Keempat-empat isi rumah kami masih lagi batuk-batuk dengan teruk. Saya pula, sampai tidak dapat tidur semalam.. Bibik mendapat extra package dengan disertai sedikit demam. Rayyan Ariff pula, ditambah dengan selsema pula.. Hmm.. Musim barangkali.
.
Esok pagi, Rayyan Ariff dijadualkan untuk admission ke PMC bagi menjalani pemeriksaan mata di bawah GA. Dengan pakej selsema dan batuk ini, saya tidak tahulah sama ada bisa diteruskan atau tidak. Perancangan sebelum ini terganggu kerana Rayyan Ariff yang jatuh sakit agak lama. Dan seandainya perancangan untuk esok hari juga tertunda, tentu sekali saya terasa ralat..
.
Berdebar. Itu kata yang sesuai untuk menggambarkan rasa di hati. Saya takut seandainya keputusan ujian nanti menunjukkan Rayyan Ariff memerlukan kacamata. Sudahlah sebelum ini kami sudah berperang dengan pemakaian hearing aid, kalau perlu ditambah dengan kacamata, pecahlah jiwa ibu yang satu ini.. =(
.
Semoga ada berita baik untuk kami esok hari. InsyaAllah.
.
Bisa 'membaca' bukan jaminan penglihatan mata yang jelas.. =( |
11 comments:
semoga rayyan sihat utk check up esok...hrp2nya tak perlu la pakai cermin mata..nnt ian x selesa...sy doakan yg terbaik utk family kak jiey...
amin..
insyaAllah jiey. kami sekeluarga doakan Ian ok2 je.
Jiey pon tabah ye sayang.
jiey;
amin..saya doakan begitu jua :)
syafakumullah family Ian
biasanya kalau ada selsema,batuk atau demam mmg tak boleh bagi GA...risiko sgt tinggi even utk org dewasa.
Semoga segalanya dipermudahkan....dan harap ian terus sht selalu...
Saya doakan rayyan arif cepatlah sembuh dan mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada akak dan keluarga... Ian sgt istimewa.. tabahkanlah ati dan banyakkanlah berdoa. mudah-mudahan Ian kuat dan bertambah sihat.
moga semuanya bertambah sihat yer jiey especialy Ian.."Dear Rayyan,sweetheart kena kuat, kena berusaha, sayang ibu, sayang ayah, jgn putus asa tau" *hug*
Auntie Nur doakan Ian punyo result molek esok.
aminnn...auntie doakan yg terbaik untuk ian syg....insyaAllah smg semuanya dipermudahkan buat ian & jiey sekeluarga...
mmmuuuahhhh utk ian ensem..:)
Post a Comment