Wednesday, February 23, 2011

Blogging: Satu pencabulan hak asasi anak-anak??

Semalam saya berpeluang berbual dengan seorang rakan yang juga merupakan seorang doktor. Rakan ini sememangnya maklum dengan kondisi Rayyan Ariff sedari dia masih di dalam rahim saya lagi. Malahan, rakan inilah yang menjadi rujukan saya setiap kali saya memperolehi sesuatu keputusan pemeriksaan yang saya tidak faham isi kandungannya.. Teman untuk saya mendapatkan penerangan bagi setiap terma-terma perubatan yang asing pada saya..
.
Perbualan kami semalam berkisar tentang tahap penceritaan ibubapa tentang kisah anak-anak mereka, terutamanya kisah anak-anak istimewa. Dan saya juga mengambil kesempatan semalam untuk bertanyakan pendapat beliau tentang hasrat saya untuk berkongsi kisah Rayyan Ariff di media cetak dengan niat, ingin memberi harapan. Saya tahu bagaimana sakitnya apabila kita tidak diberikan harapan, maka apa salahnya kami bangkit memberikan harapan kepada mereka yang mungkin memerlukan.
.
Jawapannya senang, "As a doctor, I'll definitely say yes to it. But as a parent, I will say no. Every child has their own rights. Even when they're still in the womb, their rights can't be violated. They should have their privacy and it should not be invaded. Who are we to decide whether we should share their story or not. Who are we to decide on what to tell and what to be kept? We cant claim ownership on them just because they are our children. One day, they will grow up and have minds of their own. What if, the things that we shared before is not something that they are agreeable to?"
.
"But children can be manipulated, we can actually direct them to the way we want them to be. We can build certain beliefs and trust, right? If from the beginnning we implanted in their mind that what we have been doing is good for them and giving back to the community, I guess it should turn out to be that they will accept it and share the same thought with us.." Saya cuba menyatakan dari perspektif yang berlainan.
.
"Yes, they can be manipulated. But not forever. Wait until they have mind of their own, then only you will know what they've to say about the whole thing.." Tingkahnya lagi.
.
Melihat kebelakang waktu, saya jarang bercerita tentang Rayyan Ariff secara total. Namun menjelang usianya 2 tahun, saya mula memberi lebih pendedahan di sini tentang siapa Rayyan Ariff dan bagaimana istimewanya asal kejadian anak ini dari segi sains dan kemanusiaan. Kerana kisahnya terlalu istimewa untuk disimpan.
.
Dan jua, kerana kisah Rayyan Ariff,  memberi banyak tanda tanya bukan hanya pada saya selaku manusia biasa, namun turut mengundang kekaguman kepada para pengamal perubatan moden yang pernah memberikan diagnosis dan prognosis kepada anak ini.
.
Namun kini saya sudah pasti tentang semua ini lagi. Saya tidak mahu merobek privasi seorang insan lain walaupun insan itu adalah anak saya sendiri..
.
Saya tidak tahu apa yang saya coretkan di sini akan mendapat persetujuan daripada Rayyan Ariff atau pun tidak. Sebagai seorang blogger mommy, pastinya anak-anak akan menjadi subjek utama di dalam penceritaan saya.. Sama ada Rayyan Ariff atau adik-adiknya nanti, kisah kasih kamilah yang akan saya coretkan di sini..
.
Namun perbualan semalam benar-benar memberi kesan kepada saya. Untuk meneruskan hasrat saya ke media cetak bagaikan sudah jauh rasa itu.. Yang paling nyata, saya juga sudah tidak pasti apakah harus saya bertukar gaya bentuk penceritaan di sini. Sekiranya perlu, mungkin seharusnya saya memberi fokus kepada semua perkara secara am dan tiada lagi subjek utama. Tidak Rayyan Ariff dan tidak juga bakal adik-adiknya. Wallahua'lam..
.
Bagaimana dengan blogger mommies yang lain? Do you think that we invading our children's privacy; be it typical or special children since we're blogging about them?
.
Source: Google image

32 comments:

yatie chomeyl said...

ermm berat persoalan kali ni. buat oghe jadi terfikir jugop, adakah ore pon dh menceroboh privacy SN...

buat maso lo ni tokleh nok jawab lagi, tp I'll definitely nok kurangkan sikit lah cerito2 pasal SN...cerito pasal diri ini jah la over2 pulop di blog. ko guano jiey deh?

