Wednesday, December 15, 2010

Kami sama-sama OKU..

Beberapa hari yang lalu, saya terjumpa URL blog saya di sebuah laman direktori yang diwujudkan oleh seorang blogger dengan tajuk, “Laman OKU”. Pada bloglist tersebut, ada beberapa lagi blog yang dikategorikan sebagai, “blog OKU”..

Sensitifkah saya dengan label? Tidak. Kerna pernah saya katakan, letaklah apa sekalipun label yang anda mahu pada Rayyan Ariff; anak OKU, cacat, brain injured child dan juga anak istimewa, maksudnya tetap sama iaitu anak saya punya kelainan.

Kita memberikan label kerana kelainan yang kita lihat. Dan saya juga melihat Rayyan Ariff sebagai OKU. Orang Kelainan Upaya dan juga Orang Kuat Usaha.. Kuat sehinggakan saya rasa malu untuk ‘jatuh’ di hadapannya..

Pada pandangan kita, kita lahir sempurna.. Tiada cacat cela. Berjalan, berbicara, berfikir dan melakukan segala-galanya dengan kesempurnaan yang kita rasakan ada pada kita. Namun dengan kesempurnaan ini, ada di antara kita yang tersilap langkah.. Ada di antara kita yang sempurna ini meringkuk di sebalik tirai besi. Ada juga di antara kita yang sempurna ini ‘berehat’ di pusat pemulihan.. Kerana kita dilahirkan sempurna, dengan otak yang bijak berfikir..

Rayyan Ariff juga dilahirkan sesempurna kejadian. Dia makhluk yang diciptakanNya dengan kelebihan tersendiri.. Dia lahir dengan jumlah sel otak yang sangat minima. Hanya 5 peratus, atau mungkin juga kurang..

Pic: credit to Mama Put


“Most probably he wont survive. The brain damage is already 70%. Even if he did, he may not be able to walk, he may not be able to see, he may not be able to hear and he may not be able to recognise you as his parents..” Minggu ke 23 kehamilan.

“His condition is getting worst, and the brain tissues will continue to be destroyed as long as he stays inside..” Minggu ke 25 kehamilan.

“We have no other choice, you need to go for early delivery.. And please bear in mind that the chances for him to survive after birth is very very low.. because not just he needs to survive of being a premature baby, he also needs to survive of being a severely brain damaged baby..” Minggu ke 30 kehamilan.
.
Dan kerana kami ayah dan mamanya, maka kami juga memilih untuk menjadi OKU.. Kami memilih untuk terus menjadi Orang Kuat Usaha.. Memilih untuk terus kuat berjuang..

Asal kejadian Rayyan Ariff berlainan dari kita semua, namun dia melangkaui apa yang pernah kita letakkan padanya.. Mungkin kita yang harus rasa malu pada ‘kekuatan’ anak OKU ini.  Dia memang OKU, Orang Kelainan Upaya di dalam caranya yang tersendiri, namun dia adalah bukti keagungan Allah SWT yang tidak terperi.. Dengan limitasi dan kelainan pada struktur otaknya, dia masih mampu berkembang dan membangun dalam fasanya yang unik.. Kerna dia adalah OKU; Orang Kuat Usaha!
.
Bukan mudah mencari kasih abadi kerna dalam terang ia sembunyi, namun dengan izinNya, kami akan terus melangkah.. =)

15 comments:

Anna Da Lady said...

Rayyan, sememangnya Rayyan adalah satu anugerah dari Allah untuk Parent Rayyan. Terus kuat Rayyan untuk menggembirakan parents Rayyan dan orang sekeliling. Kepada Parents Rayyan, saya kagum dengan semangat anda yang tak putus-putus berusaha menjaga dan mendidik Rayyan. Terus kuat untuk Rayyan. :)

shaliza said...

Salam Jiey
Bila la boleh jumpa budak comel ni...insyaAllah suatu hari.

the triplets said...

kita semua adalah OKU(Orang Kuat Usaha) , berusaha untuk anak-anak kita...memberi yang terbaik untuk mereka...dan ian takde kekurangan padanya, sama macam kita...dan ian sentiasa comel...miss you ian

emmy said...

ian sangat comel..anugerah yang x ternilai dariNya..

Intan and The Boys said...

1 happy family!!! susah tau nak tgk korang bergambar sama2. suka tgk.
:)

Mama Kembar Tiga said...

