Friday, December 3, 2010

Kita pakai baju cantik supaya kita nampak cantik..

Terima kasih di atas pendapat yang diberikan untuk entri semalam. Sungguh saya menghargainya, ada yang positif dan ada yang negatif. Jujur saya akui bahawa saya masih belum mebaca keseluruhan email yang diterima kerna kebanyakan email adalah agak panjang. Saya agak kesuntukan masa sekarang, malahan kebelakangan ini saya pulang agak lewat dari tempat kerja. InsyaAllah, saya akan memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk membalas kesemua pendapat yang diberikan.

Dan seperti yang saya katakan, maaf kerna tidak semua yang mendapat password untuk entri tersebut kerna isunya yang agak sensitive. OK, kita matikan cerita ini di sini.

Berbalik kepada cerita Rayyan Ariff. Kalau adalah audiologist ataupun speech therapist yang mengikuti blog ini, tolong dan tolonglah berikan saya expert opinion anda. (Aikk, mintak pendapat lagi??) :P

Ok, ini berkenaan dengan hearing aid Rayyan Ariff. Masih isu yang sama.

Sekembalinya kami dari HUKM hari selasa yang lalu, Rayyan Ariff memakai hearing aid tersebut hampir seharian untuk hari itu. Hampir seharian bermaksud hanya pengecualian pada waktu tidur dan mandi. Begitu juga hari rabu. Memang beberapa kali dia cuba menanggalkan alat itu, namun pengawasan ‘ketat’ yang kami lakukan menghalangnya daripada berbuat demikian.

Masuk hari khamis iaitu semalam, dia memberikan penolakan yang bersungguh-sungguh. Dahsyat.

Sebaik sahaja diletakkan di telinga dan belum lagi dimasukkan, dia sudah meronta-ronta. Menggelupur. Menangis dan meraung. Kami cuba mengalih perhatiannya dengan memberikan mainan namun gagal. Dia masih lagi di dalam laungan dan tangisan yang kuat.

Lalu kami mencuba untuk kesekian kalinya. Memujuk dengan membawanya menaiki kereta. Sepanjang langkah ke kereta, Rayyan Ariff masih lagi menunjukkan protesnya dengan cuba menarik alat yang ada di telinganya sehingga kami terpaksa memegang tangannya. Sebaik di dalam kereta, saya masukkan alat yang sudah terjatuh itu sekali lagi dan dia tetap dengan raungannya yang teramat kuat.

Berlainan sekali dengan sifatnya yang tersangat sukakan kereta dan gembira apabila tahu dia akan bersiar-siar menaiki kereta. Kali ini, segalanya tidak diendahkannya. Dia tenggelam di dalam amukannya sendiri.

Katakan kepada saya, sekeras mana lagi mahu saya kentalkan hati ini mendengar tangisan anak sekecil Rayyan Ariff? Saya sakit apabila dia sakit. Drama sebabak ini terlalu menyakitkan untuk saya teruskan kerna tangisan penolakannya bukan sedikit. Amukan penolakannya terlalu kuat. Siapa yang dapat memberikan jawapan kenapa penolakan yang teruk ini berlaku selepas dua hari dia ‘dibiasakan’ dengan alat itu? Pelik..

Bagaimana lagi mahu salahkan kami sekiranya kami langsung tidak berpeluang mengenakan alat itu ke telinga Rayyan Ariff. Dan hari ini, sebelum melangkah ke tempat kerja, saya masih lagi meninggalkan pesanan yang sama buat bibik dan adik saya, “Tolong pakaikan telinga Rayyan Ariff yea..”

Dan sebentar tadi, sewaktu saya menelefon bibik, saya dimaklumkan bahawa dia hanya mampu memakai alat itu sebentar sahaja kepada Rayyan Ariff. Maksimum, 15 minit sebelum ianya ditarik keluar oleh tangan kecil Rayyan Ariff. Namun bibik akan kembali memakaikannya, berulang kali. Penat namun sekurang-kurangnya dia tidak mengamuk.

Sejujurnya saya rasakan, if Rayyan Ariff is benefiting so much from the devices, he won’t be rejecting it that serious. Why should I wear something that doesn’t make a different on me?

Kita pakai baju cantik supaya kita nampak cantik. Kita pakai kasut bertumit tinggi agak penampilan lebih menyerlah. Bukankah begitu??

Kalaulah di satu sudut dunia ini ada satu jawapan dan penawar untuk deria pendengaran Rayyan Ariff, saya sanggup berlari mendapatkannya.. Memohon, memohon dan terus memohon kepadaNya..