Musafir di Bumi Tuhan said...

Salam...

Utk saya, saya setuju dgn shbt jiey (Dr tu la). Hmmm...tgk shj kisah Sufiah, budak bijak yg m'jd perhatian media dulu. Hmmm...ntah la tak tahu nk comment mcm mana, terpulang pada jiey.

Normaliza said...

Hmm..tak terfkir pulak pasal ni. Tapi betul juga ye. kita pun tak suka org ceroboh privacy kita. gitu jugak ngn anak kan..mereka pun ada perasaan..

Puteri Nuur At-Terawis said...

sebagai salah seorang blogger mummy yang ada anak istimewa dan tipikal rasanya tidak salah jika ingin berkongsi cerita dan keistimewaan yang anak kita ada ini.

ambil contoh mudah jiey. 'kerna kasih kita' adalah blog yang mempengaruhi put untuk terus kuat dan berkongsi keistimewaan anugerah ini yang mana persepsi sebelum ini adalah sebaliknya.

masa tahu Lope adalah istimewa, terduduk rasanya. bila baca kisah ian yang miracle, semangat itu pulih. selain memberi kesedaran, harapnya mampu mendidik orang lain menghormati dan mengenali anak istimewa dengan lebih dekat dan secara praktikal.

keep on writting jiey. u inspired me!

Idayu said...

betul, entry nih menginsafkan sy jugak. dulu, sy penah amik gambo anak sy masa dia baby dlm keadaan bogel. tetiba abg sy marah, dia ckp nanti beso may be ank sy akan malu n marah bila dia nmpk gambo tuh....confuse kejap masa tuh..

skang, br sy tersedar..tiap org ader privacy yg perlu dipertahankan..buatla keputusan terbaik, utk semua pihak...

rafiza said...

dh lama nak dengar org bangkitkan ttg ini..mmg ada pro n cons nya..walhal setiap perkara pun..

bg sy boleh menulis, tetapi jgn berlebihan..kadang2 mmg terfikir, kalau kita bercerita ttg anak2 sbnarnya mereka suka atau tidak..sbg contoh yg mudah: sy sendiri semasa kecil hingga kini, mmg tak suka, even bila ibu ceritakan sesuatu yg baik pun sy tak berapa suka..ntahla..

mmg nampak, dah menurun ke anak..even sy bercerita benda baik, anak sy akan buat aksi patung dia tanda protes..kat situ kita dah nampak..itu baru bercerita dgn org yg dikenali dan rapat, apatah lg bercerita di internet yg accessible by everybody..

mmg perkara ini elok untuk muhasabah diri para blogger, even for me yg takda blog, just ada akaun FB je, nak taknak kadang2 kita menceritakan kisah anak2 even ttg family..walau sekadar posting biasa..tak mustahil akan beri impak yg besar..

Ika Roha said...

saya merupakan follower br blog pn.jiey.Baru saja mengikuti kisah2 rayyan.cerita pn.jiey benar2 buat saya terfikir tentang erti sebuah kehidupan.Bagi saya tak salah jika pn.jiey nak berkongsi cerita rayyan di blog kerna sekurang2nya boleh beri pendedahan kepada ibu2 yg lain.Saya sendiri benar2 tersentuh dengan cerita2 tersebut dan air mata seakan tidak segan silu keluar.Bagi saya cerita2 pn.jiey berikan saya kekuatan untk terus menerima setiap ujian hidup ini.Dulu saya hanya buka blog DTS untk tgk resipi tp skrg dah ada blog KKK untk membaca setiap pkembangan rayyan.saya kagum dengan rayyan dan pn.jiey serta suami yg sgt kuat dan tabah menghadapi ujian Allah.Bagi saya blog ini mampu memberikan semangat dalam hidup bagi mereka yg melihatnya secara positf.

