang sudah mula ramai rupanya dan angka giliran yang kami perolehi untuk Idris dan Ian ialah no.12 dan 13. "Mungkin dalam pukul 10.00 kita dapat jumpa Kak Raw." Kata Put kepada saya.
.
Kami menghabiskan masa di masjid berhampiran. Memberi anak-anak makan dan menyiapkan mereka. Dalam hati saya tidak putus2 berdoa agar dikuatkan hati. Sungguh saya tidak sanggup melihat Rayyan Ariff menangis. Tangisannya mampu merobek jiwa saya. Sakit dia, sakitlah saya.. Betapa besar kasih ibu bukan?
.
Sewaktu melihat anak-anak lain menerima rawatan, sudah terbit rasa pilu di hati. Ya Allah, bolehkah saya melihat Rayyan Ariff 'dikasari' sedangkan saya sehabis lembut dengannya. "Redha sahajalah.. Ini demi untuk kebaikannya. Lagi pula, Rayyan Ariff anak lelaki, makanya dia harus kuat." Minda mula berbisik, cuba menenangkan hati yang tidak keruan. .
.
Put dan Ina, ibu Nabilah juga menyatakan bagaimana mereka 'mengeraskan' hati untuk kebaikan permata hati mereka. Dan saya jadikan itu sebagai pegangan.
.
Sepanjang menantikan giliran, Rayyan Ariff menghabiskan waktu dengan bermain-main dan banyak tersenyum. Alhamdulillah perangainya terjaga. Risau juga saya seandainya dia menunjukkan 'taringnya' kerana tidur yang terganggu.
.
Selepas Idris, giliran kami tiba.. Setelah diperiksa, Kak Raw menyatakan pendapatnya bahawa Rayyan Ariff tidaklah 'okay' seperti mana yang kami sangkakan. Tulang pinggulnya sudah 'lari'.. Seandainya dibiarkan kepalanya akan lebih panjang, 'angin' pada urat di bahagian telinga mengganggu pendengarannya dan seterusnya boleh menyebabkan matanya buta. Dan beberapa lagi teori yang tidak lekat di kepala saya..
.
Sungguh, waktu itu saya tidak fokus. yang ada di hadapan saya hanyalah anak saya dan bukannya Kak Raw. Fikiran saya menerawang jauh. Hati dan otak saya 'bercerita' secara serentak. Serabut. Risau kerana bakal mendengar tangisan dan laungan Rayyan Ariff. Sungguh saya tidak sanggup!
.
.
Alhamdulillah, sewaktu di balut, Rayyan Ariff tidak menangis. Malah, masih boleh tersenyum dan sibuk bermain-main dengan handphone ayahnya.
.
Saya agak kagum apabila Kak Raw bisa mengesan beberapa kelainan Rayyan Ariff seperti bahagian kakinya yang kurang sensitif dan masalah pendengarannya.
.
Kami maklum dengan keadaan itu. Tapak kaki Rayyan Ariff teramatlah sensitif sehingga dia tidak mahu menjejakkan kakinya. Namun bahagian betisnya pula, seakan-akan tidak ambil peduli walaupun diletakkan dengan thera putty yang melekit.
.
Tentang telinga pula, kami dimaklumkan oleh doktor yang merawat Rayyan Ariff bahawa masalah saraf yang di hadapinya. Seandainya tekanan dari CSF itu menekan mana-mana saraf optik Rayyan Ariff, bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan deria penglihatannya. Kerana itu mata Rayyan Ariff masih perlu diperiksa dari semasa ke semasa walaupun fokusnya bagus pada saat ini.
.
Dalam pertemuan yang cuma sebentar waktu itu, Kak Raw sudah mampu meringkaskan diagnosis Rayyan Ariff. Memang wajar dia terkenal di arena perubatan alternatif.
.
Kata Kak Raw lagi, tulang Rayyan Ariff 'lari' kerana banyak fisioterapi yang dilakukan. Banyak atau tidak, setiap hari kami akan memastikan Rayyan 'bersenam'. Bukan untuk orang lain, tapi untuk dirinya juga. Entahlah.. Sewaktu diperiksa oleh Dr. Yong, Dr. Sofiah mahu pun Ms. Sarjit, tidak pula kami dimaklumkan tentang itu. Kata mereka, semuanya baik-baik sahaja.
.
Tangisan dan raungan Rayyan Ariff mula berhamburan sewaktu di paksa berdiri. Kuat sungguh anak ini melawan dan mendesak. Habis tudung saya menjadi mangsanya. Tangannya pantas meragut apa sahaja yang ada di hadapannya. Anak lelaki mestilah kuat.. Dan kami menjadi sasaran banyak mata kerana bunyi yang Rayyan Ariff hasilkan.. =P
.
Kak Raw juga memaklumkan, sekiranya tidak di rawat, kepala Rayyan Ariff mungkin akan menjadi lebih panjang dan leper kerana oksigen yang tidak sampai ke kepala.
.
Kami maklum dengan 'kehebatan' Kak Raw dan berpendapat tidak salah mencuba. Namun satu perkara yang berserabut di minda saya, permintaan Kak Raw agar fisioterapi dihentikan ke atas Rayyan Ariff sekiranya mahu terus membuat rawatan dengannya.
.
Mana mungkin saya sewenang-wenangnya akur dengan permintaan itu. Rayyan bermula dari sifar. Tiada kawalan kepala dan tidak mampu meniarap dengan baik sehinggalah boleh berdiri dan duduk. Namun kata Kak Raw, itu hanya luaran sahaja sedangkan 'dalaman' Rayyan tidaklah sebaik yang kami sangkakan.
.
Sudah banyak kali saya mendengar pertembungan antara rawatan alternatif dan moden. Namun tidak menyangka saya juga akan berada di dalam situasi 'terpaksa memilih'.. Perlukah saya membuang segala usaha saya selama ini dan memulakan sesuatu yang baru? Apa yang Rayyan Ariff lakukan sekarang berdasarkan pada method yang sama yang diaplikasi ke atas anak-anak brain injured yang lain. Malahan melalui pembacaan juga saya dapati anak-anak ini perlu diajar secara berterusan untuk 'mengingatkan' mereka dengan perkara-perkara asas seperti meniarap, merangkak, duduk dan juga berdiri.
.
Apa gunanya cuti tanpa gaji yang saya ambil sekiranya saya tidak perlu fokus pada senaman Rayyan Ariff dan semata-mata kepada perkembangan mentalnya sahaja? Perlukah saya melupakan senaman harian dan hanya fokus pada rawatan Kak Raw yang mengambil masa hanya seminggu sekali sahaja? Perlukah saya melupakan niat untuk mengajar Rayyan Ariff berdiri dan berjalan? Sandarkan sahaja segalanya kepada Kak Raw? Membuang segala usaha sejak setahun yang lalu? Ah betulkah tindakan saya ini??
.
Kusut.
.
Kusut.
.
Kusut.
.
P/s - Mama Put, ado nih Nivea cream dgn Jiey.. Heheheh.. Dlm plastik. Mama Put, thanks a lot coz bwk Ian gi Gedangsa deh.. =)

