Sunday, April 4, 2010

Hari minggu yang berlalu pantas..

Saya yang mula-mula dijangkiti demam selsema. Diikuti bibik, dan kemudiannya Rayyan Ariff. Rentetan hidung yang tersumbat, tidur Rayyan Ariff terganggu. Apabila tidurnya terganggu, tidur kami suami isteri juga begitu. Sudah beberapa hari..
.
Dalam fikiran saya, hujung minggu ini dapatlah saya berehat sebaik mungkin. Namun sangkaan saya meleset. Walaupun keadaan Rayyan Ariff semakin baik, namun masih jauh dari pulih sepenuhnya. Dan semalam, tuan kecik ini telah menakutkan saya apabila dia berterusan muntah dan sudah tidak responsif.
.
Sudahlah hubby ke luar negeri, abang saya pun sama. Mujurlah ada teman-teman yang menghulurkan pertolongan. Terus sahaja kami membawa Rayyan Ariff ke PMC. Setibanya kami di bahagian kecemasan, Rayyan Ariff masih di dalam lenanya yang dalam. Sungguh saya risau! Beberapa kali dikejutkan juga tiada tindakbalas.
.
Setelah itu, tiba giliran kami untuk berjumpa doktor. Elok sahaja doktor datang, Rayyan Ariff terjaga dari tidurnya dan mula tersengih-sengih memandang doktor.
.Sebaik bangun dari tidur..
.
Segan pula saya dengan doktor yang bertugas. Mungkin dalam fikirannya saya seorang yang cepat melatah. Anak baru sahaja muntah 5/6 kali, sudah kalut mahu ke hospital.. Biarlah. Better safe than sorry!
.
Kami berbual panjang tentang keadaan Rayyan Ariff. Dan dia menceritakan perihal anak sepupunya yang juga dilahirkan dengan keadaan yang sama. Namun berkat disiplin dan ketegasan ibunya, anak yang sudah berusia 8 tahun itu mampu ke sekolah harian biasa, belajar bersama anak-anak lain. Tiada kaedah lain, hanya menggunakan kaedah Glenn Doman semata-mata.
.
Bahagian yang paling mengujakan ialah bagaimana ibunya yang merupakan seorang peguam, melepaskan sanggup jawatannya demi mengasuh dan mendidik anak itu dengan tangannya sendiri. Rezeki anak itu. =)
.
Semalam sahaja, kami tiba di rumah pada jam 1230malam! Sudahlah siangnya dari KL ke Shah Alam berulangkali kerana nenek Rayyan Ariff..
.
.
Dan hari ini, rumah kami dihiasi dengan rengekan dan tangisan anak ini sahaja sepanjang hari. Tidak tahu di mana silapnya. Mungkin masih belum sembuh sepenuhnya. Dan saya? Serasa terlalu penat kerana tiada ruang untuk berehat.. Dia hanya mahukan saya sepanjang waktu!
.
Susu, nasi dan spegetti ditolaknya sama sekali. Buah mangga dan cekodok yang menjadi kegemarannya juga ditolak mentah-mentah.
.
Dan awal malam tadi, ke klinik membawa bibik. Pulang sahaja, Rayyan Ariff yang ditinggalkan dengan adik saya sudah pun tertidur. Kasihan.. Rasa bersalah pula kerana memarahinya siang tadi. Manakan bisa sabar, kerana sakit juga badan ini apabila terkena tendangan kecilnya yang bertalu-talu.. Huhhuhuuhu..
.
Sakit, cepatlah pergi dari Rayyan Ariff. Kembalikan anak saya yang cheeky dan menggemari makanan itu.. =(

10 comments:

Rizziela said...

pasti hidup terasa sunyikan bila anak dikasihi tidak seceria selalu..

Semoga rayyan cepat sembuh sayang..kembali tersenyum seperti selalu

Jji said...

Jiey kita bawak Anis pegi berubat. Mmg ada yg mengikot la =( Anyway Ada tips la Makcik tu ada kongsi nak anak cerdas otak. Air, baca Al-fatihah 7x (kena baca dengan makhraj yg betul katanya) kasi anak minom pagi pagi.

Bukan Bidadari said...

ENCEM IAN..PAKAI BAJU MELAYU...

Papa, Mama & Azra said...

Kiut Ian berbaju melayu.

Intan and The Boys said...

ciannye Ian....
:)

cepat2 sembuh ye nak. Jiey, please be more patient ye. takmo marah2 Ian. cian dia...

(kite pon slalu gak tertinggi suara ngan anak. susah nak elak kan?)

kiki lala said...

get well soon Ian...naper la Ian ni comey n hensem bangat ni... : ) muawhhsxx

p/s : kak jiey take good care of urself n family be extra careful as the 2nd wave of H1n1 is on d rise... take care

yatie chomeyl said...

get well soom both of u. abe Ian cepat2 smebuh pastu make banyok biar mama x rungsing sangat.

Izan Ishak said...

hehe...klakar je ian trus bangun bila dr datang kat dia...
**moga ian cepat sembuh ye...makan banyak2....

incik said...

ian comel sgt..org ckp,klw nk tgk comel ke x..tgk time bgn tdo..sgt comel la ian..akak upload la gmbr ian byk2 ....suke tgk..

NM said...

jiey,memang tertekan+sedih bila anak yg ceria tiba2 jatuh sakit+moody...kita pun ilang semangat jadinya