*Mode penat mahu tidur*

17 comments:

A.I said...

Dia x selesa guna alat tu kot Jiey..

yatthienuer said...

belum lg melihat with own eyes
membacanya saja sudah membuat ku sakit

keep on try
kuat2 la hati
hope thing will gettin better :-)
amin...

Lynn Abd Latib said...

jiey

teori lynn shj..x semestinya betul!!mungkin benda hearing aid tuh mendatangkan bunyi bingit--ian x selesa!!mungkin :( teringin sekali membaca entry kelmarin _password protected ttp email ku di opis block email ke luar..

Diyana said...

lame tk singgah sini..bc kisah ian..;)

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..ina tak fikir Ian perlu alat ini. Sungguh..sebab hati ina berat mengatakan Rayyan mendengar apa yang kita katakan. Mungkin ujian pendengaran itu SALAH. Bagi ina 'sakit' bila dia memakai alat itu.

Ya Allah..permudahkan jalan Rayyan Ariff..Amin..

Rizziela said...

mmmm...Mungkin Rayyan tak selesa kot JIey..mungkin juga sakit selama dia pakai...

Susah kita nak megerti apa yg tersirat dalam hati dia kan? apa pun..semoga semuanya berjalan dengan lancar

nieNn_Luv said...

tula jie, sama macam ramai yang berpandangan di atas. mungkin rayyan kurang selesa dengan alat tersebut agaknya. kalau betul elok, teruskan usaha memujuk rayyan ye. dan kalau pun tanpa alat itu dia memang sudah mampu fokus terhadap apa yang jie dan keluarga tuturkan, mungkin lebih baik biarkan ianya berlaku secara semulajadi :) :)

* btw cantik banner baru jie.. ;p suka betul tengok wajah ian yang berbaju kemeja putih tu... tulus sangat :p ;p

Shida said...

siannya tgk rayyan keletihan.. mungkin jgklah benda tu memyakitkan dia.. tapi shida lebih berpendapat benda tu tidak menyelesakan.betul kata jiey,kita akan lebih terseksa bila melihat kesakitan anak2 kita

Unknown said...

Mmm...speechless...reaksi Iman pun tak tau lg..sebab
iman msh menunggu alat tersebut...

Apa pun...harap sgt Ian nak pki alat tu...

yu @ nurnie said...

jiey,

my SIL is an audiologist kat HKL.. if u want her help/assistance, please let me know ye... i'll give her contact no..

transformed housewife said...

sedihnyo baco Ian mengamuk2 tok se pakai alat tu. harap2 Jiey dpt cari jln terbaik utk Ian.

Ummi to NAJLA,EMRAN & RAFEEQ said...

salam Jiey

i ada a audiologist friends..maybe you boleh tanya pendapat mereka..nanti i email to you k..

kamalnzura said...

lama tak singgah sini..dah wajah baru..

jiey dulu rasanya penah jiey tulis pasal Ian ikut "mendendangkan lagu" ketika nak tidurkan dia...
maknanya dia dpt dgr...kan?

Ina said...

banyak terlepas cerita2 ian. sejak blk msia ni especially jarang2 buka internet. kalau online pn kejap2 je. comel sgt pic ian masa baby tu. tgk gambar anak2 masa kecik2 rasa rindu sgt time tu hihi. btw semoga dipermudahkan segala usaha yg baik utk ian. jiey doa lah byk2 ye supaya ian akan bekerjasama andai kata itu lah yg tebaik utk ian.

ieda said...

semestinya dia tak selesa.jiey pakaikan sekejap2 jelah.gunakan masa dia pakai tu utk berbual.
kadang2 alat ni ada bunyi yg bingit..tak selalu.mungkin masa ti rayyan tak suka.

akak ada sorg patient (budak) with hearing problem.start pakai masa umur 5 thn.tp mcm tulah..most of the time dia buang.sekarang dia prefer bahasa isyarat.aktif & sgt berdikari.drp umur 6 thn parents dia hantar sekolah asrama.cuma dia ni secara fizikal tu takde masalah la.

Anonymous said...

salam kak jiey..cuba bace entry auntie ni pasal experience pakai hearing aid

http://nan-salleh.blogspot.com/2010/11/testingtesting.html


maybe sbb tu rayyan ariff xselesa kot..

take care :)

Unknown said...

siannya rayyan.. mungkin betul kata kak ieda.. pakai kan sesekala jer... sian juga bila alat tu menghasilkan bunyi bingit.. itu lagi menyakitkan..