Jiji said...

Hmmm, i tak sedar pon until u brought this up...
my pov laa.

We r writting a memory. For us to look back.

Boleh jadi dijadikan panduan atau peringatan..

Untuk anak.. dia nanti boleh fikir sendiri.. dia akan menilai.

Kak Nie said...

Kak,

As much as your Dr friend is right in her "parental views", your views are equally right as well (just my two cents ). At the end of the day, apa yang penting is "nawaitu" kita. InsyaAllah, kalau nawaitu kita betul and He knows it(obviously), everything would fall nicely in places.

Trust your instinct and have faith in Him, like you have always done, InsyaAllah.

eRaY said...

ermm terkadang memang rase macam telah menceroboh hak privasi anak.

tapi bg pendapat eray, tak salah nak kongsikan sesuatu tentang anak. cume jangan terlampau open...mungkin serba sedikit sahaja.

pernah juga jumpe hamba Allah yang upload gambar anak hingga menampakkan private area.....

minatgiler said...

baru terfikir tentang ni.. betul jugakan?

tapi bagi saya dengan membaca kisah anak-anak blogger semua boleh memberi inspirasi, berkongsi pendapat/cerita..

tapi betul juga, mereka perlu privasi..

ieda said...

it depends...apa yg kita tulis & sebanyak mana yg kita tulis.memiliki anak2 istimewa perlukan kekuatan mental & sokongan saudara mara & teman2.asalkan niat kita untuk membantu sesama sendiri pada akak tak menjadi masalah.
tentang perasaan anak...andai besar nanti dia membaca kisahnya & betapa ramai yg mengambil berat akan dirinya serta mendoakan kebaikan untuknya,pasti dia menghargai tulisan ibunya.
melalui tulisan ini juga anak itu akan mengerti betapa besarnya nilai kasih ibubapa untuk dirinya.
betapa banyaknya pengorbanan yg dicurahkan ibubapa & betapa tingginya harapan untuk melihat dia berjaya seadanya.

Coffee Mama said...

Oh, tak pernah terfikir pasal isu ni.Hmm..Are we really invading their privacy, do we? But generally, I believe that we should not reveal too much on our private life in blog. Place some limit to it.

CatlinaFly said...

tak terfikir pulak...

tapi if kita cerita tentang perkembangan mereka utk keepsake dan juga sebab nak kasi kawan/saudara mara jauh tengok...ok kot..

cuma yang jadi manipulasi kalau kita menggunakan utk meraih keuntungan secara total?kalau setakat masuk contest tu sy rasa ok lagi...atau kita memburuk2kan?(which i think, no parents will do that!simpang malaikat 44!)

sy setuju dgn kata doktor tu..bila mereka dan ada a mind of their own, maybe kite perlu bertanya apa yang boleh diblogkan atau tidak?atau kita select yang patut2 sahaj?wallahualam...

Dila Si Mama Dzariff said...

Somehow what the doctor said is really make sense. Saya mula risau suatu hari nanti, Dzariff marahkan saya menulis tentang autismenya terutama bila dia dah besar nanti...

transformed housewife said...

Niat Jiey nok berkongsi dan nak bg harapan pd ibu2 yg ada anak istimewa & juga mengingatkan ibu2 yg ada anak2 normal spy mengsyukuri kurniaan Allah. Tok saloh. Meme bergantung pd niat kito. Knur pun berkongsi cerito anok2 kalu ado bendo hok ore lain bulih belajar.