Jiey, korang satu family memang OKU = Orang KUAT USAHA. Tak semua org mampu tangani apa yg korang lalui, mama pun blum tentu sekuat tu. And looking at Rayyan now, macam tak percaya je yg he was a 'severely brain damaged baby'. He's so perfect in my eyes, as always ~ he's an amazing little boy, a miracle :-)

p/s- cute giler Rayyan dlm d last pic tu, senyum yg so contented like 'i-own-the-world' gitu hehehe

Yasmin Nabilah.. said...

bergenang air mata baca entry ni..:( betul..jika diberi ruang dan peluang..insyaAllah anak2 kita berjaya..

A.I said...

OKU - anak istimewa. mmg betol2 special punye. aku pon ada sorang gak kt umah tu :) my luvly Angah...

Lynn Abd Latib said...

sapa tuh!!!!!!!sampainya hati..blog jiey lynn label "A MUST READ BLOG "...ANYHOW KEEP STRONG JIEY:)

Naddiea said...

Ian truly a handsome boy...doa untie sentiasa ada untuk Ian..insyaallah..take care Jiey n family!!

Anonymous said...

walau anak2 kita ini cacat di mata mereka..tp anak2 kita inilah yg menyempurnakan hari2 kita..biarlah dorang nak label ape pun..sikit pun tak pernah mengurangkan kasih syg pada anak2 istimewa ini..

rayyan makin hensemlah! :)

liza said...

yea...OKU utk org kuat usaha kerana mereka adalah org yg kuat dan istimewa spt Rayyan.

Sekadar berkongsi cerite...2 minggu lepas akak n family keluar gi 1Utama. Tetiba ada sorang ibu ni tegur akak and tanya psl anak. "Eh..comelnya baby. Ni tgn ni mmg lahir camni yea..takpe la, esok2 besar jadi pandai ni". Anak ibu tu pula tak abis2 tanya maknya, nape tgn baby gitu. Bukannya x pernah ditegur dgn soalan seumpama ini, tp tak tahu ntah kenape hari tu tetiba jadi sensitif. Terus laju air mata mengalir. Ibu tu pun jadi panik jap tgk akak menangis. Berkali-kali dia mintak maaf. Akak pun tak tahu nape nangis, bukannya dia ade sebut ape2 yg sakitkan hati ke, agaknya lebih pd hiba kot. Selepas 5 bulan, ingatkan dah cukup kuat nk berhadapan dgn pandangan & teguran org, rupanya masih lagi lemah. Sepanjang perjalanan balik, x putus2 akak berdoa agar dikuatkan semangat. x mau nangis2 lagi dan tak mau jadi ibu yg lemah & putus semangat. Sbb nanti camne baby nk membesar dgn memiliki jiwa yg besar & semangat juang yg tinggi jika maknya sendiri tak kuat. lagipun akak kena byk bersyukur, anak cuma takde tgn, tp dia sihat tubuh badan. Pernah akak menangis hiba mengenang camne baby nak meniarap dan merangkak dgn sebelah tgn kudung, masuk 4 bulan alhamdulillah dia dah menunjukkan 'kebolehan'nya meniarap. Sekrg ni kami lak kena jaga2 takut baby jatuh katil ke apa sbb dia dah boleh pelan2 mengengsot. Segalanya tidak mustahil. Akak pun doakan 'miracle' yg sama utk Rayyan. Tidak mustahil Rayyan akan mencapai sama dgn kanak2 normal lain. So, akak pun nak jadi sama2 OKU dgn anak...jadi org kuat usaha.

Spt biasa, maaf terpanjang cite.

transformed housewife said...

apa2 pun label yg org beri. pd Jiey dan parents yg ada anak2 istimewa ni, ur kids are so special and perfect. Mmg betul pun sebenarnya Orang Kuat Usaha adalah label terbaik utk mendefinisi org2 sperti Ian.

Unknown said...

Labellah apa sajer...hanya kita yg mengerti dan tahu dunia kita....medan perjuangan demi kelangsungan hidup anak-anak ini...

*jiey..akak pun suka tgk gmbr jiey satu family tu...kredit tu Mama Put...

Anonymous said...

salam untuk mama rayyan...
saya tahu blogger tersebut adalah saya. saya minta maaf andai tindakan saya mengguris hati mama rayyan sekeluarga.
saya tiada niat label melabel serta menghina sesama manusia. saya juga ada saudara rapat serta beberapa kenalan oku.
sila baca entri saya yang menyimpulkan bahawa kita semua ini juga oku. kita manusia bukan sempurna. semua ada kekurangan masing-masing.
bukanlah tujuan saya berblog untuk mengguris perasaan orang lain.
maaf jika saya tersalahfaham akan maksud entri ini.
saya sudah unlistkan url blog ini...