Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul & Tentang Sebuah Harapan..

Salam Maulidur Rasul buat semua..
.
Bagai banyak yang hendak dilakukan hari ini. Namun mata hanya ingin melekat untuk menonton rancangan maulud nabi di televisyen terutamanya sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.. Alunan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW benar-benar menyentuh rasa. Syahdu..
.
Tentang harapan. Apa yang ada tentang harapan? Banyak sebenarnya yang ingin saya coretkan di sini.
.
Pada yang mengikuti belog ini sedari awal, mungkin anda sedia maklum bahawa saya pernah beberapa kali menerima permintaan untuk berkongsi tentang cerita Rayyan Ariff di media massa dan juga sebagai subjek di dalam tugasan pelajaran. Dan untuk beberapa ketika sebelum ini, segalanya saya tolak secara baik. Mungkin kerana saya belum bersedia..Sungguh saya tidak dapat mencari alasan lain..
.
Namun kebelakangan ini, jauh di sudut hati ini, bagaikan terpanggil untuk lebih berkongsi dan bercerita.. Kenapa? Mahu mencari publisitikah? Mahu meraih simpatikah? Tidak sesekali. 
.
Semuanya berkisar tentang harapan. Kerana kebelakangan ini, saya banyak menyaksikan kisah anak-anak seperti Rayyan Ariff di media massa. Banyak kisah, banyak cerita. Cerita tentang ibubapa yang tabah dan kuat. Kisah tentang anak yang tidak diberikan harapan dan masih tidak diberikan harapan walaupun ada di antara mereka yang sudah berusia 5 tahun.
.
Mungkin tiada harapan diberikan kepada mereka di atas dasar tahap kebergantungan anak-anak tersebut tinggi. Severely handicap. Mungkin. Namun kita tidak tahu apa kesusahan yang menghalang ataupun tahap pendedahan yang ada pada mereka sehingga anak mereka tidak membangun seperti yang dikehendaki. Wallahualam.
.
Di dalam kebanyakan cerita yang sama namun tidak serupa ini, hanya satu persamaan yang saya temui di antara kesemua ibubapa tabah ini; pengharapan. Walaupun di usia lebih setahun, lebih dua tahun, lebih 5 tahun mereka hanya mampu berbaring dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu, para ibubapa yang cekal ini masih menaruh harapan bahawa anak mereka akan sembuh dan pulih.
.
Saya cukup mengerti rasa itu.. Kerna saya pernah berada di situ dan banyak ketika, saya masih berada di situ. Situasi yang mana tiada harapan untuk cinta hati saya.. Sakit sekali saat dan waktu sebegitu. Namun seperti para ibubapa ini, saya juga penuh dengan pengharapan.. 
.
"Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan putus harapan.. Saya percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya.."
.
Ini yang pernah saya ungkapkan pada entry lama di tahun 2008. Dan DIA yang dinyatakan di dalam entry tersebut adalah Rayyan Ariff. Namun seperti kebiasaannya saya, keberatan untuk bercerita lalu hanya meletakkan kata ganti diri ketiga buat Rayyan Ariff.
.
Namun apabila Rayyan Ariff ada bersama kami melepasi tempoh 'dua-tiga hari' selepas dilahirkan, maka saya mula berkira-kira untuk bercerita tentang Rayyan Ariff di blogspot. Kerna tujuan saya hanyalah satu, memberi harapan kepada mereka yang tidak diberikan harapan. Memberi jawapan subjektif pada sebuah ketidakpastian.
.
Kerna saya juga pernah 'hilang arah'.. Berhari-hari mencari maklumat di Internet apabila mengetahui tentang Rayyan Ariff. Dan cuba mencari kisah-kisah kemandirian kerana terlalu banyak disogokkan oleh contoh-contoh kematian. 
.
Dan kerana Rayyan Ariff adalah salah seorang daripada mereka yang diizinkanNya untuk survive walaupun survival rate melepasi usia 6 bulan adalah 1 di dalam 20 juta, mungkin ini masanya untuk kami mula memberi sesuatu kepada masyarakat.. Harapan dan kesedaran..
.
Wallahualam...


.
*Mode berfikir*

8 comments:

MaMaNuRiN said...

cantik gambar jiey dgn rayyan..rahmat Allah pada rayyan sangat besar, dia anak yang kuat jiey, penuh semangat macam ibu dan ayah dia..kita berusaha, berdoa dan bertakawal, insyallah akan dipermudahkan Allah pada Jiey dan keluarga terutama big big rayyan arif!

Idayu said...

slm.sy baru jek follow blog jiey tp terus melekat sejak mula. sy rs jiey boleh kongsikan pengalaman n kemahiran yg jiey tahu n praktikkan pd ian kepada masyarakat di luar sna especially kpd mereka yg kurang pengetahuan/di luar bandar yg kita tahu sush nk crk info psl benda2 mcm nih. good luck!

Watie Aziz said...

oh nokss...saja nak tayang gambar masa kurus dulu ..ekekekeke... once upon a time nokss....! hhahahaha ...

ai sokong! ai sokong .. mari lah wei ..kita glamaorkan anak2 kita... rayyan will be so proud of u ...hahahaa... :)

Min said...

yes jiey! harapan memang sesuatu yang luar biasa yang dimiliki oleh mereka yang terpilih ini... Insya Allah! teruskan pengharapan kita kepadaNya, Dia Maha Tahu!

yatie chomeyl said...

molek jugop jiey, buke nk jd glamour ke gapo tp nok bui semangat ko ibu2 lain tok kisohlah hok anok biaso atau anok special, biar ibu2 rasa semnagat nak terus berusaha gigih untuk kebaikan anok2 :)

transformed housewife said...

teruskan berharap Jiey. Insyallah kalau meme rezeki, Ian akan terus bersama Jiey & suami.

Mama Kembar 3 said...

u r right dear, kongsi kan lah crita crita ttg rayyan ariff, moga dpt beri harapan utk parents yg ada miracle child like Rayyan. Walau pun secubit harapan, it goes a long way dear. Sbb bila ada harapan, bertambah kuat semangat untuk berusaha kan jiey?

ibu_umairah said...

semoga berjaya.....:;))