Saturday, September 3, 2011

Kita KIV crite raya n proceed dgn citer bibik dulu..

Title dah cover banyak dah tu kan? :-)
.
Honestly, walaupun fikiran tengah sesak memikirkan keperluan penjagaan Rayyan Ariff dengan ketiadaan bibik, namun terselit jugalah rasa lega.. Mungkin sebab sudah lama saya memendam rasa dengan perangai dia yang menjadi-jadi, menimbulkan rasa lega di hati..
.
Iye lah, dalam bulan puasa, bila kita dh tido, pukul 930pm dia keluar rumah berborak dengan security guard sehingga jam 1am, bibik orang lain takde kot yang sampai macam tu sekali dia punya tahap berani.. Bila kena tegur, bukan tak buat terus, cuma kurangkan sket jer.. Kuar 940pm, kul 10pm dah balik.. Itu belum bab2 lain yang bila kita tegur, terus tarik muka 2, 3 hari tak bercakap.. So bila dia takde, memang la lega..
.
My mom pun cakap, ialah, dia dengan laki dia kat Indon belum betul2 bercerai.. Berpisah tak sama dengan bercerai.. Lafaz talak takde.. Dia pun takde tuntut fasakh, alih-alih nikah sindiket kat sini dengan jantan lain.. Bila kita argue status perkahwinan, dia menjawab balik.. Tiap kali dia cuti n pergi Shah Alam, memang la jiwa ni pedih sangat.. Rasa berdosa sebab bersubahat.. And now dia dah takde, lega la part tu..
.
Tentang Rayyan Ariff, mungkin dia akan ke sekolah dan nurseri.. Bila bercerita tentang sekolah dan nurseri, takde la saya mengharapkan kesempurnaan dalam penjagaan sebagaimana telitinya bibik menjaga Rayyan Ariff.. Ialah, bukan Rayyan Ariff seorang yang hendak dijaga..
.
Sungguh saya taktahu sejauh mana saya mampu bertahan tanpa bibik.. Terutamanya dengan kehadiran Baby RA nanti.. Mungkin mudah untuk saya mencari pengasuh ataupun meletakkan Baby RA di nurseri kerana banyak pilihan yang tersedia.. Namun tidak untuk Rayyan Ariff.. Anak istimewa tak sama dengan anak normal.. Bukan semua orang yang sudi menjaga mereka..  Skeptikal.. 
.
Saya tidak salahkan mereka.. Bukan semua orang boleh menerima.. Walaupun menjaga Rayyan Ariff teramatlah mudah kerana dia tersangatlah well behaved, tapi orang tidak akan pandang itu sahaja. Budak 3 tahun yang masih belum berjalan dan bercakap dan perlu disuap makannya, akan dipandang sebagai beban..
.
Dengan bebanan kerja saya yang tidak pernah berkurang dan keperluan bekerja tanpa mengira waktu, saya tahu bahawa khidmat seorang bibik masih saya perlukan.. Sekurang-kurangnya, jika anak2 demam, saya tidak perlu bercuti berhari-hari.. Malahan, paling penting, saya tidak perlu terkejar-kejar untuk pulang dari pejabat semata-mata mahu mengejar waktu tutupnya nurseri.. Kerna ada waktu, saya perlu berada di pejabat sehingga jam 9pm!
.
Lagi pula, Rayyan Ariff bakal diletakkan di nurseri untuk anak-anak istimewa. Takkanlah adik juga mahu diletakkan di situ.. Tidak sampai hati pula mahu memisahkan mereka.. Mungkin saya masih memerlukan khidmat seorang bibik yang mana Rayyan Ariff akan ke sekolah untuk setengah hari, dan pulang ke rumah untuk bersama-sama adiknya.. 
.
Saya mahu Rayyan Ariff dan Baby RA membesar bersama-sama sebagai mana saya dan abang saya.. Kerna itu, saya tidak punya pilihan lain selain daripada mengambil bibik.. Kalaulah ada pengasuh yang sudi menerima kedua-dua mereka, memanglah indah.. Namun saya tahu, hal itu seakan hampir kepada mustahil..
.
Kali ini, mungkin saya akan melabur sedikit wang untuk memasang CCTV di rumah.. Ialah, bibik yang lama, kita sudah masak dengan perangainya.. Orang baru, belum tahu lagi bagaimana buruk baik perangainya.. 
.
Lagipun, Rayyan Ariff ni prone to infection.. Kalau tak kena gaya, selsema la.. Demam la.. Almost every month.. So takkanlah mama nak cuti every month.. Kalau dia boleh maintain macam sekarang, dah jarang selsema n demam, maybe OK la sket kan.. 
.
Sekarang ni, besides Appeton Vitamin C (dosage for 7-12yrs old), Rayyan Ariff is also consuming Co-enzyme Q10, Piracetam, Neurogain and multivitamin as his supplement.. Berkesan la agaknya since dah lama anak mama ni tough semacam.. :-) 
.
Apa sekalipun, tidak kira di mana dan siapa yang menjaga, saya harapkan agar Allah SWT memudahkan perjalanan Rayyan Ariff dan Baby RA.. Semoga, sepanjang saya dan suami bekerja, orang yang kami titipkan untuk menjaga anak-anak kami dapat menerima mereka seikhlas hati dan mampu memberikan kasih sayang dan penjagaan sewajarnya untuk mereka.. Sebagaimana mengggunungnya kasih dan cinta kami padanya.. Aminnnn..
.
Walau banyak rasa yang berbaur, jauh di sudut hati ini, saya sangat berterima kasih kepadanya kerana menjaga Rayyan Ariff sebaiknya sedari bayi berumur 9 bulan sehinggalah ke usia sekarang.. Dan saya tahu, di sudut hatinya juga pasti ada rasa kasih yang mendalam terhadap anak ini kerna sebelum dia pulang, bertubi-tubi ciuman yang diberikan buat Rayyan Ariff.. Ciuman itu jugalah menjadi penguat firasat saya bahawa dia sebenarnya sudah berhajat untuk tidak pulang berkhidmat di rumah saya lagi..

