Thursday, December 16, 2010

Sumpah tak mahu berbelog setahun!!

Semalam kami ke Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan, HUKM lagi. Temujanji seterusnya adalah pada esok hari yang mana ujian BAEP akan dilakukan ke atas Rayyan Ariff sekali lagi bagi menentukan tahap pendengaran Rayyan Ariff..
.




Harapan? Tentu sekali saya mahu hasil keputusan itu menunjukkan bahawa tahap pendengaran Rayyan Ariff adalah normal dan dia tidak memerlukan alat bantu pendengaran lagi.. Dan andai ianya benar, sumpah saya mahu berhenti berbelog selama setahun! Apa relevannya berbelog dengan pendengaran?? Saya pun tidak tahu.. :P
.
Saya maklum bahawa saya harus realistik.. Saya adalah penjaganya maka saya lebih maklum keadaan Rayyan Ariff.. Saya tidak menolak bahawa anak itu tidak memiliki tahap pendengaran tipikal, namun saya amat berharap agar ada peningkatan yang bakal ditunjukkannya nanti..
.
=)

7 comments:

LayarLara said...

mudah2an keputusannya memihak kepada rayyan

Anonymous said...

salam jiey,

aduh jgn lah sampai bersumpah tak mahu berblog selama setahun....susah lah nanti kak ayu nak tau perkembangan anak bijak itew nanti.:)

miss kat ian lah.

kak ayuzafina

normi said...

Doakan yg terbaik untuk Rayyan..
Amin..

Sue said...

salam jiey.. slalu singgah sini tapi tak sempat komen. Harap ujian utk Ian tu berjaya dgn keputusan yang terbaik..... jaga ian betul2 yea jiey...

Marsha~ said...

tu kira nazar lah tu... kalau betul, rindulah sy nak tau pasal rayyan ariff

Unknown said...

salam kak jiey...

za doakan tahap pendengaran ian meningkat..Allah maha besar...Insya-Allah..amin..Ian=miracle boy :)

Ustaz Azrai said...

Salam.. Moga dipermudhkan semuanya.. smpaikn slam sya kpd sicomel tu..