Semalam adalah sesi temujanji bersama doktor rehab Rayyan Ariff iaitu Dr.Taayah.. Dr.Taayah juga menyatakan kekagumannya apabila Rayyan Ariff mampu makan sendiri menggunakan sudu kerna pada dasarnya, tahap kemahiran motor Rayyan Ariff sekarang bagai menunjukkan bahawa hal itu adalah mustahil untuk dia lakukan pada saat ini. Itulah istimewanya little miracle saya ini..
.
Alhamdulillah kerna Dr.Taayah mengakui kepelbagaian perkembangan yang ditunjukkan oleh Rayyan Ariff walaupun masih banyak bahagian yang perlu diperbaiki dan dipergiatkan usaha stimulasi..
.
Setiap kali mendengarkan perkara-perkara yang perlu kami lakukan untuk Rayyan Ariff, hati serasakan mengeluh penat dan tidak mampu. Tectile, propriaception, bridging, oral-motor exercise, vestibular and so on.. The alien words keep on growing kan??
.
Namun seperti seringnya, akal mengingatkan hati bahawa kalau kami sudah sampai sejauh ini, pasti kami mampu untuk pergi lebih jauh..
.
Inilah kata-kata yang sering saya gunakan untuk mengingatkan diri agar tidak tersasar. Ada waktu, hati mengeluh apabila penat berkejar ke hospital di Subang Jaya pada waktu rehat tengahari dari pejabat yang terletak di Bukit Kiara semata-mata untuk mengambil laporan perubatan Rayyan Ariff. Ada masa, jiwa mengeluh apabila terpaksa berkejar ke Subang Jaya dari Bukit Kiara selepas waktu pejabat untuk sebotol ubat buat Rayyan Ariff. Ada ketika, diri mengeluh apabila terpaksa keluar awal sedari awal pagi sehinggalah senja menjelma untuk memenuhi tuntutan terapi Rayyan Ariff pada hampir setiap hari sabtu..
.
Dan akal juga sering membisikkan kepada hati, "Ikhlaskan sahajalah demi seorang anak.. Ikhlaskan sahajalah demi amanah Allah SWT yang tidak ternilai harganya ini.."
.
Dan bagaikan kalimah keramat bermentera, redha seringnya mengikat hati supaya sentiasa sabar dan tabah.. Dan seiringnya juga, keluhan demi keluhan berlalu pergi dengan hanya berpegang pada kalimah keramat ini.. Besarkan nikmat redha?? =)
.
My handsome little miracle boy.. =) Pic - Credit to Mama Put |

8 comments:
Insyallah setiap perngorbanan yg dibuat oleh seorang ibu itu akan ada balasan yg baik nanti..
semoga rayyan cepat sihat ye.amin
semoga rayyan dapat belajar dgn cepat. serOnok kalau anka kita dah ada perkembangan kan?
salamss jiey,
buat adam rayyan auntie sentiasa doakan adam sentiasa didalm lindungannya....sihat dan ceria selalu:)
take care darling:):)
sorry rayyan...auntie selalu tgk rayyan mesti tersasul panggey adam...amponkan auntie...tiba2 dpt nama baru plak....:)
itulah kasih sayang ibu ayah terhadap anak2nya...
=)
syukur alhamdulillah..yeah!! rayyan anak yang kuat debab rayyan ada ibudan ayah yang kuat juga..moga jiey dan rayyan terus kuat dan tabah
rayyan terlalu cute...InsyaAllah Rayyan akan membesar cam kanak2 lain...
he is miracle boy... thank god..
Post a Comment