Yana@Noni said...

pada pendapat akak pulak x salah Jiey berkongsi kisah & pengalaman membesarkan Rayyan kerana melalui perkngsian itulah banyak memberi semangat kepada ibu-ibu yg punya anak2 istimewa ini supaya sentiasa positif dan berfikiran terbuka ...selagi tidak mengaibkan sesiapa tiada salahnya ...sekurang-kurangnya berblogging itu dapat membantu mengurangkan stress kiter kan...teruskan penulisan Jiey kerana ramai yg setia mengikuti perkembangan Rayyan..& akak adalah salah seorang di antaranya:-)

littlehumblelynn said...

jiey

mungkin ada pro & cons.tp as blogger mommies kdg2 x lepas larik isu anak2..wpun niat hanya utk menjurnalkan shj..tp entry jiey hr nih wat lynn terfikir jugak ..tq for make me realised "we can take granted & claim ownership"..tq jiey !!

Melur Jelita said...

Salam Jiey Jelita,
selama ni jadi silentreader je...Saya bersetuju dengan doktor itu tetapi tidak seratur peratus...Boleh tulis mengenai anak tetapi tidak perlu detail sangat. Sekadar untuk memberi semangat dan kekuatan kepada ibu - ibu lain yang memghadapi masalah yang sama atau ibu - ibu lain agar lebih menghargai anak.

Kadang - kadang saya merasa rimas juga bila ada mummy bloggers ini yang terlampau exposed mengenai anak istimewa mereka. Sebab kalau saya berada dalam kedudukan anak tersebut, saya tak suka mak saya cerita lebih - lebih hal saya. Bukan bermakna saya tak terima keadaan diri saya, tetapi tak semua hal mengenai diri saya nak dikongsi dengan orang asing.

Maafkan saya, baru pertama komen, over la pulak...opsss sori..salam kenal dari saya...

Melur Jelita said...

Salam kenal Jiey Jelita

Daisy Lady said...

Assalamualiakum Jiey. Saya salah seorang yang mengikuti blog Jiey ni secara kebetulan saja awalnya. Namun setelah itu saya sentiasa mengikuti cerita2 Rayyan. Saya amat kagum dengan kegigihan dan ketabahan Jiey terhadap Rayyan. Semoga lebih ramai lagi ibu2 yang punya anak2 istimewa mendapat semangat seeperti Jiey.
Sesungguhnya kisah Rayyan merupakan satu keajaiban.

Bagi persoalan yang dikemukakan, saya bersetuju dengan kwn Jiey sebagai Pengamal Perubatan tu.... namum terpulanglah kepada nawaitu Jiey menulis blog ini.... dan didokumentasikan supaya anak itu nanti faham akan tujuan dan hasrat ibunya.....

Watie Aziz said...

Jiey Oh Jiey! hang jgn nak ngengada yerk! kita adalah harus bangga dgn anak kita, dan kita kena tunjuk yg kita bangga dengan ank kita, dan salah satu cara untuk menunjukkan yang kita bangga dengan anak kita adalah bercerita mengenai anak2 kia, tak kesahlah kat memana pun, blog, ker, paper ker, atas kertas ker, kat memana jer lah, untuk kita luahkan dan bgtau dia yg kita sayang, bangga, suka, cinta dan sebaginya untuk anak kita ..

ini adalah salah satu cara kita kita menunjukkan yg kita bangga dgn anak tak kisahlah anak itu normal atau istimewa .. just like Q and Zayra, if i were Zayra kan, kalau aku dah besar dan tgk mak aku kemain citer lagi pasal Q pastu tak citer sgt pasal aku ..mesti aku akan terasa dan anggap mak aku takmo citer seab aku nih cacat, tgn aku takder tulang so mak aku malu. as budak, mesti akan terasa punya ..

as for me, this is how i show my feelings, i want my dotter to be proud of herself, no matter what. this is how i tell her that dia tak perlu malu sebab ramai orang dah kenal dia, sayang dia dan suka kat dia ..everybody falls in love with her and aku share banyak pasal dia kat blog, sama macam kakak dia dan kasih sayang itu tiada bezanya ..

