Friday, February 11, 2011

Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya..

Seperti yang sudah dijangka, temujanji di Klinik Audiologi adalah sangat tidak memberangsangkan. Malah, boleh saya kategorikan sebagai temujanji ini adalah yang terburuk dalam sejarah susunan temujanji-temujanji kesihatan Rayyan Ariff yang tidak terkira banyaknya.
.
Anak comel itu langsung tidak mahu bekerjasama. Puas dipujuk dan diberikan mainan namun dia langsung tidak mahu mengenakan alat bantu pendengarannya. Sudahnya, kami pulang sahaja kerna tidak ada apa yang dapat dilakukan dengan keadaannya yang tidak berhenti menangis setiap kali alat itu cuba dikenakan padanya.
.
Dan saya sendiri, rasa kecewa dan penat berbaur. Apabila dia baru sahaja menerima alat itu, kini tiba-tiba sahaja raung tangisnya kembali apabila setting ditukar. Berulangkali ia begitu. Mula-mula OK, kemudian reject. OK kembali dan reject kembali. Itulah sejarah Rayyan Ariff dengan hearing aid.
.
Mungkin setiap setting baru yang dibuat adalah terlalu kuat untuknya. Sampai satu ketika, saya berfikiran mahu hanya membiarkan dia dengan keterbatasan pendengarannya kerna tidak mahu dia berasa sakit. Sekiranya dipasang dengan cara yang salah, alat itu mudah sahaja mengeluarkan bunyi yang membingitkan.. Sungguh saya kasihan padanya.
.
Bagai nekad sahaja hati ini untuk membiarkan dia yang menentukan sendiri apabila dia besar kelak sama ada dia mahu memakai alat itu ataupun tidak. Pada saya, masih ada lagi kaedah komunikasi yang bisa diajar untuk Rayyan Ariff sekiranya pendengaran dia terhad sekalipun.
.
Namun itu hanya rasukan fikiran jahat sahaja. Kerna rasa kecewa mungkin. InsyaAllah, kami tidak akan berhenti mengusahakan setiap cara yang ada untuk membantu Rayyan Ariff demi sebuah kehidupan yang berkualiti dari segenap sudut untuk dia. InsyaAllah.

Tertidur di dalam kereta setelah kepenatan mengamuk..
Kekecewaan semalam juga membuatkan saya menggunakan enjin carian google untuk menjejaki anak-anak yang senasib dengan Rayyan Ariff. Dan mata saya mendarat pada 4 laman belog milik orang putih kesemuanya. Laman belog yang pertama, bayi itu meninggal pada minggu ke 17 kehamilan. Bayi yang kedua dan ketiga meninggalkan dalam tempoh kurang dua minggu dilahirkan. Dan belog yang keempat, anak itu sudah berusia 6 tahun namun dengan keadaan penuh limitasi fizikal dan mental.
.
Sekali lagi, realiti kehidupan menyedarkan saya untuk bersyukur dengan setiap yang ada. Realiti kehidupan mengajar saya agar tidak mengeluh. Dan saya sendiri, cukup takut untuk mengeluh kerna tidak mahu tuhan menarik rahmat dan nikmat yang telah Dia kurniakan buat kami..
.
Dan semalam juga, saya dan Rayyan Ariff melelapkan mata lebih awal daripada biasa. Kerna saya perlu mencari tenaga yang baru untuk menempuh hari ini yang masih belum pasti turun naiknya.
.
Pagi tadi, sewaktu tiba sahaja di sekolah Rayyan Ariff, saya mengeluarkan alat bantu pendengaran itu seperti kebiasaannya. Terus sahaja Rayyan Ariff menjadi kaku dan statik. Fobia benar dia pada alat itu..
.
"It's OK Ian. It's not that loud anymore. They have reduced the level yesterday.." Ujar saya dalam nada separuh berbisik. Rasa syahdu menyelinap ke segenap ruang hati tatkala melihat matanya yang mula digenangi air.
.
Setelah alat itu terpasang, bunyi bingit mula terhasil dan Rayyan Ariff sudah mula mengalirkan air mata. Tanpa suara. Terus sahaja saya betulkan kedudukan alat itu sebaik mungkin sehingga bunyi itu tidak lagi kedengaran. Dan setelah itu, saya menyerahkan Rayyan Ariff kepada cikgunya dengan wajah sugulnya yang masih bersisa. Apalah daya saya..
.
Kalau diizinkanNya, alangkah bagus sekiranya Rayyan Ariff tidak perlu bergantung pada alat itu bukan? 
Mungkinkah keajaiban itu menjadi milikmu Rayyan Ariff?
Wallahu'alam.