8 comments:

Granny Hani said...

bibik akak pun next week dah nak balik for good..huhuhhuhuhhuuu...!

insan kerdil said...

pabila yang 'terencana' itu....sesuatu yang pernah 'teruji'....ada ketika dan waktu nya.....'tuntutan' menjadi lebih yang 'terdaya' disediakan...yang 'termampu' disuakan....

biar pun 'masih' membiasakan sesuatu yang belum biasa....ujian 'setia' menjengah...berputar....mengikut apa yang ditentukan oleh-Nya...yang Maha Esa...Penentu...Pemilik...Pemutus...

perjalanan kehidupan...biarpun 'terhidang' segala 'ketidakpastian'...'ketidaktentuan'....buat 'santapan'....'dijamu' dengan pelbagai 'rasa'...namun tetap percaya dan yakin....pada-Nya yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....

Dia yang sama sekali tidak akan menzalimi...dan Dia juga sama sekali tidak akan memungkiri janji...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Yunne Osman said...

assalam jiey. i hope it's not too late but 'selamat hari raya! maaf zahir batin' untuk jiey sekeluarga.

Noina said...

Bila baca status jiey haritu, ina terbayang pasti jiey susah hati bila bibik dah tiada di sisi. Moga Allah permudahkan jalan untuk Jiey dan Rayyan. Hurm..agak2 nak antar Rayyan sekolah kat IMC tak?

Rizziela said...

Bersabarlah Jie..semoga apa yg berlaku ada hikmahnya...

Memang agak teruji nak uruskan rumah tanpa bantuan bibik kerna kita dah biasa dengan kehadiran pembantu..tapi akk rasa Jie mampu meneruskan kehidupan tanpa bantuan dari bibik

Mrs. Simplicity said...

isk, ramai dah aku dgr bibik balik beraya perginya tak kembali. ko kena cari bibik la wei. hopefully dpt yg tak menyakitkan mata dan hati. tp tu la, aku setuju bab ian tersangatlah senang nak dijaga. ce anak2 aku, pitam!

Tika said...

saya pun alami yg sama.. hal kerja, bibik, juga hal anak².. memang dilema... Apa pun, insyaAllah.. usaha dan doa.. Allah berikan jalan yang terbaik utk kita dan anak²... Walau sedikit kalut, sibuk.. tak cukup masa dan sebagainya.. insyaAllah ada hikmah di sebalik semua yg berlaku..

Mama Kembar Tiga said...

moga Allah permudahkan dan percepatkan untuk Jiey dpt bibik atau pengasuh yang terbaik untuk both your kids, who will love and care for them as much u do, Amin.