Thursday, February 3, 2011

Seorang anak OKU yang menerima dua pandangan berbeza..

Semalam, kami ke Tesco Kota Bharu kerna stok lampin pakai buang Rayyan Ariff yang hampir kehabisan.. Seperti kebiasaannya, beberapa pandangan 'tertanya-tanya' singgah pada Rayyan Ariff. Mungkin mereka berasa aneh di situ apabila melihat seorang anak yang punya ketinggian seakan-akan anak berusia 3 ke 4 tahun, namun langkahnya masih belum elok teratur..
.
Pandangan sebegini sudah menjadi sesuatu yang normal buat saya.. Apa yang saya banggakan adalah tatkala En.Hubby yang muncul dari belakang, tanpa segan silu, memimpin sebelah lagi tangan Rayyan Ariff.. Kerna pada dia juga, pandangan ini adalah biasa.
.
Dan dari Tesco, kami terus bergerak ke rumah mak sepupu hubby yang tidak jauh dari situ.. Menantu mak sepupu hubby merupakan seorang pakar kanak-kanak yang agak terkenal di sebuah hospital swasta dan setiap kali Rayyan Ariff punya masalah kesihatan sepanjang di Kota Bharu, klinik dialah yang kami tuju.
.
Suaminya yakni dua pupu hubby merupakan pakar sakit puan yang berpengalaman di hospital kerajaan terkenal di Kota Bharu. Dia adalah salah satu di antara 6 doktor yang pernah saya tanyakan pendapat mengenai kandungan saya sewaktu kali pertama mengetahui kelainan yang ada pada Rayyan Ariff.
.
Makanya, pasangan ini sememangnya sudah maklum dengan keadaan Rayyan Ariff sedari awal lagi.
.
Perbualan kami lebih berkisar kepada anak pasangan ini yang sedang dalam perjalanan pulang dari Mesir. Betapa anak sulung pasangan ini yang sedang mengikuti kursus perubatan di Mesir terkesan teruk dengan kekalutan yang berlaku di sana. 
.
Sesekali, cerita tentang perkembangan Rayyan Ariff menjadi topik kami..
"Dia boleh berdiri ke?" Tanya doktor yang mesra disapa sebagai Kak Dah itu.
"Boleh. Tengah cruising sekarang.." Saya bercerita sambil tersenyum.
"Fantastic budak ni!" Ujar Kak Dah kekaguman.
"Brain cells dia grow tak?" Tanya Kak Dah lagi..
"Alhamdulillah, still growing la kot.. Tapi tu la, second time construction tak sama.." Saya menjawab dengan senyuman yang masih bersisa.
"It will never be the same tapi dah bagus sangat dah ni.."
.
Kami biasa menerima perkataan miracle, impressive dan beberapa perkataan lain untuk Rayyan Ariff. Tapi fantastic? Ini kali pertama..
.
Mungkin pada dunia luar, Rayyan Ariff is just another OKU child.. Tapi daripada segi perubatan dan saintifik, he's a living proof that Allah's miracle is everywhere.. =)
.
He's our very own fantastic boy!!  *bukan fantastic four* :P

9 comments:

transformed housewife said...

he's fantastic indeed! Just believe it Jiey.

yatie chomeyl said...

nti gi la baco kisah si OKU yg hebat jugop di blog ore http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/02/kisah-si-cacat-yang-berjaya-part-1.html

MuMMy CHoMell said...

like i told u before.. ur little hensem boy sememangnye so tough..im proud of him n u too...InsyaAllah he'll growth well...aamiiin..

eina said...

rayyan ariff yg buat mamaeina kagum...mama eina kagum sangat dgn Ian n mama Ian...
Jiey..kuat semangat deh..Kak Na pun x tau Kak Na blh ko dok sekuat Jiey kalau ad ank serupo Ian..JIey buat Kak Na amat bersyukur dgn apa yg Kak Na ado loni...walau kade2 raso giveup jd mother kpd 3 org heroes yg naughty...hehehe..tp bilo bao story2 JIey..ternyata Jiey lbh kuat dr Kak Na..gud job mama!!!

Mama Kembar 3 said...

Agreed, Rayyan memang fantastic!

Mama2Q said...

Salam jiey...punya anak premature yg dilahirkan seawal 6 bln/24minggu kadang2 buat diri runsing, adakah dia punya peluang hidup...adakah dia normal? adakah perkembangannya nanti tiada masalah? Segalanya belum pasti..Namun, membaca catatan Jiey setiap hari buat saya jadi kuat dan sedar, kuasa Allah itu lebih hebat dari segala jangkaan manusia.Jika anak yang dijangka tidak mampu hidup, kini hampir2 akan menjadi normal, saya mula yakin, my litle miracle juga akan do well...insyaAllah...utk Ian juga, moga Allah selalu lindunginya..

Anonymous said...

salam kak jiey....entry2 kak jiey semuanyer menarik perhatian sy..membuatkan hati tidak sabar utk mengikuti entry2 akan dtg...
kalau tidak keberatan...sudi lah kiranyerr kak jiey mengajar sy utk meng"update" blog....kt mana nk cr wall yg cantik..
sy nk update blog knk2 oku yg dh lama terbiar...hrp2 sudi lahhh kiranyer kak jiey n yg lain2 berkongsi ilmu demi kebaikan anak2 istimewa.....

Min said...

Allah Maha Agung, Dia memberi kita sesuatu, Dia juga akan memandu kita hidup dengan sesuatu itu... begitu juga anak. rayyan memang fantastic boy!

linda said...

betul3...ian mmg fantastic....