13 comments:

Sue said...

sebak saya baca entry ni jiey. kesian sungguh pada Ian. kesian sebab dia terpaku sbb kena pakai hearing aid lagi, pasti dia teringat sakitnya masa di hospital semalam tu.

takpe Ian, ia akan bantu kamu. dont worry...

yatie chomeyl said...

ore doa supaya abe Ian x pyh pakai alat tu doh pasni, moga2 Allah beri pendengaran yg lebih baik utk abe ian tanpa alat tu..amin

Mama Kembar 3 said...

Sian Rayyan. Tak sampai hati membayangkan dia nangis :(

littlehumblelynn said...

x tau mahu komen apa..sbb bergenang air mata ni :(

linda said...

huhu...sedih n sebak bace entry ni..:( insyaAllah jiey,kite doa smg keajaiban akn mjdi milik ian....aminnn....

Mieja@Amiizaa2001 said...

salamss jiey&ian,

mengalir airmata auntie...
kesiannn kat ian:(
kalaoulah auntie ada depan ian.....pasti auntie menangis melihat kesakitan ian:(:(

Ian, kena kuat yer sayang....muahhh!

Jiji said...

aku ada idea la jiey.. cuba kasi rayyan main head/ear phone... buy him cd player .. biar dia biasakan pakai earphone dulu...

sakit sebab struktur tualat tu tak sesuai dgn telinga dia kot.. mcm aku.. sampai sekarang tak boleh pakai earphone .. sakit ngilu kat telinga.

PuteriKureKure said...

kesian sungguh dengan Ian.

Ian dan jiey, doa dari kami sekeluarga untuk kalian sentiasa ada. :)

MaMaNuRiN said...

mama nak tolong ian dgn ibu..tapi mama tak tahu nak buat macam mana..mama peluk nak tak?biar mama peluk ian, ibu pakai hearing tu..tak sakit.. be strong dear

harrissa said...

kak jiey..mengalir airmata sy saat ini kak..terlalu sayu hati ni membaca entri ini..kesian pada anak sekecil rayyan dan kak jiey yg melalui hari2 yg sebegini.

harapan sy moga Allah s.w.t mengasihani rayyan dan kak jiey dgn rahmatNya..semoga hari2 yg mendatang akan lebih baik dari hari ni kak.

salam syg sy pada rayyan.

Umi Ilhan Nafis

[ibuLUNAZAHRA] said...

terasa sebak bl baca part "Setelah alat itu terpasang, bunyi bingit mula terhasil dan Rayyan Ariff sudah mula mengalirkan air mata. Tanpa suara."..sungguh, terasa sangay Ian mnahan dirinya dr menangis lagi.

tabah lah Jiey, insyallah akan ade miracle tuk Ian & Jiey!

annur fitrah said...

Yang menghadapi ialah anak kita, dan kita pula emaknya. Dan kerana dia, kita selalu merinduinya..

Watie Aziz said...

adoi jiey .. sedih pulak aku baca entry nih .. adik aku yg irfan pun kan kena pakai hearing aid .. dia tak suka jiey .. bila berpeluh gatal kot .. dah 8 tahun baru kena pakai ..mmglah tak suka kan .. apatah lagi budak2 kecik..nak cakap tak pandai .. pity ryan .. takper lah .. pelan2 hopefully ryan akan suka demi utk masa depan dia .. kalaulah leh buat implan koklea harga murah2 .. mesti ko dah nak buat kan yang .. ramai yg kata bagus .. tapi mahal nokss...