25 comments:

siti nurbaiya said...

mm... susah nak comment hal macam ni
Mungkin sy berat sebelah sbb saya doktor kot..
Tapi kalau saya la, physiotherapy yang dibuat mmg dah diuji dan dikaji..
saya tak nafikan sesetengah perubatan alternatif boleh mebantu tapi saya selalu nasihatkan pesakit saya kalau nak cuba, kena buat dua2 skali
Tapi kalau Kak Raw suruh berhenti physio payah la..
Cuma mungkin boleh bincang balik dgn physiotherapist utk dapat kepastian mengenai badan rayyan yang terlalu byk di'physio'. Mereka boleh beri penjelasan yg lebih tepat :)

mOmmy of Triplets plus One said...

wah, mmg satu big decision yg perlu buat...perhaps solat isthikhrah bleh bantu tuk buatkn keputusan, insyaAllah

Elyn said...

salam ramadhan jiey!!!

persoalan jiey tu saya pun x tau nak bg idea apa. mungkin jiey bule cube je ngan cara kak raw tu..... sapa tau ia berkesan tuk ian even menyakit kan. saya yg tgk pic pun rase x sanggup tgk....

Noina said...

salam Jiey..

ina lupa nak cerita kat Jiey..tentang Fisio..Ina dan Ita juga dulu pernah mengalami masalah yang sama bila kami berdua disuruh tidak membawa Nabila dan Sarra ke Fisio. Dan cadangan Ina.. Jika rasa nak teruskan Fisio..Jiey teruskanlah..Kami berdua juga teruskan sesi fisio. bagi kami dua2 penting. Tetapi dalam hal ina.. Fisio kat Sg. Buloh sebenarnya TIDAK membantu sangat dalam hal perkembangan Nabila sekarang ini. Ina percaya yang Nabila sekarang ni..banyak berubah disebabkan Kak Raw. Bukan sebab Fisio.Dan Ina rasa Jiey teruskan sahaja dua-dua terapi itu.

