Thursday, December 30, 2010

Masih terkesan dengan kehilangannya.. Al-Fatihah!

Sungguh saya masih terkesan dengan pemergian anak kecil itu. Mungkin kerana diagnosisnya sama dengan Rayyan Ariff, maka sakit itu mengalir ke segenap ruangan hati ini. 
.
Sewaktu saya membaca status ibunya di FB bahawa sudah 3 kali mereka menyambut ramadhan bersama si kecil itu, hati saya berbisik dengan sepenuh meminta, "Ya Allah, semoga ada lebih banyak lagi Ramadhan buat keluarga ini bersama si kecil yang bersemangat waja ini.."
.
Sewaktu saya mengetahui tentang pemergian anak kecil itu, saya menangis teresak-esak. Kesal kerana saya tidak berkesempatan bertemu wajah kecil itu lagi selepas pertemuan pertama, lama waktu dahulu.. Sungguh dia kuat kerna sudah bertahan sehingga tahun ketiga walaupun dari segi perubatan, doktor mensasarkan bahawa hayatnya tidak mungkin sepanjang itu!
.
Dan semalam, sewaktu saya membaca status ibunya di FB tentang kerinduan dan kesuraman sebuah kediaman setelah pemergian anakanda tercinta, kolam mata ini bergenang lagi.. Terketar-ketar tangan ini  menaip sewaktu mahu menitipkan ucapan takziah buat keluarga itu..
.
Di sebelah saya, Rayyan Ariff tersenyum manis sambil memasukkan huruf 'O' ke dalam tempatnya. Dalam saya memerhatikan anak itu dan dia masih lagi memberikan senyumannya.. Pada sinar mata Rayyan Ariff, saya bagaikan ternampak cahaya sama yang pernah kelihatan pada mata Aiman Ishak.. Ya Allah, kesedihan dan kehilangan itu begitu nyata walaupun saya bukanlah sesiapa pada keluarga itu.. Subhanallah.. Ralat sungguh hati ini kerna tidak berpeluang menemukan Rayyan Ariff dengan 'abang'nya itu..
.
Al-Fatihah buat Aiman Ishak!! Di dunia ini, mungkin kamu digelar OKU. Namun di syurga yang abadi, tiada lagi label buat kamu.. Kamu bebas berlari dan meneroka.. Semoga kamu terus tenang di sana wahai anakku, Muhammad Aiman Ishak..

Asal kejadian yang sama.. Rayyan Ariff di awal usia..
Setiap anak yang lahir, pastinya meninggalkan kesan yang bukan sedikit untuk setiap ahli keluarganya. Kurang upaya, tidak bermakna kurang bahagia yang di bawa.. Kurang sempurna, tidak bermakna kurang kasih sayang yang tercurah.. 
.
Susah pada mata dan pandangan orang lain, bukanlah kepayahan pada kita yang menghadapi.. Satu pemergian tetap akan dirasai walaubagaimana keadaan sekalipun! Dan setiap peluh yang menitik dalam menguruskan dan menjaga permata ini, pastinya dijanjikan kemanisan oleh Dia di sana..
.
Al-Fatihah..

12 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Al Fatihah...

yatthienuer said...

alfatihah.
insyaallah pasti, anak itu sedang bahagia di sana...amin..ya rabbal alamin

Mama Kembar Tiga said...

Innalillah.. mama yang tak kenal pun turut rasa sedih baca nih. Moga family arwah kuat hadapi dugaan nih. And moga Rayyan akan terus sihat & terus mewarnai hidup Jiey & keluarga, Amin.

Roszaneza Danny said...

Al-Fatihah buat Adik Aiman..
semoga Aiman aman & tenang diSyurga Abadi..dan berbahagia di sisi-NYA.. Amin..

Intan and The Boys said...

Al-Fatihah.

♥ Che NamNam ♥ said...

Al-Fatihah..salam takziah.

Kalian adalah ibu yang terbaik..bertuahnyer anak-anak yang memiliki ibu yang berhati waja seperti kalian.

the triplets said...

sedih jiey...

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey..ntah kenapa, rasa sayu, sebak dan hiba plak baca entry jiey kali nih.xdapat nak bayangkan keadaan ayu sekiranya berada ditempat itu.Semoga kita masih diberikan peluang yang lebih lama untuk menghabiskan masa bersama si kecil tersayang.
Alfatihah untuk arwah Aiman Ishak.Semoga berbahagia dan tenang di sana.Kepada ibunya semoga tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey..ntah kenapa, rasa sayu, sebak dan hiba plak baca entry jiey kali nih.xdapat nak bayangkan keadaan ayu sekiranya berada ditempat itu.Semoga kita masih diberikan peluang yang lebih lama untuk menghabiskan masa bersama si kecil tersayang.
Alfatihah untuk arwah Aiman Ishak.Semoga berbahagia dan tenang di sana.Kepada ibunya semoga tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

nisa said...

alfatihah buat anak comel ini...

transformed housewife said...

Al-fatihah utk arwah adik Aiman Ishak. Sedih baca entry ni.

linda said...

al-fatihah buat aiman...syurga buatmu sayang...sayu bce entry ni...:(