Sunday, February 13, 2011

Minggu ketiga tanpa bibik.. Doing great!

Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, bibik kini sedang bercuti sebulan. Kehidupan kami, seperti biasa sahajalah.. Memang terasa kepenatan menguruskan rumahtangga dan keluarga tanpa bantuan bibik, terutamanya apabila memenuhi rutin mingguan ke hospital untuk sesi terapi. 
.
Namun sejujurnya saya senang begini. Rayyan Ariff sendiri pun tidaklah mengamuk tidak tentu hala seperti sewaktu adanya bibik. Mungkin dia faham mamanya penat menguruskan segalanya sendiri.. Kerana kebiasaannya, ada saja agenda En.Hubby pabila hari sabtu tiba.. Dek kerana tidak mahu segalanya tergendala, saya teruskan juga dengan rutin mingguan kami walaupun hanya bersendiri dengan Rayyan Ariff..
.
Hari ini, Rayyan Ariff mendapat pujian sewaktu di sesi terapi pertuturannya. Pujian dari segi pemahaman dan kerjasama. Untuk sesi-sesi seterusnya, mungkin saya perlu menunggu di luar bilik terapi dan hanya dibenarkan masuk untuk 15minit terakhir. Kerna anak manja saya itu memberikan lebih kerjasama apabila saya tidak ada.. :P
.
Hari ini juga, saya menghabiskan hari dengan mengemas, menyapu, mengemop lantai, menggosok baju dan tugas-tugas lain selayaknya seorang surirumah.. Penat tapi puas. Kalaulah ada yang bisa menjaga Rayyan Ariff sebaiknya tatkala saya di pejabat, pasti sahaja saya memikirkan kemungkinan untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah asing. Namun apakan daya, Rayyan Ariff masih memerlukan bibiknya..
.
Apa yang penatnya tentang hari ini dan hari-hari lain? Setiap kali rumah siap dikemas, tidak sampai 2minit terus berkecah lagi.. Takpelah nak.. Janji kamu sihat.. =)
.
Kalau diam, mesti ada keje yang dia tgh syok buat.. :P

Dapat pen pulakkk

Khusyuk betul kan?

Tunggang terbalik tetikus Mama dibuatnya..

Cuba tanya kaki ni, bila nak berjalan sendiri eh??? :P

Hah, kantoi buat sepah!!!
Program esok?? Nak cari barang sket.. Ikea ke JJ eh??? =)

12 comments:

karipapsayur said...

IKEA!! Makan meatballs. nyum3!

Sedebuk aksesori wanita untuk yang bertuah. Mudah aje pun nak join Giveaway nih. Meh le~

littlehumblelynn said...

jiey

vote utk IKEA kalo skdr nak berjalan ..hehehe :)

Yu'xan Lee said...

Hehehe kiut miut ngan muka noty2 tue yea ian...sama la cam zura jie, kemas rmh skt kecah2 balek, heheh takpa la janji dorang sihat kan...

IKEA weekend cam nie ramai sgt, zura kalo pg sllu time weekdays jek..

ieda said...

rayyan selalu terkantoi...hehehe & auntie suka tgk muka tu.

Pnut said...

jawab hat ayat terakhir,
IKEA...
pasai kat IKEA tak dpt barang A, leh beli barang B, tak dpt barang b leh beli barang C

transformed housewife said...

OOoo Ian ni bulih tehe jugok bab2 nguca ye. hehehe. Kalu rumoh Knur, hok adik nguca, kakok dio tulung sipe.

WaNNi said...

salam perkenalan. k.wani selalu ikuti perkembangan ian dan kagum dgn dorongan jiey utk ian. mempunyai kawan yg ada anak istimewa k.wani faham usaha jiey utk memberikan yg terbaik utk ian, bkn setakat harta tapi keupayaan utk berdikari. utk ian yg comel dan mummy yg kuat semangat k.wani share artikel ni.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1356516/Chase-Britton-Boy-3-born-brain-baffles-doctors-learning-walk.html

nothing impossible.

MaMaNuRiN said...

wahhh ian kantoi dgn ibu ekekekke...ada tokoh jadi engineer. Amiin amin amin, moga allah permudahkansegalanya buat ian.

Ikea Ikea Ikea..bestnya!!!

Min said...

hmmm, memang bakal engineer nih...! insya Allah!

Rizziela said...

Mama ni kacaulah...Rayyan baru ajer nak chat kat pesbook..dah kantoi

kella said...

hehehe.. kantoi lah rayyan ngan mama!

ishh.. bila sebut ikea.. teringat kat karipapnya yang sedap tu! jom serang ikea...!!

AmYcOzZo said...

Comey rayyan nie :)