Wednesday, February 9, 2011

Bila anakanda semakin membesar.. =)

Ok, kurangkan kontroversi.. Tingkatkan prestasi.. :P
BTW, Kak Pinut, pinjam ayat sat.. Ni blog mek kan? Suka ati mek la nak hapdet panjang ka pendek ka? *Kenyit Mata*
.
Mari kita berbalik kepada cerita Tuan kecik.. Lepas jatuh daripada carseat hari tu, terus saya sibuk mencari carseat yang sesuai untuk Rayyan Ariff.. Oleh kerana budget adalah terhad, makanya, beli yang biasa-biasa sahajalah. Kali ini, terus sahaja beli yang besar kerna anak bujang saya ini memang tinggi walaupun badannya ramping sahaja.. =)
.
Sepanjang perjalanan balik kampung.. Baik sahaja duduk di carseat baru.. =)

Cerita di kampung akan dikongsi kemudian nanti yea..
.
Sesuai dengan perkembangan usia, keletah Rayyan Ariff semakin mencuit hati. Ada sahaja akalnya yang buat kita tertawa.. Kadang-kadang, belum lagi kami ketawa, dia yang terlebih dahulu ketawa mengekek.. Bahagia bila melihat anak kita gembira kan? =)
.
Beberapa hari lepas, sewaktu saya sibuk di dapur, Rayyan Ariff sedang bermain keseorangan di ruang tamu. Dia langsung tidak menyedari bahawa mata saya sedang asyik memerhatikannya. Perlahan-lahan, anak itu bangun memanjat sofa untuk mengambil alat kawalan jauh astro. Apabila berjaya, perlahan-lahan tubuh kecil itu turun daripada sofa dan kembali duduk bersila menghadap peti televisyen. Comel.
.
Kalau diminta mengulang kembali, memang tidak akan dilakukannya.. Dapat tengok dari jauh pun sudah mencukupi. *Senyum puas*
.
Dan kalau kita memukul mana-mana bahagian badannya *Pukul main-main sambil gelak*, Rayyan Ariff akan membalas pukulan itu.. Tapi bukan pada badan kita, pada bahagian yang sama kita pukul pada badannya. Kalau diulang dua atau tiga kali, Rayyan Ariff seterusnya akan mencegilkan mata tanda marah, sambil tersenyum. Super comel!! :P
.
Sekarang ini juga, setiap waktu Rayyan Ariff sibuk menunjukkan bahagian badannya dan kita. Maklumlah, tengah kemaruk.. Baru mengenal anggota.. Comel benar apabila jari kecil itu menunjuk ke arah hidungnya sebelum beralih ke hidung mama pula.. =)
.
Kalau boleh, semua momen ini mahu saya rakam.. Agar selamanya anak kecil saya kekal di dalam keadaan comel sebegitu. Namun selari dengan peredaran waktu, sememangnya dia akan terus membesar.. Oh, kena cherish momen-momen seperti ini sepenuh hati kan mommies? Anak-anak memang cepat besar.. =)

9 comments:

AppleCrux said...

betul tu Jiey..kejap je anak2 ni membesar. Mmg kalo ikut hati nak pasang camera je dlm so that semua moment boleh simpan kan?

atty's said...

kty pun pejam celik..anak yg sulung dah nak spm ..kejap je masa berlalu

yatie chomeyl said...

jolo doh jiey. male td hubby ore tenung muko SN maso dio tdo, pastu oyat "besar doh anok kito, reti baco ABC doh". sayu pulop ore dgr..meme cpt anak2 mbesar ;)

YatieJay said...

Yup, betul. Kalau boleh nak rakam setiap detik2 membesar mereka. So innocent yet cheeky...Syukur pada Allah sebab bagi kita peluang merasai nikmat menjadi ibu.

Susah atau senang nak besarkan sorang anak, hanya ibu itu sendiri yg tau.

p/s : entry sblm ni....buat saya speechless tak terkata apa2. Semoga Allah permudahkan kita dalam proses membesarkan anak/anak-anak.

: )

Tika said...

wah cantik car seat rayyan.. mahal gak ni nampaknya. Aimy semua jenis duduk yg kita tak pegang dia..dia taknak.. stroller ke, car seat ke.. dia cam rasa tak selamat kut... Tapi skrng ni dia dah mahu duduk kejap dalam trolly kalau gi shopping complex.. tu pun sekejap cuma hehe. Dia macam gayat pun ya...huhu.

iceaisya said...

yaa....sungguh bahagia...

littlehumblelynn said...

jiey;

baru baca & membayangkannya..betapa comelnya momen2 itu :)

Min said...

memang comelkan...? baca jiey tulis pun dah dapat bayang comelnya dia... :)

Rosebud said...

Jiey, saya cuma nak tanya, 3 erlier post tu nampak gambar Ian dok atas kerusi special tu. Nak tanya Jiey kat mana dan how much beli kerusi tu. My niece dah 2 tahun, epilipsy masa dilahirkan (lemas), masih tak boleh duduk lagik. Thanks - Silent Reader