Kak Raw ckp mcm tu, ada sebab. Dia penah ada pengalaman yang mak ayah bawak anak gi fisio..buat dua-dua rawatan..Fisio dan rawatan Kak Raw..Pastu tulang patah..Doktor tak nak tanggungjawab.Pastu terhegeh-hegeh cari Kak Raw..tu yang dia marah tu.Orang ckp klu nak merawat anak buat satu-satu..tumpukan pada yang satu sahaja.Sebab klu jadi apa2 senang kita nak tau punca dari siapa.

hurm..terpulang pada Jiey..Bagi ina sesi fisio Ian pun dah buat dia cukup hebat di mata Ina.. :) Kita hanya mencuba kan? segalanya terserah pada Allah..

Salam peluk cium buat Ian..Geram sangat tengok dia semalam..comel..plak tu semakin bijak..Untung Ian dapat Mama yang kuat semangat.. :)!

Noina said...

Lupa nak cerita..yang tulang terkeluar tu..Ina dan Ita pun tak tau sebenarnya tulang Nabila dan Sarra dah terkeluar..kitorg mula2 tu terkejut gak..huhu..last2nya..kak Raw dah masukkan balik..dan kitaorg sampai sekarang nih..tak sure camner leh terkeluar dan camner rupa dia terkeluar..hehe..

puterikurekure said...

jiey...tak tau nak komen camne.
memang slalunya, perubatan alternatif dan moden akan slalu bercanggah.

haihh~

apa pon keputusan jiey, kite sokong ok. salam ramadhan jiey!

ida/kak zue said...

salam jiey..
akak setuju dgn norbaiya (mungkin sb dr bidang yg sama)
melalui fisio akak tgk perkembangan ian sgt menggalakkan.mcm jiey kata..he started from zero.tak salah kalau jiey nk cuba rawatan kak raw ni.semestinya dua2 cara rawatan ini ada kesan positifnya.andai akak di tempat jiey akak akan lakukan dua2 sekali.mungkin kekerapan fisio dikurangkan tp tak berhenti terus.

ai said...

ALAMAK...SORI JIEY, AKU TAK TAU NK KOMEN APA..

:(

alyyani said...

oh, lagi sekali keputusan yang sukar nak buat eh jiey. dgr ko cite, aku pun sama kusut. each session kat Gedangsa tuh bape lama jiey? testinonial org2 yg penah ke Gedangsa tuh impresif tak? aku ni urban agaknya tetap berpegang pada rawatan moden. tp ko timbang2 la mane lebih mane kurang ek..

azreena said...

salam jiey. i read about Ian almost every day but never leave a comment. tp pasal antara 2 pilihan yang terbaik ialah solat istikharah. insyaallh jalan yg ditunjukkan DIA akan memudahkan kita. lagipun skrg kan ramadhan. good timing to seek HIS decision. all the best. Ian is strong.i'm proud of him

AdwanEncem said...

hmmm.... payah gak nak komen yg ni...tp mana yang jiey rasa terbaik utk hero encem tu, lin sokong je. tentu kita nak yang terbaik untuk anak2... timbang2 n bincang2 n fikir2kan lah bersama hubby, famili... minta pendapat mereka juga..

salam peluk cium kat hero tu ek...muahhh....

~Puteri-Nuur~ said...

Jiey,
Rasanya elok terus buat dua-dua. Tak yah cite la kat Kak Raw kita buat dua-dua.. aci tak macam tu? Macam Put sendiri pun, buat dua-dua.. depan Kak Raw 'tipu' sunat cakap Idris pegi kadang-kadang je walhal every week pegi sebelum 'rehat' sebab H1N1 nih.

Apapun, Jiey & hubby yang akan decide. Apa-apa keputusan pun, Mama Put tetap sokong Ian.

p/s: Teringat lagi Rayyan Arif yang terdiam bila kena flash camera Mama Put.. sungguh dia baby blogger yang tegar :P

p/s: Nivea Cream tuh nantilah kita kiro semula deh ;)

MRS. K said...

buat keputusan yg terbaik ye..
saya tak tau nak komen ape..

