Saturday, April 3, 2010

Sepi itu indah..

Sudah beberapa hari tiada entri baru.. Entri-entri sebelum ini, adalah scheduled entry yang dibuat sewaktu saya MC pada hari selasa yang lalu.. Selain sibuk mengejar waktu, mood untuk menulis hilang.. Bukan tiada idea, namun emosi yang tidak stabil menguasai segalanyai..
.
Saya tidak suka menulis kiranya emosi terlalu menguasai diri.. Kerana tahu, rasa yang bergolak akan membuat mempengaruhi gaya penulisan..
.
Beberapa hari ini, saya sering memikirkan untuk kembali ke masa lalu. Mahu mengubah segalanya untuk satu keadaan yang lebih baik. Untuk lebih bersedia. Untuk lebih mempersiapkan diri. Kesalan bagaikan bergumpal di hati.
.
Seringnya saya, tidak pernah merasakan kesalan dalam kehidupan. Hidup bukan untuk ditangisi atau dikesali kerana segalanya terlalu singkat. Menikmati segalanya seadanya. Kalau pun ada masalah yang datang, tiada apa yang tidak dapat diatasi. Segalanya bisa diperbaiki selagi kita sedar kesilapan dan kekurangan diri.
.
Tapi itu saya yang dahulu. Bagaimana dengan saya pada hari ini? Tidak bahagiakah kehidupan sehingga ada kesalan? Masih sedang mencari bahagiakah saya?
.
Jawapannya tidak. Saya bahagia. Saya bersyukur. Bahagia bukan untuk dicari.. Bahagia tersedia apabila kita yang mencipta..
.
Namun kali ini, saya benar-benar ingin kembali ke masa lalu.. Ingin merubah segalanya untuk Rayyan Ariff. Kalaulah dari dulu lagi saya mempersiapkan diri saya dengan ilmu yang sepatutnya, dan memulakan segalanya sedari awal, mungkin hasilnya akan lebih baik dari hari ini. Mungkin segalanya akan lebih lancar.
.
Tapi apakan daya, masa lalu bukan lagi milik kita. Namun saya masih punya masa hadapan untuk Rayyan Ariff. Untuk terus mencuba.
.
Sedang mengintai peluang, ada lagikah ruang untuk saya membangunkan Rayyan Ariff sepenuhnya seperti cuti panjang selama 6 bulan seperti sebelum ini? =(

4 comments:

Rose Nieza said...

Anda adalah Ibu yg Terpilih..bermakna Anda adalah yg Istimewa..di sisi NYA. :) You don't have to turn back time.Nanti dah x istimewa. :p

kak zue said...

hi jiey..dont stress urself..u've done great..rayyan ariff is progressing just nice..no regret okay..enjoy your time with him & tuan besar..

Mrs. Simplicity said...

sepi itu indah mmg sesuai untuk aku. kalau dapat 2 2 tido dengan lena dan lama nya, indah rasa. huhu.. sori, lari topik.

MAMAFAWWAZ said...

jie..jangan patah semangat..kuatkan semangat.jangan fikir bukan2 ingat tuhan key..wan tahu jiey insan yang kental.