Friday, September 24, 2010

Kita yang mencipta bahagia..

Kebahagian adalah sesuatu yang perlu dibina dan disemai secara berterusan, bukannya dicari..
Kami bahagia dengan gelak tawanya..
Kami bahagia dengan senyum manisnya..
Kami bahagia dengan keletahnya..
Kami bahagia dengan pencapaiannya..
.
Masa adalah pemangsa utama bagi anak-anak seperti Rayyan ARiff..
Untuk satu hari yang mana dia tidak menunjukkan peningkatan, adalah satu hari di mana dia semakin terkebelakang berbanding anak-anak seusianya..
.
Secara keseluruhan, Rayyan Ariff berfungsi pada tahap seorang anak kecil berusia 12-18 bulan. Laporan penuh akan kami perolehi pada sesi lawatan seterusnya nanti..
.
Terkebelakang? Realiti memang menyakitkan. Tapi bila difikirkan,
.
Ini anak yang sama yang dijangkakan tidak akan hidup melepasi 6 bulan pertama awal usianya..
Ini anak yang sama yang dikatakan akan menjalani hidup dengan hanya mampu berbaring, tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar dan tidak akan mengenali siapa ibubapanya..
Ini anak yang sama yang tidak diberikan harapan..
Namun sudah berjuang sejauh ini..
.
Apa lagi yang tinggal untuk kami selain dari lafaz Alhamdulillah sebagai penzahiran sebuah kesyukuran..
.
P/s - Oh, ada sesiapa yang tahu dimana saya boleh menyewa barangan permainan untuk anak kecil? Saya mahu membelikan Rayyan Ariff mambobaby pool set untuk menguatkan otot badannya.. Tapi kerna dia sedang memasuki era 'terrible two' yang mana kalau dia tidak mahu maksudnya MEMANG tidak mahu, saya takut membazir..


Source pic : mymambobaby.. Hmm.. Apakah kolam ini masih sesuai dengan ketinggian Rayyan Ariff? Mahukah dia mengenakan floaties itu pada lehernya? Memberontakkan dia? Kerna soalan2 inilah yang membuatkan saya agak keberatan untuk mengeluarkan RM270 untuk barangan ini..

*sigh*

10 comments:

cik puan akish said...

aah la sis..me pon mau carikan dak dadif kolam gtu..:)

Intan and The Boys said...

kalau kita pon juga akan rasa ragu2. takde tempat yang boleh dicuba dulu ke?

(sori yang kalau soklan cam ntahape2 je. tapi serius...nak beli bukan murah2 kan?)

Anonymous said...

Jiey,
My son a DS kid. He is 2 yrs ++..I beli baby float ni & dia mandi dlm swimming pool. Dia suka sngt smpi xnak naik...I think u shld try..or mcm I u beli je baby float tu dulu...

-IR-

yatie chomeyl said...

klu oghe jupo hok 2nd han dmuoh sini bare yg iey nok tu, oghe oyat ko jiey deh

Jiey^Mien said...

Intan,
Itu la.. Ragu2 sungguh..
Takut dah tak muat..
Pastu yg plg tak syok, takut Ian tanak masuk..
Membazir plak..

******************************************************

IR,
Rayyan ni mau la meraung kalo masuk pool kat umah tu sbb sejuk..
Pastu ms Jiey unpaid dulu, tetiap hari bwk dia gi swimming..
Sudahnya selalu selsema..
Dia ni senang nk selsema or demam..
Even tido aircond/kipas smpi ke pg pun takleh..
Padahal tetiap hari amik Scotts Emulsion..
Tu yg Jiey tak brp nk bwk gi kat swimming pool kat umah coz sejuk..
Kalau pool cam kat atas tu, siap dia bg thermometer utk control temp..
Nk beli takut membazir, tu yg nk cari tempat yang leh sewa dulu ke..

**************************************************************

Yatiey:
Thanks T.. *merhargai*

emellia said...

jie..
pelampung tu saya ada.. tapi aliff imran mandi kat pool biasa je.. kalau nak cuba pakai boleh saya poskan.
nanti email kat saya ye..

emellia@moha.gov.my

Papa, Mama & Azra said...

http://rentatoys.com/index2.html

Anonymous said...

Kak wan dh try tgk kt mudah.com kut ada org nk let go

Yasmin Nabilah.. said...

kalaula Nabila ada..dah lama bagi Ian pinjam..kolam Nabila tu pun ayah dia tak bukak lagi..tunggu open house habis baru bukak..huhu..

Azma said...

Jiey, tinggi kolam ni dalam 1 meter. so kalau dah agak tinggi kurang sesuai. Lagi satu nak tadah air ambil masa lama. Penat nak tunggu. saya ada kolam ni tp hasif still guna. Maaf tak dapat membantu. Tapi saya rasa kalau beli neck float tu pun agak ok. Bila2 bw rayyan g pool boleh try bg dia guna.