Berbanding tahun-tahun yang lalu, Aidil Fitri kali ini terasa benar kesuraman.. Tiga hari sebelum hari raya, sudah ada tanda-tanda mahu batuk dan selsema.. Namun syukur, masih dapat memenuhi kewajipan berpuasa sehingga ke penghujung Ramadhan.. Hari terakhir agak teruk sedikit.. Tambahan pula, doktor hanya menitipkan ubat sebagai sebagai mencukupkan syarat.. Ambil sekiranya benar-benar perlu sahaja..
.
Hari raya pertama, beraya bersama keluarga En.Hubby di Rawang.. Jam 1230pm, bergerak pulang ke KB.. Perjalanan berkereta selama 7 jam untuk seorang ibu hamil 29 minggu adalah sangat-sangat memenatkan! Kalau saya mampu mengawal Rayyan Ariff seorang diri, mungkin sahaja saya akan pulang ke KL menaiki pesawat sementara En.Hubby pulang berkereta.. Tengoklah nanti..
.
Dengan keadaan saya yang berbadan dua dan kesihatan yang tidak menentu, kami hanya menghabiskan masa di rumah sahaja.. Hanya ke rumah ibu-ibu saudara yang berdekatan.. Itu sahaja.. Penat benar rasanya kalau mahu menziarah seperti tahun-tahun sebelumnya.. Tunggu sahajalah tahun hadapan.. InsyaAllah.. Moga Aidil Fitri kan lebih meriah dengan kehadiran Puteri RA..
.
Cubaan pertama bergambar.. Cuba tengok muka protes anak bujang bila dipaksa mengenakan kopiah.. :P
. Bila ditanggalkan kopiah, barulah sudi melihat ke arah kamera.. :P
.
Kalau bisa, saya tidak mahu hari Rabu datang.. Hari rabu bermaksud saya bakal memulakan kerja kembali.. Berat benar hati ini mahu mengubah rutin kehidupan Rayyan Ariff. Namun saya tidak punya pilihan.. Sehari sebelum hari raya, saya menerima kiriman SMS daripada Indonesia yang mengatakan bibik sudah tidak mahu pulang ke sini.. Apa lagi mahu dikata? Manakan bisa dipujuk orang yang sudah tidak sudi..
.
Sebetulnya, sebelum dia pergi lagi saya sudah dapat merasai kemungkinan dia tidak akan kembali lagi.. Ialah, pulang hanya seminggu, masakan beg baju sampai 4 biji.. Apabila ditanya, kononnya mahu dihantar ke rumah suaminya di Shah Alam.. Kerna tidak sedap hati, pertama kalinya, saya tidak memberikan kunci rumah untuk dia bawa bersama.. Kerna tidak sedap hati juga, saya tidak memberikan wang raya kepadanya mengikut jumlah yang biasa.. Kerna sepanjang bulan puasa, sudah jelas terlihat tanda-tanda kelainan padanya.. Tidak mengapalah.. Apa lagi yang bisa saya katakan..
.
Memikirkan tentang Rayyan Ariff memang agak menyesakkan fikiran ini.. Sering saya doakan agar segenap inci perjalanan hidupnya dipermudahkan.. Namun tuhan masih mahu menguji.. Tunggu sahajalah nanti.. Semoga ada sinar di dalam pembaharuan yang bakal kami tempuhi..
.
Di dalam sarat mengandung, menguruskan keperluan Rayyan Ariff dan isi rumahtangga agak memenatkan.. Namun mungkin ini jalan terbaik.. Dari hati memendam rasa melihat perangai bibik yang semakin lama semakin menjadi-jadi..
.
Jalan terbaik, InsyaAllah..
3 comments:
Insya Allah jiey, moga2 Allah mudohkan segalanya untuk jiey dan jugop Abe Ian...Insya Allah
sukarnya 'menilik' fikiran tatkala yang 'tersedia' adalah 'penerimaan'.......
payahnya 'membelek' hati tatkala yang 'tersua' adalah 'kejujuran'....
perjalanan kehidupan....biar pun ada ketikanya 'pengalaman' membawa 'khabar gembira'....dalam membuat 'pertimbangan' serta 'perkiraan'....namun tidak jua 'terbaca' kehidupan.....yang 'terkandung' pelbagai 'rahsia'.....
meski pun yang 'terzahir' adalah tiap satu 'kenyataan'....namun tetap 'membenihkan' harapan pada tiap yang tersirat.....untuk saling 'berpaut' dalam 'membentengi'.....yang tersayang....dan yang menyayangi....atas kasih yang tiada 'persempadanan'....
kerana tetap percaya dan yakin....biar pun ada ketikanya...mendepani naik turunnya kepercayaan hati.....pasang surutnya keimanan.....pada akhirnya....segala kebergantungan diserahkan pada-Nya....yang Maha Esa....Maha Mengetahui.....Maha Mengasihani.....
Dia yang sama sekali tidak akan menzalimi....Dia juga sama sekali tidak akan memungkiri janji...
ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam...
jiey, sekurang²nya bibik itu berbudi bahasa memaklumkan dia tidak akan balik dan tidak akan sambung bekerja.. Tidaklah kalian, ternanti², tercari², tertanya² seperti kami. Puas hati la kiranya.. tahu duduk perkara.
InsyaAllah.. Allah berikan yang terbaik buat rayyan... jangan risau.. ;)
Post a Comment