Marsha~ said...

herrmmm.. sukarnye membuat keputusan tp berat lagi bahu yg memikul.. macam mana ye??? dua keputusan yg bercanggah dr dua jenis perubatan.. mohon aje petunjuk dr Allah.. sembahyang istikarah??? bulan yg mulia ni semua pemintaan dan doa insyaAllah dimakbulkan.. mana tau kan.. mohon petunjuk dariNya apa yg terbaik utk Rayyan Ariff..

chempaka said...

Salam Jiey,I'm your silent reader ,aku mengikuti perkembangan Ian dr zero to hero
aku setuju dgn pendapat nurbaiya
physiotherapy tu telah di uji dan dikaji.Teruskan kan je buat fisio tu.rawatan kat Gedangsa tu tak perlu lah.

iBu ZulFaQar RayYaN said...

saya pon tak tahu nak komen apa....yg penting minta petunjuk dari allah s.w.t...semoga ia adalah keputusan terbaik untuk ur ian.

Cikpid said...

Jiey..

sebagai seorang ibu..kite diberi Allah Instinct untuk anak kite..tabahkan hati n follow your instict..

Tapi Allah maha besar..jadi sy sokong sgt ngan komen2 yg suruh buat semayang isthikarah tu..

Semua pon sygkan Ian n doakan yg terbaik utk Ian..sy sendiri kalo di tempat Jiey keliru..

Saya doakan yg terbaik..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

Jiey, moga dapat buat keputusan yang baik untuk Ian..kalo tak bleh nak buat pilihan, kembali padaNya :) solat istikharah misalnya..Insya Allah,semua akan baik2 saja..

Nina said...

kiter pon tak reti nak komen..aper pon sayer pasti keputusan jiey pasti yang terbaik wat ian kan..moga ian sentiasa dirahmati dan moga dengan keberkatan bulan ramadhan ni ian jiey diberikan kekuatan utk terus menjaga ian dan memeri yang terbaik wat ian.salam peluk cium wat ian yang comel.kagum tgk ian dah boleh berdiri..cayala ian

ita zakaria said...

hai jiey. slamat berpuasa. lame dah tak berutusan. selamat menyertai 'kelab gedangsa...' hehe. ita cuma nak beri pendapat, bagi ita lah, lain anak, lain cara pembesaran nya. termasuklah kalau nak berubat kan anak nih. kene gadaikan masa yang panjang. plus, merawat anak nih bagaikan mencari jodoh buat mereka. mane yang serasi, situlah mungkin Allah izinkan utk die sembuh tanpa mengira waktu. mungkin bagi Ian, keserasiannya lebih kepada fisio. tak salah kalau jiey teruskan. terpulang pada ibu sebenarnya. doktor hanya akan menggalakkan dan akan berpuas hati dengan pencapaian anak itu. yang selebihnya usaha mak ayah. andai kita upah doktor paling hebat kat bumi nih pun, jika Allah tak izinkan, tak jadi ape kan? dan jika kita upah tukang urut yang hanya berpengalaman, andai Allah izinkan, semuanya baik. begitu lah sebaliknya. memang ita tak nafikan, Ian serasi dgn fisionya. tapi tak bagi sarra...mungkin fisio sarra tak sekerap Ian. sarra lebih serasi dgn kak raw. perkembangan sarra pun lebih byk terhasil dari kak raw atas izin Allah. ape pun, jalan terbaik...jiey bincang dgn hubby, sebab ape2 pun...Ian anak kalian..bawah jagaan kalian. dan tak salah juga utk terus ke kak raw...wallahualam! jgn patah semangat yer jiey.

(abg ita dulu pun macam endah tak endah dengan kak raw, dan ala-ala teruja dgn fisio...tapi, ikut 'selesa' anak lah kan....)

adex-aieda said...

jiey...
salam ramadhan...
berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..
adex pon xtau nak komen apa...
tp..x salah kalau kita mencubakan..
tabahkan hati...

