Friday, February 18, 2011

Syurga di Telapak Kaki Ibu

Sewaktu di dalam perjalanan ke pejabat tadi, hati ini benar-benar tersentuh dengan tatkala mendengar alunan indah lagu Syurga di Telapak Kaki Ibu dendangan penyanyi Aishah. Benar-benar mengundang seribu kesyahduan..
.
"Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu.."
 
.
Lagu ini adalah lagu yang sama yag berkumandang di corong radio bagaikan mengiringi kepulangan kami daripada hospital setelah selesai menjalani pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan sewaktu saya masih megandungkan Rayyan Ariff. Sekuat mungkin saya cuba menahan titis airmata tatkala mendengar bait-bait lirik yang penuh makna itu.
.
Kelahiran Rayyan Ariff adalah sekitar waktu yang mana seluruh dunia sibuk meraikan kaum ibu dengan menobatkan satu hari sebagai hari ibu. Makanya, pada tempoh itu, banyak lagu-lagu bertemakan kasih seorang ibu dimainkan di radio.
.
'Sakit' benar apabila saya mendengar lagu itu kembali setelah sekian lama. Kerana ianya bagai mengingatkan saya tentang kesakitan semalam. Segalanya bagaikan masih baru.. Kesakitan dan ketidakpastian yang berbaur.. Subhanallah, melihat kebelakang waktu adalah sangat memeritkan..
.
Dan sewajarnya, saya harus bersyukur kerana Allah SWT telah membawa kami sejauh ini. Walaupun jalanan takdir ini ada waktunya membuatkan kami hampir tersungkur, namun ianya jugalah yang menguatkan kami untuk terus melangkah. Membuatkan kami lebih menikmati erti kebahagian setelah teruji. Membuatkan kami lebih menghargai nikmat kesihatan setelah diberikan kesakitan..
.
Walaupun perjalanan kami masih jauh, namun saya benar-benar bersyukur kerana dapat tiba ke saat ini. Sangat-sangat bersyukur.
.

My Mom & I.. Sayang kamu sampai mati!! Terima kasih di atas segalanya..
Kasih ibu, begitu luas dan tidak terbatas kan?  

5 comments:

atty's said...

lagu aishah ni kalau kita dgr memang leh insaf akan pengorbanan sorg ibu

nota kerna cinta kita said...

Kak jiey, saya juga menyayangi ibu saya sepenuh hati...kasih sayang yang tida tanding nilainya...walaupun kini sudah mendirikan rumahtangga, namun masakan ibu tetap no 1..

Mama Kembar 3 said...

Jiey, mama rasa ada pasti hikmahnya dah diaturkan kelahiran Rayyan dkt dkt hari ibu where a mother's love is the focus. It's a sign that u'll love him no matter what from the very beginning. And proven till now, your love has only grown stronger. Kasih ibu hingga ke syurga :-)

transformed housewife said...

sayu baco JIey tulih pasal lagu tu. Knur kehilangan arwah ma maso knur di NZ dulu. Tok de pong nok tengok buat kali terakhir.

littlehumblelynn said...

jiey

ibu sentiasa pertama dlm apa jua keadaan..smg anak2 kita pun akan mendahulukan kita lebih dr sesiapa pun nanti..i/allah ;)