Rocker milik Rayyan Ariff di dalam gambar ini sudah lama dibeli. Sewaktu usia Rayyan Ariff masih beberapa bulan. Rocker buatan Fisher Price ini agak kukuh dan boleh menampung berat sehingga 14kg. Kerna sudah dimaklumkan bahawa tempoh 'bayi' Rayyan Ariff akan lebih lama berbanding anak-anak lain, kami tidak kisah untuk melabur pada rocker ini kerna inilah juga tempat yang akan menjadi kerusi makan Rayyan Ariff kelak.
.
.
Namun perkembangan fizikal Rayyan Ariff lebih cepat dari jangkaan kami. Dan kerana dia adalah anak yang lasak mengesot ke sana ke mari, sudah lama rocker ini terbiar. Saya hanya membiarkan ia tersandar di dinding tanpa punya keinginan untuk menyimpan buat masa ini.
.
Dan bagi singa berwarna oren di atas, Rayyan Ariff menangis ketakutan sewaktu kali pertama melihat objek itu. Tapi kini tidak lagi.. Dia sudah boleh memegang dan bermain dengan singa itu.
.
Semalam, sewaktu saya sedang sibuk mengadap laptop, tiba-tiba sahaja saya terdengar suara Rayyan Ariff sedang 'bernyanyi' seperti mahu mengulit tidur persis yang dilakukannya di dalam entri ini.
.
Saya berpaling ke arah Rayyan Ariff dan terus tersenyum dengan telatahnya. Dia sedang mengulit singa itu tidur!! Superrrrr comeeelllll!!! Tidak cukup dengan mengulit, dia meletakkan singa oren itu di atas rockernya dan membuai rocker itu dalam usaha untuk 'menidurkan' 'bayi' berwarna oren itu..
.
Saya hanya mampu tertawa menyaksikan aksinya. "Clever boy Ian.." Ucap saya sambil mengucup pipi mulus milik Rayyan Ariff.. =)
.
Mungkin saya lupa bercerita, pada hari raya tempoh hari, banyak juga kunjungan dari tetamu yang membawa bayi kami terima. Dan ada di antaranya saya pegang dengan sukarela kerna mahu membiarkan ibu atau bapanya menikmati makanan yang ada.
.
Dan setiap kali saya menyuakan bayi-bayi itu kepada Rayyan Ariff, setiap kali itulah juga mereka menjadi mangsa ciuman Rayyan Ariff. Pada pendapat saya, Rayyan Ariff mula menunjukkan sifat tanggungjawab yang seringnya cuba dipupuk melalui sesi terapi pertuturan yang dilakukan. Kalau benar, Alhamdulillah.. =)
.
Ramai yang berpendapat bahawa saat ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk memberikan adik buat Rayyan Ariff namun seperti kebiasaannya, apabila terlalu memikirkan, bagaikan banyak pula halangan dan perkataan 'masih belum bersedia' yang terkeluar. Kerna itu, saya hanya mahu menyerahkan segalanya kepada Dia.
.
Kerna saya cukup pasti, sampai bila-bila pun pertanyaan "Mampukah aku?" dan "Adakah aku bersedia?" akan selamanya ada.. Satu saat, perasaan bagaikan membuak-buak mahu menambah bilangan anak dan pada satu saat yang lain, bagaikan terlalu banyak yang menghalang apabila memikirkan banyak perkara..
.
Makanya, saya memilih untuk hanya mengambil pendekatan "leave and let it be" sahaja.. =)
7 comments:
Ian dah tau tu...tak lama lagi cepat atau lembat dia tetap akan jadi seorang abang juga. hehe.
Wah Jiey. Tak boleh bayangkan kegembiraan Jiey bila apa yang doktor bayangkan tentang Ian suatu masa dulu, semuanya salah. And takdir Allah, tiada siapa yang tahu dan mampu jangka.
Sesungguhnya Jiey adalah insan sangat bertuah yang Allah pilih untuk jadi parents untuk Ian.Dan Jiey telah menggalas tanggungjawab tu dengan baik.Alhamdulillah... tahniah juga.
Ian nak adik lah tu..ala comel btol lah pandai mengulit singa tu :)
jiey...
nak decide utk bg adik mmg susah sesgt kan?mcm nabila tu...mmg suka dapat peluk cium baby..tapi bila tengok akak dukung baby lain jealous la plk.kalau dlm kereta pun asyik nak duduk atas riba jer.
hopefully ian tak jealous2 mcm nabila bila ada adik nanti.
mama xyah risau dh lama kalau ada adik nnt ada org dh boleh harap tdo kan adik. sng la keje mama hihi :D
jiey...
apa tunggu lagi, Ian pasti akan menjadi abang yang penyayang dan sangat responsible... Insya Allah!
perjalanan suatu kehidupan akan sentiasa berdepan dengan persimpangan...sentiasa perlu membuat pilihan...walau ada ketika pengalaman yang dititip seperti cukup untuk memberi pedoman tetapi kerap kali jua tersasar membuat pilihan...kenapa boleh jadi begitu?
adakalanya jua...meski jalan yang dipilih bukanlah sebenarnya kehendak hati tetapi di suatu keadaan jalan itu bertemu jalan yang dielakkan...adakah diri tersilap membuat perkiraan..? atau terlalu terpengaruh dengan suara hati...?
ada ketikanya seperti sudah hilang kerasionalan berfikir.....sudah lenyap tiap pengalaman yang dititip...telah tersisih tiap kekuatan...yang masih bersisa hanyalah kudrat...tetapi tetap jua cuba bangkit mengutip semula tiap yang terlerai....kembali menyimpul kemas...agar tidak akan lagi terlerai...apakah ketika itu telah hilang matlamat kehidupan?...
tentu sekali tidak...kerana percaya dan yakin...dalam diri menuju keredhaan-Nya...ada hikmah pada setiap ketentuan...ada rahmat pada tiap kesilapan...kerana Dia tidak akan pernah memungkiri...kerana Dia tidak akan pernah menzalimi...kerana Dia Maha Menyayangi...Maha Pemurah...Maha Mengasihani...Dia...Allah S.W.T.
Wallahu'alam...
Post a Comment