MelissAziezul said...

hermmm...how 2 say ha...??? sebagai seorang yang membesar d sekeliling orang medical ni (papa, mama & my sis)...Liss harap Jiey x tinggal kan physiotherapy buat Ian...seperti kata Siti Nurbaiya, physiotherapy yang dibuat memang dah diuji dan dikaji...yup, Liss setuju 100%...tapi naluri sebagai ibu bapa x dapat d nafi kan mahu mencuba yang terbaik tuk anak2...so rawatan alternative is also gud 2 try...bab yang terlalu banyak di'physio' tuh pulak, again I agreed with Siti Nurbaiya...cube dapat kan kepastian dengan physiotherapist Ian...mereka boleh beri penjelasan yang lebih tepat...hope it will be helpful 4 u dear...

(Salam Ramadan tuk Jiey sekeluarga)

CikNon said...

Salam Jiey;

Maaf kerana akak terasa ingin mencelah dan berkongsi sedikit rasa dengan awak, dulu akak pernah berada disituasi yang sama, bezanya jiey dilemma kerana anak, akak dilemma kerana seorang ibu(kami panggil ma), arwah ma akak sakit kanser hati, arwah ma akak mendapat rawatan di hospital selayang, berbulan-bulan akak tidur di hospital selayang kerana menunggu ma, :) ... teringat saat-saat itu, manis, walaupun dalam hati pedih dan menangis, dihospital tersebut kami berkenalan dengan seorang kakak chinese, kak anne namanya, very good n humble. Kak anne pun mengalami sakit yang sama, sampai satu tahap kak anne give up so dia mencari rawatan alternative. sepanjang kak anne dirawat secara alternative kami sering berhubung dan mengambil tahu perkembangannya. Kak anne semakin sembuh, lantas kami sekeluarga mengambil keputusan untuk melakukan rawatan tersebut untuk arwah ma, tetapi pada masa yang sama kami juga meneruskan rawatan hospital. Serba salah sebenarnya kami pada waktu itu, mengenagkan arwah ma yang semakin uzur, tetapi semangat ma untuk lawan sakit itu yang menguatkan semangat kami. Kami nekad, walau apa pun terjadi biar kami puas hati, segala usaha kami cuba. Tetapi siapalah kami untuk melawan takdir Allah, arwah ma tetap dijemput. Tapi Jiey, sekelumit pun kami tidak menyesal, malah kami redha sbbnya kami memcuba. Berbalik kepada cerita kak anne, sehingga sekarang kami masih berhubung dan kak anne kerap ke china untuk menyambung perubatan alternative disana. Di china kata kak anne rawatan alternative amat terkenal. Bagi akak terpulang pada jiey, ikut rasa hati jiey sbbnya naluri ibu untuk anak kuat, yang penting jiey jgn putus asa, rasa yang jiey rasa ini adalah rasa yang Allah anugerahkan, payah mmg payah, mungkin langkah ini betul dan mungkin langkah ini salah, itulah yang akak dapat rasakan apa yang jiey rasa. Yakinlah dengan apa pun keputusan yang jiey buat. Insyallah apa pun hasilnya nanti jiey akan tenang.Jiey jgn putus semangat sbb semangat jiey tu lah yang menyebabkan anak jiey akan kuat.Kadang-kadang terlalu banyak pendapat tentang rawatan alternantive ni boleh buat kita tidak tenang, betul ke apa yang kita buat kan. Sabar yea Jiey.Doa banyak-banyak pada Allah mintak petunjuknya. Akak amat yakin jiey dan suami akan mencapai satu keputusan yang terbaik utk anak.

~H @ N i ~ said...

Jiey,

mmg susah untuk kite buat keputusan dalam hal ni,mintak lah petunjuk dr yg maha esa. Insyaallah pasti diberi petunjuk..

xctly sy baru sy rase mcm dh lame knl pulak.setiap hari hati sy meronta2 nak tau perkembangan Ian.Kagum dengan jiey yg tabah dan Ian yg strong..

Doa saye semoga Ian mendapat yg terbaik..insyaallah..terus kn usha kamu ;)

UmmuAdam said...

salam :)

saya pertama kali terbaca blog saudari tapi disebabkan saudari minta pendapat saya takboleh diam je

tak bermakna pendapat saya akan membantu, tapi cuba tanya kakRaw tu knp x boleh buat fisio? apa rasional dia?

kalau jwp dia memuaskan hati, boleh sambung fikir semula,sebelum buat apa2 keputusan, pastikan ianya 'informed decision', bukan yg ikut rasa hati saja

saya setuju dgn ita zakaria, yg penting ada usaha, keizinan yg Esa utk menyembuhkan, kita sebagai hambaNya tak tahu...

semoga keberkatan ramadhan milik saudari sekeluarga