Friday, September 10, 2010

Terus memohon kepadaNya dan mencari rahmat syawal buat Rayyan Ariff!!

Menyaksikan kesakitan pada tubuh sekecil Rayyan Ariff adalah terlalu menyakitkan.. memangku tubuh kecil yang berada di dalam lena yang dalam adalah memeritkan..
.
Ya Allah, peliharalah Rayyan Ariff di dalam rahmatMu ya Allah..
Jauhkanlah dirinya dari segala bahaya Ya Allah..
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami Ya Allah..
Kami mencari redhaMu di dalam keriuhan syawal yang semakin menjauh!

3 comments:

Eliss said...

kena gapo pulak jiey? semoga ian sihat2 sokmo...selamat hari raya..maaf zahir batin!

Anonymous said...

Duhai permata hati..apakah kau mengerti betapa dalam kasihnya si ibu...betapa telus sayangnya si bapa..pada mu si permata hati...

Duhai ibu...semampu mungkin mengukir senyuman...mengharapkan kebahagiaan berkekalan... walhal gelora hati mengekori bak bayangan yang tidak pernah surut...

Duhai hati...apa mungkin sentiasa dalam keadaan bersedia...mendepani apa sahaja ketentuan-Nya...?

Duhai masa...bolehkah dihentikan agar si permata hati terus diuliti mimpi indah...terus lena di pangkuan....biarlah si permata hati ini terjaga sekadar untuk bergembira...sepertinya tiada apa yang harus digusarkan...dalam penglihatan si ibu....dalam awasan si bapa...

Duhai bapa...sebetah mana untuk menyaksikan si ibu...dilingkari perasaan tidak menentu...melihatkan si permata hati yang adakalanya terpaksa berjuang bersendirian...sepertinya yang tidak berkesudahan..

Namun begitu..mana kan mungkin Allah membiarkan semuanya itu berlaku hanya untuk sia2...tanpa terselit sebarang rahmat...terbiar tanpa panduan...terpinggir tanpa perhatian...

Wallahu'alam...

Anonymous said...

Kak wan,rayyan sakit?harap2 dier sehat n blh tgk little rayyan biler smpai kl nnti..hehe