its how we tell our children and how we influence them. tu lah tanggungjawab kita as mother .. frankly speaking, kalau mak aku pandai berbelog dulu dan dia ceritakan kisah aku di alam maya, setiap pencapaian aku dari kecik sampai besar .. aku akan bangga sngat2 .. aku akan kagum dan aku pun akan buat ngan anak aku camtu jugak .. mesti aku akan gelak dan happy ingat kisah2 yg lucu, lawak dan memalukan yg terjadi dalam hidup aku satu ketika dulu .. its a journey dan ia terakam kemas di dalam blog .. sayangnya mak aku tak pandai IT ..ekekek...

sorry dude .. this time aku tak setuju ngan doktor ko... hehehe ...

encik yg komen pasal sufiah tuh .. secara peribadi saya rasa u perlu tahu pa yang erlaku pada sufiah masa dia ekcil baru u boleh komen kot ..its not fair to comment if kita tak tahu apakah yg berlaku pada zaman kecilnya .. bukan dia sebab dia masuk paper mender tuh jadi kat dia ...:(

silent reader said...

**speechless**

saya menulis utk meluahkan, sebab rasa sesak bila tersimpan lama dlm hati..kadang, kita perlukan pandangan kawan2 atas masalah yg dihadapi..at certain entry, saya tak harap anak2 baca, but some of them are those sweet memories bersama anak2..

terpulanglah pada jiey samada nak teruskan gaya penulisan seperti sekarang, atau mengubahnya menjadi lebih rahsia..namun, perlu ingat, ada insan lain yg mendapat kekuatan dari apa yg jiey tulis, yg menjadi harapan kala sinarnya kian pudar..

Putri said...

please dont stop writing..hari2 sy tgu akak cite psl ian....ketabahan akak & ian really inspired me! akak ajar sy erti kesabaran & mnsyukuri sgala nikmat yg tuhan berikan..

tringin sgt nk jumper ian..huhuu..

Rosebud said...

Salam Jiey, as a silent reader, I think you have done a great job in journaling every important development of your special child. In Malaysia, there is very little info/support group/forum that can provide this kind of info to mom with special child. I definitely learn a lot from you... the progress, the courage, challengge, the sadness..It is all meaningful..keep writing..

Bicara hati ibu aisya said...

Bagi ayu..tujuan asal ayu tulis blog nih kerana ayu nak luahkan rasa hati n simpan segala perkembangan aisya supaya bila dia besar (insyaallah kalau dipanjangkan umur) dia boleh baca segalanya tentang dia, perkembangannya, dan dia akan tahu betapa ramai yang sayangkannya.So that dia xakan rasa rendah diri.Awalnya ayu xpernah kisahpun samaada blog tu ada follower atau tidak kerana tujuan ayu berblog itu hanya untuk simpan segala kisah kami especially tntg aisya.xperlu dah tulis dalam diari.Dan blog jiey menjadi sumber inspirasi ayu disaat2 kejatuhan ayu dulu kemudian barulah ayu kenal blog2 mummy istimewa yang lain.Blog2 ini buat ayu rasa tidak keseorangan/tersisih hanya kerana ayu ada anak istimewa malah melalui merekalah ayu dapat banyak info2 yang berguna dalam meningkatkan potensi/perkembangan diri aisya.So, keep writing sis.
~Sekadar pendapat dari ayu~

Mayyonnizz said...

Slam jiey..

entahlah jiey.. rasa lebih baik tulis dri menangis...kerana memendam rasa..

terpulanglah pada pembaca yang..menilai...sama ada nak ambil iktibar...nak kongsi pengalaman..atau nak rasa jemu dan rimas...

