Monday, September 20, 2010

No news is a good news or one just became speechless??

Ada beberapa rakan blogger yang menghantar SMS bertanyakan khabar Rayyan Ariff dan hasil keputusan ujian CT Scan yang dilakukan pada hari rabu yang lalu. Bukan niat mahu menangguhkan update tentang itu namun saya tidak punya sesuatu yang baru untuk diperkatakan.
.Lena setelah diberikan sedatif..
.
Ya, alat yang tertanam pada Rayyan Ariff tidak berfungsi sebaiknya beberapa hari menjelang hari raya dan sehinggalah beberapa hari selepas hari raya. Namun pada hari rabu iaitu beberapa jam sebelum ujian imbasan dilakukan, ianya kembali berfungsi sebaiknya sewaktu diperiksa doktor.
.
Makanya, ujian itu tidak menunjukkan apa-apa. Hanya dijadikan perbandingan dengan laporan-laporan yang lama. "I cant explain the previous malfunction.. There's no clue that can lead to a conclusion.."
.
Fine. What about the sudden teary eyes?
.
"I dont know about that either. It could be from the build up pressure in the brain and it would most probably affect his eye sight.. But I cant be certain about this."
.
"Just keep an eye on him.."
Terima kasih doktor. Itu tugas seorang ibu sejak dari hari pertama kehadiran si anak lagi. Semua ibu. Semua penjaga..
.
Kedua-dua pakar bedah neuro dan pakar kanak-kanak yang merawat Rayyan Ariff tidak dapat memberikan jawapan kepada kami, apalagi penyelesaian..
.Hero di hati saya.. Sekuat mana pun lelaki ini, dia tetap punya air mata kerna dia hanyalah seorang anak kecil.. Moga dipermudahkan segalanya untuk kami.. =)
.
Yang ada untuk kami sekarang hanyalah ungkapan tunggu dan lihat.. Walaupun hati seringnya dipagut kegusaran, saya tidak mahu memikirkannya secara mendalam. Tiada gunanya. Yang tinggal untuk kami hanyalah berdoa kepadaNya agar dipermudahkan laluan pejuang kecil ini. Itu sahaja.
.
Walau banyak waktu hati terasa lemah kerna tidak punya daya, namun redha mengikat diri agar terus percaya pada kebesaranNya.. Hanya itu yang tinggal..
.
"Allahu Akbar Maha Besar
MemujaMu Begitu Indah
Selalu Kau Berikan Semua
KebesaranMu Tuhan"

14 comments:

Iryani Noor said...

sayu baca entry nie..
apa yg mampu kite buat ialah berdoa berdoa dan terus berdoa..
moga segalanya dipermudahkan buat jiey sekeluarga..

shaliza said...

Tak tahu nak komen apa, cuma Tie harap Jiey & famili terutama Ian sentiasa diberi kekuatan & ketabahan yang maksima dariNya.

Intan and The Boys said...

Ian kuat dalam caranya sendiri. air mata hanya penzahirannya sahaja. tapi jauh di dalam hatinya, Ian sangat kuat.

Jiey pon jaga diri ye. love u guys so much!

nuni said...

sama2 la berdoa kita berdoa untuk si kecil ian yang comel ini

kasihibu said...

semoga tabah...dan terus berdoa kerana Allah sentiasa mendengar doa dari hambaNya

Marsha~ said...

dengan lagu yang sgt sayu ni.... dgn titisan air mata Rayyan ariff... Sedih.. sayu.. tapi ape yg kita boleh buat skrg cuma berdoa... doa banyak2 ye Jiey.. kami pun akan turut sama mendoakan rayyan......

Min said...

Innallaha ma'ana... pray and pray and pray Jiey! Never fail to do so...

Anonymous said...

Salam jiey..
harap jiey dan ian terus kuat dan tabah mengharungi dugaan yang besar ini.Semoga dipermudahkan segalanya.Harap ian terus sihat dan kekal ceria.

Jiji said...

Konsep hidup yang tak masuk dlm jiwa aku.. tunggu dan lihat....

kadang yang menyakitkan sangat bila kita terpaksa nak tunggu dan lihat.. TANPA mampu buat apa pon....

lain laa kalo kita dah usaha.. baru tinggu dan lihat...

Jiey, semoga allah buka sebaik-baik jalan buat ian. bersangka baik dengan semua dugaan ya..

noorshafila said...

Sabarlah Jiey.
Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kagum dengan kekuatan Jiey dan suami, lebih2 lagi Rayyan Ariff.

ieda said...

doktor juga adalah manusia biasa yang jauh drp kesempurnaan...
alhamdulillah ian sihat...moga2 malfunction itu tidak berulang.

Anonymous said...

ada ketika sudah tidak bisa untuk berkata2...bukan kerana kehabisan kata cuma sepertinya sudah tidak tahu menyusun kata...

ada waktu nya seperti tidak mahu berbuat apa2...bukan kerana telah putus harap cuma nafas tidak cukup untuk meneruskan...

lalu diri memilih untuk berdiam...meski terlalu banyak untuk diluahkan..terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan...

kerana pada ketika ini...diri memilih untuk ruku' dan sujud kepada-Nya...memohon pada-Nya agar diberikan kekuatan...agar masih diberikan kesempatan..diberikan ruang dan peluang....untuk mengapai impian bersama yang tersayang dan yang menyayangi...dalam menuju keredhaan-Nya....kerana sedar betapa rapuhnya suatu kehidupan... betapa kerdilnya diri...di alam yang sebegitu luas...yang penuh dengan Rahsia-Nya...

kerana Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

Kak Nie said...

Kak,

sabar.. itu je lah yang mampu Kak Nie ucapkan untuk kak. I wouldnt know if i can be as strong as you sekiranya diuji dengan ujianNya mcam ni. Ian is special and so are you, dear ! Take care.

My shoulders are always "open" to you.

mrs hisham said...

jiey,
tak tahu nak cakap apa lagik.teruskan berdoa jiey,insyaallah kami disini jugak akan terus bersama jiey.