Saturday, December 18, 2010

Satu kekuatan, satu kehilangan.. Al Fatihah..

Pemergian jiwa kecil yang kuat itu saya tangisi dengan penuh kesedihan.. Bukan meratapi sebuah kematian, tetapi kerna terasa kehilangan yang sangat besar..
.
Usianya baru sahaja mencecah 3 tahun, namun perjuangannya untuk sebuah kehidupan adalah satu kisah yang sangat menginsafkan. Dengan segala keterbatasan fizikal dan mental, dia melalui hidupnya dengan menjadi bukti kekuasaan dan keagungan Allah SWT.. Dia adalah anak kecil yang sangat kuat!
.
Sewaktu Rayyan Ariff masih di NICU, saya mengetahui tentang kisahnya kerna dia merupakan anak saudara kepada teman sekolej saya. Lantas saya berkenalan dengan ibunya dan mengemukan pelbagai soalan kerna tatkala itu, dia sudah berusia beberapa bulan berbanding Rayyan Ariff yang baru sahaja dilahirkan..
.
Kisahnya dan kisah Rayyan Ariff sama. Diagnosisnya dan diagnosis Rayyan Ariff juga sama. Kerna itu, saya sangat terkesan dengan pemergiannya. Ibunya dan saya juga sama, dipersoalkan tentang keputusan kami untuk melahirkan benih cinta yang penuh dengan kekurangan.. Namun yang membezakan kami ialah ketentuan yang tersurat dan yang tersirat..
.
Ibu itu sangat tabah dalam menjalani kehidupan bersama jiwa kecil yang menuntut penjagaan rapi.. Ibu itu masih mampu bercakap dengan kekuatan penuh sewaktu kami melawatnya di hospital suatu waktu dahulu. Bagaikan alah bisa tegal biasa.. Berkampung di hospital untuk si anak bagaikan sesuatu yang tidak mengganggu..
.
Trauma kehidupan anak itu tersangat hebat apabila pasukan pengamal perubatan bagaikan terlalu awal berputus asa dengan kemandiriannya.. Kata mereka, dia tidak mungkin akan selamat sebaik dilahirkan maka dia dibiarkan sahaja.. Melihatkan kekuatannya, barulah mereka akur untuk membantunya..
.
Dan mencapai usia beberapa bulan kehidupan, sekali lagi, dia diminta pulang kerana pihak hospital sudah kehabisan idea untuk memulihkannya.. Bagaikan menyuruh dia menunggu waktu untuk dijemput pergi. 
.
Kejam. Itu kata yang paling tepat. Selagi tubuh itu bernyawa, apa perlu ada putus asa?? Namun ibunya tidak patah semangat. Hanya padaNya tempat bergantung.. Dan anak kuat itu, terus menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak mahu menyerah kalah dengan mudah..
.
Kerna kekuatan dan ketabahan itulah saya tidak mampu mengawal tangis apabila dimaklumkan bahawa dia sudah pergi selama-lamanya petang tadi.. Kehilangan yang sangat besar dan sangat dirasai..
.
Untuk sepanjang hayatnya, dia melalui kehidupan yang penuh limitasi.. Namun kini, dia bebas berlari dan bermain-main di syurga yang abadi.. Cukup pasti, dia sedang menunggu ibu dan ayahnya di sana..
.
Al-Fatihah buat Aiman Ishak tercinta..

9 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Al-fatihah..Sedihnya Jiey.. :(
Salam takziah buat keluarga Aiman..Moga terus diberi kekuatan..InsyaAllah..

kasihibu said...

alfatihah
takziah
seorang bidadari syurga sedang menunggu ibubapanya yang telah menatang dan menjaga seikhlas hati, sepenuh jiwa sewaktu hayat masih di kandung badan.

Unknown said...

Al fatihah...moga rohnya aman di sana...

Anna Da Lady said...

AlFatihah...

yatie chomeyl said...

sedihnyo jiey..teriok koo ore baco

ore harap parents arwah Aiman Ishak tabah walaupun agak berat dugaan ini

ore yakin ganjaran besar menanti ibu dio di syurga nanti..amin

Mamanurin said...

Al Fatihah..moga kedua dua iba pada Aiman diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah..yeah, wlpun tak kenalarwah, bila membaca coretan pilu jiey, terasa sayu sgt.

Intan and The Boys said...

al-fatihah.

:(
tiada kata yang mampu menenangkan hati parents arwah. cuma didoakan agar mereka punya ketabahan hati yang cekal.

kella said...

ya Allah!!....
(T_T)

salam takziah untuk keluarganya...

Anonymous said...

akak doakn ian membesar dgn sihat n sempurna seperti kanak2 lain...