Thursday, September 9, 2010

Ucapan selamat hari raya dan pesanan buat ibu-ibu kepada superkids!!

Kepada semua teman dan readers Kerna Kasih Kita;
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin..
..seandainya ada sebarang coretan yang mencalar hati atau sebarang komen yang menyinggung rasa..

Terima kasih kerana menyokong perjuangan kami..

=)
.
Credit to here
.
Dan buat kaum ibu di dalam keluarga superkids dan yang sewaktu dengannya, it's time to meet the r.e.l.a.t.i.v.e.s!! =P
.
Kena mentally and emotionally prepared because sometimes, peoples can be soooo insensitive!! Tahun yang lalu, saya berkongsi rasa dengan Put, Mama Idris dan Phia.. Tahun ini? Saya tidak tahu bagaimana.. InsyaAllah, saya akan lebih kuat, kuat dan kuat.. Kata-kata memang akan meninggalkan kesan tapi tidak akan menjadi kurap dan kudis bukan?
.
=)

I had the very first line yesterday at my grandparents' place,
"Ohh, muka comel, mata cantik, kulit putih, tapi sayang, tak sihattt.."
.
Senyum. Lalu saya cuba mengalih kata-kata itu selagi termampu.. "Dulu doktor kata macam ni.. macam tu.. Dapat sampai tahap sekarang ni pun dah syukur sangat-sangat.. InsyaAllah, nanti dia boleh berjalan dan bercakap.. Cuma lambat sikit jer.."
.
Yang mengeluarkan ayat itu tadi? Masih lagi dengan pendapatnya. Biarlahhhh.. Biarkan si Luncai terjun bersama dengan labunya..
=)
Selamat Hari Raya..
=)

14 comments:

joegrimjow said...

slamat raya rayyan
=)

Unknown said...

Selamat Hari Raya Jiey..kiss for Ian..

kasihibu said...

selamat menyambut lebaran

maafkan lah mereka yang mungkin tak perasan bila berkata sepatah, terasa bagai menikam di hati

hanya orang orang yang terpilih saja merasi nikmat dariNya yang Esa

semoga selamat dalam perjalanan....
xoxo untuk hero encem tu ye...;p

zali azali said...

siapa gerangan mengeluarkan kata kata macam tu jiey...anak sihat sempurna pun kalau dah besar menyusahkan,isap dadah, jadi bohsia@bohjan pun tak guna jugak....just my 2 cent

Rizziela said...

Sabarlah Jie....biarkan mereka dengan dunia mereka...

Yang penting kita bahagia dengan apa yg kita ada

Rose Nieza said...

Jiey,nak raye rumah!Hehe

Mamapinkie said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Jiey and family!! Maaf zahir dan batin yea..and special kisses and hugs to cute miut Rayyan! Heheee...Jemputlah ke rumah untuk raya yea Jiey, akak takda buat open house lah cause dah sarat dah nie kan tapi kalau Jiey nak datang, habaq lah awal2x..boleh lah siapkan kuih2x sikit ke paling teruk..hehee...

Sabar banyak2x dengan pendapat orang during raya nie yea Jiey, as akak pernah tell Jiey dulu, just smile with their remarks, they see us not upset and not taken aback with their remarks and answer baik2x, mesti dia orang yang sendiri terasa why lah sendiri buat comment tu...also forgive these people Jiey, they are ignorant, may Allah one day open their heart and eyes and see that bukan physical yang penting tapi hati and iman yang akan diambil kira at the end of our life kan...wallahualam...

Intan and The Boys said...

selamat hari raya jiey,suami dan ian! Maaf zahir batin.

Nadiah Sidek said...

selamat hari raya jiey! moga kuat berhadapan dgn mereka2 yg kurang/tak sensitif. hugs & kisses to rayyan comel. muaaahhh.. :)

ICAZIESYIRA said...

owh. bencinya dengar. macam tak fikir perasaan orang lain. BTW, lantak la kan jiey? janji ian bahagia :D

Unknown said...

he..he..itu fenomena biasa...biasanya kak nanie buat pekak badak jer...Yakinlah Tuhan Maha Tau...

Yasmin Nabilah.. said...

huhu... ina juga merasainya saat raya kali ini. Sedih pilu bila melihatkan mak sedara nabila dan 2 pupu nabila yang sebaya dengannya berjalan sedangkan Nabila hanya mampu terbaring memandang mereka..sayu..nak menitis air mata..tapi tak nak tunjuk kesedihan. mau kuat..tapi apakan daya..sebagai ibu mahu segalanya yang terbaik untuk anak. Ya Allah..kuatkanlah semangat semua ibu2 superkids..Amin..

ita zakaria said...

Jiey..kami juga diperkotak-katikkan. sebenarnya, Alisya lebih kuat terima tamparan dan 'cakap-cakap' orang tentang kekurangan die! sakit hati jiey... sangat sakit. kenapalah kata2 nista yang kita harus dengar di aidilfitri????

adex-aieda said...

jiey..
ayat yg sama kedengaran....
"comei...tembam...tapi kenapalah xder buntut?...macam mana jaga nih..susah x nak jaga..putih gebu macam ni..x sihat upenyer"...
"macam mana jadi macam ni? cantek macam ni..x normal"....
;((