Alanna dah takde.. melelaui penulisan saja dpt menghuraikan apa yang terpendam...sekurang-kurangnya lepas baca..mereka hadiahkan alanna daun.....infact banyak daun...

p/s- sebab tu i jarang tulis pasal nadime..sebab My Nadime is P&C..hehe

linda said...

salam jiey & ian syg...
act, it depends..
pd sy, x salah klau kite menulis/bblog mngenai ank asalkan tak terlampau...mmg ade pro & cons...yg ptg niat kite...lgpun dgn menulis dpt meluahkan ape yg kite rase...dgn mnulis jg dpt mmberi kkuatan & smgat kpd diri & ibu2 yg lain..insyaAllah...
please, jgn stop mnulis jiey...coz kekuatan, ketabahab jiey & ian inspired me....sguh kagum dgn jiey....

afni+hafiz=dani said...

ish afni rasa, afni lagi suka akak share cite pasal ian. so bole jadikan rujukan dan juga penaik semangat bagi ibu2 kat luar.

afni pun slalu share berkenaan dgn trigger finger dani. alhamdulillah, ada ibu2 yg mengalami perkara sama. so bole share tips..

nellyberry said...

Babe,
For all reasons semua ada baik dan buruk. Atas apa niat sekali pun yang penting keikhlasan kita. The rest, macam-macam orang akan beri pandangan masing-masing.

Bila adanya blog kita akan mudah untuk bercerita, sebab kita rasa ini medium untuk kita luahkan rasa tanpa perlu membebel kepada orang lain. Blog adalah metaphor.

Dulu, aku jarang nak fikir pasal orang bila aku blogkan something, sebab itu yang kita rasa. Tapi once bila ada satu kes, aku realize, aku takde hak untuk bercerita pasal orang lain walaupun dalam blog aku sebab cara penceritaan kita tak semestinya akan sampai sebagaimana yang kita mahu.Contoh bila kita beli kasut yang agak mahal, kita niat nak bagitau kalau kita nak mesti kita berusaha sampai dapat, tapi ada setengah orang akan fikir, kita blog sebab nak show-off.

Kes yang sama bila aku upload gambar kawan dalam fb. Tapi dia mintak aku remove sebab bagi dia gambar itu privacy dia. Mula-mula aku marah jugak la, sebab what the heck, gambar je pun. Bukannya gambar tak senonoh ke apa.

Tapi bila fikir-fikir, tak semua orang sama league dengan kita.

Apa pun, berbalik kepada niat asal kita jugak. One fine day,we hope that our children will understand.

Mommy Lyna said...

baru dam nok komen kat entry ni.. baru dapat lappy la katakan hahahaha

Kenal Nick Vujicic? Lelaki yg takde kaki & tangan tu.

dia masa kecik sgt2 tertekan dgn keadaan dia, sampai satu tahap dia nak bunuh diri.

tapi satu hari (masa dia masih budak2) bila Mak dia tunjukkan satu artikel dalam newspaper ttg seorang lelaki yang cacat (mungkin lebih teruk dari dia kot), barula Nick sedar that bukan dia sorang yang macam tu. So dia bangkit & bangun sekarang jadi CEO company sendiri... he's our age! borned '82.

kalo takde orang nk promote ttg orang2 macam ni... bile nasib mereka2 ni nak berubah... especially now, baru je tgk dalam TV cerita apebenda entah, dapat anak cacat (OK aku mmg xcover2), satu family kecewa, isteri tuduh suami, balasan Tuhan la segala. & it still happen in reality.

dlm sirah pun byk becerita ttg sahabat2 yg OKU spt Abdullah Ibn Maktum yg buta & ramai lg sahabat yg tempang, yg cacat, etc. tak lain xbukan adalah utk pedoman kpd orang lain, bkn nk memperlecehkan diorang.

taktaulah, di kalangan kita mmg ada pendapat yg berbeza2. semuanya takde salah takde betul, terpulang kpd individu.

yg penting lakukan semuanya krn Allah bkn sbb orang.... tulis sbb Allah, tak tulis pn sbb Allah.. bercerita krn Allah, tak cerita pun krn Allah.. pasti Allah akan beri balasan. mintak petunjuk dari-Nya, bukan 'petunjuk' dari orang2 kebanyakan :)

Nailofar said...

Setuju dgn Watie Aziz dan yang seangkatan...

Be proud of our children..ceritera tentang mereka reflects our kasih sayang pd mereka..tapi plssss tulis yg baik2 and positif aje ler..

Salam kenal..