Di katil bersebelahan di bilik yang sama, seorang kanak-kanak lelaki setia menghuni bersama seorang bibik sebagai peneman tatkala ibunya keluarga bekerja. Dan apabila ibunya tiiba, mata anak itu bersinar kegirangan..
Dalam masa yang singkat, saya dan ibu itu bertukar-tukar cerita dan saya bertanyakan pengalamannya.. Dan Alhamdulillah, dia tidak lokek ilmu.. Serba sedikit panduan diberikannya kepada saya..
"Sebab dia lahir normal I cuba buat yang terbaik untuk dia.. I taknak dia kurang.." Kata ibu itu..
"Sebab dia lahir kuranglah I cuba lengkapkan kekurangan dia. I cuba buat yang terbaik untuk dia sebab dia kurang, so I taknak dia lagi kurang.." Saya menjawab dengan tersenyum.
.
Fitrah seorang ibu, lahirnya seorang anak, tidak kiralah sempurna atau dengan kekurangan, kita pastinya mahu melakukan yang terbaik. Tiada istilah putus asa kerna rasa kasih melingkar di segenap ruang jiwa..
.
. Dan menghampiri jam 11 malam tadi, Rayyan Ariff mendapat satu lagi serangan. Kali ini, saya lebih tenang menghadapinya.. Mungkin kali ini tiada titis air mata kerna saya percaya, Allah SWT sedang menyusun sesuatu yang lebih besar untuknya.. Untuk sebuah kesakitan yang dijanjikan syurga, InsyaAllah..
.
Redha..
.
.
Keputusan ujian akan kami ketahui pada keesokan hari.. InsyaAllah, seperti hari ini, saya tidak mahu menangis pada esok hari.. Seperti hari ini, saya mahu lebih kental pada esok hari..
.
Sakit Rayyan Ariff, sakitlah diri ini.. Dia penyeri, dia permata.. Dia belahan jiwa..
.
Wajah comel yang kerap menjadi perhatian..
.
Sekejapan, dia meneroka segala yang ada di sekitarnya..
Sekejapan yang lain, dia kembali terdampar lesu dan tenggelam di dalam lena yang dalam..
.
Semoga kami temukan jawapan dan penawar untuknya, agar dia dapat kembali meneruskan eksplorasinya tanpa sebarang gangguan, tanpa sebarang kesakitan..
Aminnn..
23 comments:
Kak,
Only He knows what He has in store for Rayyan Ariff. Semoga doa2 kami semua diperkenankanNya.
Ian, be brave ye nak.. as brave as u have been all these while.
loves and hugs from Che Nie.
Amin.
sabarlah wahai anak...Rayyan Ariff, pintu syurga yang bijaksana..
kita sentiasa bdoa agar ian kembali pulih.
Amin..Moga Jiey terus kuat demi Rayyan..InsyaAllah..
rajin abe Ian baco suratkhabar..semoga yang terbaik sajo untuk abe Ian :)
insyaallah..
Kejadian Allah semua ada hikmahnya
Kagum sekali dengan kekuatan ian..setiap hari membaca kisah ian menjadikan saya lebih kuat dan bersemangat kerana melihatkan semangat yang ada pada anak kecil dan istimewa bernama ian ini..semoga Allah sentiasa melindungi ian..AMIN!
Ya Allah..ko peliharalah anak kecil itu..Rayyan Ariff.Kasihanilah dia dan mamanya, jiey.Kuatkanlah mereka untuk menghadapi dugaanMu.Sembuhkanlah Rayyan Ariff.Kau berikanlah keceriaan dan kegembiraan dalam hidup mereka.Panjangkanlah umur Rayyan Ariff.
Ian..jiey..kami akan terus berdoa untuk kalian.usah putus harapan yer.Terus sabar dan tabah.Insyaallah, ada balasan di atas setiap pengorbanan kalian. (sangat2 sebak baca keadaan ian)iye..btl kata jiey.naluri seorg ibu turut sakit melihat anak kecilnya kesakitan.Hanya yang pernah merasainya sahaja yang tahu.
kak jiey,
bukan zah tidak baca mengenai ian sejak dari entry ian dimasukkan ke hospital ri tu..
tp zah tak berapa kuat untuk meninggalkan komen,
zah doakan ian sihat kembali dan allah bg kekuatan pada kak jiey dan keluarga..
salam kasih
izzah
I feel so sorry for Ian, melihat pada video tu kak rose cuba untuk tidak emo, tapi tetap gagal... hati tidak setabah jiey walaupun hanya dengan melihat ganbar2 dan video, dan dengan wayer yang berselirat dikepala si kecil... oh Tuhan berilah kekuatan pada keluarga dan sikecil Ian untuk itu.... Amin
sedih tgk wayar2 kat kepala ian...rsa skit sgt...ian, kuatkan semangat ye syg...hanya padaNYA kita berserah jiey...insyaAllah, pasti ada sinar kebahagian utk jiey sekelurga slpas ni...sntiasa mendoakan ian sihat spti selalu...aminnn...
** ian mmg comel sgt...auntie teringin sgt nak jumpe ian ngan jiey....
Amin....
Doa auntie sentiasa untukmu nak... semoga kembalikan kesihatan yang baik untuk kamu....
jiey
can i visit u ? if possible..maybe i can do nothing but i have shoulder to share with u..
really sad to read all this..
my mobile:0192021949-*lynn*
tak macam budak sakit langsung kan? mcm terer sangat dah membaca paper tu.. bukan main asyik.. ape agaknye yg dia fikirkan ek?? rayyan rayyang...
kesian tgk ian....
teruskan perjuangan utk buah hati tersayang....
salam jiey,
saya tahu awak ibu yg tabah. jika tidak, masakan awak mampu menyusun kata2 di blog berkongsi cerita dan mengimbau kembali kesakitan si anak. bukan mudah.
semoga ian terus sihat, ceria dan tabah. anak kecil yg tidak berdosa, ramai yg melindunginya. insyaallah.
be strong kak jiey
sy doakan Ian kembali sehat mcm selalu
Salam, Saya senangtiasa mendoakan Rayyan... Tak sampai hati lihat anak sekecil ini berselirat dengan wayar di kepala... Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga rayyan sihat seperti seperti kanak2 lain Aminnn!!!
jiey..sy dah ikut blog ni lama dah...
hati sy tersentuh bila tau rayyan x sihat skang ni..
sampai sy masuk ke kelas pun duk teringat kat rayyan...
rayyan..sihat la anak....
Ian memang comel sangat..
tak nmpak pon kekurangan kat wajah die...
luruh ati melihat wayar2 di kpala ian..ini prsaan sy yg tidak mngenali ian..bgmna pula prsaan ummurayyan..smoga Allah mmberi kekuatan yg berpanjangn demi ank kecil itu...amin
luluh ati ini mlihat wayar2 di kpala ian..bgaimna pula ummurayyan sndiri..smga Allah mmberi kekuatan yg berterusan utk ummurayyan menghadapi semuanya demi si kecil ian
Post a Comment